Sunday, July 19, 2009

Najib - Muhyiddin Jangan Dengar Laporan Pengampu.



Najib tentunya tidak lupa sejarah apabila beliau hanya menang dengan majoriti 200 undi dalam pilihanraya tahun 1999 bagi Parlimen Pekan gara-gara mendengar laporan 'DS jangan risau, semuanya ok...'. Laporan yang diberikan oleh pengampu-pengampu beliau yang hampir-hampir menjerumuskannya ke lubang neraka politik, sedangkan pemngampu-pengampu dan penjilat-penjilat ini tidak membuat kerja di Parlimen Pekan waktu itu.

Situasi yang sama berulang lagi selepas 100 hari pentadbirannya sebagai PM melihatkan beliau semakin mendapat sokongan daripada rakyat. Kononnya kemenangan tipis PAS (keputusan di mahkamah)sebanyak 65 undi itu ada kaitan dengan sokongan rakyat terhadap dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Najib sehingga Muhyiddin mengeluarkan kenyataan bahawa BN masih relevan lagi di mata rakyat. Benarkah begitu pada hakikatnya?

11 hadiah yang diberi kepada rakyat sempena 100 hari pentadbirannya itu adakah begitu disenangi oleh rakyat terbanyak? Dasar 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan itu benar-benar sudah difahami dan diterima oleh rakyat? Pemansuhan PPSMI dan rasional pemansuhannya benarkah telah dihayati oleh rakyat dan pendokong tegar PPSMI? Pemansuhan MECD sudahkah dijelaskan kepada rakyat? Biasiswa Nasional dan lain-lain perkara yang masih kabur sememangnya seperti gantung tidak bertali.

Media massa cetak dan bertulis, para blogger pendokong kerajaan serta web site PM sendiri telah memainkan peranan menerang dan menjelaskan. Malangnya bukan semua, khususnya orang Melayu menonton TV, membaca blog di internet atau membaca akhbar khususnya di luar bandar. Mereka lebih suka mengambil jalan mudah dengan hanya menggunakan teknik mendengar seperti mendengar ceramah atau majlis-majlis penerangan berkaitan isu-isu semasa.

Teknik ini digunapakai secara berleluasa dan efektif oleh Pakatan Rakyat. Medium tradisional ini lah yang diapplikasikan oleh Pakatan Rakyat untuk memberi persepsi buruk kepada kerajaan. Pakatan rakyat menggunakan 2 medium sekali gus iaitu medium baru melalui website,blog, facebook dll serta tidak mengenepikan medium lama dan tradisional seperti ceramah dan dialog-dialog.

Pada hari ini apa yang saya perhatikan sama ada menteri, timbalan menteri, ahli parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri atau jentera penerangan parti baik UMNO, MCA dan MIC jarang kelihatan memberi penerangan, penjelasan,dialog atau forum berkaitan dengan dasar-dasar negara di kawasan atau tempat masing-masing. Hari ini, kerajaan sedang diserang kiri, kanan, depan dan belakang. Rakyat amat dahaga penjelasan terperinci sesuatu dasar yang diperkenalkan kerana persepsi rakyat khususnya Melayu merasakan mereka semakin kehilangan hak-hak istimewa mereka.

Mengapa keadaan ini berlaku?. Adakah ahli parlimen dan ADUN kerajaan itu sendiri tidak begitu mahir dengan dasar-dasar kerajaan itu? Adakah mereka ini jenis malas membaca? Adakah mereka ini tidak begitu yakin untuk membuat penjelasan? Apakah yang dilakukan oleh ahli-ahli Parlimen atau ADUN di kawasan masing-masing jika mereka turun ke padang bertemu rakyat? Sebahagian besar hanya memberi ucapan berkenaan dengan pembangunan, peruntukan yang akan diberi atau membina hubungan baik dengan ahli-ahli parti demi sokongan politik masing-masing.

Saya rasa Najib dan Muhyiddin dalam keadaan sukar untuk menerangkan sendiri kepada rakyat berkaitan dasar-dasar kerajaan malah lebih sukar untuk parti menyerang balas dakyah pembangkang. PM dan TPM sampai bila boleh bertahan jika ahli-ahli parlimen, ADUN atau pemimpin parti buat tidak kisah dengan serangan dan dakyah pembangkang yang tidak putus-putus.

Contohnya dalam kes terbaru kematian pembantu Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock. Pakatan Rakyat sudah melakukan beberapa kenyataan dan tindakan dengan terus membakar ‘kemarahan’ orang ramai berkaitan dengan kematian Teo Beng Hock. Petang Ahad 19/7/2009, pakatan pembangkang menganjurkan satu perhimpunan di Stadium Kelana Jaya bagi membolehkan para pemimpin mereka ‘menyerang’ kerajaan berhubung dengan isu berkenaan. Dalam stadium berkenaan, kain rentang ‘Keadilan Untuk Beng Hock’ banyak digantung d samping sepanduk “MACC murderer” , "dari kematian demokrasi ke kematian Teo Beng Hock – siapa pembunuh” dan "Najib Jawab". Walaupun siasatan polis masih dijalankan, nampun perhimpunan tersebut jelas sudah meletakkan kesalahan kepada kerajaan dan menuduh SPRM bertanggungjawab.

Mereka juga akan kumpul 10,000 tandatangan bagi hantar pestisyen kepada kerajaan desak tubuh Suruhanjaya Diraja siasatan kematian Beng Hock, tuntut Pengarah SPRM meletakkan jawatan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamad Nazri Aziz memohon maaf kerana membuat kenyataan andaian Beng Hock mati kerana jatuh sendiri.

Exco Selangor Dr Xavier Jayakumar dalam ucapannya berkata akan cadangkan kepada mesyuarat Exco Selangor untuk beri saraan hidup kepada teman wanita Beng Hock dan bayi yang lahir dari hubungan mereka (anak luar nikah). Beliau juga kata, pembangkang tidak akan terima jika siasatan dapati Beng Hock bunuh diri dan tegaskan pembangkang tidak akan benarkan SPRM siasat mana-mana orang pembangkang sebelum kes kematian Beng Hock selesai.

Bagaimana pula bilasan daripada pihak pemerintah? Ini bukan tugas PM dan TPM sahaja. Ini adalah tugas bersama semua pemimpin kerajaan dan pemimpin parti keseluruhannya. Pemimpin peringkat pusat, negeri dan bahagian-bahagian yang beribu jumlahnnya. Jangan hanya memberi laporan semuanya ok Datuk Seri, Jangan risau Tan Sri semuanya beres dan terkawal sedangkan mereka hanya berpeluk tubuh dan tidak bekerja untuk PM dan TPM. Awas dengan laporan pengampu dan penjilat politik sebegini.

p/s Utusan Malaysia 20 Julai 2009
'Kenapa penyokong pembangkang tidak boleh sabar? Sepatutnya berilah ruang supaya siasatan dijalankan. Sekarang belum apa-apa lagi sudah buat tuntutan dan perhimpunan'
-Ibrahim Ali-Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)

'Tindakan membuat tuntutan dan melemparkan pelbagai tuduhan adalah tidak menghormati undang-undang'
-Osman Abu Bakar-Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

9 comments:

Jeffry said...

SLM BRO..PADAT DAN BERNAS!..KLU PEMIMPIN ATAS X TURUN BWH PAYAH JUGAK! NAK HARAPKAN ORG BWH BUAT KERJA PUN KDG KALA JE. BKN SELALU. SEPATUTNYA SESI PENERANGAN MESTI BERJALAN TERUS TANPA BUANG MASA. PANDAI2LAH CARI AHLI YG BENAR2 TAU ISI HATI PENGUNDI DAN BOLEH MEMBERIKAN PENERANG LEBIH JELAS DI SEMUA KAWASAN TAK KIRA CERUK MANA PUN!. PEMUDA KENA MEMAINKAN PERANAN LBIH PROAKTIF DAN JGN ASYIK MENGHARAPKAN PEMBANTU YG X BLH BUAT KERJA. TINGGAL 2 TAHUN LG MANDAT KERAJAAN AKAN TAMAT. BERINGAT LAH!!

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Dia orang bukan tak buat kerja. Semua kerja dia orang buat. Cuma sampah dia orang tak buang dalam tong sampah dan bakar. Dia orang cuma angkat karpet dan simpan segala sampah sarap bawah karpet tu. Bila tiba masa tukar karpet, baru ler keluar semua sampah sarap yang dah membusuk dan memekung hidung.
Ketua Penerangan UMNO,terutama peringkat bahagian dah lama gagal jalankan tugas. Tak ada apa-apa aktiviti yang dijalankan untuk menerangan segala permasalahan terutama yang berkaitand engan politik dan keistimewaan Melayu. Jawatan ituselalunya diberi pada mereka yang tewas pada jawatan utama bahagian. Tak pun untuk mereka yang " nak dibuang sayang, nak disimpan menyemak mata". Tak seperti parti pembangkang yang giat menjalankan ceramah penerangan. Tak kiralah samada penerangan mereka itu benar atau sekadar untuk "spin" keadaan.
Nak cakap banyak pun malas dah bro...

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Cakap dan ayat-ayat pengampu ni yang biasa kita nak pakai. Dia orang ni selalu memberitahu kebenaran, terutamanya yang indah dan muluk-muluk. Kalau dah cakap dia orang kita tak nak dengar nak dengar cakap siapa lagi?

Ekeng A/L Etong said...

Dengar tak apa bro. Kita perlu jugak dapat maklumat hatta daripada musuh. Cuma jangan percaya.

amirhamzah64 said...

salam bro Jefry,
Sudah sampai masa pemimpin wajib bertaut semula. Perebutan kuasa dalam parti boleh melemahkan parti. Pemimpin dahulu bertolak-tolak tak mau jadi pemimpin kerana takut nak pikul tanggungjawab dan amanah. Sekarang berebut-rebut nak jadi pemimpin ,kerana apa bro?

salam bro cekodokmasin,
betul apa yang bro tulis tu. Ketua penerangan bahagian hanya untuk melengkapkan jawatan bukan kerana kebolehan dia memberi penerangan tetapi menemankan ketua bahagian sarapan pagi. Tak gitu bro?

Salam bro zedmagel,
Kalau betul tak mengapa bro, tak betul tu yang nahas. Pemimpin perlu dapat maklumat bukan dari satu sumber tetapi pelbagai sumber supaya pemimpin tidak ditipu hidup-hidup. Jangan malu untuk buang pengampu2 dan perasuah yang menjahanamkan parti.

Selamat sejahtera Ekeng A/L Etong
Tak salah dengar ceramah Pakatan Rakyat. Kalau tidak macam mana nak tulis blog. Macamana nak memahami isu dan macamana nak kenal siapa sebenarnya pemimpin depa tu. Kawan kalau berkesempatan memang pegi. Nak tunggu UMNO buat ceramah penerangan isu semasa....berlumutlah.....

Jil Fityan said...

Nak buat macam mana pengampu ni ramai dalam UMNO. Kebanyakan pemimpin UMNO terdiri daripada pengampu atas dan bawah.

Dalam pembangkang bila ada sahaja teguran keatas pimpinan mereka, maka dituduh ProKerajaan sebagai "tidak sehaluan lahh.. bergaduh lahhh..." walhal mereka menegur pihak atasan kerana taknak "mengampu..". Dalam hal ni proKerajaan tak pikirrr positif tapi pikir negatif semata.

keris panjang said...

Salam Tuan,
Saya bersetuju dgn apa yg tuan ulas. SAya sendiri mmg berpendirian demikian. Kerajaan sepatutnya mainkan peranan yg sama agressive spt mana pembangkang. Mereka tidak sepatutnya berada didalam keadaan selesa dgn hanya mengharapkan rakyat akan memabca akhbar, menonton tv dsb tetapi mereka lupa yg ada sebahagian rakyat yg lebih suka "mendengar dari mulut kemulut". Selalunya kaedah ini tidak menjamin kesahihan berita yang diterima. Pemuda umno sepatutnya memainkan peranan. Jika hanya diam seriibu bahasa atau pun hanya setakat melepaskan batuk ditangga sahaja, lebih baik tidak perlu ada pemuda umno. Pemuda sepatutnya agressive, cepat bertindak serta lebih pro aktif. Kerajaan jgn leka dgn keputusan dapat "menewaskan" pas dgn mengecilkan majoriti di Manik Urai. Perjalanan masih jauh. Pembangkang tidak pernah letih. Mereka bukan dari jenis golongan berfikiran terbuka, sebaliknya penyokong totok yg tidak akan mengubah cara dia berfikir sekali pun sudah jelas didepan mata. Mereka akan mangambil setiap kesempatan yang ada untuk cuba menjalankan jarum mereka. Oleh itu,kerajaan mesti jangan leka. Jangan biarkan umno dibahagian atau cawangan hanya sibuk mengejar benda lain yang hanya menjadi daki dunia tetapi akhirnya umno sendiri yang akan kecundang. Pengalaman yang lalu DS Najib sendiri dikawasan parlimen beliau, memang baik sekali dijadikan ingatan.

amirhamzah64 said...

Salam Jil Fityan.
Sebenarnya pengampu ni ada di mana-mana. Di dalam parti politik ada di Jabatan-jabatan kerajaan pun ada. Pengampu ini selalunya akan bercerita yang baik-baik tetapi sangat sukar menceritakan yang buruk walaupun benar.

amirhamzah64 said...

salam keris panjang,
Dalam sejarah, jarang UMNO berada di dalam keadaan genting sebegini. Memulihkan UMNO bukan satu kerja yang mudah kerana UMNO dilemahkan oleh penyokong, pendokong dan pemimpin UMNO sendiri khususnya penyakit rasuah yang menjadi barah walaupun sudah diberi ingatan berulang kali.UMNO juga dilemahkan kerana persepsi buruk yang melampau khususnya daripada Anwar Ibrahim yang sememangnya tahu rahsia baik buruk parti itu.

Oleh itu tanggung jawab pemulihan ini perlu untuk semua peringkat di dalam parti. Tanggungjawab memulih dan menjenamakan UMNO semula adalah tanggung jawab semua yang sayang dan cinta kepada parti.

UMNO dan kerajaan yang ada perlu serius dalam usaha pembasmian rasuah di dalam parti dan kerajaan serta ketepikan kepentingan diri disamping merapatkan diri dan mengambil tahu keperluan setiap rakyat. Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan bukan sekadar slogan. Penjawat awam dan rakyat perlu bersama-sama Najib dan Muhyiddin membawa balik UMNO dan kerajaan ke landasan yang betul setelah menerimanya dalam keadaan yang bermasalah sebelum ini.