Sunday, December 28, 2008

Kalau Tak Bahagia, Bercerai Lagi Baik!





Ibarat orang berumah tangga, bertengkar, merajuk, bermasam muka , bahagia, gelak ketawa adalah warna-warni kehidupan dalam berumah tangga.Tetapi kalau sering saja berbalah, kasih sayang boleh terhakis juga. Kadang-kadang kerana hendak menjaga hati mak mertua, ipar duai dan anak-anak terpaksa juga bermanis muka di hadapan mereka. Hakikatnya di dalam bilik sudah lama si isteri tidak tidur berbantalkan lengan suami. Malah lagi buruk tidur sebantal tapi mimpi lain-lain.

Bahaya! Bahaya!...Inilah yang terjadi kepada PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat.Sejak polimik Hudud bergema semula hasil provokasi Khairy Jamaluddin terhadap PAS baru-baru ini di Kota Bahru, ianya seolah-olah menjadi perdebatan hangat dan bahan kempen utama untuk Pilihanraya P 36 Kuala Terengganu pada 17 Januari depan.PAS nampak macam terperangkap dengan permainan Khairy yang juga sedang berkempen untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO pada Mac 2009. Masing-masing sedang menangguk di air keruh. Khairy mungkin dapat menaikkan sedikit imejnya tetapi PAS kelihatan tertekan. Lain yang dirancang lain pulak jadinya. PAS terpaksa membuang masa menjelaskan isu-isu Hudud ini sehingga menjejaskan peluangnya menyerang BN seperti mana yang lumrah parti itu lakukan sebelum ini.

Di Kuala Terengganu, rakyat menjadi pemerhati, peguam dan hakim sedang mengadili tindak tanduk ke dua-dua parti ini.Memang tidak dapat dinafikan, yang taksub PAS akan terus setia dengan parti itu begitu juga yang totok UMNO tetap sedia, setia dan berkhidmat dengan UMNO. Pengundi-pengundi undi rosak dalam pilihanraya 2008 lalu serta pengundi atas pagar dan pengundi tidak berparti akan menjadi penentu kepada kemenangan mana-mana calon dalam PRK kali ini.

Bagi orang luar, mungkin akan berkata sudahlah! sudahlah! PAS dan DAP janganlah nak berlakon lagi. Cukup-cukup lah menipu rakyat. Periuk belanga yang sudah melayang-layang tu ramai jiran-jiran dah dengar. Ramai orang dah tahu, perkahwinan mereka berdua tidak ikhlas dan ada udang disebalik mee. PKR yang aturkan semuanya. PAS dan DAP sudah termakan pujuk dan terkelentong oleh Anwar Ibrahim yang menjanjikan indah-indah iaitu kemewahan harta dan kedaulatan kuasa.

Kecuali di Kedah dan Kelantan, orang Melayu di Perak, Pulau Pinang dan Selangor sudah mula menyesal. Tangan yang menconteng pada asalnya hendak acah-acah rupanya terlajak dan terlanjur. Tapi apakan daya, kena lah tunggu 3 tahun lagi kalau hendak menebus kesilapan. Dalam masa 3 tahun berputih lah mata menyaksikan Melayu diperkotak-katikkan. Tangan yang tersilap pangkah membawa derita yang tak berkesudahan. 3 tahun lagi pupus agaknya Melayu di Pulau Pinang, berputih mata Melayu di Perak dan Selangor. Masakan sudah lupa spesis mata sepet ini kalau di beri muka jadilah kaduk naik junjung.

Perkahwinan campur lain agama dan lain bangsa antara DAP dan PAS macam tidak boleh diselamatkan lagi. Lihat lah kenyataan dua orang ulamak PAS mengenai isu Hudud yang sedang panas sekarang. 'Terbaru, dalam memperkatakan isu hudud, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap bertegas mahu hudud dilaksanakan dan sedia ‘berdepan’ dengan sekutu mereka PKR dan DAP bagi menjelaskan perkara itu.

Imej yang cuba ditonjolkan Nik Aziz ialah beliau tegas dan berkeras. Namun nada yang lebih lembut disuarakan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bukan sahaja menjelaskan bukan Islam tidak terlibat dengan pelaksanaan hudud tetapi betapa keadaan semasa masih belum membolehkan hudud boleh dilaksanakan di negara ini'. Kenyataan Hadi Awang mirip-mirip dengan kenyataan pemimpin-pemimpin UMNO berkenaan Hudud. Siapa sebenarnya yang mempersenda-sendakan Hukum Allah itu?

Apa pulak kata DAP? Tidak perlu diulang-ulang. Semua orang sudah tahu. Murni sungguh akhlak pemimpin-pemimpin PAS, tergamak juga mereka berkahwin dengan orang-orang yang menghina prinsip dan perjuangan partinya apatah lagi menghina hukum suci agamanya. Sedangkan pinangan UMNO bukan saja tidak diterima tetapi dijadikan musuh walaupun satu bangsa dan satu agama.Rakyat bosan kerana PAS tidak berani langsung hendak menegur apatah lagi hendak mengherdik orang kafir yang menghina agamanya. Nyata PAS jadi jantan bila berhadapan dengan UMNO saja.

Jikalau sudah selalu bertekak siang malam, perceraian itu lebih baik. Kesian anak-anak, mak mertua, ipar duai kerana hipokrit kita sendiri. Lagi pun sampai bila kita hendak berlakon. Kalau sudah memakan hati berulamkan jantung lebih baik lah berpisah cara baik. Bina kehidupan baru. PAS balik lah kepada perjuangan asal menegakkan sebuah negara Islam. Biar lambat asalkan prinsip dan falsafah perjuangan tidak tergadai.

Amir Hamzah
Batu Pahat.

No comments: