Tuesday, July 7, 2009

100 hari : Najib Belajarlah Dari Sejarah Bapanya.



Allahyarham Tun Razak meninggal dunia pada 14 Januari 1976. Pada ketika itu dalam tempoh sebulan corong-corong radio dan kaca televisyen menyiarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran untuk Perdana Menteri ke dua ini. Tidak cukup dengan itu, ucapan-ucapan keramat bapa pembangunan ini di siarkan dan diperdengarkan berulang kali untuk didengari oleh rakyat jelata. Begitulah penghormatan yang diberikan kepada negarawan ulung ini setelah beliau meninggal dunia yang melihatkan negara berkabung
7 hari sebagai tanda sedih kehilangan negarawan yang tiada tolok bandingnya berjasa kepada negara.

Terlalu banyak jasa Allahyarham kepada negara dan orang Melayu khususnya. Ada 2 jasa besar yang tidak boleh tidak untuk dikenang iaitu Dasar Ekonomi Baru (1970) dan pembukaan Tanah Rancangan FELDA yang hari ini(7Julai 2009) disambut sebagai 'Hari Peneroka'. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada 21 Jun 1970 adalah satu falsafah pembangunan yang menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi dengan menjadikan matlamat utamanya:

Membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum

Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua merupakan pemangkin Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB mempunyai kerangka waktu 20 tahun dari 1970-1990 merumuskan bahawa ekuiti bumiputera dalam negara harus mencapai 30% di akhir tempoh itu.

Allahyaraham Tun Abdul Razak sedar masyarakat Melayu jauh ketinggalan dalam kemajuan sosio-ekonomi. Oleh itu Allahyaraham Tun Abdul Razak berupaya meningkatkan taraf hidup golongan luar bandar melalui Rancangan Buku Hijau (1974) serta pembukaan tanah melalui FELDA dan FELCRA. Rancangan-rancangan ini benar-benar membantu masyarakat Melayu memutuskan rantaian kemiskinan.

Antara institiusi yang paling penting hasil dari DEB ialah ' Federal Land Develoment Authority' (FELDA), suatu badan yang membuka tanah dan mengagihkannya kepada rakyat untuk tujuan pembangunan. Program ini sehingga hari ini dikenali sebagai program reformasi tanah yang paling besar dan berjaya di dunia dan seterusnya menjadikan Malaysia pengeluar terbesar getah dan minyak kelapa sawit.

Hari ini, anak sulong Allahyarham, Najib Tun Razak telah menjadi Perdana Menteri ke 6yang mewarisi kepimpinan yang lemah sehingga BN gagal mendapat kemenangan 2/3 dalam Dewan Rakyat. Peristiwa yang sama telah dilalui oleh ayahandanya di mana Parti Perikatan gagal mendapat kemenangan 2/3 dalam pilihanraya 1969. Tambah parah apabila berlaku rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang hampir-hampir meruntuhkan Malaysia.

Apakah tindakan Tun Razak dalam keadaan politik yang tidak stabil itu? Adakah Tun Razak mengikut telunjuk kaum-kaum pendatang dan parti pembangkang kerana Perikatan ketika itu berada dalam kedudukan yang lemah? Tidak! sebaliknya Tun Razak telah membuat satu iltizam. Iltizam utamanya sebagai Perdana Menteri ialah menangani ke peringkat akar umbi sebab-musabab yang menyumbang kepada rusuhan kaum. Ada dua sebab utama yang menjadi punca ketegangan kaum iaitu kemiskinan orang-orang Melayu serta rapuhnya perpaduan kaum. Menyedari hakikat ini, Allahyaraham Tun Abdul Razak telah melancarkan Dasar Ekonomi Baru dan Rukun negara.

Apakah Najib belajar daripada tindakan bapanya 39 tahun dahulu? Nampaknya Najib tidak seberani bapanya yang bingkas balik mempertahankan hak-hak bangsanya yang termaktub dalam perlembagaan tetapi sebaliknya Najib seolah-olah tunduk dengan desakan dan tekanan politik dalam negara sehingga beliau membuat beberapa keputusan yang merugikan orang-orang Melayu.

Apakah sumbangan Tun Razak kepada orang Melayu selain daripada DEB dan FELDA?

1.Tun Abdul Razak sebagai Menteri Pelajaran telah merombak sistem pelajaran penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah. Maka terhasil lah Penyata Razak 1956.

2.Tun Abdul Razak berjaya menyatupadukan sistem pelajaran untuk membina satu bangsa yang bersatu padu dengan harapan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan akan menjadi bahasa penghantar utama.

3.Tun Abdul Razak yang mempunyai pengalaman dalam peperangan gerila dan mengenali taktik pengganas komunis telah melancarkan gerakan anti-komunis dengan jayanya sehingga 'darurat', iaitu satu tempoh 12 tahun memerangi pengganas komunis disytiharkan tamat pada tahun 1960.

4.Ketika sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar, selama 10 tahun memegang potfolio itu, Allahyaraham Tun Abdul Razak telah berjaya membasmi buta huruf di kalangan tiga juta rakyat yang kebanyakkannya Melayu.

5.Allahyaraham Tun Abdul Razak juga merangka program pembangunan luar bandar dengan menangani masalah kemiskinan apabila menitik beratkan penambahan prasarana asas luar bandar serta mempertingkatkan produktiviti pertanian. Sebanyak tiga juta ekar padi, kelapa dan pelbagai tanaman lain diberikan kemudahan tali air manakala 800 000 ekar hutan telah dibuka untuk pembangunan. Kejayaan yang dicapainya termasuk merangka satu dasar pembangunan yang meliputi setiap keperluan negara, yang dikenali sebagai 'Buku Merah'.

6.Allahyaraham Tun Abdul Razak juga bertanggungjawab menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan nama, Parti Perikatan.

Sekali lagi saya bertanya, Adakah selepas keputusan pilihanraya 1969 yang menyebabkan kemerosotan prestasi perikatan, Tun Razak telah mengadaikan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu semata-mata hendak menarik sokongan pengundi bukan Melayu kepada Perikatan semula?

Berbeza dengan Najib, walaupun baru 100 hari menjadi Perdana Menteri banyak tindakannya yang mengguris hati dan perasaan orang Melayu. Najib harus sedar beliau bukan sahaja Perdana Menteri Malaysia tetapi adalah presiden UMNO, Parti yang mmperjuangkan nasib orang-orang Melayu.

Penghapusan Kementerian Usahawan dan Koperasi (MECD), Dasar Laberalisasi Ekonomi , Dasar 1Malaysia yang kabur dan Biasiswa Nasional seolah-olah merampas hak-hak orang Melayu yang telah dibangunkan oleh perdana menteri-perdana menteri dahulu. 100 hari Najib menjadi perdana menteri bukan memberikan harapan baru kepada orang Melayu tetapi mimpi ngeri apabila melihat ketirisan demi ketirisan kepentingan Melayu.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

13 comments:

Local Fighter said...

Saya sgt bersetuju dgn pandangan tuan empunya blog ni.

Najib seakan-akan masih mencari-cari apa yang dia perlu lakukan untuk tarik balik sokongan kpd UMNO dan BN.

Tapi Najib masih mengamalkan skrip dan ramuan lama..yang digunakan pada PRk-PRK yang lepas terutama di Bkt Gantang tapi langsung tak berhasil.. kikis hak melayu, beri imbuhan yang banyak kepada kaum lain terutama Cina.

Dr M pun dah mula tunjuk tanda protes dgn dasar Najib ni. Last program Dr. M dgn Najib masa pelancaran Exora dulu. Difahamkan Dr. M menolak pelawaan pejabat PM untuk hadir ke Malaysia Investment 2009 baru-baru ni sbb marah dgn dasar liberalisasi Najib.

Nampaknya Najib lebih suka menarik sokongan bukan melayu tapi beliau haris ingat, kedudukannya sbg PM adalah disebabkan dia merupakan Presiden UMNO yang bermatlamat membela bangsa melayu.

Jgn sampai bangsa Melayu menolak UMNO disebabkan dasar-dasarnya yang kritikal kpd Melayu dan harus diingat, pengundi bukan melayu bukan ikhlas, bila-bila masa sahaja boleh menukar haluan. Belajarlah dari sejarah...

sm_alkaff said...

salam tuan punya blog..

bagi pendapat saya, kita harus berpandangan lebih jauh drpd skrg...saya setuju dgn tindakan tun razak pada ketika itu..usahanya banyak membantu masyarakat melayu dan dapat dirasai sehingga kini.

akan tetapi, zaman berubah..pemikiran pun harus berubah...globalisasi berlaku dimana2... masyarakat melayu harus berdaya saing demi memartabatkan bangsa nya sendiri...kalau kita asyik disuap ke mulut semata2, ditakuti hilang rasa daya saing dikalangan orang melayu..

kita harus berfikiran positif..mudah2 an dgn apa yg dibuat oleh PM skrg membawa kepada kebangkitan masyarakat melayu itu sendiri...ke arah melayu yg lebih kompeten, dinamik, berfikiran jauh, & berpijak di bumi nyata...

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

DULU orang Melayu bersatu, sekarang orang Melayu berpecah kepada PAS, UMNO dan PKR.

mereka perlu majoriti untuk memerintah jadi India dan Cina adalah manoriti itu.

Kalau UMNO ikut jejak UMNO dulu, UMNO baru akan karam.

Politik kena selalu baru dan sejajar perkembangan semasa..

dan satu lagi, pembaharuan yang dilakukan kini sudah ditentang habis-habisan...

KALAU MELAYU MISKIN WALAUPUN SUDAH 30 TAHUN DEB DILANCARKAN, JANGAN SALAHKAN KERAJAAN SEBAB MAJU MUNDUR BANGSA KERANA PEMIKIRAN BANGSA ITU SENDIRI..contohnya India..

zedmagel said...

Salam Bro Amir Hamzah,

Masa berubah, suasana politik juga berubah. Politik berubah mengikut arus zamannya dan keadaan persekitaran semasa.

Dulu Allahyarham Tun Razak kurang mendapat tekanan dari komponen Parti Perikatan. Tidak seperti sekarang komponen BN sendiri menjadi duri dalam daging.

Seperti kata Local Fighter, DSN mesti tahu bawa di berada di puncak persada disebabkan dia Presiden UMNO, perjuangan presiden parti juga perlu mengutamakan Islam dan Melayu itu sendiri, jangan diperlekehkan hak Melayu yang cuma tinggal sedikit. Apa bangsa lain nak samarata? Sepatutnya sekarang ini Melayu semakin mendesak dan meminta, bukan kaum lain.

Melayu hanya tinggal tulang dan kulit sahaja, jangan dikikis lagi. Melayu sudah cukup ditindas di Bumi Melayunya sendiri? Bangsa lain apa kah yang kau hendak lagi? Nak bagi Melayu mati?

anas afrohead said...

saya setuju. najib tunduk dalam diam. selepas ini isu ppsmi pula.. hurmmm.. kita memerlukan pemimpin yang benar2 tegas dan kuat seperti allahyarham Tun Razak dan Tun Dr Mahathir. namun susah nak jumpa pengganti dua bekas PM ini.

selepas ini muhyiddin pula, lagilah saya kurang keyakinan. inilah realiti pemimpin melayu sekarang. terlalu mudah tunduk dengan bangsa lain.

amirhamzah64 said...

Salam Local Fighter,
Kerajaan masih merasakan kegagalan memperolehi 2/3 di Parlimen sebagai satu kegagalan besar. Sedangkan UMNO dan BN masih majoriti. Layanan kita kepada pembangkang seolah-olah BN hanya melebihi 1 atau 2 kerusi. Najib seolah-olah hendak 'mengajar' pengundi Melayu kerana marahkan pengundi Melayu di 5 negeri yang menyokong Pakatan Rakyat. Hakikatnya UMNO masih utuh yang hancus adalah MCA, MIC dan Gerakan. Mengapa orang Melayu yang dihukum?. Sepatutnya keistimewaan yang diperolehi oleh MCA,MIC dan Gerakan yang dikurangkan tetapi bilangan menteri MCA pula yang bertambah.

Salam sm_alkaff,
Melayu perlu dinamik bukannya statik. Ungkapan itu saya sokong. Melayu perlu berfikiran jauh dan berfikiran positif juga saya sokong. Adakah pemansuhan PPSMI hari ini yang diputuskan oleh kabinet merupakan satu keputusan yang berpandangan ke hadapan atau melangkah setapak ke belakang?.

Salam abe MIE 'TERJAH',
Benarkah kita mengikut perkembangan semasa atau kita tunduk kepada desakan minoriti semata-mata kerana undi? Sedangkan hak kita termaktub dalam perlembagaan. Kita tidak mengambil hak orang lain tetapi mempertahankan hak kita sebagai bumiputera. Adakah hak kita yang tinggal sedikit itupun ingin dibersihkan?
Baca ugutan Cina tak sedor diri ni:
Tsu Koon: Gerakan kaji kedudukan dalam BN jika tiada perubahan

05-09-2008

KOTA BHARU: Gerakan akan mengkaji semula kedudukan parti itu dalam Barisan Nasional (BN) sekiranya parti-parti komponennya terutamanya Umno, gagal membuat perubahan untuk mengembalikan keyakinan rakyat, kata pemangku presiden parti itu Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini.
Sambil menegaskan Gerakan bukan parti “pak turut” dalam BN, Koh bagaimanapun berkata, parti itu tidak akan tergesa-gesa dalam tindakannya dan akan memberi “tempoh munasabah” sebelum mengambil sebarang tindakan.

Gerakan akan terus mendesak agar dilakukan perubahan dan pembaharuan dalam BN tetapi sekiranya usaha itu tidak berhasil, parti itu akan mengkaji semula kedudukannya dalam BN, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Parti Gerakan Kelantan di sini hari ini.

Dari Utusan

Salam bro zedmagel,
Zaman Tun Razak dan zaman Najib mempunyai perbezaan dan persamaan. Nyata selepas PRU ke 12, BN diasak kiri dan kanan, atas dan bawah sehingga Najib terpaksa akur dengan beberapa desakan pembangkang dan Cina dan India dalam komponen BN.
Baca petikan yang menyakitkan hati di bawah oleh Parti yang hancus di PPinang.

Tamparan Hebat, Gerakan Mahu Kerajaan BN Bebaskan Semua Tahanan ISA!!

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata pembaharuan mesti dilakukan dalam kerajaan, parti pemerintah, Barisan Nasional (BN) dan Gerakan jika mahu kekal relevan dan mendapatkan semula sokongan rakyat. “Kita berhadapan dengan cabaran serius. Kita dalam ambang perubahan bukan hanya pada ketika keadaan dalam genting. Untuk menjadi relevan dan mendapatkan semula sokongan rakyat, kita perlukan pembaharuan dalam kerajaan, dalam BN dan dalam Gerakan. “Pertama kerajaan persekutuan mestilah dengan segera melaksanakan pelbagai perubahan yang telah dicadang dan dijanjikan,” katanya dalam ucapan sulung beliau sebagai Presiden Gerakan pada Persidangan Perwakilan Parti itu di Menara PGRM di sini, Sabtu.

http://dupahang.wordpress.com/2008/10/12/tamparan-hebat-gerakan-mahu-kerajaan-bn-bebaskan-semua-tahanan-isa/

Salam anas afrohead,
Najib tidak seberani Tun Razak dan Tun Mahathir. Dengor cerita dengan bini pun takut.....

Najib sokong tamat layanan istimewa orang Melayu secara beransur

Bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau bersedia menamatkan layanan istimewa terhadap kaum majoriti orang Melayu - ikrar yang digunakan oleh pihak pembangkang, yang mengakibatkan parti pemerintah, Barisan Nasional (BN) kalah teruk dalam pilihanraya umum Mac lalu.

Bagaimanapun, program itu yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang diperkenalkan pada 1971, mesti ditamatkan 'secara beransur-ansur', kata Najib dalam wawancara dengan Televisyen Bloomberg yang disiarkan hari ini.

arifomar said...

PG PUN DAH MULA PANAS INI TENTANG LIBERALISASI. CUMA HARI NI SEJUK SIKIT BILA NAJIB CAKAP HAL BIASISWA

amirhamzah64 said...

SALAM bro arifomar,
Biasiswa Nasional yang diumumkan oleh kerajaan atas dasar meritokrasi cukup menarik. Tetapi, belum pasti ianya diterima baik oleh pribumi, iaitu orang Melayu dan Bumiputera, terutama sekali bila soal biasiswa adalah soal yang termaktub dan dilindungi oleh Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Untuk merincikan polemik ini kajilah maksud dan semangat Perkara 153 dengan tenang dan terbuka. Pihak bukan Melayu yang asyik mendesak dengan tuntutan demi tuntutan mengenai soal biasiswa juga perlu memahami semangat Perkara 153 ini. Menurut Leong (2003:91), penganugerahan hak-hak kewarganegaraan kepada bukan Melayu (pada 1957) adalah sebagai pertukaran kepada pengiktirafan bukan Melayu pada ketika itu terhadap kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera (sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan). Oleh itu, kerajaan sewajarnya mempertahankan semangat dan maksud Perkara 153 tanpa sebarang kompromi.

fortrue said...

siapa najib..

tak sedar lagi ke..
allahyarham tun razak sendiri tak rela najib ceburi bidang politik..
najib tak pernah rasa susah perit sebelum sampai di kerusi tertinggi..
yang hardcore dia kena pun menang dengan majoriti tipis pilihanraya 1999..
najib tak ade rase macamana susahnyer rakyat yang kat bawah nih..
ape yang betul2 manfaat kepada rakyat yang dia dah buat 100 hari nih..
setakat offer amanah saham,yang dapat faedah orang yang ada duit..
yang miskin nganga..
najib sebenarnya tak boleh buat apa yang lebih baik untuk rakyat..

amirhamzah64 said...

salam fortrue.

Slogan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' hanya retorik aje. 'Rakyat didahulukan'. Ye ke?. Kalau slogan yang boleh memakan diri lebih baik jangan ada slogan.

keris panjang said...
This comment has been removed by the author.
keris panjang said...

QUOTE:
"Oleh itu, kerajaan sewajarnya mempertahankan semangat dan maksud Perkara 153 tanpa sebarang kompromi"

DS Rais Yatim patut kena sering ingatkan kerajaan mengenai perkara 153 ni sebab beliau yg mahir undang2. Menteri2 Melayu kena mengorbankan diri dgn sanggup meletak jawatan sebagai tanda protes terhadap sebarang kegagalan kerajaan mematuhi perkara ini. Soalnya adakah mereka sanggup berkorban status dan ekonomi mereka. Jika main jadi pak sanggup sahaja, jangan hairan lah hak Melayu yg dh tak seberapa ni akan terhakis secara beransur2. Keadaan sekarang ini umpama api dalam sekam. Sampai ketikanya bara api tidak akan dapat disembunyikan lagi. Maka pergaduhan kaum akan berlaku. Satu perkara kita jangan lupa, sifat orang melayu memang suka "memendam rasa". Apabila perasaan itu sudah tidak terbendung lagi, mereka akan lupa diri dan bertindak tidak mengikut undang2. Ketika itu nasi sudah jadi bubur. Orang Melayu diam, jangan ingat orang Melayu menerima segala apa yg kerajaan buat. Kerajaan patut sedar, rasa hati nurani orang Melayu jangan dipinggirkan semata2 untuk menaikkan imej dimata kaum2 lain. Kita boleh baca hati sebahagian besar mereka yg tidak pernah ikhlas terhadap orang Melayu.

amirhamzah64 said...

Salam keris panjang.
Saya kagum kerana masih ada kemelayuan yang tinggi dalam diri saudara. Seperti kata Tun Mahathir, orang Melayu cuma mempertahankan haknya tanpa mengambil atau merampas hak orang lain. Tambahan hak-hak istimewa orang Melayu itu sudah dipersetujui bersama dalam kontrak sosial dan tidak perlu lagi diungkit-ungkit.