Wednesday, July 15, 2009

Janji Nik Aziz Lebih Ummp Dari Janji Muhyiddin




Pilihanraya kecil Manek Urai sudah pun melabuhkan tirainya dengan PAS mempertahankan kerusi dengan majoriti 65 undi. Walaupun menang dengan perbezaan 1 undi sekalipun ianya akan dikira menang. Tahniah kepada kedua-dua parti yang bertanding kerana berjaya menabur banyak janji-janji duniawi dan ukhrawi. Manek Urai yang menjadi Kota Metropolitan sepanjang tempoh berkempen kini kembali sepi. Tiada lagi kelibat pemimpin-pemimpin, tiada lagi sorak sorai para penyokong dan ceramah-ceramah sudah tidak kedengaran lagi.

Tinggal lah penduduk-penduduk Manek Urai yang ditatang selama 8 hari, kini menunggu lagi janji-janji pilihanraya yang entah kan dapat entah kan tidak. Sudah ada kata-kata, jambatan yang dijanjikan tu boleh lah mintak kepada pihak yang menang. Kalau begitu gigit jari lah penduduk-penduduk Manek Urai nak dapat jambatan baru yang menghubungi Manek Urai Lama dengan Manek Urai Baru. Disebabkan BN kalah kita yang di luar Kelantan tertanya-tanya, jadi atau tidak Manek Urai hendak dijadikan kawasan agropolitan. Dengar cerita jika BN menang Manek Urai akan dijadikan anak angkat kerajaan persekutuan. Begitulah antara harapan-harapan yang diberi.

Setelah berhempas pulas penyokong dan pengerak kedua-dua parti akhirnya ketentuan Allah juga yang paling tepat. Walaupun sebelum pilihanraya kedua-dua parti yang bertanding berkeyakinan penuh untuk menang. Sewajarnya mereka layak membuat andaian begitu kerana dengan majoriti yang kecil membuktikan persaingan yang sengit untuk pilihanraya kali ini.

N41: MANIK URAI (12,293)

KEPUTUSAN

1.MOHD FAUZI ABDULLAH (PAS)…….. 5,348
2.Tuan Aziz Tuan Mat (BN)………. 5,283


Jumlah mengundi………………. 10,631
Peratus………………………… 87%
Undi rosak…………………….. 117
Majoriti……………………….. 65

Penyandang: Ismail Yaacob (PAS)
Undi diperolehi………………..5,746
Majoriti:……………………..1,352

Seperti biasa, bagi menutup malu kemenangan yang dulunya majoriti 1352 menjunam hingga 65 undi, penasihat pilihanraya PAS Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengakui terdapat pengundi yang terpengaruh dengan tawaran dan janji yang dibuat oleh BN. Beliau mendakwa, BN membuat tawaran yang berbentuk ugutan,dan berunsur rasuah.

Bagaimana pula janji-janji yang ditaburkan oleh Nik Aziz? Apalah sangat janji-janji pembangunan Barisan Nasional jika dibandingkan dengan jaminan dan janji syurga kepada penduduk Manek Urai, sekiranya mengundi Pas. Sentimen Nik Aziz yang begitu kuat di sini dikatakan sukar ditembusi oleh gerak gempur BN. Saya ingin bertanya rasuah mana yang lebih hina dengan membawa pembangunan yang pasti ada dengan dijanjikan perkara-perkara yang belum pasti? Mana yang lebih menarik? Janji pembangunan atau janji masuk syurga? Sudah tentu janji masuk syurga berjaya memikat hati penduduk Manek Urai kerana ianya kekal abadi. Jadi rasuah PAS nampak lebih power.

Kalau hendak baca post mortem pilihanraya Manek Urai ianya mudah diperolehi daripada blog-blog politik dengan pelbagai andaian dan pendapat. Setiap orang khususnya penduduk Manek Urai sendiri boleh membuat post mortem berkenaan kemenangan PAS dan kekalahan BN. Bagi saya walaupun hari ini BN yang diwakili UMNO hanya tewas dengan 65undi sahaja ianya adalah gula-gula untuk BN/UMNO. Kemungkinan untuk mendapat pelbagai projek pembangunan membuatkan mereka tertarik. Tidak mustahil pada pilihanraya ke 13, mereka akan memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat dengan undi majoriti yang lebih banyak.

Ada yang berpendapat, slogan one Malaysia, slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, pemansuhan PPSMI, 11 hadiah istimewa sempena 100 hari pentadbiran sebagai perdana menteri bukan lah sesuatu yang membahagiakan semua rakyat, malah ada yang melihat sebagai gimik semata-mata. Tidak nampak ketara lagi perkara-perkara yang berkaitan dengan slogan 'rakyat didahulukan' itu. Kalau ye pun, kemerosotan undi PAS ini berkemungkinan datang daripada kelemahan PAS sendiri. Pengundi atas pagar dan pengundi tidak berparti mula meluat dengan kerjasama Pakatan Rakyat yang melibatkan PAS, sokongan kumpulan orang muda yang jemu ditipu Anwar Berahim juga menjadi faktor penyebab kemerosotan majoriti kemenangan PAS.

Suka atau tidak ,janji syurga Nik Aziz tetap menjadi pilihan ramai. Janji Muhyiddin tentang pembangunan bukan sesuatu yang boleh membuat'small swing, big impact'di Manek Urai.


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

6 comments:

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Tahniah kepada PAS kerana menang, Tahniah juga kepada UMNO (BN) kerana mampu menarik penyokong PAS lari kepada BN. PAS tak boleh mendabik dada dengan kelebihan 65 undi, sebaliknya bawa musahabah diri kenapa penyokong lari?

BN teruslah menjalankan kerja. PAS tunaikan tanggungjawab, jangan pandai berjanji sahaja.

Anonymous said...

SLM BRO..MASA UTK PAK AJIS TUNAIKAN JANJI DIA PULAK!..JGN CAKAP X SERUPA BIKIN MACHAA!

rimajohor said...

janji masuk syurga, tapi maki hamun.orang pas boleh maki hamun, org umno takboleh. agama apa yang dianuti ni....pening kepala dibuatnya..

ajijasin said...

salam alaikum...

jambatan yang telah dijanjikan tu...
BN buatkan aje leee...

dapat jugak pahalanyeee...
selagi ada makhluk yang gunakan jambatan tu...
selagi tu dapat pahala amal jariahnyee...

besaoooo ganjarannyeee tu.....

takut pulak nanti
lepas aku bagi tau ni...

berebut rebut nikol ajis nak buat jambatan tu pulak...
nak kan pahala amal jariah!!!!!
he he he.....

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Rasanya kalau BN menang dikatakan ada pengundi hantu. Tapi kalau PAS menang, rasanya ada pengundi syaitan. Iyele... N.Ajis pun mengaku boleh kawan dengan syaitan. Tapi syaitan mana, tak tahu ler.
Apa-apapun: KAH-KAH-KAH-KAH-KAH, PTIH...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam bro zedmagel,
Bagus nasihat bro tu. Pilihanraya pun dah habis. Manek Urai dah kembali seperti asalnya. Apa yang boleh dibuat oleh wakil rakyat baru tu bro........nak tuntut kat Muhyiddin tentang jambatan tu ke...Entah2 Muhyiddin nak pancing undi aje tak? Jambatan Yahya Petra pun tak siap lg. Sistem pengairan di Pasir Mas pun terbengkalai. Itu janji pilihanraya Pengkalan Pasir, 2 tahun dulu......hehehe

Salam bro Jeffry,
Dia janji Syurga bro. Hari kiamat nanti baru boleh claim.....lamanya nak tunggu....

Salam buah kelapa turkey,
Dia org ni semua boleh. Serba boleh dan serba tahu. Bila kerajaan kata Malaysia boleh, dia org marah pulak....hehehe

Salam ajijasin,
Pandai-pandai la dia orang nak hidup.......

Salam cekodokmasin,
Pengundi hantu ke pengundi setan ke bukan pernah kena tangkap pun. Sampai sekarang ianya hanya andaian belaka. Nasib baik Manek Urai PAS menang, kalau tak kes pengundi hantu masuk parlimen....hehehe