Thursday, July 23, 2009

Bekas Tahanan ISA Pun Mahukan ISA Dikekalkan.



Siapakah orangnya yang beriya-iya sangat mahukan ISA ini dihapuskan kalau bukan orang yang bercita-cita mahu membuat onar dalam negara. Hasrat mereka agar selepas ini mereka boleh melakukan sesuatu sewenang-wenangnya kerana selama ini ISA mengikat mereka untuk menjadikan negara ini 'bapak mereka' seorang yang punya. Mereka ini lah yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin yang dapat melihat bahawa ada beberapa perkara yang menghalang mereka untuk berkuasa mutlak apabila kuasa itu ada di tangan mereka.

Antara perkara yang menghalang petualang-petualang ini ialah Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, Perlembagaan Negara dan juga Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA). Mengapa mereka beriya-iya berhasrat mengadakan satu perhimpunan serta perarakan jalanan menuju ke Istana Negara anjuran Gerakan Mansuh ISA (GMI) pada 1 Ogos 2009 ini? Siapakah orang-orang yang berada di belakangnya?

Bagi rakyat jelata mengapa kita harus terpedaya dengan pemimpin-pemimpin yang tamak dan hasad seperti ini. Mengapa kita harus menyokong kepada pemimpin-pemimpin yang mahu negara ini hancur dan musnah? Bukankah ISA ini satu senjata kepada pemerintah menghalang pengaruh komunis, gerakan subversif dan juga pemimpin-pemimpin yang merbahaya kepada keselamatan negara yang mempunyai kepelbagaian bangsa, agama dan cara hidup? Kenapakah susah sangat kita hendak mengakui bahawa ISA ini sangat berguna kepada kita rakyat jelata yang cintakan keamanan dan keharmonian hidup.

Lagi pun, apa kena mengena kita dengan ISA ini?. Sebagai rakyat biasa, apa bahaya ISA ini kepada kita? Apakah dengan wujudnya ISA ini menyusahkan sebahagian besar 26 juta rakyat Malaysia? Apakah dengan ISA ini kita sukar dan tidak bebas untuk meneruskan kehidupan? Apakah dengan ISA ini anak-anak kita tidak mendapat pendidikan yang sempurna? Adakah dengan ISA juga rakyat tidak lagi bebas untuk mengamalkan agama masing-masing. Banyak lagi persoalan-persoalan yang boleh kita kemukakan sebagai seorang rakyat biasa.

Kalau begitu mengapa kita terikut-ikut dengan beberapa kerat orang yang merasakan kepentingan diri mereka terancam dengan ISA sedangkan dengan adanya ISA tidak memberi kesan negatif pun kepada rakyat terbanyak. Kita jangan diperbodoh-bodohkan dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang bukan mewakili majoriti rakyat Malaysia. Bagi penyokong-penyokong tegar Pakatan Rakyat tidak bolehkah memilih perkara-perkara yang patut kita sokong dan perkara-perkara yang tidak patut kita sokong.

Semasa Anwar menjadi TPM, pernahkah kita mendengar daripada mulut Anwar tentang cadangan untuk memansuhkan ISA? Adakah Anwar ketika sedang berkuasa tidak ada menggunakan kuasanya untuk menahan seseorang dengan menggunakan ISA. Semasa menjadi Menteri Pendidikan tidak pernahkah Anwar menggunakan kuasanya dengan menukar guru-guru ke kawasan pendalaman kerana tidak selari dengan perjuangan partinya ketika itu? Kalau itu pun dilakukan oleh Anwar, apatah lagi ISA. Bukankah Anwar juga pernah bersubahat dengan ISA sekian lama. Kenapa sekarang baru mahu hapuskan ISA sedangkan ketika beliau berkuasa bukankah lebih mudah kerjanya.

Setelah menjadi ketua pembangkang tentulah dia sedar bahawa ISA boleh menyebabkan dirinya dan rakan-rakan karibnya tidak selamat. Anwar tentunya tidak selesa apabila rakannya Ibrahim Ali berpendapat sebaliknya dan melawan arus dengan pemimpin-pemimpin parti pembangkang.Walaupun pernah dua kali ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Presiden Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Ibrahim Ali tetap melihat akta itu sebagai satu keperluan.Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, ISA masih diperlukan di negara ini dan berikrar akan mempertahankan kewujudan akta itu. "Saya tidak akan menuntut ISA dihapuskan," katanya ketika berucap di Perhimpunan Perkasa Mac lalu.

Kali pertama beliau ditahan di bawah ISA pada tahun 1974 selama 26 bulan dan selepas itu pada 1987 di bawah Ops Lalang, selama dua bulan. "Saya tiada penyesalan ditahan di bawah ISA, malah saya mahu akta dikekalkan. Saya tidak menyalahkan pihak keselamatan dalam penahanan itu... berani buat berani tanggung," Kata Ibrahim, ISA wujud atas alasan yang kukuh dan jika seseorang ditahan di bawahnya, maka pihak yang ditahan itu tidak boleh menyalahkan sesiapa. Ibrahim berkata, beliau bersedia ditahan bawah ISA untuk kali ketiga atau keempat dalam mempertahankan hak-hak orang Melayu di negara ini.

Ketegasan bekas tahanan ISA yang sekarang ini Presiden PERKASA adalah jelas melalui kenyataan rasmi PERKASA pada 22 Julai 2009:

1. PERKASA amat berasa bimbang dengan situasi semasa apabila satu perhimpunan serta perarakan jalanan menuju ke Istana Negara anjuran Gerakan Mansuh ISA (GMI) akan diadakan pada 1 Ogos 2009 ini.

2. PERKASA hormati hak mana-mana pihak tertentu untuk bersuara menuntut Kerajaan mansuhkan ISA walaupun PERKASA tidak setuju apa yang dituntut itu tetapi ianya hendaklah dilakukan dengan cara tidak melanggar undang-undang dan tidak mencetuskan suasana tegang yang boleh menggugat keselamatan masyarakat dan Negara.

3. PERKASA berpendapat dalam isu ISA ini, oleh kerana pihak Kerajaan telah pun membuat kenyataan baru-baru ini berjanji akan mengkaji cara perkemaskan ISA , semua pihak perlu member i ruang dan masa kepada pihak Kerajaan untuk melakukannya.

4. PERKASA berpendapat ISA masih perlu dikekalkan tetapi perlu ada perubahan agar ianya tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak bila mereka berkuasa.

5. PERKASA akan menghantar memorendum cadangan-cadangan menambahbaikkan perlaksanaan ISA kepada Kerajaan sekiranya PERKASA berpendapat perubahan yang dilakukan terhadap ISA seperti yang dijanjikan masih lagi ada ruang untuk disalahgunakan oleh pihak berkuasa.

6. PERKASA juga berharap jika GMI membatalkan hasrat untuk berhimpun dan berarak ke Istana Negara pada 1 Ogos ini pihak PEWARIS juga membatalkan hasratnya untuk mengadakan perhimpunan dan perarakan pada tarikh yang sama itu.

7. PERKASA menuntut pihak GMI buat kenyataan umum bahawa perhimpunan dan perarakan ke Istana Negara pada 1 Ogos ini dibatalkan. Jika GMI teruskan juga perhimpunan dan perarakan itu, PERKASA akan menyertai PEWARIS berhimpunan di tempat, waktu dan tarikh yang sama demi pertahankan ISA.

8. PERKASA mendesak pihak PDRM dan Kerajaan mengambil tindakan yang tegas terhadap pihak-pihak yang menggugat keharmonian, kesejahteraan dan keselamatan Negara.

Insyallah saya akan hadir menyokong Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) bersama 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan berarak ke Istana Negara seperti kumpulan penentang akta itu, Gerakan Mansuh ISA (GMI) pada 1 Ogos ini.


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

19 comments:

silent MP said...

Salam Pak Amir,

Yang tak sokong tu Brader Anwar,
dia takut masuk dalam lagi sebab gerak laku dia sekarang malayakkan dia dihumban masuk sana..

Jadi helah ni jela yang dia pakai, pengikut taksub mereka ikut je, bukan faham pun..

DSN malas nak pakai, masih tegk gelagat si Brader ni..

Percaya la cakap saya, kalau ISA dimansuh pagi ni, petang ni jugak ada demonstrasi..silap2 ada bom macam kat Jakarta..Tak de sapa boleh kene tahan...

Sebabbb

Sebab ISA dah tak ade, lagi ligat la Brader ni..

buah kelapa turkey said...

Bertaubatlah YB Anwar, selagi ada kesempatan nak bertaubat, bertaubatlah.Jangan teruskan perasaan dendam kesumat yang ada di hati kamu.Jangan perdaya orangramai mengikut atau menjadi orang yang asyik memenuhi jalanraya untuk berdemo. Kamu adalah seorang pemimpin yang boleh menjadi baik. Dan kamu juga jangan jadikan diri kamu diperguna oleh pihak lain untuk menghapuskan hak-hak orang Melayu di tanah airnya sendiri.Tidak susah untuk jadi orang baik. Jangan menyesal setelah berada di dalam liang lahad.

silent MP said...

Ada blog kata pewaris meniru GMI.

Bukan meniru kerana membuat pada tarikh dan tempat yang sama,tetapi pada saya lebih kepada berani berhadapan..

Siapa berani siapa kecut teloq..

ps:
agak2, boleh jadi riot tak??ke riot je boleh redakan keadaan ni??

keris panjang said...

Salam tuan,

Cuba kita semua bayangkan, ketika akta ISA masih berkuatkuasa skg ini pun mereka berani membuat huru hara. Apa lagi jika akta ini dimansuhkan. Mmg benar, desakan ini hanya dtg dari sekelompok mereka yg berniat jahat. Tujuan mereka hanyalah bagi memudahkan mereka berbuat sewenang2 tanpa rasa takut kpd tindakan undang2 yg menanti. Mereka pengecut, tidak spt Pres. PERKASA yang “ berani buat, berani tanggung”. Ini nak jadi bacul, hanya berani buat tapi tidak berani tanggung. Inilah sifat “pondan” yg ada pd mereka. Mereka sebenarnya adalah pengecut, cuma berlagak saja berani.

Saya sebagai sebahagian besar suara rakyat Msia yg cintakan keamanan dan ketenteraman negara ini, mendesak kerajaan agar tidak tunduk kpd desakan pengecut2 ini. Kerajaan perlu tunjukkan kerajaan kuat dgn menolak desakan mereka. Jika kerajaan berterusan mengikut, kerajaan akan dilihat sebagai lemah oleh pembangkang serta rakyat secara keseluruhannya. Itulah sebenar, hasil yg mereka mahukan. Mereka yg berkokok ini sebenarnya lemah, cuma tunjuk saja berani. Ini permainan mereka. Kerajaan jgn mudah terperangkap kerana yg mendesak tu hanya beberapa kerat sahaja dikalangan org berfikiran sempit spt mereka. Terbukti negara selama ini aman dgn adanya akta ini. Jika akta ini tidak ada, mana tahu, boleh jadi mereka sendiri tidak dpt ujud hingga berpeluang melalak kesana sini.

Kerajaan patut insaf, pembangkang tidak akan berpuashati dgn apa yg kerajaan buat walau pun tuntutan mereka dipenuhi. Jgn harap ucapan t.kasih mereka. Buktinya jelas terhadap penubuhan S/jaya Diraja kes kematian Beng Hock. Mereka tetap mencari lohong2 untuk menyusahkan kerajaan.

Kerajaan adalah kuat dan perlu tunjukkan kekuatan itu. Hindarkan perasaan rendah diri kerana mereka sebenarnya hanyalah umpama ayam yg berkokok berderai2, tetapi tahi berseluparan dibontot.

Ahmad said...

assalamualaikum,
Dude, in this scenario, WE NEED IBRAHIM'S IN UMNO.But No one?. Where are they?. Bussy with bussiness?. tender? Contract?...blaa...bla...blaa.
UMNO really need to change. Be champion. MCA was splashed tun M, because they said hes rasist. Just because we tried to speak about Malay right they were claimed tht we are rasist not one malaysia bla...bla..bla. So who will going to save malay?. PKR?. PAS?. Currently, UMMNO just play safe. Let Ibrahim Ali speak on their shoes. I think UMNO must champion this issues....we need a politicall background. Cammon UMNO members, be gentlemen. Dont just happying with wht Ibahims did. Ikhlas

keris panjang said...

Salam tuan rumah dan Sdr Ahmad,

Keadaan inilah yg merunsingkan kita. UMNO sudah dilanda sindrom "bisu". Sudah tidak ada siapa lagi yg mampu diharapkan untuk bertindak berani dan bijak untuk "menyerang" tohmahan2 mereka2 yg rasist yg sekarang ini sudah mempamirkan isi hati "busuk, tamak dan dengki" mereka. Dalam seni peperangan, untuk menang, tindakan menyerang amat diperlukan berbanding "mempertahankan diri" yg jelas lemah. Inilah apa yg kaum rasist tu buat sekarang. Ingat, itu mereka hanya baru memenangi beberapa kerusi sahaja. Bayangkan, jika majoriti mereka yg pegang !!


Mungkin juga betul ada yg sibuk dgn tender, kontrak dsb yg peluang hanya dtg ketika ada "kuasa" sahaja. Ketika inilah waktu yg sesuai untuk memperkayakan diri. Sumpah amanah pegang jawatan, tolak tepi. Yg penting dunia. Jika inilah keadaannya, percayalah, bangsa kita akan sentiasa dalam kerugian !!

Kita mmg memerlukan beberapa org "Ibrahim's". Biarlah org gelar dia apa pun, yg penting bagi kita adalah keberanian beliau yg tidak ada pd org umno.

Geng Samudera said...

Lagi pun, apa kena mengena kita dengan ISA ini?. Sebagai rakyat biasa, apa bahaya ISA ini kepada kita? Apakah dengan wujudnya ISA ini menyusahkan sebahagian besar 26 juta rakyat Malaysia? Apakah dengan ISA ini kita sukar dan tidak bebas untuk meneruskan kehidupan? Apakah dengan ISA ini anak-anak kita tidak mendapat pendidikan yang sempurna? Adakah dengan ISA juga rakyat tidak lagi bebas untuk mengamalkan agama masing-masing. Banyak lagi persoalan-persoalan yang boleh kita kemukakan sebagai seorang rakyat biasa.

I like this statement!
----------------------------------
"Saya tiada penyesalan ditahan di bawah ISA, malah saya mahu akta dikekalkan. Saya tidak menyalahkan pihak keselamatan dalam penahanan itu... berani buat berani tanggung," Kata Ibrahim,

Nih baru dinamakan pemimpin yang ade telo...!!!
-----------------------------------

So,mane pemimpin UMNO yang lain??
Gentel telo lagi ker??
Cakap berdegar-degar kat tv tapi masih juga takde telo pancung habis-habisan desakan pihak lain!!

Jeffry said...

SLM BRO...ISA NI MESTI DI KEKALKAN WLU MCM MANA PUN..KLU MEREKA NK REVISE OK..GOHED..TP JGN ABOLISH!..PLEASEEEEE!!..ANUWAR NAKKAN NEGARA KITA AKAN JD INDON NO. 2!!..SHILAKAK PUNYA AL-JUBURI!..PTUIHH!!

Ahmad said...

Asaalamualaikum.
KEris panjang dan semua Cuba kita baca apa yg saya petik dari satu blog ini:
"BUKAN MELAYU SEMAKIN BERANI: Membuat Pelbagai Pert...":

Ask all malay pig go back to Indonesia!

The malay pig make Malaysia become rubbish country. Without malay pig in Malaysia - Malaysia country will become same as

Singapore or Taiwan.

Where malay pig came from? Indonesia? Arab? Africa? What happened to our Orang Asli? They are the original settlers here,

they should be the true real bumiputras. Not the babiputras we have here.

What is wrong with the babiputras? Highest crime rates, highest divorce rates, highest number of criminals, highest number of

drug users, highest number of rapists.

A genetically flawed race (babiputras) cannot be fixed by politically.

What have we got now?

Brain drain, economic disparity getting wider, poor education system, racial segregation, widespread corruption, inefficiency and

uncompetitive on the government departments and others.

Sad. Sad. Sad. The question asked by many of my fellow Chinese is this - Why can't you just tell the malay pig to adopt

Chinese culture which is superior?

It makes no difference whether I am a Chinese, Indian or for that matter, anyone else, even a Mat Salleh. I am speaking as a

human being to a malay pig like you.

If you malay pig don't like the non-malays here, then go back to Sumatra, Jawa, or wherever your ancestors came from, and

give this land back to its rightful master, the Orang Asli.

If Malaysia is to divide into two countries with malay pig taking the east, and the west to the Chinese and the Indians - watch

that the malay pig starting to migrate to the west illegally for a better future.

It is no wonder Singapore is a country which is 50 years ahead of Malaysia.

You know something - once outside the perimeters of Malaysia, these malay pig are so small in value even a dog has more value

than them!

Everything in Malaysia is a joke when it comes to the malay pig. They are laughed at by everyone in this world for being

incompetent, lazy, useless morons.

From research, this peninsular was part of the Siamese empire way before these malay pig from Indonesia invaded it.

Still so thick skin, don't want to go back to Indonesia.

MANA PEJUANG UMNO?. MANA...MANA..MANA....DALAM MERCECDES?. DALAM HERRIER?.DALAM LEXUS?. Be Champion dude! Ini semua tanah kita!

Geng Samudera said...

Salam,

Hahahahahahaa...writer nih sedar tak yg dia yang makan babi?? Bloody pig!

Buat perbandingan dengan Singapore konon!!...Sedar x yg bloody Singaporean pun tgh internally suffer mentally di negara mereka sendiri?...

Inilah akibatnya bile kasi muka lebih sgt.Dah mula pihak kepala.Time zaman susah,buat muka kesian mintak tolong supaya dapat hidup di negara ini disebabkan kemelut peperangan di China.Bila dah senang skit,mula demand memacam.Pastuh racun anak cucu supaya bencikan bangsa lain.Muka depan manis,belakang pasang strategi nak hancurkan org lain.

Sekarang,mungkin nak hancurkan bangsa Melayu.Dah hancur jerk,pastuh pelan-pelan hancurkan komuniti India pulak...at last depa yg kaut bersihh....
Wahai pemimpin agama dan bangsa,konsep simple camtuh pun tak faham-faham ker??

Pastuh,jadilah cam Singapore yg diagung-agungkan tuh.India entah ke mana,melayu entah ke mana...
Bantu pun just nak cukupkan syarat sahaja supaya dunia tak menganggap mereka racist...!!

So,aku racist ke kalau cakap camni?...fuck off larrr!!..

Cth : aku kerja ngan company Eropah.Bila apa-apa jadi seperti bankrupt atau sbgainya,non-EU tidak dapat apa-apa pampasan pun menurut undang2 Eropah.Tetapi untuk EU citizen,mereka dapat sepenuhnya pampasan.Kerana apa?..mereka adalah EU citizen.
So,cam aku,jadi sampah larrr...

Jadi,rasict ke kita kalau kita pertahankan hak dan kedaulatan kita di bumi sendiri...???
Kalau diaorg boleh jaga hak citizen diorang,kenapa kita x boleh?....

Tulaar...lain kali sebelum makan babi,sembelih dulu...(silap2 cari leher babi nak sembelih pun terkial-kial)...

Adiosss!!

Arif Omar said...

BUKAN ISA YANG MENYUSAHKAN DIA ORANG. TETAPI DIA ORANG YANG MENYUSAHKAN ISA

dino said...

saya tak suka bincang ISA tapi perpaduan Melayu. PAS dan UMNO harus bersatu macam DAP, MCA Gerakan. tengok objective mereka sama. Apa susah kalu PAS nak hudud biarkan lah saja. UMNO pun patut bincang dgn serius pasal objective PAS supaya telus dan bersatu. UMNO jangan berada di tengah jalan ambil pendirian!! MCA GERAKANjelas dah tingalkan UMNO lama dah..

amirhamzah64 said...

salam silent MP
setuju. Pagi ISA mansuh, tengahari negara huruhara. Mereka akan kata rakyat hendak mandat baru, Piliharaya umum perlu diadakan segera. Dalam keadaan momentum sokongan rakyat kepada pembangkang mereka yakin menguasai negara pada masa ini. Pewaris tidak meniru sesiapa tetapi jika GMI boleh menuntut sesuatu dijalanan Pewaris pun boleh. Jika Pewaris tak turut serta mereka boleh mendakwa seluruh rakyat sokong ISA dihapuskan.

salam buah kepala turkey
Bukan senang nak senang dan bukan susah pun nak susah. Masih terbukakah hatinya untuk bertaubat?

salam keris panjang,
Saya sangat bersetuju dengan seluruh komen saudara. Dalam keadaan ada ISA, Hindraf 2 kali diharamkan pun masih bebas. Orang yang melalak ke hulu ke hilir tak tentu pasal untuk hapuskan ISA adalah pengecut dan tidak ada ciri seorang pejuang. Pejuang membesorkan tembolok masing-masing. hehehe
UMNO bukan dilanda 'sindrom bisu' tetapi memang diarahkan untuk bisu. Dalam keadaan genting ini biar PM dan TPM saja yang berbunyi. UMNO tidak begitu lemah tetapi rakan-rakannya di dalam BN yang hancus. Malangnya rakan-rakannya dalam BN khususnya MCA, Gerakan dan MIC sudah semakin ditolak oleh rakyat. Jangan gunakan UMNO untuk menyerang tetapi gunakan PERKASA untuk menyuarakan hasrat dan kehendak orang Melayu. Sebab itu Hindraf yang haram tu pun surug kerajaan haramkan PERKASA. Setakat ini PERKASA sudah memainkan peranannya sebagai pendesak Melayu.

salam Ahmad,
Dalam keadaan kuasa politik di hujung tanduk, strategi ada penting. Kuasa politik Melayu terbahagi tiga. UMNO tidak boleh selantang seperti dulu. Bukan kerana takut atau main selamat tetapi untuk memastikan kuasa kekal di tangan BN dan UMNO. Saya yakin UMNO tetap dengan prinsip perjuangannya tetapi dalam keadaan hari ini undi bukan Melayu, undi Sabah dan Sarawak sangat penting. Apa guna UMNO berkeras dengan dasar-dasarnya yang pro Melayu tetapi akhirnya kehilangan kuasa. Siapa yang menyebabkan kuasa Melayu ini lemah? Hari ini kita ada PERKASA satu NGO Melayu yang boleh bercakap bagi pihak Melayu dan boleh membuat tuntutan dan mempertahankan hak-hak Melayu tanpa merampas hak orang lain.
'BUKAN MELAYU SEMAKIN BERANI'. Bukan Melayu semakin berani kerana mereka buta sejarah dan buta sejarah kedatangan kaum mereka yang merempat ke mari. Mereka buta sejarah tentang alam Melayu yang kemudiannya diracik-racik menjadi negara oleh penjajah. Di dalam alam Melayu perpindahan antara penduduk tidak dipanggil penghijrahan dari benua lain kerana mereka dalam satu rumpun alam Melayu. Suruh mereka jumpa prof. Koo Kay Kim agar mereka lebih faham. UPSR menjadikan pelajar lupa sejarah. Pelajar sekolah rendah perlu diajar sejarah semula khususnya sejarah negara ini.

Salam Geng Samudera,
terima kasih atas pemilihan ayat yang seronok dibaca. Kita perlu faham politik semasa dan momentum sokongan rakyat kepada pakatan rakyat. UMNO bukan sekuat zaman kegemilangannya. UMNO ada 75 kerusi sahaja di Dewan Rakyat berbanding 110 kerusi pada tahun 2004. Dengan 83 kerusi pembangkang Pakatan Rakyat di Parlimen memang nampak ketara kelemahan kerajaan. Telor UMNO telah diragut dalam pilihanraya ke 12. Sebab itu agaknya UMNO tidak selantang dulu. Tapi jangan bimbang, kita ada PERKASA untuk selamatkan keadaan ini. Sila ikuti perkembangan PERKASA di www.pribumiperkasa.com
Awak tak racist bro....awak seorang yang mempunyai semangat sayangkan bangsa dan sayangkan agama. Sayangkan bangsa dan agama dituntut oleh agama kerana Nabi pun sayangkan Bani Quraish.

Salam bro Jeffry
Anwar kalau tak dapat jadi PM dia akan cuba hancurkan negara ini. Tindakan-tindakannya menunjukkan ke arah itu. Inilah perangai Yahudi.

Salam bro Arif Omar
ISA tak menangkap orang yang tak bersalah......hehehe

Salam dino,
Artikel ini sedang bincangkan ISA dan keperluannya kepada kita sebagai rakyat. Topik saudara sentiasa dalam perhatian saya. Saudara juga boleh rujuk dalam artikel-artikel saya yang lepas tentang perpaduan Melayu.

melor45 said...

Kalu nak kena ISA sila belajar agama di Pakistan dan jadi sukarelawan di Aghfanistan Sure pijak saja Bumi Malaysia anda akan terus dibawa keKemtah Kamunting.

amirhamzah64 said...

salam melor45.
Banyak tempat lain nak belajo dan banyak tempat lain nak jadi sukarelewan. Ada la sebab kena ISA tu.

zedmagel said...

Salam Sahabatku Bro Amir,

Kalau orang bekas tahanan ISA pun mahukan ISA, apa lagi orang tak pernah kena tahan ISA lagi lah mereka mahu.

Mereka ini mahukan kedamaian dan kesejahteraan dalam negara mereka sendiri. Tak ada gangu gugat oleh pihak yang sentiasa membuat onar di negara mereka.

Saya sokong ISA, kalau tak salah apa nak takutkan pada ISA>

amirhamzah64 said...

salam bro zedmagel,
Tak salah takkan kena ISA. Yang salah sendiri mau ingat la bro

hami said...

ISA ialah satu akta yang tidak menekan mana-mana pihak dan ianya bolih dibuat pindaan mengenai bagaimana caranya kita berkomunikasi dengan pesalah ISA dan wajar diberi pertimbangan supaya tarikh maksima tahanan dikurangkan ke 3 tahun sahaja kerana mungkin didalam tempoh tahanan pihak berkuasa telah memberi satu pengajaran yang berguna dan telah memberi peluang tahanan tersebut berfikir tentang keselamatan dan ketenteraman yang dikecapi sejak merdeka lagi.

amirhamzah64 said...

salam Hami,
Kerajaan berjanji dan nak buat penambahbaikan tetapi mereka mahu mansuh terus. ISA akan dibawa ke Parlimen. Walaupun begitu, majoriti rakyat Malaysia mahu ISA kekal seperti mana Singapura (PAP) mengekalkan ISA sehingga sekarang.