Saturday, July 25, 2009

Melayu Boleh Bersatu Jika.............





Saya rasa tertarik dengan pendapat bekas tokoh UMNO, Tan Sri Sanusi Junid yang berpendapat orang Melayu tidak akan bersatu atas dasar parti sama ada antara UMNO dengan PAS sebaliknya boleh berbuat demikian atas ancaman lain.

Apakah yang dimaksudkan dengan ancaman lain itu? Beliau mengambil contoh ancaman Inggeris mahu menubuhkan Malayan Union pada tahun 1946.Semua pihak termasuk Raja-Raja Melayu serta ulama bersatu untuk menjaga maruah dan bangsa Melayu. Pertubuhan-pertubuhan Melayu Negeri-negeri juga bergabung dibawah kepimpinan Dato' Onn dengan menubuhkan PEKEMBAR di Istana Besar, Johor Bahru pada 11 Mei 1946. Mungkin inilah perpaduan Melayu yang pertama selepas kejatuhan Melaka pada 1511. Perpaduan Melayu yang merentasi semangat kenegerian yang tebal dan dialek yang menyebabkan Malayan Union dibatalkan. Pada 1 Februari 1948 Malayan Union dibatalkan secara keseluruhannya dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Hebatnya perpaduan Melayu ketika itu.



Peristiwa 13 Mei 1969 juga menyaksikan perpaduan Melayu tercipta semula. Menurut bekas Setiausaha Agung UMNO itu, selepas tragedi 13 Mei, PAS sanggup bersama-sama UMNO kerana khuatir ancaman kaum lain untuk mengambil alih negara ini. Sedangkan sebelum itu kata beliau, PAS tidak mahu menyertai UMNO kerana menganggap parti itu seperti tong najis dan sesiapa yang sudah masuk ke dalamnya tidak akan bersih walaupun dicuci berkali-kali.

Kalau mengikut pendapat TS Sanusi itu, adakah selepas pilihanraya ke 12 lalu, Melayu masih tidak terancam? Kalau Malayan Union dan kekalahan besar Parti Perikatan tahun 1969 dikatakan ancaman, mengapa pilihanraya ke 12 yang menyaksikan 5 Negeri terlepas ke tangan pembangkang masih tidak dianggap ancaman kepada politik Melayu? Apakah orang Melayu mahu ancaman yang lebih besar atau setelah kehilangan segala-galanya baru hendak bersatu?

Perkembangan politik Melayu abad ke 21 menyaksikan bahawa orang Melayu sendiri ingin menjatuhkan kuasa politik Melayu. Orang Melayu tanpa segan silu boleh menggundi calon DAP bagi mengalahkan calon Melayu daripada parti lain. Sedangkan terang-terang parti itu bukan untuk membela Melayu dan Islam tetapi memperkudakan orang Melayu untuk melaba kuasa. Liberalisasi politik Melayu sudah sampai ke syiling dan nampaknya Melayu hari ini lebih rela bertuankan DAP daripada parti yang telah banyak menyumbang dan berjasa kepada orang Melayu. Contoh paling baik ialah di Perak sebelum Perak dirampas semula oleh BN.

TS Sanusi menyimpulkan bahawa “Melayu hari ini sudah boleh terima kekalahan…ini alamat Melayu akan hilang maruah dan hilang kekuatan,” . Pemerintahan 11 bulan MB Boneka menyaksikan Melayu Perak dalam keadaan tertekan apatah lagi Melayu Pulau Pinang yang hidup semakin terhimpit dibawah kerajaan DAP.

Orang Melayu hari ini bukan saja tidak mahu bersatu tetapi sudah tidak lagi berani mempertahankan kedaulatan raja-raja, Islam sebagai agama rasmi, hak istimewa orang Melayu dan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi. “Dulu perkara-perkara inilah yang menjadi wadah perjuangan menguatkan Melayu. Sekarang berapa ramai yang sanggup pertahankannya,” soal Sanusi. Beliau mengaitkan perubahan ini dengan sikap ‘kecairan rasa Melayu’ dikalangan orang Melayu di negara ini.

Hari ini kita bergantung kepada NGO-NGO Melayu untuk mempertahankan hak-hak orang Melayu. Mereka ini lebih bebas bersuara dan suara-suara mereka ini semakin lantang. Mereka sudah menjadi suara pendesak setelah politik Melayu kelihatan lemah. PERKASA antara NGO yang tegas dan bersuara lantang. PERKASA menyalurkan keresahan Melayu akar umbi setelah suara Melayu sudah tidak didengari di saluran politik.

Dalam perkembangan terbaru saya menyambut baik kenyataan Nik Aziz berkenaan perpaduan Melayu dan persaudaraan Islam.Bercakap pada wartawan selepas satu majlis di Kota Bharu Sabtu,Nik Aziz berkata, beliau sedia menghulurkan tangan untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan negeri di bawah PAS dengan kerajaan Pusat dalam usaha menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam. Ikut cakapnya sebelum ini kerajaan negeri tidak pernah pun menganggap kerajaan Pusat sebagai musuh, tetapi hanya sebagai lawan dalam mempertahankan perjuangan ideologi politik masing-masing.

Sehubungan itu, beliau menyambut baik usaha kerajaan Pusat yang akan mengadakan usahasama untuk menganjurkan Kelantan Fiesta 2009 di Kuala Lumpur tidak lama lagi. Katanya lagi, perselisihan pendapat yang timbul di kalangan pemimpin politik terutama antara UMNO dan PAS sewaktu kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai baru-baru ini perlu dilupakan dan kedua-dua pihak kembali semula kepada semangat persaudaraan sesama Islam.


Walaupun sedikit prasangka berdasarkan lidahnya yang bercabang, saya terpaksa mengalu-alukan kenyataan beliau ini. Kita tunggu apa perkembangannya selepas penganjuran Kelantan Fiesta 2009 di Kuala Lumpur dan pada 28 hingga 31 Oktober ini di Padang Perdana dan perkarangan Stadium Sultan Mohamad ke-IV di Kota Bharu. Atau mungkin selepas itu cakapnya berputar semula?

Terbaru.....tak sampai sehari.....

Dah kata…ini maksud sebenar kenyataan Datuk Nik Aziz Nik Mat pasal yang disangka nak hulur salam berbaik-baik dengan UMNO semula.Menteri Besar Kelantan itu petang Isnin keluar satu kenyataan khusus beri penjelasan mengenainya dimana beliau anggap UMNO over react keatas kenyataannya.Katanya beliau tidaklah bermaksud sampai nak rundingan perpaduan PAS-UMNO tapi Cuma untuk baiki hubungan kerajaan negeri dan kerajaan pusat.Kata Nik Aziz pendiriannya menentang rundingan perpaduan tidak berubah.Ini,katanya adalah soal lain.Menurut Nik Aziz beliau mahu kerajaan pusat penuhi tanggongjawabnya pada kerajaan negeri termasuk bayar royalty minyak.Katanya jika demikian beliau sanggup rapatkan hubungan kerajaan negeri dengan kerajaan pusat.-27/7/2009 -Agendadaily.



Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

18 comments:

Orang tua said...

Salam sejahtera Bro,

Tajuk yang menarik. Tapi boleh caya ke kenyataan MB kelantan tu. Ari ni cakap lain esok cakap lain. Nanti kena gertak sikit dgn Nuar dan LKS dah mula lah melatah. Kata Kerajaan Pusat yang nak berbaik dgn dia. Bukan dia yang nak sangat berbaik denagn K/Pusat. Sptmana cadangan Kerajaan Perpaduan tempohari.

Berkenaan dengan PERKASA ni, kawan merayu kepada semua MELAYU yang masih menganggap dirinya MELAYU juga para BUMIPUTRA yang masih ingat diri mereka ini BUMIPUTRA agar menyokong perjuangan PERKASA.

Kini hanya PERKASA saja yang BERANI BERSUARA DENGAN LANTANG MEMPERTAHANKAN HAK-HAK MELAYU/BUMIPUTRA.

Parti politik Melayu yang ada sekarang TERPAKSA menjaga hati Parti Komponen lainnya bila menyuarakan HAK-HAK BUMIPUTRA walaupun ianya memang terkandung dalam PERLEMBANGAN MALAYSIA. Baik pemerintah atau pembangkang.

Nak harapkan Pemuda UMNO... tak tau lah nak kata. Sedangkan mereka ni sepatutnya memainkan peranan sebagai pendesak dalam Kerajaan. Tapi kerana nak jaga periuk nasi sendiri, maka berdiamlah mereka ini. Kerana zaman ini MELAYU dah jadi KIA SU & KIA SI. Selesa dengan apa yang ada, tanpa memikirkan nasib generasi MELAYU
akan datang. Jangan sampai jadi MELAYU Singapura sudahlah.

Jadi kepada MELAYU & BUMIPUTERA di luar sana. 'BERSATULAH' jangan sampai dah tergadai AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR baru nak sedar.

buah kelapa turkey said...

Saya macam pening sedikit bila membaca kenyataan nik aziz tentang kerjasama dgn kerajaan pusat.kadang-kadang cakap dia ni berdolak dalik. kata ulamak,apa dia tak tau selama ni umno perjuangkan untuk apa ? dan pas pun berjuang untuk apa. ahli-ahli pas yang ada di kampung2 pun kadang-kadang tak mau campur dengan orangramai.konon dia lebih islam dari orang umno.tapi bila bercakap, semua apa yang dibuat oleh orang umno dan kerajaan ni semua salah.padahal , kepala dia pun tak betul.pakai ketayap dan baju pun warna hijau. konon islam,tapi perangai lebih baik dari apek yang pakai seluar pendek.
nanti kalau semua hak orang melayu dah hapus, kubur orang pas inilah yang akan dikencingkan oleh anak cucu mereka. pooodah..

Jeffry said...

SLM BRO...SUSAH SKET NAK MMPECAYAI CKP2 PAK AJIS NI SB DIA NI PAKAR PUTAR ALAM SHAH. TP KITA TENGOK DLU SEJAUH MANA DIA BKH PGANG KATA2 DIA KEHKEHKEH (RASA2 X LAMA BROOO..MINGGU DPAN DIA WAT PUSINGAN U-TURN!)

Geng Samudera said...

Sedih tgk seorang ulama yg kata-katanya dipermainkan hanya kerana diri tidak konsisten dan tegas dalam membuat keputusan.

Lagi sedih tgk,bila kaum kapir @ tapir memperkudakan dan mengkotak-katikkan kata-kata ulama kerana mereka menganggap pak ajis nih dah umpama wayang kulit jerk...

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Aku tak percaya lagi dengan N.Ajis sejak dia kata boleh berkawan dengan syaitan padahal dia pastinya selalu mengucapkan kalimah " AKU BERLINDUNG DENGAN TUHAN DARI SYAITAN YANG DIREJAM"...
Apa-apa pun: KAH-KAH-KAH-KAH-PTUIH...

Tungaklangit said...

salam untuk sdr

entahlah apa yang nak jadi dengan pemimpin pas ni... sejahat2 UMNO masih sayangkan agama dan bangsa tapi pas menolak bangsa dan rela bersengkokol dengan kafir bagi menegakkan Islam...

macam mana tegak Islam kalau bersama orang yang terang2 tidak mahukan Islam???

tapi perkara inin tidak disedari oleh pengikutnya kerana segala kata2 dari pemimpin mereka merupakan satu arahan yang wajib dipercayai dan dipatuhi....ini adalah ajaran yang diterap semasa kecil lagi dan pemimpin pas berjaya dalam soal itu...

yang peliknya bila kita bangkitkan isu kemungkaran pemimpin pas... pengikut pas akan pusing dengan membawa isu pemimpin UMNO pula... bila isu ini nak selesai???

tak tahulah Allah yang menetukan segalanya

salam

Arif Omar said...

bab tgna dan pas ini, rasanya kelabu asap juga le macam kerajaan perpaduan tu

amirhamzah64 said...

Salam Orang tua,
Kenapa orang susah nak percaya cakap Nik Aziz lagi? Hehehe.
Cantik la bro, tolong kempenkan PERKASA.

salam buah kelapa turkey
Betul tu pakcik, Orang PAS kat kampung2 dah mula sembahyang ikut jemaah masing2 walaupun kena menyeberang beberapa buah surau. Dia orang ni ikut2 je, kadang2 mengaji Quran pun tak tau. Serban macam bakul, menang kat pakaian je.

salam bro Jeffry,
Jangan kata u-turn silap2 lipat maut dia buat. Bagilah Pok Nik ni peluang lagi. Bila dia pusing cakap je, kita tibai sama dia.

salam Geng Samudera,
Nak buat macam mana. Saya pun bukan suka sangat nak tibai mamat ni. Orang alim dan warak. Tapi kalau dah macam belut, sama seperti ahli politik lain ,cakap berbelit-belit macam keling jawapnya kena taruk jugak la.

Salam cekodokmasin,
Marah benor sdr dengan mamat ni. Sebab kata-kata pun boleh marah macam tu ye. Dahsyat!. Tapi ye pun, dia yang menyuruh kita meluat kat dia. Cuba la cakap elok2, orang pun tak berapa nak menyampah kat dia. hehehe

Salam Tungaklangit,
Dia orang ni dah kemaruk kuasa bro. Jadi pembangkang je mana leh tahan. Sebelum mereka mati nak merasa jugak jadi menteri.

Salam bro Arifomar,
Kawan rasa UMNO kena kencing lagi. Kuyup le Muhyiddin......

Dal said...

Salam Alaykum;

Pada sayalah, jika seseorang itu memilih jalannya seorang ulamak, maka baginya hanya satu kuasa yang diprioritasnya ... kuasa Allah, hukum Allah, kehendak Allah.

Apabila ia memperjuangkan kuasa atau hukum atau kehendak lain seiringan dengan kuasa hukum kehendak Allah, (kuasa hukum kehendak parti umpamanya), dia sudah menduakan Tuhannya.

Maka adalah tergolong durhaka kepada Tuhannya dan berlaku syirik jika seseorang ulamak itu menggunakan agama Allah untuk kepentingan partinya .. kerana munkin sekali pada menjunjung partinya ia akan memdirikan alternatif kepada kepentingan agama dan Tuhannya.

Pada hakikatnya Melayu Islam itu satu. Tetapi ada ulamak, kerana parti, Melayu Islam itu tidak boleh disatukan. Islamnya menolak kebersatuan? Islam sendiri menolak perdirian sebegini.

Dalam hal ini kalau ada parti Melayu yang tidak memperalatkan atau bertopengkan Agama adalan lebih baik rasanya.

Wallahu a'lam.

amirhamzah64 said...

salam saudara Dal,
Saya amat bersetuju dengan pendapat saudara. Bagi mengelakkan ianya berlaku adalah lebih baik juga agar sesuatu parti politik itu tidak menggunakan perkataan Islam di dalam nama partinya. Jika ia mengambarkan natijah yang baik maka ia memberi nama baik kepada Islam itu. Namun begitu sebagai sebuah parti politik, kewajaran untuk bertindak secara sempurna itu agak tipis. Lazimnya kebobrokan ahli politik tidak dapat dilindungi lagi daripada perkara2 buruk. Jadi sekali gus mencacatkan kesucian Islam. Adalah molek, Parti-parti politik itu tidak memperalatkan agama sabagai satu medium mendapat pengaruh dan menarik sokongan kerana agama itu diperalat dan prinsip perjuangan dilihat palsu.

zedmagel said...

Salam Sahabatku Bro Amir,

Nak tengok Melayu terancam macamana lagi?. Ni dah sangat meruncing dan terancam pun. Apalagi yang kita nak tunggu. Nak tunggu semua orang Melayu dah diserang selsema babi baru nak bersatu.

Bersatu lah sekarng ni. Jangan tungu-tunggu lagi. Baik PAS atau UMNO asalkan Melayu dan Islam bersatulah sekarang dan selamanya.

amirhamzah64 said...

salam bro zedmagel,
sokong! Tapi bila? Bagaimana? Bukankah kepentingan diri masih mengatasi segala-galanya? Kalau bukan kerana itu dah lama Melayu bersatu.....tapi hanya retorik belaka

Maya Khairy said...

Abang Amir Hamzah,

Sebak dada Maya bila melihat Tun dijemput naik ke pentas. Di masa dan ketika itu Maya cukup berharap UMNO akan pulih seperti sebelumnya.

Tapi bila Maya nampak lebih banyak kerosakan akan oleh dilakukan oleh si Khairy, terus Maya tidak berdiam diri dan cuba curahkan isi hati di blog Maya Khairy.

http://mayakhairy.blogspot.com/

amirhamzah64 said...

salam maya,

mana yang baik untuk bangsa, agama dan negara abang sokong...hehehe

Arif Omar said...

mereka ini ahli politik pelacur. apa mereka tidak mengambil kira nasib bangsa melayu dan raja-raja . asal politik mereka untung ok sahaja. bab TGNA tu, biasalah. Kalah micheal rokkienan bab konar baring dia tu. mulut ular.

amirhamzah64 said...

salam bro,

Jumpa di Masjid Negara 1hb Ogos....pakai baju putih.

Pok Nik ni politiking tinggi tetapi malangnya tak leh nak klentong lg. Dah boleh baca dah....hehehe

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Kan aku dah kata. Sekejap jer si N.Ajis ni baik. Kalau tak memaki-hamun, menggelar orang sesuka hati, menghalalkan walaupun ragu dan shahih haram, itu bukan ulaRmak PAS. Bukan boleh percaya sangat. Boleh U-Turn 180 darjah. Ingat masa AnuWar aje yang pakar U-Turn. Ropa-ropanya dia pun dah jadi pakar....
Apa-apa pun: KAH-KAH-KAH-KAH-KAH-PTIUH....

amirhamzah64 said...

salam cekodokmasin,

ramalan mu benar belaka.....