Monday, June 22, 2009

Kerajaan Perpaduan Sampah : Sekat Anwar Jadi PM


Seperti yang dijangkakan 'Kerajaan Perpaduan Yang Sampah' benar-benar menjadi sampah apabila Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat mengambil keputusan bahawa semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang serta MENOLAK IDEA PENUBUHAN KERAJAAN PERPADUAN DENGAN UMNO / BARISAN NASIONAL.

Saya langsung tidak berkecil hati dengan keputusan ini malah sangat gumbira bukan kerana tidak sukakan kepada perpaduan tetapi tidak gemar dan tidak selesa diklentong oleh mereka yang lidah bercabang. Sejak dari awal idea ini dicetuskan oleh Hadi Awang, sedari itulah saya tidak yakin dan tidak percaya walaupun ianya keluar daripada mulut orang alim dan ulamak.

Hari ini, kenyataan yang berbelit-belit dan klentong yang tidak sudah-sudah menghiasi majlis kenyataan media pemimpin Pakatan Rakyat. Kenyataan media bersama Abdul Hadi Awang,Lim Kiat Siang dan Anwar Ibrahim antaranya:

"Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat"

Ayat ini sekali imbas, sudah kenal siapa yang mengarangnya. Kalau ada perkataan 'fitnah' dan 'tohmahan jahat' pastinya ia kata-kata popular Anwar sejak 1998. Kenyataan ini kalau dibaca oleh penyokong-penyokong totok Pakatan Rakyat ianya terus menusuk ke kalbu kerana kepala otak mereka sudah 'mangli'dengan alasan-alasan begini iaitu fitnah dan tohmahan jahat.

Pada hal, isu dan idea kerajaan perpaduan sampah ini adalah idea Hadi Awang. Kalau tidak bagaimana Hadi boleh bertegang urat dengan Nik Aziz?

1. Hadi Awang yang menjelaskan dalam harakah dan media lain berkenaan konsep kerajaan perpaduan, seperti katanya : ‘Unity Government’ ini adalah Kerajaan Perpaduan yang melibatkan semua parti politik dan tidak ada pembangkang langsung. Semua parti duduk dalam kerajaan dan semua parti ini ada identiti, ada syakhsiyyah, ada kepelbagaian dan dia (parti) berhak untuk membangkang di mana ‘Unity Government’ ini membolehkan orang dalam Umno sendiri bangkang kerajaan.

2. Nik Aziz menafikan bahawa konsep 'kerajaan perpaduan' tidak pernah dibincangkan tetapi Hadi Awang mengatakan bahawa ianya telah dibincangkan di dalam dialog dikalangan kepimpinan Pas Pusat.

Nik Aziz menafikan bahawa Pas dan Pakatan Rakyat pernah membincangkan konsep ini tetapi Hadi Awang mengatakan bahawa konsep itu disokong oleh Keadilan dan DAP.

Untuk pengetahuan Anwar, bukan UMNO/BN yang terhegeh-hegeh nakkan kerajaan perpaduan ini. Yang beriya-iya berguling-guling ni sebenarnya Hadi dan Nasharudin. UMNO / BN hanya melayan sahaja kerenah temberang kalian semua. Kita pun sebenarnya tidak tahu siapa yang mengajar Hadi dan Nasharudin ni. Dua orang ini boleh dikira ulamak tetapi takkan lah ulamak hendak berbohong. Tentu ada yang mengajar ulamak ni berbohong.

Kalau kita kata Anwar yang ajar, maka ramai yang marah. Anwar pernah menjadi PM Malaysia selama 3 bulan ketika Mahathir melawat keluar negara. Dia sangat arif bahawa perpaduan antara parti ini tidak mungkin berlaku. Anwarkah yang suruh Hadi dan Nasharudin yang timbulkan idea ini? Tujuannya supaya rakyat akan terus menerus membincangkan hal-hal politik remeh temeh kerana politik Perak sudah kehabisan modal dan menutup 'kemaluan' Pakatan Rakyat di Perak. Sebab itu bermulanya idea ini daripada Hadi tetapi akhirnya kepada Anwar juga.

Krisis politik Perak telah menelanjangi kelemahan mereka maka bagi menutup cerita-cerita malu yang ditimbulkan oleh Nizar dan DAP maka isu kerajaan perpaduan ini ubat yang mujarab untuk meredakan kesakitan.

Mana mungkin kerajaan perpaduan ini direalisasikan kerana kerajaan perpaduan ini akan menutup terus peluang 'big boss ' mereka menjadi Perdana Menteri sekali gus menutup peluang Lim Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri setelah menunggu sekian lama. Semua ini adalah drama dan wayang Anwar Ibrahim.

Episod akhirnya akan meletakkan segala busuk dan hancingnya kepada UMNO juga. Akhirnya UMNO/BN mendapat hadiah perkataan FITNAH dan TOHMAHAN JAHAT sedangkan kes liwatnya telah berjaya ditangguhkan daripada 1 Julai kepada 8 Julai.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

7 comments:

ddinbunga said...

salam, bro ini lah dia kalau melayu lemah, apa pun nak buat semua tak jadi....UMNO dikata kan lemah kerana UMNO dipandang lemah sebab apa saja tindakan kita serba tak kena malah diri kita yang kena balik..sebab tu semua pihak kena bertungkus lumus membetulkan keadaan.

xerox_91 said...

assalamualaikum, bro!

Saya amat bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan bro. Orang Melayu kian jahil berpolitik dan banyak terikut kata-kata yang tidak benar dan tidak mahu menyelidik dahulu. Diharap agar bro dapat membuat banyak lagi pendedahan.

-IM-
http://cak-lempong.blogspot.com/
xerox_91@yahoo.com.my

The Hobbit Frodo said...

kahkahkah ((gelak guling2)) mmg lerrr, asal jew ader word 'fitnah' dan 'tohmahan jahat' bagai, haruslah dari mulu lidah bercabang bung nawar!!!! huhuhuhu, takut2 TGHH x apal skrip agaknyew, tu g ulang2 word ni!!!! x leh blah sungguh dgn beliau ni ... muhahahahhaha!!!

Jeffry said...

SALAM BRO AMIR
BKN SAMPAH LG BRO..LEBIH TEPAT "SAMPAH SARAP MASYARAKAT" KEHKEHKEH..3-3 PARTI HAUSSSS!!! YEHAAAAAAA!!!

amirhamzah64 said...

Salam ddinbunga.

betul bro, UMNO tak lemah, parti itu masih majoriti di Parlimen. Yang lemah, lemau dan lembik adalah pemimpin-pemimpinnya yang terperanjat tak habis2 akibat PRU ke 12 lalu. Kawan masih bagi peluang dan masa pada Najib dan Muhyiddin. Keyakinan masih ada untuk mereka berdua.


Salam xerox_91 .

salam,

Terima kasih. Ini lah yang dinamakan politik ketaksuban yang melampau. Pemimpin terjun longkang dia pun terjun. Kalau nak menurut bior berakal.


Salam The Hobbit Frodo.

Hadi yang pakai serban pun nak berbohong. Pak Lebai tu hormat kat Nuar. Anwar suruh apa pun dia ikut. Ayah Pin lagi bagus dari pak lebai ni. Air kaki ayah Pin Sami Hindu Batu Caves sanggup minum, air kaki Hadi Awang sapa nak minum ? hehehe.....kaki banyak cagu...geli ar.


Salam Jeffry.

Betul tu, sampah sarap lagi sesuai.
Bro bikin gambor glamour lagi, kawan nak mintak. Terima kasih bro.

zedmagel said...

Bro Amir,

Yang minta untuk bersatu bukan UMNO tetapi dari mulut Presiden PAS Haji Hadi, Hasrat beliau pada mulanya jujur, tetapi dah di cuca oleh kroni-kroni yang lain dia pun terikut sama.

Tapi percayalah kata-kata saya PAS akan lebih sengsara jika berada di bawah Parti Perpaduan Rakyat. PAS akan diperkuda kepangkan oleh dua parti komponennya. Lihat saja contoh Nizar. PAS lebih molek jika mengikut UMNO bukan PKR atau DAP.

Terpulang pada PAS dan penyokong-penyokongnya.

KALAU NAK JADI KUDA TUNGGANG - IKUT PPR

NAK JADI PARTI PEMIMPIN UMAH ISLAM - IKUT BN DAN UMNO.

Tepuk dada tanya selera.

amirhamzah64 said...

salam bro zedmagel.


Dia cadang, dia tolak lepas tu salahkan orang.

Mangkuk berayun betul Encik Hadi kita tu.

Ala bro...lebih baik tak jadi. Memeningkan kepala je bro. Kalau PAS join UMNO politik Malaysia dah tak ada seri.