Monday, June 8, 2009

virus Influenza A H1N1 Sudah Datang!



Selain daripada Chin Peng, ada lagi seorang manusia yang saya tidak berkenan untuk datang ke Malaysia dan paling saya tidak percaya adalah Lee Kuan Yew. Manusia ini banyak menyusahkan dan memeningkan kepala Tunku Abdul Rahman sehingga akhirnya Tunku mengambil keputusan drastik mengeluarkan Singapura daripada Malaysia pada 1965. Walaupun ada banyak ulasan berkenaan dengan peristiwa pemisahan Singapura tetapi saya tetap merasakan Singapura sebagai satu negeri Melayu yang 'terlepas' di tengah-tengah alam Melayu.

Hari ini, Singapura yang suatu ketika dahulu yang bernama Temasik adalah sebuah negeri Melayu yang berakhir dengan menjadi sebuah negara asing dimana sejarahnya bermula apabila Inggeris tiba di Singapura pada tahun 1819 apabila Sir Thomas Stamford Raffles menetapkannya sebagai sebuah pusat perdagangan. Sejarah Kesultanan Melayu khususnya Kesultanan Johor yang mempunyai sejarah rapat dengan Singapura telah terpadam dengan sengaja.

Saya tetap menganggap Singapura tidak banyak bezanya dengan Israel. Singapura adalah negara asing yang terletak di tengah-tengah alam Melayu seperti mana Israel yang terletak di tengah-tengah dunia Arab. Singapura bukan jiran yang baik untuk Malaysia. Tidak ada tolak ansur bahkan sentiasa menekan, menggugut dan sentiasa mendapat untung daripada dasar ekonomi dan hubungan dua hala kedua negara.

Menteri Mentor Lee Kuan Yew,83 Perdana Menteri pertama dan Bapa Singapura Moden, akan ke Malaysia bermula 8 hingga 15 Jun bagi melawat beberapa negeri dan berjumpa dengan beberapa orang Sultan, pemimpin, ahli perniagaan, pemimpin dan wartawan kanan Malaysia baik dipihak kerajaan tetapi juga pihak pembangkang.

Apa hebatnya Lee Kuan Yew sehingga beliau bukan sahaja berjumpa dengan pemimpin-pemimpin kerajaan dan beberapa orang Raja Melayu tetapi turut berjumpa dengan pemimpin pembangkang di Malaysia. Walau apapun alasannya, bagi saya beliau hanya boleh berjumpa dengan DYMM Yang Dipertuan Agong, PM dan TPM. Apa mustahaknya LKY sehingga boleh menjelajah seluruh negara dan berjumpa pula dengan pemimpin-pemimpin pembangkang.

Bersama-sama ini saya sertakan satu tulisan berkenaan Singapura.(sumber: ibnuyaacob)

Singapura yang kecil itu sebenarnya menguasai hampir keseluruhan sistem keselamatan Malaysia melalui tali barut-tali barut di Malaysia. Boleh dikatakan tiang seri ekonomi Malaysia hampir 60 % dimakan anai-anai Israel yang bersarang di Singapura.


ISRAEL MENGUASAI MALAYSIA MELALUI SINGAPURA

Dalam menguruskan sistem keselamata negara, salah satu aspek penting ialah sistem komunikasi dalaman iaitu antara pejabat persekutuan dengan ibu pejabat negeri. Kawalan ke atas sistem komunikasi amat penting kerana kebocoran maklumat akan menyebabkan pihak luar mudah meneroka strategi rahsia keselamatan negara.

Namun sekarang ia bukan sekadar tidak selamat, malah dimiliki sepenuhnya oleh Israel melalui agen-agennya di Singapura. Sistem komunikasi PDRM dimonopoli terus oleh syarikat-syarikat Yahudi di Singapura.Perkara ini disahkan sendiri oleh akhbar The Star pada 5 Ogos 2008 (Selasa).

AGEN ISRAEL DALAM SISTEM KOMUNIKASI PDRM

Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H).

Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. yang berpengkalan di Singapura. Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta.

Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah 'individu' yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel.Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan?

Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah 'pakar' sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Malah beliau juga bertanggung jawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.

Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen.

Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak?Bukankah lebih baik jika melantik programmer-programmer dari kementerian pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar dari Israel.

PENGUASAAN SINGAPURA DAN ISRAEL DI MALAYSIA

Seperti yang didedahkan sebelum ini bahawa Henry Kisingger telah pun berbincang sesuatu dengan mantan Perdana Menteri. Tetapi kita harus ingat perletakan jawatan Dr. Mahathir bukanlah titik noktah penguasaan Yahudi ke atas Malaysia.

Kerja-kerja penguasaan Israel ini disambung pula oleh Khairy Jamaludin apabila bertungkus lumus menjual saham Pantai Holding kepada Parkways Holding iaitu syarikat milik pelobi zionis terkenal iaitu Richard Blum.

ISU-ISU YANG PERLU DIBERI PERHATIAN

1. Penjualan saham Pantai Holding oleh Khairy Jamaludin kepada Parkways Holding. Jumlah saham sebanyak 31 peratus.

2. Penjualan saham Telekom sebanyak 5 % kepada syarikat Singapura iaitu Temasik Holding.

3. Syarikat MITV milik Israel di Singapura berjaya memenangi lesen penyediaan 3G di Malaysia. Kemenangan mengalahkan syarikat lain yang lebih layak iaitu DiGi.

4. Penjualan air Malaysia kepada Singapura yang tidak masuk akal sebanyak 3 sen untuk 1000 gelen. Untuk menampung keperluan air rakyat Johor, kerajaan perlu membeli semula air kepada Singapura dengan nilai 50 sen untuk 1000 gelen. Ini seperti memberi air percuma kepada Singapura.

5. Dikhabarkan sistem keselamatan komputer Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa diserang hacker dari luar negara setiap 15 minit.

KESIMPULAN

Sehingga kini Singapura amat bergantung hidup kepada Amerika dan Israel. Keseluruhan sistem keselamatan dan ketenteraan Singapura adalah kembar siam dengan ketenteraan Israel. Apabila keberkaitan ini berlaku maka harus bagi kita melihat akan tujuan tersembunyi Singapura yang cuba menguasai ekonomi Malaysia.

Kita harus sedar, negara Israel yang kecil itu sudah pun menguasai ekonomi kebanyakan negara-negara dunia berkuasa veto. Orang-orang Israel adalah pemilik-pemilik saham terbesar bagi syarikat-syarikat gergasi dunia. Saham adalah kunci pintu gerbang untuk memasuki ruang pembuat keputusan sesebuah negara.

Walaupun pemimpin dipilih rakyat dan pemimpin akan mengikut kehendak rakyat, namun putaran itu akan kembali semula kepada penentu kemajuan ekonomi negara iaitu pemilik-pemilik syarikat gergasi dalam negara.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

12 comments:

PUTRA MERDEKA said...

salam tuan,
ngeri saya membaca maklumat yang tuan nyatakan, pihak kerajaan perlu menjelaskan perkara ini dan sekiranya benar maka kerajaan perlu memberhentikan urusan kerja, memabatalkan tender dan membeli semula segala saham untuk kepentingan keselamatan negara,
sebagai anak kelahiran batu pahat dan dibesarkan di johor bahru, orang tua saya dari dulu melarang kami sekeluarga ke singapore, sbb tu kami semua tak pernah ada passport biru, cuma masuk kerana pergi changi airport jer...
jahanam singapore!!!

buah kelapa turkey said...

PM dan TPM harus beri perhatian ke atas kehadiran virus ini ke negara kita. Jgn biarkan .takut tiang seri negara nanti dimakan anai yg merbahaya.

Orang tua said...

Salam Sejahtera Tuan,
Tahniah........ bongkar lebih lanjut lagi jika ada sesiapa yg ada kepentingan hingga sanggup jual maruah & gadai negara demi isi perut sendiri.
Kerajaan perlu ambil perhatian dlm hal ini.

Husin Lempoyang said...

hehehe ...

arifomar said...

tengok si jahanam ini, meremang bulu dibadan hamba. Sukanya lim guan eng dapat jumpa bapaknya. mungkin dia dtg nak menasihati DAP dan cara nak kekalkan kerajaan P Pinang

amirhamzah64 said...

salam PUTRA MERDEKA,

Saya rasa ianya di dalam pengetahuan kerajaan Malaysia. Sebagai rakyat kita perlu berwaspada dan berhati-hati.

amirhamzah64 said...

salam buah kelapa Turkey,

Hari ni virus tersebut sudah berjumpa PM dan TPM. Masih gagah walaupun sudah 86 tahun.

amirhamzah64 said...

salam Orang Tua,

Kerajaan perlu bertindak jika berlakunya ketirisan terutama penjualan kepentingan awam kepada pihak asing.

amirhamzah64 said...

salam bro Husin Lempoyang,

Kena pakai penutup muka ke bro?

amirhamzah64 said...

salam bro arifomar,

kurang ajar, suka hati dia jumpa pemimpin DAP, anak didik PAP.

Nak ajar LGE kekalkan Pulau Pinang atau nak ajar LGE keluarkan PP daripada Malaysia. hehehe

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Menonton rancangan berkenaan sejarah Singapura dalam Discovery Channel, Astro macam rasa nak kapak jer si LKY tu. Sejarah Malaysia khususnya Johor langsung tidak ditimbulkan.
Adegan LKY menangis tatkala Tengku Abd. Rahman mengistyharkan Singapura keluar dari Malaysia membuat aku meluat sesangat. Berlakon konon.... Ceh....

amirhamzah64 said...

salam cengkodokmasin,

Konon ceritanya LKY memang tidak menyangka Tunku sanggup bertindak sedrastik itu. Tetapi hanya Allah saja yang tahu betapa Tunku dalam dilema bagaimana cara mengatasi masalah LKY dan politik Singapura.
Ditelan mati emak, diluah mati bapak......kesian Tunku...

T.kasih bro