Tuesday, February 17, 2009

' Tiga Abdul ' Calon Ketua Pemuda UMNO.




Program Hujah yang dikendalikan oleh Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Madya Mohammad Agus Yusof, yang disiarkan di TV9 malam tadi mengingatkan saya kepada cerita P.Ramlee ,Tiga Abdul.

Tiga Abdul mengisahkan pergolakan keluarga Ismet Ulam Raja, seorang hartawan di Isketambola. Dia mempunyai tiga orang anak lelaki, Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub. Apabila bapa mereka meninggal dunia, Abdul Wahab dan Abdul Wahib mula bersikap tamak dengan membolot semua harta peninggalannya. Manakala, Abdul Wahub yang benci dengan sikap tamak abangnya, memutuskan persaudaraan dengan mereka. Ramai orang tahu kisah dalam cerita ini.

Filem terakhir arahan dan lakonan P. Ramlee yang diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd. sebelum beliau berpindah ke Merdeka Studio di Kuala Lumpur seolah-olah menyamai bilangan calon dalam pemilihan KP UMNO kali ini di mana ada tiga calon yang menawarkan diri iaitu Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin juga Naib Ketua Pemuda UMNO sekarang,Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir dan Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo.

Secara jujur saya tidak dapat membuat keputusan lagi jika saya seorang perwakilan Pemuda UMNO pada Mac nanti. Ketiga-tiga calon dalam Hujah malam tadi semuanya layak menjadi ketua. Kelayakan sudah ada, mungkin mereka bertiga berbeza dari segi idea dan wawasan, perwatakan, keberanian, kepetahan berpidato, atau menyampaikan maksud hujahnya kepada penonton.

Satu slot yang saya kurang berminat ialah apabila Khairi sering mencebek dan membuat memek muka seolah-olah memandang rendah idea dan pendapat orang lain khususnya apabila Datuk Mukhriz sedang berhujah.

Kalau adapun saya ingin memilih calon yang mempunyai perwatakan yang hampir sama dengan Abdul Wahub. Walaupun dia pernah memutuskan hubungan dengan kedua-dua abangnya tetapi akhirnya beliau menebus semula maruah keluarganya dengan menghimpunkan semula kedua-dua abangnya termasuklah bapa mertuanya.

Pendek kata, kalau kita melihat watak Abd.Wahub kita mahukan seorang yang sabar, bijaksana, cerdik dan berani membawa pembaharuan. Siapakah tiga calon pemuda UMNO yang berhujah malam tadi hampir-hampir sama atau lebih baik daripada Abd.Wahub?


Amir Hamzah,
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

6 comments:

AloQStaQ said...

Tuan Amir Hamzah ....

Sudah pastinya orang yang Tuan cari tersebut yang boleh memenuhi citarasa Tuan adalah DATO' MUKHRIZ BIN TUN DR.MAHATHIR. Konsistensi beliau dalam memperbaiki imej UMNO adalah jelas. Dan yang paling penting adalah AMAT JELAS-SEJELAS-JELASNYA beliau bersih dari RASUAH POLITIK.

Hidup BERANI BERUBAH!
Hidup UMNO!

AloQStaQ
http://www.KMU.net.my

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam AloQStaQ,

Bab Dato'Mukhriz bersih dari rasuah politik adalah point besar dalam isu keliru hendak memilih Abdul Wahub.

Terima kasih. Teruskan kempen sdra kepada Mukhriz dan akhirnya kita serahkan kepada perwakilan pemuda untuk memilih.

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Kalau kita hendak memilih tokoh yang mampu berdiri sendiri, maka Khairi dan Mukriz bukanlah calon yang paling sesuai. Masing-masing bersandarkan kepada ketokohan bapa dan mertua. Tapi Khir Toyo bukan juga yang paling ideal kerana kelemahan dalam menangani pembangkang di Selangor hingga kehilangan kerusi empuk MB.

amieiezam said...

tuan blog,
salam ziarah

tuan aloq staq,
saya juga namakan mukhriz sebagai abdul wahub!

tuan cekodok,
kalaulah pemilihan pemimpin disempitkan dengan faktor keluarga, maka susahlah bagi kita memilih pemimpin... tak salah kalau mereka dibesarkan dalam lingkung keluarga yang baik2....Nabi Muhammad SAW sendiri dilahirkan daripada keluarga Bani Hasyim(keluarga tokoh pemerintah/penjaga ka'abah), sangat berpengaruh dalam kaum Quraish.

insyallah, mohon allah beri petunjuk pada perwakilan memilih yang terbaik....apakata perwakilan lakukan solat sunat hajat mohon dikurniakan petunjuk...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam cekodokmasin,

Berdasarkan komen saudara mungkin agak sukar untuk perwakilan membuat pilihan. Suka atau tidak perwakilan wajib memilih satu daripada tiga.

Terima kasih

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam amieieda,

Benar, Tunku Abd. Rahman datang daripada Keluarga Diraja Kedah, Tun Razak bapanya adalah golongan bangsawan Pahang, Tun Hussein adalah anak kepada Pengasas UMNO dan rapat dengan istana.

Kalau sukar untuk membuat pilihan buatlah sembahyang istigharah supaya mendapat petunjuk khusus untuk perwakilan yang masih kabur dan berbalam-balam.

Terima kasih atas komen dan cadangan.