Tuesday, December 23, 2008
UMNO Parti Peti Sejuk
'Mana-mana calon yang menggunakan blog untuk berkempen sebarang jawatan parti sama ada di peringkat cawangan, bahagian atau Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan UMNO Mac depan boleh dikenakan tindakan disiplin kerana ia melanggar Tataetika Ahli UMNO'
Pelik bin ajaib. Guna blog lagi bagus. Menggalakkan rakyat membaca disamping memperkenalkan diri tanpa menemui para perwakilan. Kalau dah tak jumpa selamat lah poket.Tak payah la nak belanja makan minum dan segala jamuan.Tak susah-susah nak bagi 'sampul pengeras' atau 'salam kaut'. Bukan kah lebih baik berkempen secara maya begini.
Ikutlah perkembangan ICT. Ada kemudahan canggih begini gunakan lah. Kalau nak berlaku rasuah jugak nak buat macam mana. Mungkin boleh guna transfer account to account melalui maybank2u.
Pokok isunya adalah politik wang. Kalau tidak berkempen macam mana kita nak kenal calon-calon yang nak bertanding. Macam mana nak tau visi dan misinya. Berkempen tak salah, yang salah adalah rasuah undi.
Kalau berkempen pun tak boleh, UMNO ni jadi parti peti sejuk. Beku, dungu dan tak berkembang. Kalau dah terlalu banyak peraturan boleh jadi meluat juga.
Ceramah, syarahan, debat dan kempen secara sihat itu memperkembangkan minda dan memberi peluang kepada ahli untuk memilih yang terbaik.
Kepada Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail jangan terlalu banyak memberi kenyataan yang membingungkan ahli-ahli UMNO. Selesaikan segera ratusan kes-kes salah laku politik wang sebelum bulan Mac 2009.
Rakyat nak tengok siapakah pulak yang kantol kali ni.
Amir Hamzah
Batu Pahat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment