Thursday, February 5, 2009

Raja Demontrasi Menghina Sultan Melayu!




Berikut adalah email yang saya terima daripada BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT.

Perhimpunan Selamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak Hari ini Khamis, 5 Februari, 2009

Perhimpunan 100 ribu rakyat akan diadakan hari ini (5 Feb) pada jam 7 malam di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak, bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semua Menteri Besar Negeri Pakatan Rakyat, bagi menyatakan sokongan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak dan menuntut agar hak rakyat dikembalikan.

Berikut adalah mesej khas dari Datuk Seri Anwar Ibrahim buat semua penyokong Pakatan Rakyat:

"Pertahankan Kuasa Rakyat - Saya bersama Menteri Besar dan Pakatan Rakyat esok Khamis 7:30 malam di Ipoh. Saya yakin, Insyallah rakyat yang menentukan."

Semua penyokong Pakatan Rakyat dan aktivis diminta hadir untuk memberi sokongan.

Ulasan amirhamzah64 :

Ulasan DS Anwar tentang tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak ialah beliau merasakan peralihan kerajaan PR kepada kerajaan baru BN adalah tidak menepati amalan demokrasi. Beliau merasakan bukan kuasa mutlak Sultan Perak tetapi proses peralihan kuasa ini mestilah diserahkan ke 'Mahkamah Rakyat'

1. Sultan Perak adalah bekas Ketua Hakim Negara dan Bekas DYMM Yang Dipertuan Agong ke 10. Baginda sangat arif dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.

2. Baginda juga tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan.

3. Saya bukan menyokong tindakan BN tetapi saya mempertahan tindakan baginda Sultan sebagai pelindung rakyat dan kuasa-kuasa pemutus yang ada pada baginda. Sebagai Sultan yang cerdik, Tuanku mengambil kira kestabilan politik, keselamatan rakyat serta keamanan yang menjadi hak rakyat Perak di mana selama 11 bulan dibawah kerajaan campuran Pakatan Rakyat keadaan di Perak penuh dengan kontroversi.

4. Dalam keadaan tertentu 'mahkamah rakyat' mesti diseimbangkan dengan kuasa yang ada kepada baginda Sultan. Bukan semua keputusan rakyat adalah betul. Revolusi rakyat dan demontrasi rakyat adalah hasil daripada provokasi pemimpin-pemimpin yang berkepentingan tanpa dapat berfikir dengan waras seperti mana Baginda Sultan Perak berfikir.

5. Tuanku Sultan adalah simbol perdamaian dan payung kepada rakyat Perak sementara Anwar Ibrahim sering dikaitkan dengan propaganda Amerika, Demokrasi Liberalisasi, Keadilan dan hak samarata yang lebih bersifat sosialisme, Demontrasi dan Reformasi jalanan. Adakah Rakyat Perak berhasrat menderhaka kepada baginda Sultan hanya kerana hendak mempertahankan seorang anak Pulau Pinang yang negerinya tidak mempunyai sultan?

6. Bukan bermaksud kita menyokong membabi buta tindakan Sultan Perak tetapi demi keselamatan negeri dan negara serta mempertahankan Institusi Raja Berperlembagaan maka sewajarnya kita menerima hakikat yang ada pada hari ini sebagai satu ketentuan dan perancangan Allah jua.

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

2 comments:

afrohead said...

akan ku pertahankan Sultanku hingga ke titisan darah terakhir.

DAULAT TUANKU!

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Terima kasih anas afrohead,

Kalau tidak kerana Parameswara memeluk Islam di Zaman Kesultanan Melaka, Melayu hari ini beragama Hindu.

Dahulu, Raja adalah bayangan tuhan. Apa yang dibuat raja akan dituruti rakyat jelata. Termasuklah memeluk agama Islam.

Hari ini, Sultan Azlan Shah adalah satu-satunya Sultan yang mempunyai susur galurnya daripada Kesultanan Melayu Melaka. Hari ini keturunan Parameswara yang mengislamkan Melayu Melaka dan kita semua sedang diinjak-injak oleh pemikiran Yahudi yang sudah menyusup masuk ke dalam otak dan benak sebahagian orang Melayu yang lupa daratan dan tidak sedar diuntung.

Daulat Tuanku!

Sekian terima kasih
wassalam.