Sunday, February 8, 2009

Bagaimana Dato' Onn Menjadi Pembangkang - Bhg 1


Yang Dipertua UMNO yang pertama (1946-1950), menubuhkan UMNO di Istana Bukit Serene Johor Bahru pada 1946, Mempunyai jasa besar kepada orang Melayu dengan menghalang penubuhan Malayan Union, Tidak menjadi Perdana Menteri Tanah Melayu pertama malah akhirnya menjadi pembangkang kepada parti yang ditubuhkannya sendiri.

Akhirnya Allahyarham meninggal dunia di luar UMNO pada tahun 1962. Tunku Abd.Rahman telah memerintahkan upacara pengkebumian Dato' Onn diberi penghormatan negara apabila jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Mahmoodiah Johor Bahru.

Kemungkinan Allahyarham adalah orang pertama dan terakhir seorang yang menjadi pembangkang di Parlimen diberi penghormatan negara di upacara pengkebumian jenazahnya.

Mengimbas kepada keadaan politik Dato'Onn di luar UMNO bermula pada tahun 1950 iaitu apabila pemikiran politiknya lebih cenderung kepada politik perpaduan. Dato' Onn mencadangkan keahlian UMNO dibuka kepada bukan Melayu. Cadangan beliau telah ditolak oleh ahli-ahli UMNO. Berikutan daripada itu, beliau mengambil keputusan untuk keluar dari UMNO pada tahun 1951.

Semasa Perhimpunan Agung UMNO terakhir baginya pada 26 Ogos 1951 di Hotel Majestic, Kuala Lumpur Dato' Onn telah melahirkan kekecewaannya dengan berkata " Orang-Orang Melayu mengecewakan kita". Dato' Onn telah menjelaskan alasannya mengapa beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (Independence Of Malay Party - IMP).

Tindakan beliau itu katanya tidak seharusnya ditafsirkan bertujuan untuk memecah belahkan UMNO atau menjatuhkan negara. Menurutnya, "Ia adalah untuk kebaikan semua rakyat dan negara ini. Saya tidak percaya kemerdekaan akan diperolehi hanya melalui usaha sesuatu kumpulan daripada kita". Ini bermakna Dato' Onn sudah mengetahui lebih awal sejak 1951 lagi tentang kemerdekaan negara mestilah bukan sahaja diperjuangkan oleh orang Melayu sahaja tetapi mestilah disertai juga oleh golongan Cina dan India.

Namun begitu, beberapa pemimpin UMNO yang berucap mendakwa tujuan Dato'Onn menubuhkan parti barunya menyebabkan berlaku kekeliruan, kesangsian dan kebimbangan ahli UMNO di seluruh negara. Disebabkan majoriti pemikiran ahli UMNO tidak lagi selari atau tidak terjangkau dengan pemikiran Dato'Onn, akhirnya satu pindaan diusulkan oleh perwakilan Pulau Pinang supaya UMNO kekal sebagai parti politik Melayu yang memperjuangkan hak orang Melayu di negara ini.

Pada 27 Ogos 1951 dalam ucapan pengulungan Perhimpunan Agung UMNO yang dihadiri seramai 70 perwakilan dan 300 pemerhati seluruh Malaya, Dato Onn telah menyatakan,"Mulutnya telah terkunci dan saya tidak boleh memberitahu perkara yang saya ketahui tetapi jika saya boleh, saya berkeyakinan bahawa semua orang akan bersama-sama saya berusaha mewujudkan negara Malaya yang merdeka"

Dato' Onn membidas pengkritiknya dengan memberitahu secara terus terang kepada orang Melayu bahawa era keistimewaan sudah berakhir.

Dato' Onn tidak mengarahkan penyokong-penyokongnya mengikutnya keluar beramai-ramai tetapi kawan-kawan rapatnya seperti Datuk Panglima Bukit Gantang dan Datuk Ahmad Kamil menyertai dan menyokong Dato'Onn. Hanya penyokong-penyokongnya yang setia dan sealiran dengannya sahaja yang mengikutinya. Sebaliknya ramai di kalangan orang Melayu yang menyertai demontrasi diseluruh negara agar Dato'Onn dilantik semula sebagai Presiden UMNO.

Berbeza dengan hari ini pemimpin-pemimpin sendiri yang mengarahkan dan membuat provokasi kepada penyokong-penyokongnya supaya mereka berdemontrasi, berarak dan membuat rusuhan untuk menaikkan dirinya sebagai pemimpin.


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

3 comments:

zedmagel said...

Bro Amir,

Apa yang saya amati, keluarnya Dato' Onn dari UMNO yang ditubuhnya disebabkan hasrat dan tujuannya tidak dimaklumkan kepada umat Melayu masa itu. Rahsia ini sepatutnya beliau umumkan kepada semua ahli-ahli parti. Tetapi beliau simpan. Beliau berpandangan jauh dan cerdik, sementara masa itu orang Melayu tidak mengetahui apa yang tersirat. Jika disaat dia akan menjadi PM Malaya yang pertama. Mengap mesti dia lepaskan.
Itulah rahsia yang akan saya sampaikan pada anda malam ini.

Jumpa disana.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

ok.

rahsia itu yang saya cari!

Alex is Zulhilmi said...

taakan kita dapat rahsia umno sebab pemimpin umno suda berikar/bersumpah merasihakan sesuatu benda.macam kementriaan pertahanan,kod2 rahsia. taakan diorang beritahu apa yg diperjuangkan sebernarnya.macam kunci..so kunci tu disembunyi..susah jang oii