Friday, February 27, 2009

Allah Ada Dua Ajaran Agama ?




Saya tidak terkejut apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan berkaitan agama Kristian. Jika Melayu dan Islam kuat keadaan ini tidak berlaku. Mudah sahaja, BN perlu sokongan daripada Kristian di Sabah dan Sarawak kerana di situ undi penentu BN dalam pilihanraya akan datang.

Apapun alasan yang diberi oleh umat Islam, suara mereka bukan lagi majoriti. Kehendak orang lain seperti puak kristian dengan sokongan PKR dan PAS sudah cukup membuatkan BN tertekan. Jadi sekarang ini Bible boleh dibaca di dalam Bahasa Melayu dan perkataan 'God' dalam Injil telah diganti dengan perkataan 'Allah'.

Bagi pemahaman orang kampung seperti saya, 'Allah' yang pertama adalah Allah bagi tuhan orang Islam dan membawa ajaran dan segala undang-undang serta peraturan-peraturan Islam seperti mana yang terkandung di dalam Al-Quran. Allah yang 'kedua' adalah yang membawa ajaran Kristian dengan segala peraturan dan undang-undang mengikut versi Kristian seperti yang tertulis dalam kitab Injil.

Allah bukan lagi satu, tetapi Allah sudah menjadi dua iaitu tuhan bagi orang Islam dan tuhan bagi orang Kristian. Allah bagi Islam meletakkan Muhamad s.a.w sebagai nabi terakhir dan Al-Quran itu telah melengkapkan dan menyempurnakan Islam. Bagaimana Allah dan Nabi Isa a.s di dalam kitab Injil? Allah yang mana satu yang betul? Bagaimana pemahaman umat Islam jika membaca versi Injil Bahasa Melayu dengan suruhan dan larangan Allah kristian?

Umat Islam boleh mengiktiraf agama Kristian kerana separuh penduduk dunia beragama Kristian tetapi kita tidak boleh mengiktiraf kitab Injil yang telah 'dirosakkan' itu dengan bersetuju menerima perkataan 'Allah' atas dasar leberalisasi di dalam versi Bahasa Melayu.

Saya pasti, ramai Melayu akan mudah terpedaya dan terpengaruh dengan Kristian kerana Allah Kristian lebih mudah daripada Allah Islam. Allah Islam ada menyebut hukum hudud yang menjadi polimek yang tidak berkesudahan bagi umat Islam di Malaysia, kemungkinan besar Allah Kristian tidak menyebut langsung hukum hudud di dalam ajarannya. Jadi Kristian adalah lebih mudah ,flexsibel dan selamat.

Bagaimana kita hendak menghalang umat Islam daripada membaca Injil versi Melayu ini. Kekecohan begini pun sudah merupakan suatu iklan dan promosi tentang wujudnya Injil Versi Melayu ini. Selepas ini ramai orang tercari-cari dan cuba membacanya. Lebih-lebih lagi jika telah 'dihalalkan' oleh sebahagian pemimpin-pemimpin Islam.

Saya tidak mahu membincangkan tentang rasional atau tidak perkataan 'Allah' digunakan dalam Kitab Injil Versi Melayu ini. Jauh disudut hati ada perkara yang tersirat menjadi agenda tersembunyi golongan tertentu apatah lagi perkataan 'Allah' ini hanya untuk kitab Injil versi Melayu sahaja dan ianya dituntut oleh Kristian di Malaysia bukannya Kristian di seluruh dunia.

Tidak mustahil KDN membenarkan penggunaan 'Allah' kalau BN mendapatkan tekanan politik daripada kumpulan yang diiktiraf lebih Islam seperti yang ditulis oleh Harakah , Thursday, 03 January 2008, Oleh: Azamin Amin

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, YB Dato' Ustaz Haji Mohamed Daud Al-Iraqi menjelaskan, tidak menjadi kesalahan kepada penganut Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah 'Allah' malah ia sering digunakan oleh umat Kristian dan Yahudi sejak dari dahulu.

Khalid Samad ( Parlimen Shah Alam-PAS ) tanpa segan silu semasa berceramah di dalam sebuah gereja Kristian di Shah Alam selepas kemenangannya, menyatakan bahawa masyarakat Kristian tidak perlu takut dan gentar untuk menggunakan terjemahan 'Allah' untuk merujuk kepada kalimah 'God' dalam Kristian dan ajarannya. Khalid juga berpendapat bahawa perkataan 'Allah' hanyalah terjemahan kepada perkataan 'God'. (www.belantan.blogspot.com)

Lebih lama dari itu, "Anwar berkata sejak generasi rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai medium komunikasi, beliau melihat tiada sebab mengapa penganut Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan istilah Bahasa Arab untuk Tuhan- ‘Allah’ dalam ritual mereka."

Satu kenyataan paling berani Anwar, bukan berkaitan isu ekonomi, isu sosial, tetapi isu agama yakni berkenaan kalimah Allah.(www.belantan.blogspot.com)

Ini lah bencana paling besar yang akan dihadapi oleh orang Melayu. Satu usaha secara bersepadu, licik, bijaksana dan mengikut undang-undang untuk mengkristiankan Melayu di Malaysia. Kekuatan Melayu adalah terletak kepada Islam dan Jihadnya. Secara tersiratnya mereka telah berjaya memecahbelahkan Melayu daripada segi politik dengan meracik-racik Melayu itu kepada Melayu UMNO, Melayu PKR dan Melayu PAS. Hari ini sekali lagi mereka meracikkan Melayu itu kepada Melayu Islam dan Melayu Kristian.SIAPAKAH MEREKA ITU?

Penjajahan kepada umat Melayu pada 1511 hingga 1957 berjaya mengubah politik Melayu, mengubah lanskap ekonomi Melayu, mengubah prasarana penduduk Tanah Melayu tetapi mereka tidak berjaya mengubah akidah dan tauhid Melayu daripada Allah dan Islam. SIAPAKAH MEREKA DAN KUNCU-KUNCUNYA ITU?

Jika saya khilaf atas pemahaman saya, saya pohon maaf. Jika saya keliru memang benar saya terkeliru dan memang sah penggunaan perkataan 'Allah' dalam Injil mengelirukan.


Amir Hamzah
Batu Pahat.
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

TERBARU : MENTERI DALAM NEGERI, DS SYED HAMID ALBAR UMUMKAN KDN MENARIK BALIK KEBENARAN MENGGUNAKAN NAMA ALLAH DALAM INJIL. PERATURAN SEBELUM INI KEKAL.

23 comments:

afrohead said...

semoga Allah selamatkan umat melayu dari disesatkan secara terancang sedikit demi sedikit.. semoga tidak akan wujud melayu kristian di masa hadapan..

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam anas afrohead,

Begitulah harapan kita semua. Senjata paling utama adalah memberi pendidikan agama secukupnya kepada anak-anak kita. Hanya iman dan amal menjadi benteng terakhir umat Islam.

Jeepers Creepers said...

melayu kristian sebenarnya sudah wujud tetapi low profail.

pihak kristian sudah lama menjalankan gerakan mengkristiankan orang melayu cuma kita saja yang tidak sedar dan tidak mahu sedar.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam YB Raz Gothic,

Macamana agaknya tengok Melayu sembahyang kat gereja ye...

Melayu tak ada agama pun ada ke?

Cheguman said...

Salam Amirhamzah,
Sambil membaca tulisan saudara yang menarik ini fikiran saya menerawang membayangkan apakah selamanya kita mampu bergantung pada kuasa bagi menyekat semua ini. Hari ini pun kita melihat kuasa kita semakin susut. Saya setuju pandangan saudara agar memberi penekanan pada pendidikan. Usaha ini harus diperhebatkan dan dibuat secara serius. Anak-anak tidak boleh dipaksa tetapi mereka juga belum cukup akal untuk berfikir sendiri. Justeru peranan ibu bapa amat penting.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Cheguman @ Demang Lebar Daun,

Mujurlah KDN menarik balik kebenaran yang telah diberi. Sekarang ini macam nak tgok respon rakyat lepas tu tarik balik. Khamis lepas umum tol naik, bila rakyat bising, tangguh!. Lepas tu KDN benarkan guna nama Allah, apabila orang Islam bising, tarik balik.

Pendidikan anak-anak khususnya pendidikan agama tidak ada kompromi. Ibubapa jangan lalai dan alpa tentang ilmu akhirat supaya menjadi pendinding kepada akidah anak-anak kita.

Panglima Perang Cyber said...

Alhamdulillah kekal peraturan lama..

cekodokmasin said...

Salam tuan,
"Test market", ayat paling sesuai untuk tindakan menteri KDN ini. Sengaja mengundang marah umat Islam Malaysia. Sama ada mereka ini tidak berhati2 menyemak akta2 atau perintah2 terdahulu atau memang untuk "meraih populariti". Mentang2lah bulan Mac ini bulan buat baik untuk raih undi perwakilan, masing2 cuba nampakkan yang mereka ada kerja.
Kenaikan tol juga seperti kartun. Setahu saya, semua kertas cadangan kenaikan tol dihantar ke MAMPU sebelum dibentangkan di mesyuarat Parlimen. Kalau PM tak tahu kenaikan tol itu, kita pun tertanya2 apa PM tu buat semasa Menteri kerja Raya bentangkan isu tol di mesyuarat kabinet itu.
p/s: Saya cuba masuk kumpulan 342 itu tetapi tak berjaya sebab kata orang dahi saya dah ada cop. Hahahaha.. Seronok makan gearbox Gombak je ler..

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Minta maaf. Bukan mesyuarat parlimen tetapi mesyuarat kabinet. Syed Hamid boleh minta maaf tak kan saya tak boleh..

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Panglima Perang Cyber!

seperti kata cekodokmasin, saja nak 'test market'. Apa pun syukur! Tetapi jangan selalu sangat buat sandiwara...........

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam cekodokmasin,

Masa tak sesuai untuk buat 'test market' Sorang nak bertanding Naib Presiden ,sorang nak bertanding Majlis Tertinggi. Populariti memang dapat tapi populariti yang macamana, yang positif atau negatif.

Tindakan sebegini mungkin akan ditertawakan orang. Kerja tak smart. Populariti murahan, tak cekap dan orang boleh agak yang tersirat.

Kumpulan 342 tidak pernah menutup ruang kepada sesiapa. Sekarang kita ada Biro Briged Penyayang, pengerusi Abol, Biro Aduan Rakyat pengerusi Mail Sahak dan saya setiausaha dan Biro Pewaris bangsa pengerusi Pak Ya.

Saudara boleh menjadi AJK Biro saya. Sila SMS nama di no.h/p saya.Insyaalah kita dalam satu parti. Pertandingan sudah berlalu sekarang masa untuk bekerja dan menyumbang. Saya menerima saudara dengan tangan terbuka.

Anonymous said...

salam tuan amirhamzah64,

saya mula mengikuti penulisan tuan hampir sebulan lalu. penulisan berilmiah dengan pendedahan fakta yg meyakinkan.

Persoalan penggunaan kalimah Allah dalam Al-Quran dan Bible adalah isu yg saya tidak menyangka akan berbangkit di negara seperti Malaysia. org menganggap isu penggunaan nama sama sekali tiada kepentingan, sama seperti memberi nama seekor anjing peliharaan dengan nama Muhammad (saya beristighfar kepada Allah).

Menyamakan Allah yang menurunkan wahyu sejak Adam A.S hingga Muhammad S.A.W, dengan 'Allah' yang menulis (atau merosakkan) Bible sama sekali tidak terjangka dek akal waras seorang Muslim. Mungkin benar nukilan saudara, Islam kini diinjak kerana kelemahan dan kerapuhan satu bangsa satu agama tapi berbilang puak ini.

Benar, kini saya arif bila Nabi SAW bersabda "Umat Islam akhir zaman banyaknya seperti buih di lautan. Tapi hilang dipukul ombak"

syabas saudara. teruskan penulisan. saya akan sentiasa mengikutinya.

salam

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Ilham_sahih,

Terima kasih kerana 'mampir' ke laman blog saya.

Orang Islam sedang menghadapi cabaran besar terutama daripada golongan munafik, Yahudi dan Kristian.

Mereka akan sentiasa berusaha menghancurkan Islam dengan cara melaga-lagakan orang-orang dan negara Islam. Mereka akan mencari orang-orang Islam yang boleh menjadi boneka memerintah negara Islam seperti Afghanistan dan Iraq.

Mereka akan mengikat negara Islam seperti Arab Saudi dan Mesir yang tidak boleh berbuat apa-apa apabila Israel meratah Gaza baaru-baru ini.

Tumpuan mereka sekarang adalah Asia Tenggara kerana di sini antara kelompok Islam terbesar di dunia. Indonesia masyarakatnya sudah rosak dengan liberalisasi agama di mana kawin campur antara agama melibatkan Islam dibenarkan.

Singapura, Brunai , Malaysia, Selatan Thai dan Selatan Filipina masih terkawal.

Isu nama Allah dalam Injil mujur sudah ditarik balik melalui cara publisiti murahan. Perlu ditegaskan Allah hanya untuk orang Islam dan orang lain tiada hak untuk mengaku Allah sebagai tuhan agamanya.

Kalau mahu mengesakan Allah mesti juga yakin benar bahawa Muhamad itu pesuruh Allah. Hendak juga mengaku Allah, marilah peluk dan taat kepada Islam.

terima kasih.

Anonymous said...

Salam tuan amirhamzah64,

Saya menyedari hakikat kegawatan aqidah yg kian meruncing ini sekitar awal tahun 2000 apabila rakan sekuliah memilih untuk menukar i'tiqad kepada Tuhan Kristian.

Seperkara yg masih menjadi persoalan adalah prinsip org2 politik atau sesetengahnya digelar ulama' dalam isu "Allah Ada Dua Ajaran Agama?" ini.

Kesepakatan sama sekali tidak mungkin dicapai dalam isu "Perak Ada Dua Menteri Besar" kerana akarnya bukan pegangan agama, sebaliknya soal perundangan yang masing-masing mengaku menggunakan kepakaran tersendiri.

Saya amat teringin dan berharap untuk melihat semua pemimpin Islam senada dalam melaungkan prinsip yang bukan menguntungkan kepentingan peribadi, sebaliknya kelangsungan dan kehormatan Islam yang kita anuti.

Adakah harapan saya akan tinggal sebagai harapan?

~salam~

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam sdr Ilham_sahih,

Buat masa ini, harapan sdr untuk melihat pemimpin-pemimpin Islam, Ulama, NGO Islam untuk senada amat tipis sekali. Besar kemungkinan tidak ada harapan langsung.

Pertama, kerana faktor tarikan kuasa melebihi faktor kesepakatan dan perpaduan ummah.

Kedua, Ulama politik tidak senada dengan ulama kerajaan yang sedang memegang jawatan mufti kerana ulama politik lebih condong untuk kepentingan parti dan peribadi. Ulama kerajaan menjalankan tugas dan bercakap atas kepentingan umum umat Islam seperti Datuk Harussani.

Ketiga, Selagi Anwar hidup atau selagi Anwar tidak menjadi PM selagi itu politik Malaysia penuh dengan warna warni. Anwar akan terus berusaha untuk menekan kerajaan BN yang sedang berkuasa dan sekarang ini sedang berusaha untuk menyekat Najib menjadi PM.

Kesimpulannya, Anwar faham benar bahawa Isu Allah dalam Injil ini tidak akan mendapat kelulusan daripada KDN. Sokongan Anwar dan PAS hanya sandiwara belaka supaya populariti mereka di kalangan orang Kristian akan melonjak.

Orang Kristian akan mengganggap Anwar dan Nik Aziz bagus sebab sokong nama Allah dalam Injil. BN yang jahat dan berhati busuk kerana penggunaan Allah tidak diluluskan.

Inilah permainan politik mereka yang perlu ditangani dengan bijak. Dalam kes ini yang kena tipu adalah Kristian yang diberi gula-gula hack oleh Anwar.

Tujuannya tidak lain adalah menanamkan rasa benci orang Kristian kepada kerajaan BN.

Harapan saudara hanya akan tinggal harapan. Tetapi selepas Najib jadi PM saya akan mendendangkan lagu 'menaruh harapan' nyanyian Zaiton Sameon dalam tahun 1980an.

Terima kasih.

Anonymous said...

Salam tuan amirhamzah64,

Terima kasih atas penjelasan. Kurang arif benar saya tentang sepak terajang dunia politik negara kecil Malaysia ini,

Tak perlu saya komen lanjut. Mungkin tuan perlu buka warkah baru untuk perbincangan khusus mengenai senario agama dan politik di negara ini.

terima kasih tuan.

~salam~

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam sdra Ilham_sahih,

Terima kasih kerana memahami saya.

Politik tidak kotor, yang kotor adalah pelaku-pelakunya. Tulisan saya tidak sepertinya benar, itu hanya pendapat peribadi saya.

Yang benar adalah daripada Allah kerana Dia amat mengetahui hati-hati manusia.

terima kasih

Taminsari said...

Salam Sdr.Amir..

Saya bersetuju dengan apa yang disuarakan oleh saudara AmirHAmzah. Minda umat Islam diMalaysia akan menjadi keliru. Keliru kerana Allah sudah ada dua. Didalam Islam kita diajar yang tuhan itu maha esa iaitu tuhan yang satu ( Allah SWT ). Apabila kristian menggunakan Allah, mereka menganggap yang nabi Isa adalah anak Tuhan ( selepas itu dikatakan Allah ). Islam mengajar yang tuhan itu ( Allah SWT )satu, iaitu tidak beranak dan tidak diperanakkan berbanding dengan Kristian. Tidakkah ini menimbulkan kekeliruan umat Islam.

Dan saya bertambah kuatir apabila Mufti Perak pernah menyebut sudah ramai orang Melayu memohon untuk jadi murtad. Dengan keputusan KDN dan sokongan PKR & PAS, seolah-olah memberi " lampu hijau " kepada golongan ini untuk merialisasikan impian mereka untuk keluar dari agama Islam. MasyaAllah!!!

Dan alhamdulillah KDN sudah mengekalkan kembali larangan menggunakan Bahasa Malaysia dan kalimah ALLAH SWT kepada pihak gereja dan diharap ianya dapat dikekalkan sampai bila-bila. InsyaAllah.

Salam perjuangan

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Taminsari,

Terima kasih kerana sependapat dengan saya. Islam sedang diasak kiri dan kanan. Semoga umat Islam di Malaysia sentiasa dilindungi Allah.

Islam akan hancur apabila orang Islam bekerjasama dengan kafir untuk menghancurkan Islam

Khairul said...

salam

kita sependapat dalam hal ni.
cuma yang membezakan adalan pedapat dalam konteks beza 'umur' (well tu la yang orang cakap)

tapi agak anih bila banyak orang yang still tak memahami, termasuk orang Islam sendiri..

http://darksideinsideof.blogspot.com/2009/03/ah-please-lahhh.html

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam khairul,

Terima kasih banyak-banyak.......

Kalau orang biasa senang untuk memahamkannya, tetapi kalau orang Islam yang ada kepentingan politik dan kepentingan lain agak sukar untuk dibendung.

Ulama-ulama pun berbeza pendapat dalam isu semudah ini apatah lagi orang-orang yang tidak tinggi pengetahuan agamanya. Walau apa pun masih ramai lagi yang boleh berfikir dengan waras sama ada ianya muda atau tua.

Terima kasih

zedmagel said...

Salam saudara Amir,

Tulisan tuan yang seperti ini, banyak menyedarkan umat Islam di negara kita. Saya puji pandangan dan usaha saudara melontarkan idea dan hujah yang hampir sempurna. Sebab itu ramai yang memberikan sokongan dan pandangan dalam ruangan ini.Semoga dengan pandangan ini dapat menyedarkan ramai lagi umat Islam yang tak faham-faham maksud halus si kafiq ni.

Teruslah menulis yang sebegini lagi.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam bro zedmagel,

Terima kasih kerana memahami apa yang saya maksudkan.