Wednesday, July 1, 2009

DAP-PAS :Kalau Tak Bahagia, Bercerai Lagi Baik!


DAP Kedah memutuskan untuk keluar dari gabungan Pakatan Rakyat negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star.Sebelum itu, pada jam 3.30 petang petugas Majlis Bandaraya Alor Star menjalankan operasi merobohkan pusat penyembelihan tersebut.

Berikutan itu, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su dan penyokongnya cuba menghalang operasi tersebut tetapi tidak berjaya.DAP negeri kemudiannya mengadakan satu mesyuarat tergempar untuk membincangkan insiden tersebut.Dan pada kira-kira jam 5 petang tadi, Thomas mengumumkan keputusdan DAP Kedah/Perlis untuk keluar dari Pakatan Rakyat.


Di Kedah, DAP hanya sekadar duduk ditepi tangga sahaja kerana kerajaan Kedah adalah gabungan PAS dan PKR. Berbeza dengan Pulau Pinang, PAS hanya duduk di balik pintu kerana negeri itu adalah gabungan DAP dan PKR. Gabungan ketiga-tiga parti ini hanya terserlah di Selangor dan Perak sahaja. Keretakan di Kedah bermula hanya dengan cerita babi. Babi bukan sahaja berpenyakit tetapi boleh bikin orang politik bersengketa.



Secara peribadi saya menyokong keputusan dan tindakan Kerajaan Kedah dan sepatutnya ia dicontohi oleh negeri=negeri lain. Penyakit selsema babi yang telah menular di seluruh negara perlu diatasi dengan segera. Langkah paling drastik adalah mengorbankan semua babi walaupun peminatnya ramai tetapi demi kepentingan kesihatan rakyat, babi wajib dihapuskan. Di dalam tubuh babi mempunyai sejenis kuman yang tidak boleh dibunuh dan ianya telah dibuktikan oleh sainstis malah disebutkan di dalam Al-Quran.

Banyak-banyak daging yang sedap, babi juga jadi pilihan. Jika ianya benar-benar memudharatkan kesihatan rakyat yang makan dan tidak makan babi maka penghapusan babi seperti mana penghapusan jangkitan virus JE dahulu perlu dilakukan segera. Hanya kerana babi ,PAS dan DAP pun boleh bergaduh. DAP memang cari pasal sebab kononnya mereka tidak dilayan dengan adil dalam kerajaan Kedah. Bagaimana pulak layanan Lim Guan Eng terhadap PAS di Pulau Pinang? Adil lah tu...

Ibarat orang berumah tangga, bertengkar, merajuk, bermasam muka , bahagia, gelak ketawa adalah warna-warni kehidupan dalam berumah tangga.Tetapi kalau sering saja berbalah, kasih sayang boleh terhakis juga. Kadang-kadang kerana hendak menjaga hati mak mertua, ipar duai dan anak-anak terpaksa juga bermanis muka di hadapan mereka. Hakikatnya di dalam bilik sudah lama si isteri tidak tidur berbantalkan lengan suami. Malah lagi buruk tidur sebantal tapi mimpi lain-lain.

Semua orang tahu, hubungan mereka seperti api dalam sekam. Menunggu angin bertiup api akan marak. Semua orang tahu hubungan DAP dan PAS hanya pura-pura. Saya tidak nampak titik pertemuan dan keserasian antara kedua parti ini. Satu berpegang kepada prinsip keislaman sementara DAP walaupun parti multirasiol tetapi ianya didominasikan oleh orang Cina. Sebagai anak kepada PAP, DAP dilihat sebagai parti yang sangat berbahaya kepada orang Melayu.

Bagi orang luar, mungkin akan berkata sudahlah! sudahlah! PAS dan DAP janganlah nak berlakon lagi. Cukup-cukup lah menipu rakyat. Periuk belanga yang sudah melayang-layang tu ramai jiran-jiran dah dengar. Ramai orang dah tahu, perkahwinan mereka berdua tidak ikhlas dan ada udang disebalik mee. PKR yang aturkan semuanya. PAS dan DAP sudah termakan pujuk dan terkelentong oleh Anwar Ibrahim yang menjanjikan indah-indah iaitu kemewahan harta dan kedaulatan kuasa.

Kecuali di Kedah dan Kelantan, orang Melayu di Perak, Pulau Pinang dan Selangor sudah mula menyesal. Tangan yang menconteng pada asalnya hendak acah-acah rupanya terlajak dan terlanjur. Tapi apakan daya, kena lah tunggu 3 tahun lagi kalau hendak menebus kesilapan. Dalam masa 3 tahun berputih lah mata menyaksikan Melayu diperkotak-katikkan. Tangan yang tersilap pangkah membawa derita yang tak berkesudahan.

Perkahwinan campur lain agama dan lain bangsa antara DAP dan PAS macam tidak boleh diselamatkan lagi. Inilah bibit-bibit perpecahan. Bukan mudah untuk bersatu tetapi tidak susah untuk bermusuh. Kalau belum memerintah sudah bergaduh dan bermasam muka , apa lagi yang boleh kita harapkan kepada Pakatan Rakyat.

Jikalau sudah selalu bertekak siang malam, perceraian itu lebih baik. Kesian anak-anak, mak mertua, ipar duai kerana hipokrit kita sendiri. Lagi pun sampai bila kita hendak berlakon. Kalau sudah memakan hati berulamkan jantung lebih baik lah berpisah cara baik. Bina kehidupan baru. PAS balik lah kepada perjuangan asal menegakkan sebuah negara Islam. Biar lambat asalkan prinsip dan falsafah perjuangan tidak tergadai.

Amir Hamzah
Bandar Penggaram
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

12 comments:

Parpu Kari said...

Salam bro, aku setuju bro! Pas kena berdiri sendiri. Baru aku hormat!

arifomar said...

penyakit babi ini bukan hanya selsema babi tetapi selsema dalam politik juga atau nama sainstifiknya H1NPOL.

Taminsari said...

Salam Sdr.Amir.

Saya tertunggu-tunggu jika di Selangor Kilang arak diarahkan tutup oleh Pas, siapa yang akan keluar dari PR? Saya rasa DAP tak berani keluar? Ini adalah sandiwara mereka semata-mata?

zedmagel said...

Salam Bro Amir,


Saya, sokong. Buat apa sakit hati dan memendam rasa. Kesian DAP.

Jika dah tak sekata, bercerai lagi baik. DAP kuda kepang di Kedah. Bukan sekedar duduk ditangga, tetapi duduk dicelah kelengkang aje.

Kesian DAP, tapi PKR camna nak keluar juga ke? Jika dikira-kira kerusi BN dan UMNO banyak mana jika DAP dan PKR keluar dari PPR?

Apa pun tak kesah le. PAS boleh tadbir Kedah bersendirian.

zedmagel said...

Salam Tahniah Bro Amir,

Pelawat dah semakin meningkat, apa yang saya lihat agen-agen negara luat ramai dah masuk ke blog saudara. Bukan apa saya takut blog saudara tak boleh saya lawati lagi.

amirhamzah64 said...

salam Parpu Kari,
Berdiri sendiri walaupun hanya 23 kerusi di Dewan Rakyat. Pakatan Rakyat nyata dikuasai oleh PKR-31 kerusi dan DAP-28 kerusi.

Salam arifomar,
Orang politik ni tambah satu lagi selain selsema iaitu batuk-batuk babi.

Salam Taminsari,
Sampai bila mereka ini nak bersendiwara, berdrama dan bermain wayang ye.

Salam zedmagel,
Kawan cadangkan PAS perintah Kedah sendirian. Pedulikan DAP
Berkenaan dengan blog kawan ni, sapa-sapa boleh baca. Agen-agen ke, perisik ke semuanya boleh.hehehe......

ddinbunga said...

salam, PAih sampai selama2 akan diugut oleh DAP, selagi pimpinan atasan PAih masih sanggup berpeluk dan berkawan dengan syaitan laknatullah ini semata2 untuk kuasa, sampai bila2 pun PAih tak akan mampu untuk berdiri atas kaki sendiri...

amirhamzah64 said...

salam ddinbunga .
PAS hanya kuat di negeri-negeri majoriti penduduk Melayu. Itu pun terpaksa berbahagi dengan PKR. PAS hanya bertanding 66 kerusi sahaja dan musuh yang dilawannya adalah UMNO. Dalam keadaan BN yang lemah ini PAS hanya mampu menang 23 kerusi sahaja. Suka atau tidak PAS tidak boleh lari daripada Pakatan. walaupun di dalam keadaan nombor corot

TokMudim said...

Tuan Amir

Comel babi ko.....Mintak jasa baik Tuan buh babi tu kat tempat lain...ni ko buh sebelah gambar pemimpin-pemimpin negara...Bila gambar itu bergerak...aku nampak ada gambar sorang pemimpin padan dengan babi ko..

Mungkin tak perasan..lain kali guna akai.

Bodoh Punya Melayu

amirhamzah64 said...

Salam TokMudim,

Ko ni selalu menyebuk la. Ada tajuk baru ,babi tu hilang le....

cekodokmasin said...

Salam tuan, Kahkahkahkahkahkahkahkah... Ptuihhhh..
babi betul la babi ni. Dah tahu babi tu banyak penyakit, makan juga. Dah tahu Tuhan tak kasi makan babi, makan juga. Dah kena penyakit selsema babi, bukan nak salahkan babi, salahkan orang juga... memang betul babi le..

amirhamzah64 said...

salam cekodokmasin,

10 tahun dulu ada JE, sekarang timbul H1N1. Agaknya penyakit babi ni datang 10 tahun sekali. Binatang yang banyak kuman itu lah binatang yang disukai makan. Yahudi yang jahat pun tak makan babi sebab Yahudi baca Quran.