Thursday, December 31, 2009

Allah BUKAN Kepunyaan Kristian !


"Saya bukan ulama tetapi saya adalah penganut Islam yang yakin dan percaya kewujudan Allah, Muhammad s.a.w dan Al-Quran. Saya tidak perlu untuk membaca jauh sekali untuk mengkaji kitab Injil Kristian kerana saya sudah yakin benar dengan Islam kecuali saya masih ragu-ragu dengan Islam.

Dalam pada itu, gugur iman saya jika saya tidak percaya kepada 4 kitab Allah iaitu Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. Namun setelah turunnya Al-Quran, maka terhapuslah kitab-kitab yang terdahulu kerana Al-Quran itu adalah pelengkap beragama kepada umat manusia. Maka sesiapa yang ingkar dengan perintah-perintah ini apatah lagi tidak percaya kepada Al-Quran, maka manusia itu dianggap derhaka kepada perintah Allah.

Islam adalah tuntutan beragama kepada manusia yang Allah jadikan. Manusia yang mengikut Islam adalah yang benar. Manusia yang masih di luar Islam tetap dianggap derhaka akan perintah Allah. Mengikut Islam, mereka akan menanggung dosa setiap saat dan detik selagi mereka tidak mengesakan Allah, menerima Muhammad s.a.w sebagai pesuruh Allah dan Al-Quran sebagai petunjuk dan mukjizat kepada umat manusia.

Nabi Isa a.s adalah tetap nabi dan rasul umat Islam. Percaya kepada Rasul-Rasul adalah satu daripada rukun Iman. Nabi Isa menurut Islam berbeza dengan Nabi Isa tafsiran Kristian. Antara contoh perbezaannya adalah seperti berikut:

Isa mengikut versi Islam merupakan seorang manusia 100%. Baginda hanya merupakan seorang nabi. Baginda tidak dibunuh dan disalib. Al-Quran telah menjelaskan hal ini dengan nyata:

“Dan kerana ucapan mereka : ‘Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih, ‘Isa anak Maryam, Rasul Allah’, padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak pula menyalibnya…” ( Surah An-Nissa: 157)

Isa mengikut versi Kristian adalah manusia/tuhan Yesus yang telah mati dibunuh oleh orang-orang Yahudi. Kitab Injil ada memberitakan hal ini:

“Tetapi ketika mereka sampai kepada Yesus dan melihat bahwa ia telah mati….” (Yohanes 19:33)

“Ia pergi menghadap Pilatus dan meminta mayat Yesus. Pilatus memerintahkan untuk menyerahkannya kepadanya. Dan Yusuf pun mengambil mayat itu….”(Matius 27:58-59)

Mengikut Kristian, Yesus Kristus (8–2 SM hingga 29–36 Masihi), [1] juga dikenali sebagai Yesus dari Nazareth, ialah tokoh utama agama Kristian. Beliau biasanya dirujuk sebagai Yesus Kristus, dengan ungkapan "Kristus" yang berasal daripada gelaran Yunani yang bermaksud "Yang Dilumaskan Minyak" (bahasa Yunani: Χριστός Christos) yang sepadan dengan perkataan terbitan Ibrani, "Al-Masih" (bahasa Ibrani: יהושע Yĕhošūa'). Dalam Bahasa Indonesia, beliau juga digelar sebagai Yesus Kristus.
(sumber : Dari Wikipedia Bahasa Melayu)

Kita tidak perlu khuatir dan menyusahkan fikiran kita dengan memikirkan hujah-hujah dari kitab Injil kerana kitab Injil telah dibuktikan korup, menyeleweng, hilang keaslian dan bercampur antara ayat yang haq dan ayat yang batil. Buktinya kaum Kristian tidak berpuas hati dengan hanya menyelewengkan kitab Injil dan cuba pula hendak menyelewengkan kitab suci Al-Quran.

Al-Quran, Al-Hadis dan ijma’ ulama Islam tidak pernah bersetuju bahawa Nabi Isa yang diceritakan dalam al-Quran merupakan Yesus Kristus, tuhan orang Kristian. Perlakuan orang Kristian memalsukan ayat Al-Quran yang tersebut di atas untuk tujuan menghalalkan ajaran agama mereka.

Firman Allah :

“Segolongan di antara orang-orang Ahli Kitab bercita-cita hendak menyesatkan kamu, dan tiadalah mereka menyesatkan (orang lain), hanya diri mereka sendiri, tetapi mereka tidak menyedarinya.” (Surah Ali-Imran: 69.

Saya tidak mahu mengutuk ulama politik berlebih-lebih kerana memang begitulah perangai mereka. Namun begitu biarlah rakyat yang tidak berparti dapat menilai pendirian ulama-ulama kalau sudah berpolitik mereka juga tidak terlepas daripada berbohong, hipokrit dan bermuka-muka demi mendapat keuntungan politik parti yang diwakilinya.

Akhir kalam, disebabkan Kristian menolak Muhammad s.a.w sebagai Nabi terakhir dan penutup segala nabi dan tidak ada lagi nabi selepas Muhammad, menolak Al-Quran sebagai sumber rujukan dan panduan manusia maka Allah yang benar itu adalah hanya untuk manusia yang menjadikan Islam itu agama anutannya.

KLIK Di sini.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com"

29 comments:

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Saya percaya sepenuhnya jika kita membuat rayuan ke peringkat paling tinggi, kejayaan akan berpihak kepada kita semua. Lupakan kepada PAS kerana parti ini sendiri gagal memelihara khalimah itu malahan sebahagian MPnya sendiri menyokongnya dengan sepenuh jiwa raga mereka. Lupakanlah juga PKR yang kewujudannya hanya untuk keuntungan kumpulan bateri 3A. Hanya terletak ditangan orang-iorang Islam yang berjuang di dalam parti UMNO. malanygnya, kumpulan yang ikhlas berjuang ini telah dicelakakan oleh N.Ajis. Jadi.. fikir-fikirkanlah... Dimana letaknya maruah kita dan anak cucu cicit kita...???

Anonymous said...

SLM BRO..DAH SAH2 DIORANG NI DH ANGGAP JESUS TU TUHAN MEREKA, LORD MEREKA DAN BKN GUNAPAKAI NAMA ALLAH!. TP APE DH JADI SKRG? DI SBBKAN KEBANGANGAN SEKOR 2 MELAYU YG SAJE NAK CARI UNDI 'IKUT BELAKANG' MAKA KESUCIAN ISLAM DH DI PERKOTAK KATIKKAN.

SBB TU DULU ADA KES MUKA SURAT AL-QURAN DH JADI ALAS TAPAK KASUT, DAH JADI KERTAS PRINT NO. EKOR, TUALA MANDI PUN DIORANG CETAK SERUPA DGN NAMA ALLAH DAN MCM2 LG LAH!

PAK AJIS PUN TAK MAMPU NAK KOMEN APA2 SBB TELOW DAH KENE SOROK DGN ANUWAR!

KLU KERAJAAN TAK BUAT SOMETHING. THEN IT'S TOO LATE BRADERR!

fs-86 said...

Saya berpendapat adalah tidak salah penggunaan kalimah Allah untuk Kristian dan Yahudi.

Tetapi yang menjadi peliknya ialah, kenapa mereka (Kristian) yang di Malaysia ini begitu beriya-iya hendak menggunakan kalimah Allah ini. Kenapa?

Pastinya mereka hendak menyebarkan ajaran mereka kepada orang Melayu Islam. Mustahil jika mereka berdakwah kepada orang Cina dan India mengenai Kristian, mereka menggunakan kalimah Allah. Mustahil!!

Maka, keputusan tersebut wajar ditarik semula dan keperluan membenarkan penggunaan kalimah Allah untuk lain-lain agama belum lagi sesuai di negara yang rata-rata umat Islamnya belum memiliki Iman yang kukuh.

Shah said...

Di Kelantan crony, nepotism ikut nabi. Di Shah Alam masuk geraja ikut nabi. Di Damansara main bontot ikut DSAI

KUNTONG said...

Kerana ingin berkuasa, semuanya dijadikan modal politik. Entahlah kenapa semua orang bulan dok senyap.Dunia dah akhir zaman.

YANG GAMBI said...

Salam bro, kawan setuju amat dengan komen Fazli Salleh..... kenapa di Malaysia mereka terlalu beria-ia nak mengatakan 'Allah' itu Tuhan mereka....

Kalau mereka sudah mengakui 'Allah' Tuhan mereka, bererti Muhamad SAW juga adalah Rasul mereka.... dengan itu tinggalkanlah agama mereka.....

Kembara Politik said...

Tidak Salah Penganut Kristian Guna Kalimah ALLAH – Dewan Ulamak PAS Pusat

Ditulis oleh Harakah
Khamis, 03 Januari 2008
Oleh: Azamin Amin

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, YB Dato' Ustaz Haji Mohamed Daud Al-Iraqi menjelaskan, tidak menjadi kesalahan kepada penganut Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah 'Allah' malah ia sering digunakan oleh umat Krristian dan Yahudi sejak dari dahulu.

Kembara Politik said...

Fatwa oleh Dewan Ulamak Pas ini digunakan oleh Herald sebagai sokongan yang kuat terhadap agenda mereka.

Rujuk muka hadapan Herald Online yang mendakwa bahawa Pas membenarkan mereka menggunakannya.

Rujuk sini:
http://azharshafie.blogspot.com/2009/12/ulang-siaran-allah-is-god-but-god-is.html

Tam Dalyell said...

Heh heh heh. Salah memang tak salah wahai Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, YB Dato' Ustaz Haji Mohamed Daud Al-Iraqi.

Seperti juga tidak salahnya Dajjal yang dicipta khas untuk mengelirukan anak Adam, khususnya kaum Yahudi.

Seperti juga tidak salahnya Ya'juj dan keturunannya Ma'juj yang dikurniai kekuatan yang tidak terkalahkan untuk menarik 999 dari setiap 1000 anak Adam, khususnya ummat Muhammad s.a.w. kedalam neraka.

Seperti juga tidak salahnya sumbangan Dewan Ulamak PAS Pusat itu kepada mission Dajjal dan Ya'juj wa Ma'juj. Hasil mereka ini itu baru seberapa? Baru sikit. Tak cukup salah tu.

Tak hairanlah mereka mengaku pejuang Islam yang membela "hak" Kristian.

Munkin mereka Dewan Ulama PAS Pusat, dan ketuanya YB Dato' Ustaz Haji Mohamed Daud Al-Iraqi belum sedar bahawa agama Nabi Isa itu agama berkenaan Allah, tetapi agama yang diamalkan Kristian modern ini ialah agama berkenaan Isa ibn Maryam.

Selempang Merah said...

salam bro Amir..

Memang terang lagi bersuluh, PAS lah yang membantu kemenangan gereja di Mahkamah Tinggi untuk menggunakan kalimah Allah. Memang pihak gereja sedang berusaha untuk mengkristiankan umat Islam Malaysia, khususnya golongan muda yang cetek ilmu agamanya.

Jika di Sabah, gerakan dakwah kristian sungguh kuat sehinggakan pelajar-pelajar sekolah pun dapat risalah dakwah mereka. Malah, sister-sister mereka pun berdakwah dari rumah ke rumah meniru cara Gerakan Tabligh.

Sepatutnya di Malaysia, yang agama rasminya Islam sudah menang dalam kes tuntuntutan penggunaan kalimah Allah ini. Ini tidak, Islam seolah-olah terpinggir. Sebagaimana wanita Islam menuntut hak memakai tudung di eropah. Namun, ianya berbeza di Malaysia. Sepatutnya, agama lain yang kalah dan terpinggir.

Ini tidak. Ini semua angkara PAS = PARTI AJARAN SESAT. Memang jelas membantu gerakan dakwah ajaran Kristian di Malaysia. Sebab tu N.Ajis rela berkawan dengan syaitan dari orang UMNO. Itu pun, rakyat masih lagi gelap mata tertipu dengan kopiah, tasbih dan ceramah mereka yang sekadar menggunakan Islam untuk menang dalam pilihanraya.

Apa yang penting sekali ialah, Sultan Mizan dan Majlis Raja-Raja wajib menggunakan kuasa mereka sebagai KETUA AGAMA untuk menegakkan kalimah ALLAH di bumi Malaysia ini.

wALLAHu a'lam..

AbgTuah said...

SALAM SEMUA..

SELEPANG MERAH..DARAH HANG TUAH JUGA YE..

AYUH KITA BERJUANG..KITA PATAHKAN HUJAH KHALID SAMAD.

http://www.khalidsamad.com/2010/01/ismu-allah-siar-ulang.html

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Kita mungkin akan terjumpa ayat-ayat berikut dalam pamplet Herald Tribune : " MARILAH KITA SEMUA KE GEREJA UNTUK MENYEMBAH ALLAH ".
Khakkkkkkkk... Ptuihhhhhhhh...

Unknown said...

Kesian...
perbandingan antara yg berilmu dan hanya menggunakan akal dalam berhujah..
mmg tak ada jawapan melainkan jurang perpecahan..

Arif Omar said...

Berita TV3 jam 8 malam ini memaparkan ulasan Nasaruddin Tim Presiden PAS yang mula bersuara mengenai isu kalimah Allah dan mula kelihatan tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah . Dulu mereka diam dan ramai juga menyokongnya termasuk TGNA dan YB Khalid Gereja kerana kepentingan politik. Hari ini PAS korner baring pula, menentang penggunaan kalimah Allah oleh Kristian.

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Betul tu saudara Arif. Demi survival politik dan tembolok para pemimpin PAS, terpaksalah koner baring dan korner lipat...

Tam Dalyell said...

When Khalid Samad wrote

"... seperti “Wa Kaalatil Yahudu Uzair ibnu Llah” yang bermaksud “Dan berkata orang-orang Yahudi Uzair adalah anak Allah”? " in his blog and infered that, quote "bahawa orang bukan Islam, ...... menggunakan perkataan ‘Allah’, unquote, in the Qur-an, he has blasphemed.

NO ONE beside Allah s.w.t. say or utter the "allah" in the Qur-an.

All words in the Qur-an are Allah's word. It's Allah who say "Allah" in the Qur-an.

None of Khalid Samad's Christian or Jewish frinds has left any word in the Qur-an.

Khalid Samad has said something of Allah that he has no knowledge of.

About this, Allah has turned against Khalid Samad and his kind, 1400 years ago saying (9:30) ".... That is a saying from their mouth; (in this) they but imitate what the unbelievers of old used to say. Allah's curse be on them: how they are deluded away from the Truth!"
----------------------------
Apabila Khalid Samad menulis

"... seperti “Wa Kaalatil Yahudu Uzair ibnu Llah” yang bermaksud “Dan berkata orang-orang Yahudi Uzair adalah anak Allah”? " di dalam blognya serta condong kepada maksud , "bahawa orang bukan Islam, ...... menggunakan perkataan ‘Allah’, di dalam Al Qur-an, dia sudah melakukan syirik kerana meletakkan hamba setaraf di sisi Allah iaitu menduakan Allah pada perkataan dan perbuatan.

TIADA SIAPA SELAIN ALLAH yang berkata-kata di dalam Al Qur-an.

Semua perkataan di dalam AlQur-an adalah Qalam un Qadiim. Hanya Allah menyebut "Allah" di dalam Al-Quran.

Tiada seorang pun kawan Nasrani atau Yahudi Khalid Samad berkata sesuatu di dalam Al Qur-an.

Khalid Samad telah memperkatakan sesuatu tentang Allah yang dia tiada ilmu mengenainya.

Berkenaan dengan pekerti dan dakwaan Khali Samad sedemikian rupa, Allah telah menghujjahnya 1400 tahun dahulu dengan berkata, "..... Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?" (9:30)

Geng Samudera said...

Salam,

Aikkk..korang nih nak hentam balik Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, YB Dato' Ustaz Haji Mohamed Daud Al-Iraqi ker atau nak ulas masalah kalimah Allah...?????

Kata takmo jadikan isu ini isu politik....

INI SOAL AKIDAH!!!...bukan soal PAS ATAU UMNO...!!!

Tak semestinya kita kena 'jadi' UMNO baru ikhlas berjuang...
Ini masalah umat Islam global...

Arif Omar said...

Daripada segi undang-undang, Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf Islam sebagai agama bagi negara ini di dalam peruntukan Perkara 3(1). Perkara itu turut menjamin kedudukan agama lain dengan formula "aman dan damai"."Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan".

Formula "aman dan damai" ini belum pernah ditafsir oleh mahkamah.Namun, daripada segi amalan, agama selain Islam tidak boleh diamalkan sekiranya ia mengganggu dan menggugat keadaan "aman dan damai" masyarakat negara ini.Bahagian kedua Perkara 3(1) ini juga memberi pengertian bahawa, keharmonian dan toleransi antara agama perlu dititikberatkan supaya tidak menggugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

Oleh itu, penggunaan perkataan 'Allah' oleh Herald Catholic boleh ditafsirkan sebagai menggugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini. Ia juga boleh mencemar formula "aman dan damai" yang dimaktubkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.Merujuk kepada isu penggunaan perkataan 'Allah', kita perlu melihat aspek baik dan buruk hubungan antara penganut agama dalam formula 'aman dan damai' itu.Undang-undang, pada banyak ketika, tidak dapat menjadi penyelesaian kepada semua masalah terutama yang melibatkan emosi atau sensitiviti.

Unknown said...

pas for kristian and dap.. tak pa la since depa dah terima ALLAH mai la kita doa kan supaya semua kristian tu terima pula nabi MUHAMMAD itu pesuruh ALLAH

zedmagel said...

Salam Tahnian Buat Bro Amir Hamzah,

Tulisan tuan menjadi perhatian ramai termasuk saya dengan isu yang terkini.

Mereka dah guna perkataan God iaitu tuhan mereka.

ALLAH hanya milik umat Islam, apa yang mereka hendak lagi. Tindakan mereka tak lain tak bukan untuk mengelirukan umat Islam genarasi kita yang akan datang, tujuan jahat mereka kita akan tentang habis-habisan. Ini satu sikap biadap mereka kepada kita. Buat semua rakan-rakan blogger Islam. Kita tidak menentang rakan-rakan lain untuk bergama apa pun, tapi jangan mencabar umat Melayu Islam di Malaysia yang selama ini terlalu berlembut dengan semua perkara.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam cekodokmasin,
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan gereja Katholik, Herald, menggunakan kalimah "Allah" dalam penerbitannya.

Syabas diucapkan. Nampaknya The Herald kena tunggulah dulu hasil rayuan,jadi sekarang tak boleh guna lagi dlm cetakan mereka.

Salam Jeffry,
Seperti biasa apa jua yang mendatang faedah kepada PAS, semuanya halal, orang kafir yang mengundi PAS pun Nik Aziz kata boleh masuk syurga.

Dalam isu guna nama Allah ni, sekali lagi Nik Aziz berbeza pendapat dengan Timbalan Presiden PAS. Nasharuddin Mat Isa yang kata dalam isu guna nama "Allah" ni PAS perlu tolak tepi kepentingan politik dan harus mengkaji implikasinya terhadap Islam tetapi ULARmak PAS yang tidak mahu melepaskan peluang untuk mengambil hati orang-orang kafir ni si Nik Aziz tetap meyokong orang-orang kafir ni mengunakan kalimah Allah di gereja-gereja mereka.Sekarang kita boleh nilai sendiri bagaimana Nik Aziz mempergunakan Islam untuk kepentingan parti politik dia.

Dalam perkembangan terbaru....berita Sinaran Harian:
Bukan Islam tidak boleh guna Allah: Nik Aziz


KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, penggunaan kalimah Allah oleh agama lain pada masa kini tidak boleh dibenarkan sama sekali kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Nik Abdul Aziz berkata, bagaimanapun dari segi hukum, Islam membenarkan agama ‘samawi’ (agama dari langit) seperti Kristian, Nasrani dan Yahudi menggunakan kalimah tersebut.

“Sebenarnya dari segi hukum, penggunaan kalimah Allah pada pengamal agama ‘samawi’ memang boleh. Dalam al-Quran terlalu banyak yang sebut tetapi dibimbangkan dan takut disalah guna. Jadi lebih baik kita berhenti dari membenarkan agama lain guna perkataan Allah. Dari sebab tu dalam fikah ada sebut kita boleh sekat orang bukan Islam guna perkataan Allah walaupun benda tu harus.

“Penggunaan kalimah Allah pada masa sekarang oleh golongan bukan Islam tidak boleh kerana dikhuatiri disalah gunakan oleh pihak tertentu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan pejabat baru Urus setia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri di sini semalam.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tidak ada rundingan di antara Islam dan Kristian dalam menyelesaikan masalah ini dengan baik menyebabkan ia menjejas sensitiviti rakyat di negara ini.

“Kita bimbang dan takut perkataan Allah ini disalahgunakan sehingga menyebabkan orang Melayu beragama Islam keliru...dia kata sana Allah, sini pun Allah. Sehinggakan akhir-akhir ini saya dengar gereja pun minta dipanggil masjid Kristian....
Berita selanjutnya bisa dibaca di pautan ini:

http://www.sinarharian.com.my/com/content/story6324096.asp

Salam Fazli Salleh,
Saya bersetuju dengan saudara,
Sama-sama kita berfikir tentang perkara yang tersirat disebaliknya.Maka itu keputusan Mahkamah Tinggi yang dibuat oleh Hakim Datuk Lau Bee Lan, seorang hakim bukan Islam yang ternyata tidak memahami sensitiviti dan kedudukan Islam di negara ini adalah sangat tidak wajar dan harus ditolak oleh mana-mana mahkamah yang lebih tinggi darinya. Sudah tentu mengikut Perlembagaan negara ini, Majlis Raja-Raja masih mempunyai kuasa mutlak untuk menolak mana-mana keputusan yang boleh mengeliru dan menjejaskan akidah umat Islam di negara ini seperti mana keputusan yang dibuat oleh Hakim Datuk Lau Bee Lan ini.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Shah,
Semua ini adalah angkara Anwar. Selagi dia tak jadi PM....selagi itu lah dia akan membuat onar. Beliau seorang 'fighter'

Salam pakcik KUNTONG,
Di Semenanjung agak sensitif mungkin tidak di Sabah dan Sarawak. Bible bahasa Indonesia telah lama tersebar di Sabah dan Sarawak yang menggunakan kalimah Allah di dalam bible. Lihatlah pengaruh Kristian di Malaysia Timur itu dan lihat jugalah jumlah yang murtad di Indonesia.

Salam YANG GAMBI,
Benar kata saudara itu,
Jika pihak Gereja Katholik mengaku bahawa Allah adalah Tuhan mereka, secara automatik juga mereka akan dianggap sebagai penganut Islam. Bila mereka sudah dianggap sebagai penganut Islam, sudah tentu mereka juga tertakluk dibawah undang-undang Islam. Ini bermakna secara automatiknya mereka tidak boleh lagi berpegang kepercayaan lain selain daripada ajaran Islam. Jika mereka masih meniru kepercayaan Kristian Katholik dalam amalan di Gereja mereka maka secara automatiknya mereka akan dianggap sebagai murtad dan tertakluk dibawah hukum hudud.

Salam Kembara Politik dan Dal
Itu pendapat PAS 2008. Melihat penentangan umat Islam yang bertali arus Nik Aziz nampaknya sudah tukar fikiran apabila beliau berkata bukan Islam tidak boleh guna nama Allah.“Sebenarnya dari segi hukum, penggunaan kalimah Allah pada pengamal agama ‘samawi’ memang boleh. Dalam al-Quran terlalu banyak yang sebut tetapi dibimbangkan dan takut disalah guna. Jadi lebih baik kita berhenti dari membenarkan agama lain guna perkataan Allah. Dari sebab tu dalam fikah ada sebut kita boleh sekat orang bukan Islam guna perkataan Allah walaupun benda tu harus.

“Penggunaan kalimah Allah pada masa sekarang oleh golongan bukan Islam tidak boleh kerana dikhuatiri disalah gunakan oleh pihak tertentu,”
(http://www.sinarharian.com.my/com/content/story6324096.asp)

Salam Selempang Merah
Ekoran keadaan tersebut, Perdana Menteri, Mohd Najib Tun Abdul Razak meminta umat Islam bertenang dan menyerahkan kepada kerajaan menyelesaikan kontroversi berkenaan melalui proses undang-undang.

Kenyataan Najib tersebut memperkukuhkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir bahawa JPM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengemukan rayuan kepada Mahkamah Rayuan berhubung dengan keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan. Sudah pun dibuat....

Salam Abang Tuah,
Semua pihak dalam negara ini perlu menghormati institusi Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengeluarkan fatwa bagi melindungi kedaulatan dan kesucian agama Islam, menurut Majlis Fatwa Kebangsaan, kalimah "Allah" adalah eksklusif bagi agama Islam
(KDN) akan kemuka rayuan dan saya akan sembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong dan jika Yang di-Pertuan Agong berkenan, akan diberi taklimat, juga taklimat kepada Majlis Raja-Raja.

Salam LanaBulu,
Berilah komen saudara, kami yang tak berapa pandai ni nak dengor jugak. Memanglah.....kerana Melayu sudah berpecah tiga inilah timbulnya pelbagai bencana termasuklah tuntutan Kristian terhadap kalimah Allah. Beranikah mereka jika Islam itu bersatu?

Salam Aku Pengail,
Mereka ada agenda tersembunyi... namun jangan risau kerana Nama Allah: Najib akan mengadap Yang di-Pertuan Agong

Salam bro Arif Omar,
Nik Aziz pun dah konar baring. Baru tersedar dah tersasar jauh. Nik Aziz pun dah senada dengan Nasharuddin.

Salam airman 1,
Hehehe.....tang Nabi Muhamad s.a.w dan Al-Quran ni yang depa kantoi

Salam Hj Zedmagel,
Mereka ingin mengkristiankan Melayu seperti mana mereka memurtadkan ramai bangsa Indonesia. Teknik dan kaedah yang serupa.

mukhtar said...

Salam Amir,

Sebagai umat Islam aku terpanggil juga nak bagi respon.
God terjemahannya Tuhan. Bukan Allah.
Allah hanya untuk umat Islam.
Mereka orang bukan Islam bolehlah guna Tuhan.

Allah hanya untuk Islam.

mukhtar said...

Kalimah ALLAH diputuskan oleh Mahkamah Sivil?????????????

Adakah ALLAH layak dibicarakan di Mahkamah SIVIL ?????

Adakah hakim Mahkamah Sivil itu lebih besar, lebih bijak daripada ALLAH Azzawajalla.

Aku kata MURTAD jika sesiapa menerima keputusan mahkamah sivil itu.

Mana suara ulama, ustaz.
Perkara ini tak boleh didiamkan.

Mohon Duli Yang DiPertuan Agong cepat membetulkan penghinaan ini.

Membicarakan ALLAH di Mahkamah Sivil adalah satu penghinaan.

Kita umat Islam wajib Fisabilillah.

Geng Samudera said...

Salam,

Twat 2010 :

http://www.youtube.com/watch?v=cV89G-wrgDQ&feature=player_embedded

Please listen to it carefully and clear-headedly and judge for yourself who speaks the most sense. The body-language tell a story too.

One of the panel is 100% reading from a script and seems to be incapable of speaking knowledgeably about the issue, or perhaps is even totally ignorant of the facts.

One could be excused for labelling the ABIM [VP Khairul Faiz Morat) representative as acting an inherently stupid stooge, as he is clearly incapable of taking part in the interview properly.

It seems obvious that this issue is more a political and racial issue rather than a truly religious one.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Mukhtar,
No komen....sudah di bawa ke mahkamah

Salam Geng Samudera,
Saya bersetuju bahawa Khairul bukanlah orangnya untuk bercakap dalam soal ini. Selain banyak merujuk kepada skrip, beliau kurang fakta untuk mengupas isu penting begini.

mukhtar said...

Amir,

Kita manusia Ciptaan ALLAH. Kita dicipta dengan keupayaan otak yang terhad untuk memikirkan tentang ALLAH. Yang pasti ALLAH tidak berbentuk,tidak berwarna, tidak boleh digambarkan oleh minda manusia.ALLAH ITU WUJUD,MAHA KUASA,MAHA BIJAKSANA.

ALLAH hanya untuk manusia faham konsep tersebut.

12A Genque said...

fitrah insani bahawa manusia memperakui penciptaan dunia oleh Allah SWT sebagaimana firmannya yang bermaksud:

“Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah…” (Al Quran, Az-Zumar (39):38).

Anonymous said...

Nubuat di dalam Yesaya 42 menceritakan tentang Ahmad, 'Hamba Allah' yang akan berperang dan mebawa keadilan pada agama Allah. Dia juga akan membebaskan Arabia dari amalan penyembahan berhala. Gurun, desa-desa dan kota-kota Arabia akan memuliakan dan memuji Allah. Ini adalah apa yang terjadi sehingga ke hari ini. Seluruh Arabia memuji dan mengagungkan Allah, menyanyikan kalimat Allah setiap hari.

Dan seterusnya kita membaca Yesaya 42:18 - 25; perihal Bani Israel akan tetap tuli dan buta karena mereka mengabaikan perintah Allah yang dibawa oleh 'Hamba Allah' ini.
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Dalam Yesaya 42:1, ianya bukanlah kebetulan jika kita melihat pada penulisan אתמך (Atmc) אחמד (Ahmd). Dan kalimat sebelum אתמך (Atmc), adalah עבדי (Abedi ~ Hamba Ku). Nubuat ini tidak lain; hanya merujuk pada Ahmad, Abedallah (Ahmad, Hamba Allah).

Istimewanya penulisan אתמך (Atmc), ia satu kalimat yang meperihalkan nubuat akan datangnya Hamba Allah serta ditulis sekali sahaja dalam Alkitab. [Apakah pena yang menulis salah menyalin atau ianya kesalahan yang disengaja?]

Bani Israel telah menerima nubuat kedatangan Ahmad namun malang, hanya sedikit yang menerima.