Friday, June 5, 2009

PAS Kekalkan Kepimpinan Ulamak.



Perwakilan dalam Muktamar PAS kali ke 55 di Stadium Malawati, Shah Alam telah membulatkan hati untuk mengekalkan 2 pemimpin tertinggi parti itu di tangan ulamak. Perwakilan yang mewakili akar umbi menolak 2 pemimpin yang dikatakan bukan kalangan ulamak sekurang-kurangnya sehingga 2011. Mereka juga tidak lagi mengikut telunjuk Nik Aziz yang menyokong kumpulan erdogan khususnya 'ayam tambatan'nya yang dipertaruhkan di gelanggang kali ini. Cuma Nik Aziz kalah sabung tapi kampung belum tergadai.

Seperti yang dijangka oleh ramai orang Nasharudin Mat Isa berjaya mengekalkan jawatan Timbalan Presiden Pas untuk penggal ketiga, 2009 - 2011 apabila mendapat undi sebanyak 480 undi menewaskan dua calon lain, Husam Musa yang mendapat 281 dan dan Mohamad Sabu 261 undi.

Undi yang diperolehi oleh Nasharudin adalah kurang daripada 50% menggambarkan betapa sengitnya pertarungan kali ini. Bagi jawatan Naib Presiden perwakilan nampaknya berlaku adil dengan memilih seorang daripadanya dari kalangan ulamak. Tuan Ibrahim Tuan Man mendapat undi terbanyak untuk kerusi berkenaan dengan mendapat 871 undi. Bekas Ketua Pemuda, Sallahudin Ayub menepati ramalan apabila menang dengan undi kedua terbanyak dengan 824 undi. Percubaan kali ketiga Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar berjaya membuahkan hasil apabila beliau berjaya meraih undi sebanyak 663 undi bagi menempatkan diri disalah satu daripada tiga kerusi berkenaan.


Keputusan Penuh adalah seperti berikut:

PRESIDEN (Menang Tanpa Bertanding)

Abdul Hadi Hj Awang

TIMBALAN PRESIDEN

Nasharudin Mat Isa

NAIB PRESIDEN

Tuan Ibrahim Tuan Man, (877)
Salahuddin Ayub (824)
Mahfuz Omar(663)

18 AHLI JAWATANKUASA yang terpilih pula adalah seperti berikut:

1. Mohamad Nizar Jamaluddin - 854.
2. Idris Ahmad - 799.
3. Kamaruddin Jaafar - 769.
4. Azizan Razak - 653.
5. Hassan Ali - 642.
6. Dr Mohd Hatta Ramli - 638.
7. Abdul Ghani Shamsuddin - 637.
8. Abu Bakar Chik - 622.
9. Hanifa Maidin - 619.
10. Amiruddin Hamzah - 606.
11. Dr Lo Lo Ghazali - 598.
12. Ghani Abdul Rahman - 584.
13. Zulkefli Mohamad - 576.
14. Syed Azman Syed Mohamad - 530.
15. Hashim Jasin - 522.
16. Mazlan Aliman - 513.
17. Taib Azmuddin Mohamad Taib- 508
18. Mujahid Yusuf Rawa.- 488

Tahniah kepada yang menang. Jangan kecewa bagi mereka yang kecundang. Adat bertanding ada kalah dan menang.


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

2 comments:

zedmagel said...

Bro Amir,

Tahniah kepada Abdul Nashrudin dan Salahudin Al Ayubi. Mereka pemimpin yang berwawasan dalam PAS dan katanya mereka akan menerima pandangan dari rakan-rakan parti politik yang lain dalam membangunkan negara.

Tapi Dewan Muslimat PAS tak nak berbaik dengan UMNO. Mereka benci sangat dengan saudaran seagama dengan mereka. Kenapa yek? Dengan DAP boleh pulak..

amirhamzah64 said...

salam bro zedmagel,

Muslimat PAS gamaknya tak boleh nak join dengan wanita UMNO. Orang pempuan ni lain sikit bro.

Lagi satu agaknya ramai wanita UMNO masih tak pakai tudung. Kalau pakai tudung pun tak tutup dada. hehehe

DAP tu dah tentu kafirnya... tak apa la. Wanita UMNO ni yang himol sangat. Tak gitu bro......