Friday, June 26, 2009

Minta Nasihat Tun M, Tidak Jatuh Misai Najib.


Hari ini Tun Mahathir menjawab beberapa persoalan tentang pembatalan Jambatan Bengkok mengantikan Tambak Johor di zaman pemerintahan Pak Lah. Mengapa Tun Mahathir beriya-iya sangat agar projek Jambatan Bengkok ini diteruskan sejak sebelum beliau belum bersara, zaman Pak Lah hingga sekarang?

Mengapa Tun Mahathir menjawab beberapa isu di dalam blognya berkenaan Jambatan Bengkok ketika ini? Ianya tentulah ada kaitan dengan idea Jambatan ke 3 yang dicadangkan di Timur Laut Johor. Ketika LKY begitu gembira dan bersetuju dengan jambatan ke 3 dan mendapat respon yang baik daripada kerajaan Malaysia, rasa-rasanya ulasan Tun di dalam blognya itu tepat pada masanya.

Saya berpendapat dalam banyak perkara pentadbiran kerajaan sekarang tidak wajar mengenepikan terus peranan Tun khususnya isu Jambatan Bengkok. Ketajaman fikiran, maklumat-maklumat yang berkaitan dengan sejarah dan perjanjian-perjanjian, keberanian, kepetahan berhujah Tun sangat berguna bagi menjayakan projek yang amat berguna dan berfaedah kepada Malaysia.

Seperkara yang tercatat dalam ulasan Tun bukan sahaja bersandarkan kepada kepentingan ekonomi dan alam sekitar semata-mata tetapi lebih utama ialah mempertahankan maruah dan kedaulatan negara kerana mengikut Tun, Tambak Johor adalah kepunyaan sepenuhnya negeri Johor.

Adalah molek dan manisnya Tun diberi peranan yang lebih besar walaupun Tun tidak pernah meminta-minta daripada kerajaan tetapi Tun sentiasa bersedia membantu kerajaan sekiranya diperlukan. Bukan jawatan menteri kanan yang dimintanya seperti mana LKY di Singapura tetapi kita memerlukan buah fikiran, nasihat, pandangan bernas dan keberanian bagi merealisasikan jambatan bengkok tersebut.

Najib tidak perlu bimbang kerana beliau tetap sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6, cuma rakyat lebih yakin dan percaya dengan penglibatan Tun secara langsung dan tidak langsung dalam isu-isu penting negara.

Sebelum ini pun DYMM Sultan Johor bertitah baginda tidak setuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga menghubungi Johor dengan Singapura. Titah baginda itu disampaikan oleh Tengku Mahkota Johor ketika merasmikan mesyuarat pertama, penggal kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, sebentar tadi. "Beta dititahkan oleh Sultan Johor bahawa baginda tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga itu," titah baginda.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad mengulas titah Sultan Johor itu berkata, apa yang dititahkan itu adalah suara rakyat negeri Johor. “Titah baginda itu adalah aspirasi rakyat Johor keseluruhannya. Titah baginda adalah cerminan Raja berjiwa rakyat dan mewakili suara rakyat,” katanya

Berikut adalah ulasan Tun Mahathir dalam blognya www.chedet.com:

1. Saya siarkan dokumen berkenaan pembiayaan pembinaan Tambak Johor kerana ada Menteri di dalam pentadbiran Tun Abdullah yang mendakwa Tambak Johor milik bersama antara kita dan Singapura. Sebab itu Singapura harus bersetuju sebelum apa-apa tindakan (meroboh) dapat dilakukan terhadap tambak tersebut.

2. Tidak terdapat apa-apa persetujuan mahupun perjanjian yang mengatakan Tambak Johor milik bersama. Jika ada pun 2/3 daripada tambak tersebut adalah milik Johor. Dan bahagian 2/3 tersebut sudah semestinya yang berakhir di Johor Bahru kerana sempadan di Selat Tebrau merupakan laluan air yang paling dalam, kira-kira separuh dari selat tersebut antara Singapura dan Johor. Ini mestilah juga sempadan tambak. Dengan itu separuh tambak di bahagian utara adalah hak Malaysia, satu negara yang berdaulat dan merdeka.

3. Cadangan yang mengatakan kita tidak boleh sentuh tambak tanpa kebenaran Singapura bukan merupakan sebahagian daripada apa-apa perjanjian dengan Singapura. Apa yang kita buat pada bahagian tambak di sebelah kita adalah hak kita sebagai satu negara yang berdaulat. Tidak melaksanakan hak kedaulatan kita samalah dengan menganggap diri kita dijajah.

4. Kenapa kita perlu bina jambatan untuk gantikan tambak? Jalanraya di Johor Baru di mana lalu lintas dari dan ke arah tambak bertemu dengan lalu lintas menghala ke arah timur dan barat seringkali sesak. Di masa hadapan apabila lebih banyak kenderaan menggunakan jalan tersebut, kesesakan tentu akan bertambah buruk.

5. Jambatan akan disambung ke jalan jejambat dari dan ke kompleks kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ), dan ini akan benarkan lalulintas dari timur ke barat untuk bergerak lancar.

6. Selain masalah trafik, laluan air di selat juga tidak mengalir. Jika tambak dibuka, air akan bebas mengalir di kedua-dua arah, dan akan membersihkan perairan di selat.

7. Ketiadaan tambak juga akan benarkan bot dan kapal layar belayar pergi balik di kedua-dua arah. Pengangkutan barangan dan penumpang di antara pelabuhan Pasir Gudang dan pelabuhan Tanjung Pelepas juga akan dipermudahkan. Ini akan bantu pertumbuhan kedua-dua pelabuhan - sesuatu yang mungkin Singapura tidak suka lihat.

8. Laluan tanpa halangan bot-bot sepanjang selat juga akan mewujudkan peluang perniagaan. Jambatan akan lebih lebar daripada tambak dan akan mempercepatkan aliran lalulintas. Bangunan CIQ juga direkabentuk untuk menampung jumlah trafik yang lebih tinggi.

9. Saya ditanya kenapa ianya tidak dibina semasa 22 tahun pentadbiran saya, jawapannya ialah keperluan untuk jambatan hanya jadi lebih jelas di akhir jangka waktu pentadbiran saya. Walaubagaimanapun saya telah luluskan projek tersebut sebelum saya berundur. Kerja-kerja pembinaan juga bermula semasa saya masih lagi mentadbir. Jika Abdullah tidak berhentikan, jambatan sudah tentu akan hampir siap sekarang.

10. Oleh kerana Singapura hanya akan setuju untuk membina jambatan lurus jika satu bilion metre padu pasir dijual kepadanya; oleh kerana rakyat Johor membantah penjualan pasir dan kebenaran bagi pesawat pejuang Singapura berlatih di ruang udara Johor, pilihan yang ada bagi Kerajaan Malaysia hanyalah untuk kembali pada pembinaan jambatan bengkok (indah) di perairan wilayah kita. Ini adalah hak sebuah negara berdaulat yang merdeka.

11. Sebaliknya Abdullah putuskan untuk bukan sahaja tidak bina jambatan di perairan kita tetapi juga untuk berhenti berunding berkenaan semua perkara lain termasuk keengganan Singapura meluluskan dana CPF (Central Provident Fund) yang dicarum pekerja dari semenanjung Malaysia, tanah keretapi, harga air mentah 3 sen untuk 1,000 gelen yang dibayar Singapura (Melaka bayar 30 sen untuk 1,000 gelen).

12. Kesemua isu ini memberi keuntungan pada Singapura dan dengan menghentikan rundingan untuk mendapatkan hak yang lebih baik dalam masalah tersebut kononnya kerana orang Johor menolak penjualan pasir yang rugi ialah kita. Yang kalah adalah kita. Saya rasa ini satu cara bodoh untuk hukum Singapura. Ataupun adakah ianya satu hukuman bagi orang Johor kerana tidak setuju jual pasir (ada orang yang akan buat banyak duit) dan menolak cadangan supaya ruang udara Johor Baru dijadikan tempat pesawat pejuang Singapura berlatih berperang dan mengebom.


Amir Hamzah
Bandar Penggaram,
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

9 comments:

PARPUKARI said...

MEMANG BETUL SAUDARA AMIR, AKU PUN TAK FAHAM LA, KENAPA DS NAJIB TAKUT SANGAT NAK BAGI TUN MENJADI PENASIHAT EKONOMI YA?

RAKYAT MALAYSIA PADA AMNYA MEMANG MASIH MAHUKAN KHIDMAT TUN, TUNGGU APA LAGI DS NAJIB!

BERTINDAK CEPAT SEBELUM TERLAMBAT!

add said...

Pada saya seharusnya DS Najib melantik TDM sebagai Menteri Kanan kerana walaupun Najib tidak melantik TDM rakyat menuduh Najib dibayangi oleh TDM. Dah alang alang rakyat dok tuduh Najib ada MOU dengan TDM lebih baik diteruskan agenda demi untuk negara. Baru kaum cina tahu langit ni tinggi atau rendah bila TDM menyertai kabinet. Mukhriz boleh mengundur diri jika TDM dilantik menteri mentor Malaysia. Ayuh wahai Najib jangan peduli la suara Big Mama datuk tu...

Orang tua said...

Salam Sejahtera Tuan,

Sememangnya begitulah cara orang kita.
Semasa hayat seseorang itu masih ada
Jarang di pandang walau sebelah mata.
Tun M banyak idea diluar jangkauan fikiran kita

Dulu nak buat Jambatan PP, orang kata dia gila
Buat jambatan terpanjang di Asia Tenggara
Hari ini siapa pula dah jadi gila
JAM saja dan nak kena buat jambatan kedua pula

JAMBATAN BENGKOK idea Tun M juga
BABY Tun M musuh politiknya kata
2020 bila kita dah tak da
Bagaimana agaknya suasana

Idea pembinaan tersebut mengambil kira
dari semua sudut kepentingan negara.
Baik dari sudut sosial, ekonomi, marin & ketenteraan juga.
Janganlah nak buat bila Tun M dah tiada

Kepada para pemimpin yang ada
Jasa Tun M kepada kita tidak terkira
Jangan kita jadi Melayu Mudah Lupa
Beliau bukannya nakkan apa-apa

Jadi apa yang hendak dikira
Teruskan lah saja idea
Semasa hayat TUN M masih ada
Jangan sampai DYMM Sultan Johor pun Murka

Geng Samudera said...

Salam semua,

Memang banyak kebaikan dan tujuan yang long term benefit jika disambung jambatan bengkok lebih-lebih lagi dgn bloody Singapore nih.....

Kita dah ada sejarah di mana bagaimana perjanjian air berpuluh-puluh tahun dulu dan kita maklum yg kita rugi dari segi ekonomikal harga tersebut kerana terikat dgn kontrak,jadi tak reti-reti lagi ke nak belajar dari kesilapan dulu?????

Utk pemimpin skrang,perhatikan segala pro & kontra dari segala aspek dalam bentuk yg realistik bukan khayalan....dan bukan juga utk tujuan kasi kroni-kroni...

Ingat,keputusan hari ini akan memberi impak utk generasi 50 tahun akan datang dan kalau tak mahu kena ludah,buat keputusan dgn ikhlas dan memberikan kebaikan.

Dr M,orang lama,dia tau tipu muslihat Singapore dan tentunya segala keputusan yg dibuat olehnye telah dia fikirkan sebaik mungkin....KECUALI kalau die ada double reason utk kroni anak-anaknya....

Dalam kepala hotak LKY plak,mmg die akan buat apa saja demi survival bangsanya 100 tahun akan datang.Kita plak sanggup buat pengorbanan utk generasi akan datang?

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Parpu Kari,
Tidak rugi meminta nasihat Tun lebih-lebih lagi pengalaman 22 tahun menjadi PM.

salam add,
Satu cadangan yang baik untuk Najib membuat alternatif.

Salam Orang tua,
Terima kasih la banyak-banyak atas
sumbangan karya sastera yang menarik. Walaupun banyak gelaran yang buruk-buruk untuk Tun selepas 1998 tetapi tiada siapa yang boleh menafikan tentang perubahan lanskap ekonomi dan pembangunan negara dalam tempoh 22 tahun Tun menjadi PM

Salam Geng samudera,
Terima kasih atas pandangan dan ingatan kepada mereka yang terlibat dalam isu jambatan bengkok ini. Banyak pendapat dan pandangan berkenaan dengan jambatan ini yang sudah tentu memberi banyak info kepada pemimpin-pemimpin kerajaan. Semoga Najib mempraktikkan slogannya 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Apabila idea jambatan bengkok diutarakan, kajian telah dijalankan supaya kegiatan ekonomi terutamanya di kawasan tumpuan seperti Jalan Meldrum tidak terjejas. Oleh kerana pembinaannya dibatalkan, lencungan jalan terpaksa dibuat supaya kompleks kastam yang sedang dibina dapat digunakan. Lencungan itu pula tidak dikaji dengan sedalamnya impak yang akan berlaku kepada kawasan tumpuan itu. Sebab itu kawasan berkenaan jadi macam pekan koboi @ pekan hantu walaupun waktu siang.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam cekodokmasin,
Itu adalah kesan daripada pembatan jambatan. Apa yang dirancang menjadi haru biru.

zedmagel said...

Bro Amir,

Selama ni pun Datuk Najib banyak meminta nasihat dari Tun Mahatihir. Misai Datuk Najib begitu juga. PM kita tetap gagah dan handsome.Pandangan orang lama seperti Tun harus didengari walaupun kita tidak mengikutnya. Tentu tidak salah.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam bro zedmagel.

Bagusla kalau pegi mintak nasihat Tun, sebab Najib dah buat 2 perkara yang rugikan Melayu. Itu baru 100 hari jadi PM. Harap-harap lepas ni Najib jangan buat tindakan rugikan Melayu semata-mata nak jaga undi bukan Melayu.