Monday, February 2, 2009

Lebuhraya -Penghubung Kasih Tun M Dan Rakyat




Lebuhraya Utara-Selatan ialah projek lebuh raya kebangsaan pertama yang menghubungkan Utara dan Selatan Semenanjung Malaysia merentasi sembilan buah negeri menghubungkan bandar-bandar utama di bahagian barat Semenanjung Malaysia menjadikan ia lebuh raya terpanjang di Malaysia dengan panjang keseluruhan 847.7 kilometer, menghubungkan antara Bukit Kayu Hitam hingga ke Johor Bahru.

Diwaktu saya kecil, memang tidak pernah terfikir projek ini akan menjadi realiti. Kemajuan teknologi dan komitment tinggi kepimpinan Tun Dr Mahathir telah menjadikan sesuatu khayalan menjadi nyata.Projek yang bernilai RM6 billion ini benar-benar sampai kepada rakyat. Hari ini, Lebuhraya Utara-Selatan sudah semakin kecil walaupun sudah dibina tiga lorong sehala bagi sesetengah lokasi.Keperluan memuncak adalah sewaktu musim-musim perayaan atau cuti-cuti hujung minggu dan cuti sekolah.

Tidak ada sesiapa yang boleh menafikan kepentingan lebuhraya ini. Bayangkan jika negara ini masih tidak ada lebuhraya dengan bilangan kenderaan yang ada pada hari ini ? Mampukah kita sampai 3 jam dengan kelajuan 110km sejam daripada Batu Pahat ke Kuala Lumpur?

Idea kepada pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan adalah untuk memberi kemudahan rangkaian lebuh raya yang baik bagi menghubungkan bandar-bandar utama di barat Semenanjung Malaysia dan menjadikan Malaysia sebuah pusat pelaburan dan pelancongan utama di rantau Asia Tenggara.

Dalam hasil kajian yang dijalankan pada tahun 1970an mendapati keseluruhan objektif tersebut boleh dicapai dengan adanya rangkaian lebuh raya yang lebih cepat dan selamat. Pada tahun 1977, Jabatan Kerja Raya telah menerima arahan rasmi untuk melukis pelan lebuh raya dari sempadan Malaysia-Thai (Bukit Kayu Hitam) ke Tambak Johor. Pada tahun 1980, Lembaga Lebuhraya Malaysia telah ditubuhkan untuk memantau proses kerja bagi lebuh raya kebangsaan pertama.

Pada masa itu, semua kerja pembinaan antara 1981 hingga 1988 diuruskan sepenuhnya oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia sebelum diserahkan kepada Plus Expressway Berhad pada tahun 1988. Pembangunan rangkaian lebuh raya pertama kebangsaan itu dijalankan secara berperingkat bermula dari tahun 1981 hingga 1995. Lembaga Lebuhraya Malaysia ditubuhkan pada tahun 1980 bagi memantau kerja pembangunan peringkat awal sebelum tugasan tersebut diserahkan sepenuhnya kepada PLUS Expressway Bhd mulai tahun 1988. Lebuhraya Utara-Selatan beroperasi secara berperingkat-peringkat:

Lebuh raya Kuala Lumpur - Seremban - Peringkat pertama
Lebuh raya Ipoh - Changkat Jering - sepanjang 60 km menelan belanja RM165juta. Panjang keseluruhan di Perak sahaja 220 km.
Jambatan menyeberangi Sungai Perak sepanjang 366 meter.
Sebuah terowong sepanjang 622 meter menerusi Banjaran Keledang dan terowong ini dinamakan sebagai Terowong Menora.
Lebuh raya Ipoh - Bidor - sepanjang 48 km menelan belanja RM135 juta.

Peringkat pertama lebuh raya dibuka kepada pengguna pada Februari 1994. Keseluruhan projek itu siap 15 bulan lebih awal daripada perancangan awal dan ia dirasmikan oleh bekas perdana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad pada 8 September 1994.

Hari ini negeri-negeri yang dikuasai pembangkang seperti Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah mempunyai lebuhraya yang lebih panjang berbanding negeri-negeri yang dikuasai BN seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Perlis. Inilah yang dikatakan rumah siap mereka datang hanya membuat tangga.

Saya tidak melihat dari segi ekonomi semata-mata tetapi ianya melangkaui batas-batas hubungan kemanusiaan seperti hubungan kekeluargaan dan kasih sayang. Menghubungkan saudara mara yang jauh di Utara, Tengah dan Selatan. Idea penubuhannya telah dimulakan di zaman Tun Razak, diteruskan oleh Tun Hussein dan dijadikan kenyataan di zaman Tun Mahathir.

Kasih sayang antara pemimpin dan rakyat. Pengorbanan rakyat setiap kali pilihanraya dibalas dengan manisan dan madu.Lebuhraya ini digunakan oleh semua orang, dari Sultan hingga ke rakyat, yang kaya dan yang miskin, penyokong kerajaan maupun pembangkang semuanya menggunakan lebuhraya.

Hasrat Tun Mahathir untuk menyambung lebuhraya ini hingga ke Singapura telah disekat oleh Pak lah. Jambatan Bengkok yang hampir-hampir menjadi realiti punah di tengah jalan. Kasih sayang Tun Razak, Tun Hussein dan Tun Mahathir tidak disahut oleh Pak Lah. Sepatutnya Jambatan Bengkok yang mengantikan Tambak Johor adalah noktah kepada sistem lebuhraya yang tercanggih di Asia Tenggara kalau pun tidak di dunia.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blodspot.com

5 comments:

adriadra said...

Lebuhraya adalah penghubung pemimpin dengan rakyat dan kasih dibayar dengan nilaian tol.

Hebatnya lebuhraya di tanah air ini ianya menganjur dari utara ke selatan dan dari barat ke timur semenanjung (kecuali ke Terengganu sehingga dikembalikan kepada BN dan mustahil ke Kelantan selagi parti bulan memerintah).

Tatkala musim perayaan tiba kasih sayang nyata terserlah melalui pesta di lebuhraya. Penganjuran pesta ini berlaku di semua lebuhraya. Bahagia kerana pesta lampu merah berada di merata-rata. Bagi sesetangah pemilik kenderaan agak berusia, terhenti pula di tepinya sambil berbabeku hangit getah dan besi. Namun harga penghubung kasih ini tidak pula dikurang kira. Sesak, rosak, dan selesa ditolak tepi asalkan sampai ke kaunter wang tol diberi. Nilai kasih tiada ganti asal tol jangan lupa diberi.

Kita pernah satu ketika mengembara dari Haadyai ke Phuket berkenderaan sendiri. Lebuhraya dilalui berjam-jam tanpa henti. Sudahlah lebar, panjang tanpa tol pula lagi. Apakah Tun terlupa menambil iktibar di negara jiran ini. Bagaimana bisa membuat lebuhraya hebat tanpa tol ini? Jawapannya adalah kerajaan berhemah tinggi.

Tol dibayar kepada Plus Expressway Bhd. tanpa sangsi tanpa mungkir janji. Semakan kadar dibuat tanpa henti, setiap tahun jangan rugi. Jika tidak dinaikkan kerajaan terdenda nanti, takut-takut dianggap mungkir janji. Poket kroni penuh diisi dan kasih kita terbayar kini.

Apalah makna mengutip tol kalau keselesaan tidak terbela. Sekadar menyediakan tandas cantik sudah cukupkah namanya.

Perjanjian konsesi berat sebelah. Untung untuk pemilik tapi kerajaan dan rakyat terpaksa menyerah. Apakah kiraan diambilkira, sehingga konsesi tak tamat-tamat juga. Wal hal kenderaan bertali arus menghubung kasih membawa bahagia.

Tanggungjawab kerajaan membuat lebuhraya. Cara senang swastakan sahaja. Tak pe demi kasih dan keselesaan, rakyat bayar sahaja. Untung kroni untung negara. Jangan sesekali bina lebuhraya percuma sebab kerajaan tiada duit nak selenggara.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Azmi,

Tidak ada yang percuma sekarang ini. Cuma kita meminta kerajaan mengkaji semula konsesi.Kalau nak free susah juga kerajaan nak kendali.

Tambahan sekarang kekuatan pembangkang tidak terperi. Suara rakyat suara wali.

Hanya rakyat perlu bersatu hati. Tuntutlah saban tahun kepada kerajaan agar nanti tuntutan rakyat dituruti.

Periuk nasi pemegang konsesi pun nak jugak dikaji. Agar sama-sama tidak rugi. Jangan kita buat andaian sendiri. Fakta dan maklumat kenalah cari.

Maklumat dah cukup hantar kat menteri. Kalau munasabah dan masuk akal menteri kan bagi...................

Terima kasih

adriadra said...

Salam saudara,

Mudah berbahasa dan bertukar pendapat dengan saudara.

Saudara, saya sedar bahawa tiada yang percuma di muka bumi ini. Segalanya perlu dibayar cuma satu yang mungkin boleh dikira percuma, tandas di lebuhraya.

Sebagai orang Islam udara yang kita hirup nak kemikmatan yang Allah kurniakan perlu dibayar dengan ketaatan kepadaNya.

Bukannya percuma yang dipinta cuma beberapa perkara yang Pak Menteri harus perhatikan. saya sebagai rakyat bawahan bertaraf kerani ini pohon untuk kesenangan rakyat dan kerajaan sendiri, kajilah semula perjanjian konsesi ini.

Pada hemat saya perjanjian konsesi ini berat sebelah. Jika kerajaan enggan menaikkan kadar tol selepas satu tempoh tertentu, kerajaan perlu pula membayar denda atau subsidi kepada pemilik konsesi. Jika tidak maka tempoh komsesi pula ditambah. Inilah antara yang pernah terjadi contohnya di Tol Jalan Kuching KL satu masa dahulu.

Alhamdulillah, kini cuma tinggal hanya beberapa sahaja tol bandar yang masih kekal. Tol Setapak, Cheras dan Jln Kuching ditamatkan beberapa tahun dahulu. Tetapi bagi saya penutupan tol ini bukan kerana konsesi telah tamat (seperti tol Setapak ditamatkan awal) tetapi kerana tiada makna mengutip tol kerana jalan yang dibina langsung tidak menjimatkan masa sesiapa. Ribuan kenderaan yang melaluinya pada waktu puncak. Tol tersebut sendiri turut menyumbang kesesakan.

Untuk dapat satu kemudahan, tidak susah membayarnya. Tetapi bayaran yang dibuat harus setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan.

adriadra said...

IsyaAllah segala perkara, informasi dan fakta yang diberikan berdasarkan pengalaman, sedikit pembacaan dan kajian bukan terperinci. Pun begitu usaha memberikan cerita berfakta tidak pernah tidak diusahakan.

Pembetulan perenggan ketiga ...
Sebagai orang Islam udara yang kita hirup dan kenikmatan yang Allah kurniakan perlu dibayar dengan ketaatan kepadaNya.

Terima kasih

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam saudara Azmi,

Walaupun kerani tetapi penulisan bertaraf menteri. Bukan pekerjaan yang melambangkan kerasionalan kita berikir tetapi dilihat dari segi pengetahuan dan pengalaman.

Teringat saya terowong smart yang dibina. Walaupun menelan berbillion ringgit tetapi setiap kali saya melaluinya ianya hambar dan sepi. Jalan Tun Abd.Razak adalah antara jalan yang paling sibuk tetapi jarang orang menggunakan terowong yang saya maksudkan. Walaupun tolnya hanya RM2 sehala. Mungkin bagi saya yang sesekali ke KL agak tidak membebankan......

Insyallah, sekarang Menteri Kerjaya bukan lagi Tok Samy, mungkin anak petani seperti Datuk Ir Mohamad Zin lebih faham masalah kita rakyat biasa.

Tunggulah....tarif letrik pun dah dikaji, minggu depan dapatlah kita tarif baru.

terima kasih