Monday, December 29, 2008

Bahaya DAP Kepada Melayu




Tulisan saya kali ini bukan untuk meniup api perkauman.Walaupun saya tahu sentimen perkauman itu sentiasa hidup subur di Malaysia. Ianya sekadar untuk menjadi bahan renungan terhadap bangsa saya, bangsa pribumi yang semakin hari semakin terhimpit di asak bukan saja kawan dan lawan yang berlainan bangsa malah daripada bangsanya sendiri yang kemaruk harta dan kuasa.Parti-parti politik yang berasaskan kaum khususnya Cina semakin berani dan tidak segan silu mempertikaikan pelbagai perkara walaupun ianya telah termaktub dalam perlembagaan negara.

Parti Cina yang saya maksudkan adalah DAP (Democratic Action Parti) yang semua Melayu tahu, sejak zaman PAP /PETIR pimpinan Lee Kuan Yew lagi memang menyimpan dendam kepada orang Melayu. Walaupun Lee Kuan Yew telah berjaya dalam misinya dengan mengeluarkan Singapura daripada Malaysia pada 1965, roh dan semangat PAP itu sentiasa membara di hati para pendokong DAP yang ditinggalkan di Malaysia.(sila rujuk www.kuda-kepang.blogspot.com tulisan bertajuk 'Pemuda BN akan huraikan konsep Malaysian Malaysia' untuk keterangan lebih terperinci)

Pilihanraya ke 12 yang lalu adalah pencapaian paling gemilang telah dicipta apabila DAP memenangi 28 daripada 82 kerusi Parti Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat menguasai 82daripada 222 kerusi yang dipertandingkan. DAP menguasai Pulau Pinang. Memenangi kerusi majoriti Pakatan Rakyat di Perak dengan 18 kerusi. Memenangi 13 kerusi di Selangor dan hampir-hampir menguasai Negeri Sembilan dengan 10 kerusi.Pada keseluruhannya DAP menguasai 79 kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri.

Diasaskan pada Oktober 1965, Parti Tindakan Demokratik (DAP) didaftarkan secara rasmi enam bulan kemudian pada 18 Mac 1966 sebagai sebuah parti demokratik sosial yang “berjanji akan berpegang kuat kepada ideologi satu negara Malaysia yang bebas, demokratik dan berfahaman sosialis, berdasarkan prinsip-prinsip keadilan kaum dan kesaksamaan sosial dan ekonomi yang berasaskan institusi demokrasi berparlimen.”
(PERISYTIHARAN SETAPAK, dibuat pada Kongres Kebangsaan DAP pertama di Setapak, Kuala Lumpur pada 29 Julai 1967)

Pada Ogos 1966, “Lidah Rasmi” Parti iaitu Roket diterbitkan buat pertama kali.Pada Oktober 1967, DAP menyertai 55 parti demokratik sosial, sosialis dan buruh yang lain di seluruh dunia sebagai ahli Socialist International (SI) di Persidangan Antarabangsa SI di Zurich, Switzerland.

Dalam tempoh penuh pahit manis selama lebih empat dekad, DAP masih berdiri di baris depan perjuangan untuk merealisasikan prinsip demokrasi, keadilan, kesaksamaan dan sebuah Malaysia berbilang kaum, bahasa, budaya dan agama yang sentiasa bersatu.DAP dalam tempoh 30 tahun pertama perjuangannya telah menentang keras dasar pembinaan negara yang berdasarkan asimilasi dan bukannya integrasi.

DAP menentang dasar Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dinyatakan secara terbuka pada 1994 telah mengakui bahawa dasar pembinaan negara asimilasi yang mana BN cuba laksanakan pada asalnya, dengan pendekatan “satu bahasa, satu budaya” . DAP menganggap kerajaan BN enggan mengiktiraf realiti negara yang berbilang kaum, bahasa, agama dan budaya. Oleh itu dasar ini tidak sesuai untuk sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia.Ketegasan DAP yang konsisten dan tidak berputus asa dalam pendekatan integrasi dalam pembinaan negara bangsa telah berjaya dalam penentangannya ke atas sebarang dasar asmilasi.

DAP tidak sesekali akan memahami hak-hak istimewa orang Melayu. Mereka dengan jelas membawa konsep samarata dan sama rasa dengan menekankan keadilan dan kesaksamaan.Mereka cuba memadamkan sejarah awal pembentukan negara ini. Mereka buat-buat lupa kontrak sosial terutama pengorbanan orang-orang Melayu menganugerahkan hak kewarganegaraan kepada pendatang dengan cara paling mudah. Mereka menafikan Melayu itu sebagai pribumi. Sebagai parti sosialis secara umumnya juga menolak sistem raja-raja Melayu berperlembagaan. Apatah lagi ingin memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan alat perpaduan. Malah jangan mimpilah untuk kita mengharapkan DAP mengiktiraf agama dan undang-undang Islam diletakkan sebagai undang-undang tertinggi negara ini. Jangan harap! Jangan harap!

Selagi DAP berada di dalam gelanggang politik negara, jangan harap lah untuk kita mengimpikan sebuah negara yang bersatu. DAP dan pertubuhan pelampau Cina selalunya menjadi penghalang kepada usaha-usaha kerajaan untuk mewujudkan perpaduan di kalangan pelbagai kaum. Mereka selalu menjadi dalang pengwujudan sekolah wawasan yang menjadi perkara asas mewujudkan perpaduan melalui pendidikan.

DAP sangat merbahaya kepada kesinambungan hidup bangsa Melayu. Berhati-hati dan berwaspada selalu bukan saja kepada parti ini tetapi kuncu-kuncunya dalam BN seperti MCA dan Gerakan. Parti KEADILAN dan PAS yang besekongkol dengannya juga perlu ditolak oleh rakyat terbanyak. Kedua-dua parti ini sangat kemaruk kepada kuasa dan harta sehingga sanggup mengadaikan maruah bangsa dan prinsip perjuangan asal parti masing-masing.

Wahai bangsa Melayu, walau bagaimana marah pun kalian kepada kerajaan Barisan Nasional jangan sesekali anda memangkah DAP walaupun anda menyokong Pakatan Rakyat. Maka berdosalah kalian terhadap bangsa dan agama jika kalian terus dengan nafsu amarah dan hilang pertimbangan.

Amir Hamzah
Batu Pahat.

No comments: