Thursday, June 11, 2009

'Siapalah Saya Untuk Jumpa Kuan Yew' : Mahathir



Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew yang sedang melawat Malaysia selama lapan hari tidak mungkin bertemu beliau kerana "siapalah saya ini".

"Saya tak nampak kenapa beliau akan memohon untuk berjumpa saya. Siapalah saya ini," katanya kepada pemberita Khamis di Kuala Lumpur ketika ditanya sama ada pemimpin kanan Singapura itu berhasrat menemui beliau.



Ketika diminta mengulas mengenai pertemuan Lee dengan pemimpin-pemimpin pembangkang, Dr Mahathir berkata Lee mempunyai banyak pengalaman sedangkan ahli politik Malaysia "tidak tahu apa-apa".

"Itulah sebabnya kita kena belajar dari Singapura. Singapura adalah sebuah negara hebat, mereka banyak melabur di sini," katanya.

Bernama melaporkan ditanya mengenai cadangan membina jambatan ketiga menghubungkan kedua-dua negara, Dr Mahathir berkata : "Jika kita beri mereka pasir, kita dapatlah jambatan itu."

amirhamzah64: Tidak payah Tun nak bersedih sangat. Dia tu virus Influenza A H1N1 yang sedang pusing keliling Malaysia. Dia sebenarnya hendak berjumpa dengan Lim Guan Eng seorang saja. Maklumlah sudah lama tidak menjenguk 'anak-anak' di Pulau Pinang.

Kalau Tun berjumpa dengannya, virus ini akan takut Tun bertanyakan 'Jambatan Bengkok' yang tak jadi tu. Kalau Tun bertanyakan 'Jambatan Bengkok' yang terbengkalai, apa pulak rancangannya dengan Najib.

Dengor khabornya virus H1N1 ni melahirkan rasa minat pada cadangan pembinaan jambatan ketiga di Johor yang menghubungkan negara ini dan republik itu di bahagian timur Johor.

Mungkin ini lawatannya yang terakhir. Jadi tinggal-tinggalkan wasiat kepada para peminat, penyokong dan pendokong.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

11 comments:

Taminsari said...

Salam Sdr.Amir...

Kalau kita lihat sejarah sehingga tahun 2007 iaitu ketika BN sedang kuat, agak sukar untuk H1N1 ini datang untuk melawat Malaysia. Terutama sekali dizaman Tun memerintah. Kita tahu bagaimana hubungan dengan Singapura ketika Tun memerintah. Tetapi kini, ketika DAP sedang "naik" baharulah timbul rasa nak datang melawat ke sini? Datang nak melawat negeri yang hampir sama keadaannya dengan Singapura iaitu Pulau Pinang. Datang nak berjumpa dengan anak didik PAP yang menguasai keseluruhan Pulau Pinang? Apakah rancangan seterusnya H1N1 ini..Adakah datang untuk mengajar Lim Guan bagaimana hendak membawa Pulau Pinang keluar dari Malaysia dengan mendesak kerajaan Persekutuan dengan berbagai desakan sepertimana yang dilakukannya ketika membawa Singapura keluar dari Malaysia. Kita tahu H1N1 ini adalah MENTOR kepada DAP Malaysia. Mungkin benar apa yang saudara katakan yang kedatangan ini adalah lawatan terakhir untuk meninggalkan amanat dan wasiat untuk pengikut-pengikut mereka disini? Dan saya rasa orang yang paling gembira sekali adalah Lim Kit Malam kerana beliau adalah bekas setiausaha sulit kepada H1N1. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku selepas ini. wallahuallam.

Salam perjuangan

Tungaklangit said...

salam sdr amir

kalau pemimpin melayu negara ini membaca sejarah mengenai singapura maka tak akanlah beria-ria mereka nak jumpa LKY tu...

LKY datang ke malaysia adalah dengan niat tersendiri...

mereka nak lihat sejauhmanakah kekuatan pemimpin bangsa melayu dan sudah bersediakah pemimpin kaumnya untuk mengambil alih kuasa politik negara ini...

salam

amirhamzah64 said...

salam sdr Taminsari.

1. Saya hairan mengapa H1N1 ini dibenarkan berjumpa dengan pemimpin pembangkang? Semasa Najib melawat Singapura baru-baru ni, tidak pulak kedengaran berjumpa dengan pemimpin-pemimpin Melayu-Islam Singapura.

2. Saya pun macam bersetuju dengan saudara, H1N1 ni jumpa LGE nak ajor mangkuk tu buat macam-macam tuntutan lepas tu keluor dari Malaysia. Elok la tu satu di Selatan dan satu di Utara. Bertambah senanglah kerja-kerja Yahudi.- Segalanya Mungkin.

amirhamzah64 said...

salam Tungaklangit,

Saya pun hairan....kita terlalu berlembut dan mendengar kata Singapura. Sehingga H1N1 nak round Malaysia pun boleh.

Apa yang telah terlepas ke Singapura tak akan dapat kembali. Kita nak lepaskan berapa banyak lagi. Adakah pelaburan Singapura yang banyak di Malaysia menjadikan kita sebuah negara yang hilang kedaulatan?

Ketika singapura keluar Malaysia 1965, Najib sedang belajor di luor negeri kot. Tak berapa ingat sejarah H1N1 memaksa Tunku membuat keputusan mengeluorkan Singapura.

Apapun 'Melayu Mudah Lupa'- Tun Mahathir.

CHAIRMAN KAGA said...

AKU X PAHAM. YANG KU DENGAR KETIGA TIGA NAIB PRESIDEN GEROMBOLAN united malays national organization BERLUMBA BERLUMBA UNTUK MENGADAP LKY. KNAPA MACAM TU?

lordapes said...

kaga: mana ko dengar? aku nak tau gak...

amirhamzah64 said...

salam CHAIRMAN KAGA dan lordapes

1. Dengor cerita mereka bertiga tu tersedu sedan kempunan tak dibenarkan jumpa sebab mereka tu takat tahap Naib Presiden je. hehehe

2. Ada cerita lain, PKR begitu marah kepada DAP kerana menghalang cubaan mereka untuk mempertemukan anwar dan kuan yew.(rujuk : http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com)

3. Ok la tu semua nak berebut-rebut. hehehe.

Geng Samudera said...

Salam semua,

Apa bestnyer LKY nih?.
Kuat sgt ker beliau nih?....Tang mane yg die kuat?...propa jerk lebih Cina Jinjang nihh!!...

Plak tuh yg org kita beriya nak jumpe die nape?..Tahap eklusif sgt ke nak jumpe die.??

Pasal dia lar,Malaya ngan Singapore terpisah atas desakan beliau pada Tun Abdul Rahman.

Pasal dia lar,banyak perkara perkauman cuba dihidupkan.

Pasal dia lar,keturunannya naik lemak dan sombong...

Pasal dia lar,puak Hakka dibawa masuk beramai-ramai ke tanah Melayu suatu ketika dulu...

Pasal dia lar,Israel cuma memasuki kehidupan umat Islam di Asia Tenggara.

Pasal dia lar,sejarah yang betul di Singapore ditutup dan diganti dgn sejarah bohong utk dibaca oleh generasi baru.

Pasal dia lar,timbul curiga mencurigai sesama kita untuk hidup berjiran......

Pada aku dia nih umpama parasit yg suka merosakkan bende yg elok jerrk..!!!...

amirhamzah64 said...

Salam Geng Samudera,

1. LKY mungkin tidak penting kpd rakyat seperti kita. Tapi ia penting kpd. DYMM Agung, PM ,TPM, Sultan, KM dan MB
2. Dari segi sejarah, LKY ibarat duri dalam daging kepada Malaya dan Tunku.
3. Apa kah andaian LKY sehingga boleh round Malaysia 8 hari jumpa semua pemimpin kerajaan dan pembangkang?

andaian Panglima Perang Cyber:

1- Apakah tindakah LKY datang ke negara kita selepas risau melihat kejayaan lawatan Datuk Najib ke China ?

2- Atau ia agenda untuk memasukkan Singapura ke dalam Malaysia kembali?

3- Juga kerana bagi menekan DS Najib agar melaksanakan 1Malaysia seperti Malaysian Malaysia yang PAP lakukan dan perjuangkan sebelum ini ? Walhal DS Najib sudah menegaskan konsep 1Malaysia tidak bercanggah samada tersirat atau tersurat dengan perlembagaan negara kita ?

4- Adakah reaksi Anwar mendesak Chin Peng pulang ke Malaysia susulan lawatan LKY ke Malaysia ? Ini kerana ada desas desus mengatakan bahawa Singapura membiayai PKR dalam pilihanraya .

5- Kenapakah LKY bertemu isteri DS Najib ? Adakah ia atucara yang bersifat ada udang di sebalik batu atau sekadar biasa biasa saja ?

6. Atau nak ajar LGE buat macam-macam tuntutan supaya Penang keluar dari Malaysia? hehehe

zedmagel said...

Bro Amir,

H1N1 tu mana berani jumpa Dr M, dia meletak jawatan dari PM Singapura pun sebab masa tu Dr M PM Malaysia. Dia kalah badi dengan Dr M. Dia tak bersekolah tinggi, selalu je kena balun dengan Dr M masa tu. Press luar pun tak interview dia. Mana dia nak letak muka.

amirhamzah64 said...

salam zedmagel.

Tun Mahathir tak terkilan langsung tak jumpa H1N1 ni. Tapi ada pulak mamat yang kecewa sangat tak dapat
jumpa virus ni. Siapa tu bro?