Monday, February 16, 2009
PKR : Mengata Orang Dia Yang Lebih!
Bermula dengan kes Mohd Osman Mohd Jailu ADUN Changkat Jering dituduh bersubahat dengan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi. Mereka berdua dikatakan menerima rasuah bagi mendapatkan satu projek iaitu cadangan membangunkan tanah seluas 36.42 hektar bernilai RM180 juta di kawasan pusat bandar Seri Iskandar secara usahasama dengan Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT).
Kedua-dua ADUN tersebut telah keluar daripada PKR dan menyokong BN sehingga BN dapat merampas semula Kerajaan Negeri daripada Pakatan Rakyat. Kes beliau berdua masih dalam perbicaraan mahkamah.
Kes berikutnya Perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau,Kedah V. Arumugam. Pemimpin-pemimpin PAS Kedah menyifatkan langkah Arumugam meletakkan jawatan ADUN dan Exco Kedah adalah usaha beliau untuk menyelamatkan kerajaan barisan pembangkang di Kedah daripada terus digugat oleh BN.
Lojik akal bunyinya memang pelik.Ini kerana disebalik dakwaan pembangkang adanya ugutan itu semua orang tahu kisah ada orang dari kawasannya sendiri yang menghantar memorandum kepada Sultan Kedah mendakwa Arumugam terlibat dalam satu skandal. Difahamkan ia ada kaitan dengan wanita.
Ramai juga yang hairan bila mendengar Menteri Besar Kedah Datuk Azizan Razak semasa dalam sidang akhbar di Alor Star berkata orang India sendiri yang tak mahu lagi Arumugam makanya beliau tak boleh buat apa-apa.
Sudah menjadi rahsia umum di Selangor bahawa seorang ADUN dari PKR telah ditangkap basah oleh isterinya sendiri beberapa minggu lalu. Peristiwa berlaku di sebuah hotel ternama di Pelabuhan Klang.
Menurut sumber, ADUN ini memang dah lama buat kerja. Kali ini perangkap isterinya mengena. Namun untuk menutup malu, isterinya telah tidak melapurkan perkara ini kepada pihak berwajib JAIS atau Polis. Menurut sumber lagi, maklumat ini disampaikan oleh pekerja hotel tersebut. Riuh rendah hotel pada malam peristiwa terjadi.(Dipetik daripada Analisis Ringan Politik dan Isu Semasa Malaysia)
Terbaru kini tersebar luas gambar bogel Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR kawasan Bukit Lanjan Elizabeth Wong. Walaupun pada awalnya, timbul tanda tanya mengenai kesahihan gambar tersebut, namun Eleizabeth hari Isnin lalu tampil mengaku gambar bogel yang tersebar itu adalah gambarnya. Beliau yang pernah menjadi jadi pembantu khas kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telahpun membuat laporan polis ekoran penyebaran gambar berkenaan.
Antara banyak-banyak kes paling hangat dan dinanti-nantikan ialah kes pada 28 Jun lalu, apabila Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis mendakwa DS Anwar yang juga bekas majikannya meliwatnya beberapa kali, termasuk kali terakhir di sebuah kondominium di Damansara dua hari sebelum laporan polis itu dibuat.
Satu ketika dulu, PKR menyerang UMNO dengan isu-isu skandal wanita, salahlaku moral, rasuah dan sebagainya sehingga BN dan UMNO hampir-hampir kehilangan kerajaan. Mereka berkempen bagai nak rak ingin menjadikan pentadbiran Malaysia sebagai sebuah kerajaan yang bersih, cekap dan amanah.
Sekarang ini apa sudah jadi? Baru menang 31 daripada 82 kerusi Pakatan Rakyat sudah hiruk pikuk dengan cerita-cerita gempar yang jarang-jarang parti politik lakukan dalam tempoh masa yang singkat. Baru 11 bulan menjadi pembangkang sudah macam-macam cerita yang berlaku.
Orang tua-tua selalu berkata, jangan lebih-lebih mengata orang nanti jadi paku dulang paku serpih, mengata orang diri sendiri yang lebih.
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Salam Amir Hamzah,
Tepat sekali, cakap orang dia yang lebih. Dari Penasihat sampai ke Adun. Cerita Sama. Bila dikritik, kata BN punya angkara. Alasan mudah kerana skrip sama.
Salam Kumbang,
PKR berjaya membuatkan kecelaruan fikiran kepada Orang Melayu. Ramai Melayu yang terpesona. Melayu akan sedar apabila mereka telah hilang segala-galanya.
Terima kasih
semoga orang melayu kita bukak mata .
namun saya yakin ketaksuban mereka kepada DSAI akan terus membutakan mereka..
salam anas afrohead,
Pemikiran Melayu banyak yang telah dikelirukan oleh pemidato Anwar yang hebat. Ucapan-ucapannya yang berapi membuatkan ramai orang yang terpegun. Masalahnya di dalam UMNO tidak ada pemimpin yang sehebat Anwar berpidato.
Salam tuan,
Politikus seperti Nik Aziz, Anwar, Salahudin, Khalid Ibrahim, Haji Hadi akan mengambil apa yang dianggap "untung".
Samalah macam penyokongnya yang akan menunggu habuan "masyuk". Menwar2kan bahawa 31 MP akan lompat ke PKR dihalalkan tetapi ADUN PR (Pakatan Ranjang?) melompat ke BN diharamkan.
MCA yang sentiasa berada di bawah kuasa UMNO diharamkan tetapi dikudakan oleh kafir seNgeh, ngaNga dan peNgor dihalalkan.
Rosak moral seperti Chua Soi Lek dikecam hebat tetapi Darling Elizabeth dimaafkan.
Menfatwakan bahawa sumpah Muhabalah Saiful tak ikut syarak tetapi tidak pernah mahu menunjukkan bagaimana sumpah yang mengikut syarak.
Berkawan dengan syaitan dibolehkan semata2 mahu menghancurkan saudara seagama dan sebangsa.
Anwar yang pernah dicaci dan dikeji oleh Mat Sabu sebagai Al-J****i, kini disanjung kerana keuntungan politik dan tembolok masing-masing.
Tak pernah sekalipun dalam ceramah PAS, tiada caci mencaci dan hukum menghukum akan lawan politiknya.
salam cekodok masin,
Kehidupan manusia ini umpama roda. Ada kalanya di atas, ada kalanya di bawah.
Saudara mungkin dapat melihat permainan politik ini tetapi masih ramai yang tidak dapat memisahkan dirinya antara ketaksuban dan kebenaran sebenar.
terima kasih
Salam Rantong,
Semua doa kita ke arah kebaikan akan dimakbulkan Allah.
Post a Comment