Wednesday, December 31, 2008

درڬهايو توانكو




DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, 60, hari ini dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Istiadat pemasyhuran itu dilakukan oleh Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti pada 3.45 petang.Upacara itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM). Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 dilakukan berikutan kemangkatan Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

Baginda adalah antara empat putera raja yang disenarai selain Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja'afar, Tunku Imran Tuanku Ja'afar dan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar.

Permasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan itu dibuat oleh Undang Luak Sungai Ujong.

Sejurus permasyhuran dibuat, laungan Daulat Tuanku sebanyak tiga kali bergema di Istana Seri Menanti.

Tuanku Muhriz adalah putera kepada Tuanku Munawir, iaitu kekanda kepada Almarhum Tuanku Jaafar yang juga bekas Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan sebelum Almarhum Tuanku Jaafar ditabalkan pada 1967.

No comments: