Wednesday, June 17, 2009

Nik Aziz : Keluar PAS Masuk UMNO = PERPADUAN


Secara umumnya saya sangat bersetuju tentang perpaduan. Cakap saja perpaduan apa, perpaduan antara kaum kah atau perpaduan Melayu kah kerana perpaduan itu sesuatu yang dituntut dalam Islam. Natijah kepada perpaduan itu ialah keamanan, kesejahteraan, kebahagiaan , keharmonian atau apa sahaja perkataan yang baik-baik.

Saya mungkin antara blogger yang menongkah arus kerana saya kurang percaya dan kurang yakin dengan 'kerajaan perpaduan' antara PAS dan UMNO. Kenapa? Saya berpendapat usaha ke arah perpaduan yang BERSYARAT melambangkan tidak ikhlas, tidak jujur, ada kepentingan, ada muslihat dan ada rahsia tersembunyi. Tambahan lagi usaha ke arah 'kerajaan perpaduan' ini dipandang sepi oleh penyokong kedua-dua parti, tidak seghairah, tidak bernafsu, tidak bersemangat dan tidak memberahikan seperti bernafsunya pengantin baru. Nik Aziz sebelum ini meletakkan syarat dengan meminta 2 jawatan menteri kanan kepada PAS bagi memulakan rundingan.

Kenyataan kedua-dua pemimpin Islam terbesar di negara ini, Najib dan Hadi hanya kenyataan ala kadar sahaja. Najib menegaskan beliau melihat PAS ikhlas dengan cadangan itu. Kenyataan PM itu disambut Timbalan Presiden PAS, Nashruddin Mat Isa yang menyifatkan ia satu langkah ke hadapan.

Perpaduan yang saya anggap sebelum ini sebagai perpaduan 'sampah 'hari ini sekali lagi diletakkan syarat baru oleh PAS. Apakah syarat baru itu? Setiausaha Agung PAS Mustapha Ali memberitahu parti itu hanya sedia duduk semeja dengan UMNO/BN jika PKR dan DAP turut serta. Katanya jika syarat itu tidak diterima perbincangan itu tidak akan diadakan.

Apa maknanya ?

1. Perundingan telah gagal dalam pusingan pertama.
2. PAS memang dipengaruhi oleh PKR dan DAP. Kerenah berbelit-belit PAS ini adalah arahan PKR dan DAP.
3. Nik Aziz menentang keras 'kerajaan perpaduan' ini.

Apa reaksi Nik Aziz?

Nik Aziz yang selama ini secara terbuka menentang idea kerajaan perpaduan telah melancarkan serangan peribadi pula kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa. Beliau mengkritik Nasharuddin hingga menyentuh mengenai jawatan Timbalan Presiden itu termasuk kedudukannya sebagai Ahli Parlimen sekiranya berhasrat untuk meneruskan idea kerajaan perpaduan.

“Kalau benar Nasharuddin nak setuju lebih baik dia masuk UMNO, letak jawatan Timbalan Presiden dan di Bachok (sebagai Ahli Parlimen). APA BUAT SAMPAH menyusahkan,” kata Nik Aziz selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kelantan di Kota Bharu.

Menurut Nik Aziz, idea penubuhan kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS tetapi cuma lontaran atau pandangan peribadi. “Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas pakatan pembangkang,” ujar beliau.

Saya dah kata dah. Kalau sesuatu perkara yang baik jika dibuat secara jujur dan ikhlas ianya akan menjadi baik. Kalau perkara yang baik tetapi perjalanannya keliru, bersyarat, berkepentingan ianya bukan sahaja tidak baik tetapi hanya menjadi 'sampah'. Saya bersetuju dengan Nik Aziz bahawa jika Hadi dan Nasharuddin hendakkan PERPADUAN masuklah UMNO. Itu lebih baik dan praktikal. Lebih baik lagi, BUBAR PAS MASUK UMNO. Saya sokong 100 persen tetapi malangnya MUSTAHIL.......

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

12 comments:

Orang tua said...

Salam Sejahtera Tuan,

Ari ni, kebanyakan akhbar utama menjadikan isu ini sebagai tajuk hadapan.

Saya kira, orang yang paling gembira tentulah An WAR kerana berjaya memesongkan minda dan percakapan kedai kopi dengan topik Kerajaan Perpaduan 'SAMPAH' sepertimana kata tuan.

Masa ngeteh tadi saya tanya org PKR, "Betul ke An WAR nak gi US 25 HB ni?" Katanya begitulah.

Jadi ada lebih baiknya para bloger sepertimana GAP memulakan Propaganda PERANG terhadap An WAR.

Isu kerajaan perpaduan dan yang dikatakan perpecahan dalam PAS ni, rumah tangga di orang. Biaq pi lah, Kita tunggu dan lihat je. Jangan buang masa, kerana kebiasaannya 'gossip' ni akan hilang bila matlamat asal dah tercapai. 'MATLAMAT MENGHALALKAN CARA'.

p/s : Biar tajuk utama kedai kopi
" AN WAR AKAN LARI KE LUAR NEGERI"

amirhamzah64 said...

salam Orang tua,

Saya faham dengan taktik Anwar ni. Semalam dah cerita Anwar hari ni cerita PAS pulak. Lepas ni cerita Anwar semula.hehehe.....

Ramai orang tertunggu-tunggu tarikh 1 Julai ni. Sambil menunggu tu nyanyilah lagu 'menghitung hari'. Penantian memang satu penyiksaan.

Geng Samudera said...

Salam Pak Amir,

"Lebih baik lagi, BUBAR PAS MASUK UMNO."

Sentence ini agak canggung di benak fikiran saya secara peribadi.Memang kita semua mengharapkan suatu perpaduan yang direncanakan tetapi mestilah dgn penuh keikhlasan dan kejujuran sepertimana yg tuan ulaskan.

Dan itu hak mereka yg ingin ke UMNO dan pastinya dialu-alukan.

Cuma,jika 2 pihak betul2 ikhlas nak mewujudkan kerajaan perpaduan,mungkin nama parti tersebut digabungkan atau guna nama lain yg lebih fresh dan berlandaskan prinsip2 kerajaan perpaduan.

P/s: Saya cuma pelik,nape la suatu parti yang mendukung ajaran agama selalu sgt goyang prinsipnya mengikut musim dan mengikut telunjuk kafirun..?Patutnya kene berani dan tegas.Setiap arahan atau pengumuman harus bersedia menanggung risikonya.

amirhamzah64 said...

Salam Geng Samudera,

"Lebih baik lagi, BUBAR PAS MASUK UMNO.". Itu hanyalah mainan kata-kata saya sahaja. Hakikatnya ianya hampir mustahil berlaku.

Cadangan saudara agar satu parti untuk orang Melayu / Islam dengan nama baru mungkin agak sukar berdasarkan senario politik semasa di dalam dan luar negara. Ianya mungkin satu perkara yang sangat ideal untuk dicapai.

Bagi saya yang penting sama ada pemerintah atau pembangkang ialah menjalankan tangguh jawab dengan penuh keikhlasan. Kurangkan politiking dan jalankan tanggung jawab masing-masing.

Kita hanya meletakkan harapan yang tinggi terpulanglah kepada'pelakon-pelakon' politiknya .

zukhruf said...

salam sejahtera..
kekalutan politik sekarang pada aku lebih memihak kepada bangsa lain.aku sedih kerana orang melayu terus-terusan bermusuh sesama sendiri.
bukan sahaja kepada mereka yang berlainan fahaman politik,malahan sesama ideologi turut bercakaran hanya kerana wang and kuasa.
tidak berkecuali orang di dalam UMNO sendiri.
bercakap pasal pepaduan pada pendapat peribadi aku amant bgus untuk dilakukan demi masa dpan negara.masapedan anak cucu cicit negara.jangan sampai pusara kita di kencingi oleh mereka di sebabkan kesilapan kita dan kerakusan kita pada masa ini.
berfikirlah secara realistik dan bukan dengan cara taksub membuta tuli.
untuk orang melayu bersatulah..
aku bangga menjadi orang batu pahat.

amirhamzah64 said...

Salam zukhruf.

Saya cuba berfikir secara paling rasional dan berpijak dibumi nyata. Perpaduan Melayu sukar dicapai buat masa ini khasnya perpaduan antara PAS dan UMNO.

Saya cuba mengikis pelbagai emosi yang menjalar ditubuh saya tetapi idea perpaduan ini terlalu ideal.

Saya pun sebenarnya tidak dapat menyelami cara Nik Aziz berfikir dan bertindak. Nik Aziz sangat yakin apa yang diperkatakannya walaupun salah bagi pandangan umum tetapi betul bagi dirinya. Sebab itu kenyataannya penuh dengan kontroversi.

Bagi saya musuh utama Nik Aziz adalah UMNO kerana UMNO dalam beberapa perkara memang tidak dapat berkompromi dengan PAS. Malah amat sukar untuk melihat titik pertemuan antara keduanya tambahan permusuhan UMNO-PAS sudah melebihi setengah abad. Bagi Nik Aziz sesiapa yang memusuhi UMNO adalah rakannya walaupun DAP itu bukan Islam.

Titik pertemuan dan perpaduan antara PKR-PAS-DAP adalah mereka mempunyai musuh yang sama iaitu UMNO BN. Walaupun kesemua ahli dan pemimpin PKR itu bekas ahli UMNO tetapi kerana menentang UMNO masa ini maka PKR adalah sahabat dunia akhirat.

Tidak mustahil jika Nik Aziz menyuruh Nasharudin masuk UMNO kerana sesiapa saja yang cuba mempunyai hubungan dengan UMNO adalah musuhnya. Nik Aziz akan berlembut dengan Anwar, Kit Siang atau Karpal kerana mereka mempunyai matlamat yang sama, Bagi Nik Aziz, UMNO lebih teruk daripada DAP.

Saya bersetuju, selagi Nik Aziz masih hidup agak sukar perpaduan atau permuafakatan akan berlaku. Kerana Nik Aziz akan membawa kemarahan dan dendamnya kepada UMNO sampai ke lubang kubur.

arifomar said...

boleh dibacakan semula fatwa hadi mengkafirkan umno dulu kot. ada kaitan tu. cubit sikit.

Geng Samudera said...

Salam Pak Amir,

Uiskhh...sampai begitu skali Nik Aziz berdendam dgn UMNO....dashyat...dasyat!!..heheee..

Jika dah tahap camtuh skali,mesti ada reason dari pihak beliau kenape terlalu membenci UMNO sehingga tergamak bersekongkol dgn DAP.

Ini dah kes berat nih....

kelambuharimau said...

saya yakin yang PM juga akan akur dengan titah tuanku

amirhamzah64 said...

Salam arifomar.

Hehehe 2 ekor mamat ni kalau cakap politik memang kawan tak percaya. hehehe

amirhamzah64 said...

Salam Geng Samudera.

Begini lah cara orang Melayu berpolitik, penuh dendam kesumat sehingga boleh mengkafir dan memutuskan silaturrahim.

Responnya hanya kerana UMNO tolak Islam, Politik UMNO adalah politik suku agama suku. UMNO assobiyah, UMNO nasionalis dan macam2 tuduhan. Itu belum campur rasuah dlm UMNO, salahguna kuasa dll.

amirhamzah64 said...

Salam kelambuharimau.

PM akan akur dengan titah tuanku jika tidak PM akan jadi seperti Nizar, derhaka pada Sultan Perak. Titah tuanku logik dan masuk akal.