Tuesday, June 30, 2009

DEBAT Hanya Gimik Nik Aziz


PAS mencabar UMNO bagi mengadakan debat terbuka mengenai dasar parti masing-masing. Pada masa yang sama kedua-dua musuh politik itu bertemu dalam PRK Manek Urai 14 Julai akan datang. Apa pulak muslihat PAS kali ini? Apakah ini gimik Nik Aziz yang membawa isu kekalutan dan UMNO dan PAS. Adakah ini kehendak Nik Aziz seorang atau kehendak kepimpinan PAS.

Semasa isu kerajaan Perpaduan Nik Aziz tidak tahu menahu. Sekarang dalam kes debat Hadi Awang pulak yang tidak tahu. Kata Presiden PAS itu, beliau hanya baca laporan media. “Saya akan jumpa dia dapatkan penjelasan sebelum komen,” Sah! macam kong kalikong Kerajaan Perpaduan juga. Disebabkan Hadi Awang dan Nasharudin yang memandai-mandai akhirnya kerajaan perpaduan masuk longkang. Ini macam tajuk drama baru antara pemimpin Pakatan Rakyat.

Apa tujuan Nik Aziz hendak berdebat dengan PM? Kononnya nak menyelesaikan isu-isu berbangkit antara Pas dan UMNO termasuk dasar kedua-dua parti di mana UMNO dikatakan menolak Islam. Nik Aziz hendak tahu benar kenapa UMNO tolak Islam dan tolak hudud. Berapa kali agaknya kerajaan hendak bagi jawapan. Letih lah hendak melayan soalan-soalan begini. Lagi pun PM sibuk sangat untuk mengurus negara. Bagaimana hendak menangani masalah ekonomi negara dan mengekalkan momentam kestabilan politik negara.

Saya ada satu cadangan. Apa kata kalau saya cadangkan Nik Aziz berdebat dengan Tun Mahathir. Saya rasa ramai yang hendak menaja siaran langsung ini. Bukan saya hendak menyamakan ketokohan Tun Mahathir dengan Nik Aziz tetapi Tun Mahathir lah antara tokoh yang sesuai menjawab semua persoalan. Kalau Nik Aziz hendak menimbulkan persoalan 'PAS kena main dengan UMNO' tahun 1970an, bukan Najib yang perlu jawab, tapi Tun lebih sesuai kerana Tun sudah menjawat Naib Presiden UMNO ketika itu sedangkan karear politik Najib hanya bermula selepas kematian Tun Razak pada 1976.

Kalau kemaruk sangat hendak berdebat, Nik Aziz seeloknya mencabar Tun Mahathir kerana tempoh berpolitiknya yang lama memungkinkan beliau boleh menjawab semua soalan. Kenapa Nik Aziz tidak berani mencabar Tun Mahathir?. Bukankah Kelantan jatuh ke tangan Angkatan Perpaduan Ummah semasa Tun menjadi PM? Sehingga Tun bersara pun Kelantan terus diperintah PAS. Sepatutnya Nik Aziz lebih berani menghadapi Tun Mahathir.

Tun Mahathir pun sudah bersara, masa untuk Tun lebih luas seperti mana banyaknya masa Nik Aziz sebagai MB. Sepatutnya MB tidak ada masa hendak berdebat kerana tugas MB di pejabat, melawat kawasan dan sebagainya tidak memungkinkan beliau membuang masa. Kalau setakat hendak tahu masalah-masalah semasa PAS dan UMNO telefon dengan Najib pun boleh. Tetapi Nik Aziz yang suka glamour suka orang semua melihat kepadanya.

Soalnya sudikah Tun berdebat dengan Nik Aziz sedangkan Tun telah menyifatkan debat itu sebagai membuang masa dan hanya satu bentuk hiburan semata-mata. Seperti mana debat antara Anwar dan Sabery Chik apa faedah yang diperolehi daripada debat itu? Ianya tidak lebih daripada melihat air liur Sabery disamping memberi peluang kepada Anwar bercakap di TV selepas beberapa lama 'digam'.

Debat, muzakarah atau kerajaan perpaduan ke hanya gimik politik pembangkang semata-mata. Rakyat dipermainkan oleh Pakatan Rakyat setelah mereka gagal mempermainkan rakyat dengan tarikh 16 September. Mereka juga gagal dalam mengadakan pilihanraya kecil ber siri sehingga PRU ke 13. Akhir sekali mereka gagal setelah gimik kerajaan perpaduan. Debat dan selepas ini muzakarah juga sedang menuju kegagalan.

Rakyat jangan terpengaruh dengan permainan ini. Jangan buang masa teruskan bekerja. Tidak perlu kita berbincang dengan debat ini. Kalau kita terpesona, kita akan terperangkap. Debat tidak ada menang dan tidak ada kalah. Setiap individu adalah hakim mengikut pendirian masing-masing. Gelanggang sebenar 'debat' adalah di Manek Urai di waktu ini.

Amir Hamzah
Jalan Syed Putra.
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

10 comments:

Jumayatara said...

Dmubfcuk

Banyak-banyak blogger BPN, hang dikira bodoh cerdik ....yg lain bodoh biul.

Ini semua gimik dan provokasi PAS supaya TGNA dimaki/dihina/dicaci oleh UMNO.

UMNO tidak belajar sape Kelantanese.

Bodoh punya UMNO.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam TokMudim,

Aku ni ada la kadang-kadang cerdik. Hang tu bodoh memanjang.

Jumayatara said...

Dmubfuck AmirHamzah

Aku minta maaf memang aku bodoh.

Kalau UMNO menang di PRK M/U, tambah ceria senario politik di Malaysia , ni asyik kalah aje...dah 4-0. Kalau kalah lagi di M/U , UMNO kena tutup kedai, bukak parti baru.

Nak menang UMNO kena tukar strategi, kena faham pemikiran orang Kelantan. Memaki TGNA tidak akan menambah undi kepada UMNO.

By hook or by crook UMNO mesti menang untuk survival politik. Buat le apa yang patut....

Bodoh punya UMNO

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam TokMudim,

Aku menulis bukan bagi pihak UMNO. Aku menulis bagi pihak diri aku sendiri.
Walaupun UMNO hendak menang di MU tapi aku bukan kisah pun menang atau kalah. Kalau menang ok tak menang pun ok. Ini negara demokrasi.
Kalau UMNO kalah di Manek Urai ni pun tak jadi masalah, sebab momentum sekarang pun bukan begitu baik untuk UMNO/BN. Momentum ini UMNO dah kecapi sejak pilihanraya pertama lagi. Cuma selepas tsunami PRU 12 agak berbeza.
Nak tutup kedai apa pasal pulak, di Parlimen masih majoriti. Hanya orang bahlul aje yang suruh tutup kedai. 4 Negeri aje terlepas sedangkan 9 lagi dikuasai BN. hehehe
Ko ni faham ke perkataan memaki dan mencarut. Ada ke aku memaki imam ko tu. Sekolah ke tidak ko ni.
Aku lebih suka UMNO kalah di Manek Urai. Aku suka UMNO belajar daripada kekalahan. Aku benar-benar mahu UMNO berubah. Jadi apa masalah ko dengan aku.
Aku nak kritik Nik Aziz tu aku punya pasal la. Ko jangan sibuk-sibuk. Itu urusan aku dengan Nik Aziz.......Ko jangan nak menyebuk.

Dalam artikel aku, aku tak pernah sentuh pun PRU Manek Urai secara langsung atau ada tajuk khas tentang Manek Urai. Tak minat la bro....

zedmagel said...

Bro Amir,

Debat-debat ni buang masa saja. Kita hendak mencari kebenaran tentang apa bendanya lagi?

Apakah PAS betul atau UMNO yang betul? Tentulah masing-masing akan menegakan benang basah mereka.

Apa Yang saya lihat sekarang, tiada parti lain yang lebih berjasa selain dari UMNO setakat hari ini. Jika ada parti lain pun sekedar menokok tambah dari apa yang telah UMNO usahakan . Itu saja lah yang mereka boleh buat. Jadinya pun tak seberapa.

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Kahkahkahkahkahkahkahkah...
Mau debat ke mau lepat? Sejak dia kata boleh berkawan dengan syaitan, kawan dah tak percaya dan minat dia lagi. Lupa agaknya khalimah " Aku berlindung ddengan Allah dari syaitan yang direjam".
Nak debat buat apa? Nak popular? Dia dah popular dah. Popular sebagai pakar "u-turn". Syor perpaduan dari PAS, yang menolak dari PAS, macam mana boleh kata cadangan UMNO?

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro zedmagel,
benar spt yang bro cakapkan. Membuang masa sahaja.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro zedmagel,
benar spt yang bro cakapkan. Membuang masa sahaja.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam cekodokmasin,
Nak glamour dan dipandang orang. Dia nak suruh org ramai berbincang pasal dia aje

mukhtar said...

Nabi suruh umatnya kurang bercakap, tapi banyak senyum dan kerja kuat.
Lazimnya orang cakap berdegar-degar ni,kalau buat sesuatu kerja pasti tak beres.

Aku pun pening dengan orang PAS,cakap nak ikut Islam,tapi aku tengok ramai juga orang PAS yang tak solat 5 waktu. Tu tak masuk dalam bab memaki hamun,menjatuhkan maruah orang.
Tok guru aku pesan(anak murid Tok Kenali), jangan sesekali menjatuhkan maruah orang.