Wednesday, July 8, 2009

PPSMI : Idea Baik, Perlaksanaan lemah.


Setelah 6 tahun perlaksanaannya iaitu bermula tahun 2003, akhirnya kabinet mengambil keputusan memansuhkannya dan matapelajaran Matematik dan Sains kembali diajar dalam Bahasa Melayu berkuatkuasa tahun 2012. Ketika membuat pengumuman itu Muhyiddin tidak pula menyebut tentang cadangannya agar Bahasa Inggeris dijadikan syarat wajib lulus bagi mendapatkan sijil SPM.

Ini bermakna selain pemansuhan PPSMI, cadangan lulus Bahasa Inggeris untuk dijadikan syarat mendapat sijil SPM juga berakhir tanpa sebarang perbincangan. Kita pun tidak tahu tentang pro dan kontra dari pandangan rakyat ketika Muhyiddin membuka pintu perbincangan tempoh hari. Bekemungkinan bilangan rakyat yang menentang lebih ramai membuatkan Muhyiddin tidak ada mood untuk memperkatakannya.

Bagi Tun Mahathir, orang yang mencetuskan idea PPSMI ini dikhabarkan tidak gembira dengan keputusan kabinet ini, sedangkan Muhyiddin dan pegawai-pegawai Kementerian pelajaran sudah memberi taklimat kepada Tun. Tun menganggap ia akan menjejas masa depan anak-anak, sekaligus menjadikan mereka mangsa kepada keputusan kerajaan itu.

Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa pemansuhan PPSMI adalah selaras dengan hasrat 1Malaysia iaitu 'rakyat didahulukan'. Tentangan terhadap PPSMI ini secara rasminya bermula selepas Tun Mahathir meletakkan jawatan dan bersara. Ianya adalah tentangan berterusan daripada pejuang bahasa, pembangkang dan bagi pihak UMNO sendiri. Ianya lebih galak selepas pembangkang memenangi banyak kerusi parlimen dan menguasai 5 negeri dalam PRU yang lepas.

Malangnya pemansuhan PPSMI ini tidak pula cuba untuk memperkasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Sekolah-sekolah kebangsaan akan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah-sekolah SRJK (C) dan SRJK(T) akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Jika benar ianya adalah selari dengan slogan 1Malaysia adalah lebih molek Kementerian Pelajaran mencadangkan matapelajaran Matematik dan Sains di ajar dalam Bahasa Melayu juga. Sepatutnya begitulah kerana kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan disamping ke arah perpaduan nasional melalui satu bahasa.

Malah cadangan yang lebih drastik dan kontroversi sudah kedengaran tentang cadangan 1Malaysia 1 Sekolah dan 1 Sukatan Pelajaran yang sama di seluruh negara. Tun Mahathir pernah membawa idea ' sekolah wawasan ' tetapi bukan sahaja tidak mendapat sambutan malah ditentang khususnya daripada NGO's Cina seperti Siqui. Hasrat untuk mewujudkan hanya satu aliran persekolahan di negara ini masih jauh untuk dicapai.

Bagaimana pula cadangan kerajaan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah? Setakat hari ini, pencapaian subjek BI khususnya di kawasan luar bandar masih ditakuk lama. Pemansuhan PPSMI perlu diganti dengan Kaedah pengajaran dan pembelajaran BI yang lebih mantap, menarik, berkesan bagi mencapai hasrat setiap rakyat sekurang-kurangnya menguasai kemahiran bertutur 2 bahasa. Penggunaan teknologi komputer dan internet dalam mempelajari bahasa wajar diperluaskan bagi menarik minat pelajar-pelajar. Semasa pengumuman semalam, Muhyiddin turut memberitahu bahawa seramai 13,933 guru BI ditambah termasuk 1,000 dari luar negara dan 600 guru bersara.

Berbalik kepada pemansuhan PPSMI, Muhyiddin menegaskan, kerajaan mengambil keputusan memansuhkan PPSMI selepas meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan berhubung PPSMI, sama ada yang dilaksanakan Kementerian Pelajaran atau badan bebas sejak dasar terbabit mula diperkenalkan pada 2003. PPSMI menunjukkan dasar itu tidak pernah dilaksanakan seperti yang dihasratkan. Maksudnya kelemahan bagi pihak guru kerana mereka melaksanakn PSMI/BM, di mana guru mengajar matapelajaran Sains dan matematik masih mengajar secara campur aduk dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Bagi pelajar luar bandar khususnya yang lemah dan sederhana masih menjawab soalan dalam Bahasa Melayu walaupun soalan dalam Bahasa Inggeris disediakan.

Walau apa pun, bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang. Mungkin kata-kata Muhyiddin menjadi sedikit penawar kepada penyokong dan pendokong PPSMI yang berjuang sejak 6 tahun lalu - Bahasa Melayu dimartabat, Bahasa Inggeris dimantapkan.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

13 comments:

arifomar said...

ITU LE LEBIHNYA ORANG JOHOR. ADA PENGIMBANGNYA DARI KETERBUKAAN NAJIB. OK DAH TU

cekodokmasin said...

Salam tuan,
saya merasa gembira walaupun ada sedikit terkilan di hati.
Gembira kerana selepas ini anak-anak kita tak terkial-kial lagi berbahasa dan menulis dalam Inggeris apabila belajar Sains dan Matematik.
Terkilan kerana dengan adanya PPSMI inilah anak-anak murid saya dapat mengenal dan menggunakan LCD projektor, Notebook, CD Courseware, dan seumpamanya.
Gembira apabila tak lagi sakit telinga mendengar guru-guru mengajar bak sesumpah- sekejap Inggeris, sekejap melayu. Belum lagi tercampur loghat jawa, kelantan, Terengganu dsb.
Terkilan kerana mungkin tak ada lagi peruntukan besar-besaran untuk alatan ICT sekolah. Terpaksa tunggu lama dan ikut giliran baru dapat agaknya.
Gembira kerana sekolah tak jadi lagi lubok emas untuk penyamun memburagas alatan ICT sekolah.
Terkilan kerana ada guru-guru dah sebuk pasal BISP. Dapat ker tak dapat ker? Dah tak guna Inggeris, mana nak dapat...
Gembira kerana PPSMI, harta dan aset sekolah saya menjangkau ratusan ribu RM...
Alaaa, tuan pun tau sekolah saya kat mana...

Sangtawal Sakranta said...

salam.

sangat setuju dengan tuan,

sampai bila melayu harus diperbodohkan?

ia dimansuhkan kenapa pula 13,933 guru BI ditambah termasuk 1,000 dari luar negara dan 600 guru bersara buat apa pulak???

yang bersara tu dah la....dok kat rumah main dengan cucu je,bagi guru-guru muda pula.memang semakin tua semakin berilmu...tapi kalau dah sampai tahap nyayuk tu...kesian anak murid.


wassalam.

Geng Samudera said...

Salam Pak Amir,

Sepatutnya,sejak dari dulu PPSMI dicadangkan,ibubapa Melayu patut berebut peluang ini untuk memperbaiki tahap bahasa Inggeris dan dalam masa yang sama boleh juga mengajar anak-anak bercakap di rumah.Begitu juga dengan para pendidik.
Dalam soal ini,apabila kita bercakap dalam bahasa Inggeris tak bermaksud kita mengetepikan bahasa kesayangan kita iaitu bahasa Melayu.

Pengalaman sendiri.
Bekerja dengan pihak Rusia yang kurang berbahasa Inggeris tapi kuat bekerja.Masalah yang timbul kerana ketidaklancaran mereka menyampaikan apa yg ingin disampaikan dalam bhs Inggeris menyebabkan kita kurang faham maksudnya dan boleh menyulitkan suasana bekerja.
Mereka lebih mementingkan bahasa Hebrew mereka sendiri tanpa mempedulikan samada kita faham atau tidak.Jadi sedikit sebanyak terpaksa belajar perkataan asas Rusia agar kita lebih cepat berdaya saing kerana mereka mempelopori ilmu pengetahuan.

Jadi,adakah akan datang generasi kita boleh mendahului ilmu pengetahuan dan mereka pula yang belajar dari kita menggunakan bahasa Melayu?.

Keputusan kerajaan skrg menghapuskan PPSMI WAJIB konsisten dan tidak flip flop semata-mata mengikut telunjuk kelompok tertentu shj dan harapan biar generasi bangsa kita akan datang bersungguh-sungguh mengejar ilmu dan bersungguh-sungguh mengembangkan ilmu yg ada dalam bahasa Melayu walaupun pada realitinya sekrang agak susah....

Tepuk dada tanya selera

Geng Samudera said...

Sambung skit....

Nape di sekolah kebangsaan di ajar dalam bahasa melayu tetapi SKJC dan SKJT diajar dalam bahsa ibunda mereka?...
Nampak mcm ada sesuatu yang tersirat jeee

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Satu tindakan yang baik dan betul, tetapi kenapa nak tunggu tahun depan? Lembap sangat tu.

Tapi takpe le lambat pun buat. Dah kena balon teruk-teruk baru amik tindakan.

TokMudim said...

Tuan

Kalau Idea Baik, takkan pulak dimansuhkan..

Kalau Idea Baik, pelaksanaan mesti ikut baik...

Tak payah nak bodek lagi...tak baik cakap tak baik...Melayu kuat bodek

KUNTONG said...

Salam Sdr Amir:
Tahniah krna anda berani menulis tntng perkara ini. Diharap bila menteri pelajaran brtukar,dasar ini terus berkekalan, dan diharap kpd yg berkenaan memperbaiki mana yang lemah.

cekodokmasin said...

Salam tuan,
1Malaysia- Hapuskan aliran sekolah yang berbagai2. Guna cuma 1 aliran kebangsaan sahaja. Amacam.. NGO Cina seperti DZQ ada berani??? Potong leher ayam ler...
Kah-kah-kah-kah-kah PTUIH...

amirhamzah64 said...

salam bro arifomar.
Melayu Johor tak boleh berpecah.Klu tidak 'tiang seri'akan runtuh. hehehe

salam cekodokmasin,
"Menurut Muhyiddin, pemantauan Kementerian Pelajaran tahun lalu mendapati hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik.
- Cikgu-cikgu sabotaj PPSMI ke bro?

salam Sangtawal Sakranta,
Hehehe nak ambik 600 guru bersara tapi ada 60 000 yang bersemangat nak jadi cikgu.....perancangan tak ada ummp....

salam Geng Samudera,
Begitu juga secara purata peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53 hingga 58peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik."

Statistik 53 hingga 58 peratus boleh diinterpretasikan sebagai satu nilai kesungguhan guru-guru yang amat rendah yang tidak mungkin dapat mengemudi anak-anak sekolah mengharungi PPSMI!
Adakah sebahagian besar ibubapa dan guru-guru sabotaj PPSMI?

SK Kebangsaan guna bahasa Melayu, SRJK(C) dan SRJK(T) menggunakan bahasa ibunda semakin menjauhkan daripada hasrat one Malaysia.

salam bro zedmagel
Kawan tau awak mewakili suara UMNO Johor. hehehe

salam TokMudim,
Bodek pulak dah.....
Org yang bawak idea dah bersara. Kalau dia tak bersara semua jadi.
Pak Lah batal jambatan, Najib mansuh PPSMI. hehehe

salam pakcik Kuntong,
Betul ke pemansuhan PPSMI tiada kiatan dengan tekanan politik? hehehe

salam cekodokmasin,
Saudara potong ayam kawan berani potong kuku je....
Jangan harap la bro...tambah2 pemimpin2 melayu yang semakin lembik dan lemau....

Gedung Akal said...

PPSMI : IDEA DAN PELAKSANAAN KARUT? KETAWAKAN DIRI SENDIRI
Kah..kah..kah..
Melayu memang bebal dan bodoh.
Ada ke patut bahasa Inggeris tak mahu belajar..tak mau jadi bangsa maju ke?
kah...kah..kah..kah..
cuba tengok pilem tamil...tak kisah campur aduk bahasa tamil dan english...kah..kah..
adakah mereka nampak bodoh? tidak..mereka lebih bijak dari melayu...kah...kah..kah.. Lihatlah penutur Tamil di Malaysia ini...mereka lebih suka bercakap english dan mereka hebat! kah...kah..kah..kah..Melayu memang bodoh tolak bahasa inggeris dalam sains dan matematik.
Melayu nak jadi bodoh macam orang Perancis danJepun juga...Melayu tak mahu jadi orang Tamil yang bangga cakap english..Melayu bodoh..kah..kah..kah..

kahhh..kah..kah..Melayu bodoh

Geng Samudera said...

Gedung Akal,

Rilex lar bro,takkan setiap kali nak cakap,pastuh gelakk...
Asal cakap jerk,pastuh gelak.Pastu ckp org lain bodoh....
Tula,dah tue-tue pun buduhh!!..

Masalahnya bukan org melayu taknak cakap Inggeris,tapi tak dibudayakan sejak zaman Gedung Akal lagi dirumah atau dalam kehidupan.
Maka,anak-anak pun agak kurang lar bercakap dan belajar BI.Bukan masalah org Melayu bodoh atau sengal nak belajar.

Lagi satu,bangga sesangat ke cakap omputih nih cam org koling hindustan tuh??...
Aku tak rase ape-ape bangga pun cakap omputih nih walaupun agak fasih berbahasa Inggeris (didikan org tue dulu).

amirhamzah64 said...

salam Gedung Akal,
Hehehe.....saya tidak terpesona.

Salam Geng Samudera,
Pergi blog Gedung Akal. Tahulah siapa dia.