Monday, February 9, 2009
Bagaimana Dato' Onn Menjadi Pembangkang - Bhg 2
Parti Kemerdekaan Negara / Independence Of Malaya Parti (IMP) gagal dalam percubaan pertamanya dan dalam menguji populariti Dato' Onn sebagai bekas Presiden UMNO semasa Pilihanraya Majlis Bandaran Kuala Lumpur yang diadakan pada tahun 1952. Pada masa itu rakyat menerima gabungan tiga parti mewakili tiga kaum terbesar iaitu UMNO, MCA dan MIC dalam satu Parti Perikatan. Idea Dato'Onn mengenai 'multiracial parti' ditolak kerana semangat perkauman yang tinggi ketika itu.
Pada tahun 1954, 'multiracial parti' tidak mendapat tempat dihati rakyat maka IMP dibubarkan dan diganti dengan Parti Negara.
Pilihanraya Persekutuan pertama telah diadakan pada 27 Julai 1955. Parti Negara turut bertanding. Namun begitu, Parti Negara gagal memperolehi sebarang kerusi. Dato'Onn sendiri gagal di kawasan Johor Bahru dengan 2802 undi di tangan Calon Perikatan Suleiman Dato'Abdul Rahman yang mendapat 8745 undi
Di Kawasan Batu Pahat sendiri yang begitu rapat hubungannya dengan Dato'Onn juga tewas apabila calon Parti Negara juga mengalami kekalahan teruk. Calonnya Dato'Haji Syed Abdul Kadir bin Mohamed mendapat hanya 2717 undi manakala calon Perikatan S.Chelvasingam Maclntyre mendapat 18968 undi.
Kekalahan Parti Negara dan Dato'Onn ini adalah disebabkan pengundi lebih cenderung memilih 'parti' yang bertanding daripada melihat ketokohan 'calon'. Disamping itu pengundi sudah mula berfokus kepada tuntutan menuntut kemerdekaan yang sedang dipelopori oleh Perikatan dan Tunku Abdul Rahman.Parti Negara hanya bergantung kepada ketokohan Dato'Onn seorang sedangkan UMNO terlalu banyak pemimpin yang berkelibar dan pelapis pemimpin muda.
Selepas merdeka 1957, Pilihanraya 1959 adalah pilihanraya pertama selepas merdeka untuk menguji kekuatan gabungan Perikatan. Pada ketika ini, Perikatan berada dalam keadaan yang lemah dan PAS mula muncul di negeri-negeri Pantai Timur terutamanya yang membawa isu agama. Kesempatan ini telah diambil oleh Dato'Onn untuk bertanding atas tiket Parti Negara di Kawasan Kuala Terengganu Selatan.
Beliau mendapat 7986 undi mengalahkan calon Perikatan Engku Muhsein Abdul Kadir yang mendapat 5374 undi. Beliau seorang sahaja daripada Parti Negara yang menang dan ini menunjukkan pengaruh Parti Negara semakin merosot. Pada masa yang sama ramai ahli-ahli politik pembangkang lain yang menang antaranya, Burhanuddin Mohd.Noor (Besut), Harun Pilus (Terengganu Tengah),Khadijah Sidik (Dungun),Ahmad Boestamam (Setapak), Zulkiflee Mohamad (Bachok),Nohamad Asri (Pasir Putih) dan Othman Abdullah (Tanah Merah) kecuali Ishak Hj Mohamad yang tewas di Temerloh.
Kemerosotan pengaruh Parti Negara juga telah menyebabkan kemerosotan kesihatan Dato'Onn yang semakin letih dan penat bergelumang dengan perjuangannya yang penuh onak dan duri.
Apa yang boleh dipelajari daripada penglibatan Dato'Onn sebagai pembangkang di parlimen ialah:
1. Walaupun Dato' Onn telah keluar daripada UMNO tetapi perjuangannya tetap membela orang Melayu, mempertahankan Ketuanan Melayu, Pendidikan dan Ekonomi Melayu, Bahasa Melayu dan Memelihara Institusi Raja-raja Melayu. Perjuangan Dato'Onn tetap tidak berubah walaupun dia berubah parti. Ini menunjukkan Dato' Onn adalah pemimpin berprinsip.
2. Dato'Onn tidak akan melompat parti lain tetapi beliau adalah pengasas kepada parti UMNO, IMP dan juga Parti Negara. Walaupun beliau menang kerusi di Kawasan Kuala Terengganu Selatan tetapi beliau tidak melompat ke parti PAS walaupun ketika pilihanraya 1959 PAS memenangi banyak kerusi sedangkan Perikatan ketika itu dalam keadaan lemah.
3. Perjuangannya yang lebih bersifat kebangsaan tidak mungkin diterima oleh perjuangan PAS yang Islamik. Perjuangan yang berbeza dari segi dasar tidak akan menggadaikan prinsipnya untuk menipu dirinya sendiri dan penyokong-penyokongnya.
4. Walaupun pernah menjadi pegawai tinggi kerajaan Johor, Pegawai Daerah Batu Pahat, Menteri Besar Johor, Presiden UMNO Pertama, Ahli Parlimen Pembangkang, kehidupannya adalah sederhana dan tidak meninggalkan harta yang banyak ketika akhir hayatnya. Prof.Ramlah Adam menulis dalam bukunya "Dato'Onn' hanya meninggalkan wang tunai $30.00 di dalam kocek seluarnya dan $300.00 dalam akaun banknya.
Walaupun Dato'Onn meninggal dunia di luar parti yang ditubuhkannya sendiri tetapi UMNO tetap meletakkan Dato'Onn sebagai pejuang dan negarawan ulung walaupun satu ketika Dato' Onn pernah menjadi penentang kepada UMNO sendiri. Penglibatan Dato'Onn sebagai pembangkang telah ditenggelami dengan jasa-jasa yang tidak ternilai kepada orang Melayu sehingga hari ini.
Al-Fatihah Untuk Dato'Onn.
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
terima kasih atas informasi ini.
saya tidak pernah tahu yang Dato' Onn pernah menjadi pembangkang.
dan dia pejuang bangsa sejati.
tak berubah prinsip teguh mempertahankan bangsa.
al-fatihah..
Terima kasih anas afrohead,
Semoga lebih ramai generasi muda membaca sejarah negara supaya menjadi panduan dan tidak mudah lupa diri dengan kemewahan yang kita kecapi sekarang.
Sejarah mengajar kita belajar dari kekuatan dan kelemahan silam
Salam saudara,
Informasi yang tepat dan mengena dengan situasi semasa.
Hari ini perjuangan untuk rakyat lebih berbentuk idealistik. Pemimpin-pemimpin partai politik konon berlumba-lumba mahu perjuang nasib bangsa, agama dan kesejahteraan rakyat. Hakikatnya ianya lebih dari itu. Setakat cita-cita perjuangan namun perjuangan sebenar tidak kesampaian.
Pemimpin dahulu perjuangannya nyata kerana subjek perjuangannya tegar. Hal berkaitan pembentukan negara bangsa adalah suatu yang sangat serius. Corak carik perjuangan inilah yang membentuk kita hari ini.
Terima kasih sdr Azmi,
Ulasan saudara menunjukkan saudara juga peka dengan sejarah pembentukan sebuah negara bangsa.
Dato'Onn adalah tokoh yang prolifik. Beliau bukan sahaja dikenali sebagai ahli politik yang terkenal tetapi turut tersohor sebagai pentadbir yang hebat,tokoh wartawan, ahli pemikir dan pejuang kemerdekaan.
Maka tidak hairanlah tokoh ini bukan sahaja terkenal di Johor, malah meliputi seluruh negara dan dunia amnya. Walaupun tidak menjadi Perdana Menteri pertama, sesungguhnya Dato'Onn tidak pernah untuk menghancurkan negaranya.
Dato'Onn adalah pengasas kemerdekaan dan pengasas pembentukan sebuah negara bangsa yang merdeka dan berdaulat seperti mana yang sdr katakan.
terima kasih
Alfatihah...
Terima kasih kepada perjuangan pemimpin terdahulu.Semangat tidak berbelah bagi.Gerakkan ekonomi orang melayu,kedaulatan raja,sosial,hak pribumu harus di jaya.Kemajuan di bandar hendaklah seiring kemajuan di kawasan diluar bandar.UMNO Terus Gah menpertahankan orang melayu.Kerajaan hendaklah mengambil langkah bersepadu menaikkan ekonomi buat masa sekarang masih goyang kesan daripada sistem DEB kurang bertenaga.MAJUKAN KAWASAN LUAR BANDAR SUPAYA TIDAK TERPINGGIR SEJAJAR PEMBANGUNAN DI BANDAR. HIDUP MELAYU 1000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000 X laungan keakhir hayat.....HIDUP UMNO....MECD..MARA..FAMA..PERDAGANGAN...INDUSTRI...NGO...KORPORAT...JUTAWAN...USAHAWAN...HENDAKLAH BERGABUNG TENAGA ILMU....MODAL INSAN..........AMIN.......
Salam Zam,
Mudah-mudah kita tidak dibutakan mata dan mata hati dalam menikmati hidup di bumi Malaysia yang tercinta ini.
Daripada 1957 hingga 2009 terlalu banyak perubahan yang dinikmati daripada segenap segi.
Belajar bersyukur atas nikmat Allah meletakkan kita disebuah negara yang paling aman dalam dunia.
terima kasih
Post a Comment