Saturday, June 6, 2009

Abdul Sabu Kalah 'Tulah' sajak 'Artantuya' ? Hehehe



Sajak Altantuya karangan Mat Sabu dapat tepukan gemuruh!

Sajak yang dikarang Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu yang dideklamasikan beliau di Stadium Malawati sempena Wacana Seni, Muktamar PAS ke-55 malam tadi mendapat perhatian dan tepukan gemuruh.

Di hadapan kira-kira 5000 penonton sempena malam wacana muzik Islam, Mohamad Sabu membacaan sajak yang membicaralan isu pembunuhan Altantuya Shaariibu, seorang model warga Mongolia. Sebaik bait-bait sajak sajak yang dikarang hanya dalam masa 20 minit itu dituturkan, laungan takbir dan tepukan gemuruh silih berganti. Tidak kurang juga ada yang tertawa dengan sindiran sinis bait-bait sajak yang sangat unik itu.

Inilah kempen terakhir Mohamad Sabu sebelum menjelangnya pemilihan jawatan Timbalan Presiden PAS pada 5 Jun lepas. Kerjanya tidak ada lain, mengutuk, mengeji,mencaci, mencarut dan memfitnah. Nasib baiklah mamat ni kalah dengan hanya mendapat 261 undi sahaja walaupun 5000 orang bertempik, bersorak dan bertakbir ketika beliau mendeklamasikan sajak 'Artantuya'.

Malang sungguh dengan muktamar yang dihadiri para alim ulamak, cendiakawan, ilmuan, para profesional diisi dengan perkara-perkara fitnah. Walaupun sajak yang diciptanya tidak menyebut nama orang tertentu tetapi kita faham kepada siapa yang hendak dituju.
Yang mendengarnya serban sebesar bakul, berkopiah putih, berjubah dan berjanggut semuanya mengikut sunnah Nabi. Apabila sajak dideklamasikan maka bertakbirlah puak-puak ini dan bersubahatlah mereka dengan fitnah.

Tiada keberkatan, tiada pertolongan Allah maka Allah tutup pintu hati para perwakilan untuk memilih beliau. Kalahnya Mohamad Sabu bukan kerana beliau tidak hebat tetapi tidak berakhlak sesuai dengan parti yang didokongnya.





Di bawah ini adalah petikan sajak yang dideklamasikan Mohamad Sabu:

'Atantuya'

Aku Insan Ajnabi,
Aku Berasal Dari Tanah Tinggi
Bangsaku menjelajah dunia
Bangsaku pernah menguasai dunia
Kecantikanku menawan sesiapa sahaja
Lemah gemalaiku melembutkan lelaki perkasa
Kecerdikanku, kecantikanku boleh diperniaga


Aku wanita Ajnabi merantau kemana=mana
Mencari rezeki merata dunia
Kuala Lumpur, Paris, Hong Kong aku merata
Pembesar negara kuasai ku
Kukuasai pembesar negara
Sebut sahaja apa berniaga aku tetap disana
Kepercayaan dan akidah sama sahaja
Sekejap muslimah sekejap insaniah
Aku tetap manusia beragama


Manisku dijilat, manisku disedut
Aku rela kerana berniaga
Aku berakidah aku insaniah
Ku tahu siapa yang menyedutku
Manisku masih banyak
Manusia rakus menghirupku
Kadang menggilir kadang digilir
Aku berniaga tak kira siapa


Zuriatku ada
Ku tahu siapa bapanya
Masakan tidak, disarangku dia bertelur
Manisku belum habis dihisap
Sepahku dibuang merata
Badanku dihancur luluh
Tubuhku berkecai rapuh
C4 dipanggil untuk memusnahku


Rohku tetap menjalar
Rohku tetap merayau
Setiap dada media ku buka cerita
Ku tahu siapa pemusnahku
Rohku berulang alik
Entah di Mongolia, entah di Paris
Entah di Shah Alam, entah di Putrajaya
Rohku menjalar terus menjalar
Roh suciku diawang-awangan
Menghinggap siapa sahaja
Tak kira pangkat atau kedudukan
Pemusnahku akan musnah.


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

TERBARU !!!!

Selepas kalah jawatan Timbalan Presiden PAS Abdul Sabu berpantun pulak. Bunyinya macam merajuk aje. Kesian.....terimalah kekalahan tu bro...

SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) - Rangkap ketiga pantun yang disampaikan mantan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu cukup memberi erti yang sangat mendalam kepada hadirin Muktamar PAS ke-55.

"Tuai padi antara masak, nanti jangan layu-layuan, Intailah aku sementara nampak, nanti jangan rindu-rinduan," kata Mohamad Sabu ketika mengakhiri rangkap pantunya sebelum menamatkan ucapan penangguhan Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati, dekat ini hari ini.

Bacaan pantun Mat Sabu disambut dengan laungan takbir yang sangat gemuruh oleh perwakilan dan para pemerhati.

11 comments:

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Kalau tak ada keji, mengumpat, fitnah, gelar-menggelar, kutuk-mengutuk, puji diri sendiri, masuk bakul angkat sendiri, menggelar diri ustaz walaupun tak ada ilmu agama itu bukan golongan PAS.
Siapa yang mula-mula menggelar Anwar sebagai "al-juburi" kalau bukan dia. Siapa yang digelar ayam sabung PAS kalau bukan dia. Sejak saya mendengar ceramahnya di Simpang Tiga, Bagan tahun 1997 @ 1998, yang begitu hebat menghina, mengutuk, menggelar, menghentam Anwar (walaupun saya juga tak minat Anwar), saya dah menyampah sesangat dengannya.

melayuangkat said...

Assalamualaikum,

Bagi saya Sajak Murahan ini mencemar Muktamar yang dipenui oleh Para Ulama seluruh tanah air. Ianya amat tidak patut sekali.

Nampak sangat ketandusan Idea. Pelik bin Ajaib, orang macam ini pun ramai yang menyokong dan ramai pula yang nak pilih sebagai wakil mereka.

arifomar said...

pantun terbaru mat sabung ayam hari ini. siap dengan takbir lagi :

SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) - Rangkap ketiga pantun yang disampaikan mantan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu cukup memberi erti yang sangat mendalam kepada hadirin Muktamar PAS ke-55. Iklan



"Tuai padi antara masak, nanti jangan layu-layuan, Intailah aku sementara nampak, nanti jangan rindu-rinduan," kata Mohamad Sabu ketika mengakhiri rangkap pantunya sebelum menamatkan ucapan penangguhan Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati, dekat ini hari ini.

Bacaan pantun Mat Sabu disambut dengan laungan takbir yang sangat gemuruh oleh perwakilan dan para pemerhati.

sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21198&Itemid=1

Parpu Kari said...

SALAM TUAN PUNYA BLOG, DENGAN IZIN SAYA NAK MINTAK SEMUA PEMBACA BUDIMAN SUPAYA MEMBACA ARTIKEL INI DAN EDARKAN PADA SEMUA! SEJARAH TIDAK BOLEH DI PADAM!

http://parpukari.blogspot.com/2009/06/reid-commission-original-document.html

Parpu Kari said...

MAT SABU DIKEJAR OLEH SAJAKNYA SENDIRI...MUAHAHAHAHAHA

amirhamzah64 said...

salam cekodokmasin,

Abdul Sabu akan terus kekal sebagai 'ayam sabung' PAS. Takat itu saja kemampuannya. Naib Presiden adalah jawatan tertinggi untuk Abdul Sabu dalam PAS.

Dulu gelarkan Anwar Al-Juburi sekarang apa sudah jadi bro.......

amirhamzah64 said...

waalaikumsalam melayuangkat,

Orang-orang alim yang hadir termasuk yang bertanda hitam di dahi pun turut bersubahat.

amirhamzah64 said...

salam bro arifomar,

macam merajuk je Abdul Sabu tu bro

amirhamzah64 said...

salam Parpu Kari,

Abdul Sabu mendeklamasikan sajak 'Altantuya' untuk raih undi. Selepas kalah dia berpantun pulak. Macam merajuk je bunyi pantun nya tu.

"Tuai padi antara masak, nanti jangan layu-layuan, Intailah aku sementara nampak, nanti jangan rindu-rinduan,"

zedmagel said...

Bro Amir Hamzah,

Abdul Masabu terjun dengan labu-labunya biarkan..biarkan..

Kesian juga dengan Abdul Masabu, kenyataanya macam tak kisah jika kalah, tetapi hakikatnya beliau begitu kecewa.

Silapnya satu saja tidak mengukur baju di badan sendiri, dia mengukur bajunya di badan Altantuya Saribu....Sepatutnya dia buat sajak untuk dirinya sendiri baru lah boleh menang...

Pesan untuk Abdul Masabu - Jangan mengata nanti sendiri derita.

amirhamzah64 said...

salam bro zedmagel,

Hehehe.... Kasian Abdul Sabu. Dalam hati siapa yang tahu. Balik rumah dia menangis tersedu-sedu bro.