Friday, December 4, 2009

Bagaimana Nik Aziz Boleh Bertahan Lama?


Wajah Nik Aziz yang 'sejuk mata memandang'

Rumah Nik Aziz yang sederhana


Kereta rasmi MB Kelantan

Nik Aziz Nik Mat bukan lah asing kepada kita walaupun tidak begitu rapat dan jarang bertemu apatah lagi mempunyai fahaman politik yang berbeza. Saya sering juga mengikuti ceramah politiknya jika beliau ke Johor ini untuk mendengar sendiri ceramahnya. Tidak ada apa yang istimewanya jika beliau menyentuh isu-isu politik tetapi ilmu agamanya jika ada diselitkan membawa manafaat juga kepada para pendengar.

Seingat saya sudah hampir 19 tahun Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan selepas PRU tahun 1990 ketika PAS bergabung dengan Semangat 46 melalui Angkatan Perpaduan Ummah. Sejak itu, PAS tidak menoleh ke belakang dengan memenangi 4 PRU selepas itu sekali gus meletakkan Nik Aziz kekal sebagai MB Kelantan sehingga kini. Saya mempunyai ramai kawan-kawan daripada parti PAS dan kami di Johor, walaupun berlainan parti tapi tidak menyekat kami untuk minum teh, berborak, mencari nafkah, menuntut ilmu dan hidup bermasyarakat. Kawan-kawan saya ini begitu taksub, taat dan meletakkan Nik Aziz itu sangat istimewa dalam hidup masing-masing malah menjadi bahan rujukan selain Al-Quran serta sunnah dan hadis Nabi Muhamad s.a.w.

Hebat Nik Aziz ini di kalangan penyokong dan pendokong parti PAS dan berbeza dengan pandangan lawannya khususnya sejak mutakhir ini. Malah di blog ini, saya sendiri telah memberi pandangan tentang tindakan Nik Aziz mutakhir ini yang kurang disenangi oleh masyarakat awam tetapi rupanya sedikit pun tidak meninggalkan bekas atau rasa gundah gulana kepada penyokong, pendokong serta pengikut Nik Aziz dan PAS keseluruhannya. Inilah yang menjadikan kekaguman kepada saya tentang ketaatan ahli kepada pemimpin-pemimpinnya.

Apakah alasan mereka ini sehingga begitu taksub dengan pemimpin walaupun pelbagai isu di ketengahkan:

* Kenyataan kontroversi

Menjelang pilihan raya 1999, Nik Aziz mengemukakan kiasan “Tak salah berkawan dengan syaitan.” untuk menjustifikasikan ‘perkahwinan’ parti PAS dengan DAP. Beliau juga menyifatkan ‘orang UMNO sama sahaja dengan orang utan’. Beliau juga pernah mengeluarkan kenyataan ‘‘Tuhan pun mencarut’’, ‘Tuhan gedebe’, ‘istikharah’ nak pilih UMNO atau PAS sama dengan istikharah nak zina ke nak kahwin’ selain ungkapan UMNO tidak Islam seperti yang sering dikatakannya.

* Bantahan terhadap kerajaan perpaduan

Pada 22 Jun 2009, Nik Aziz menarik balik desakan meletakkan jawatan terhadap Nasharudin Mat Isa berhubung idea kerajaan perpaduan. Pada 19 Jun 2009,beliau mendesak Nasharuddin meletakkan jawatan Timbalan Presiden PAS dan ahli parlimen Bachok.Polemik kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang diputuskan oleh Presiden PAS bersama pimpinan Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di Parlimen yang menolak idea kerajaan perpaduan.

* UMNO dan Ayah Pin

Pada 21 Jun 2009, Nik Aziz dalam satu majlis ceramah politik di Manek Urai, Kelantan menyamakan perjuangan UMNO dengan ajaran sesat "Ayah Pin" dan komunis. Baginya itu adalah satu kiasan sahaja dan mengajak Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat secara terbuka

* Muktamar Khas PAS

Pada 23 Oktober 2009, Mursyidul Am PAS mencadangkan parti itu mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu "dua tiga kerat pemimpin bermasalah", termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Desakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dibuat ekoran kemarahannya terhadap beberapa lagi pemimpin parti, antaranya Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali berhubung isu kerajaan perpaduan

Terakhir isu 'Rasuah Haji' dan 'pemecatan menantu' sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) berkuatkuasa 23 Mac 2010. Paling panas ialah "Nik Aziz mohon rakyat Kelantan doakan Perdana Menteri PECAH PERUT jika tidak diberikan royalti minyak kepada negeri berkenaan" - Sinarharian.

Namun isu-isu ini memang ada jawapannya dan saya tidak perlu untuk menyatakan jawapan itu betul atau salah kerana ianya tidak ada kata pemutus. Bagi mereka, kebaikan dan kesederhanaan pada Nik Aziz sudah cukup untuk membetulkan semua perkara.Nik Aziz sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya. Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.

Tidak berpagar, mudah dikunjungi
satu lagi kereta rasmi MB Kelantan

Pada pandangan saya, penyokong-penyokong PAS tidak akan terpengaruh dengan serangan bertali arus terhadap pelbagai isu ke atas batang tubuh Nik Aziz. Tidak mungkin mereka akan beralih arah. Sangat tebal sentimen mereka kepada Nik Aziz dan Hadi Awang. Ini merupakan satu kelebihan kepada PAS kerana mempunyai pengikut yang taat dan setia. Jika ada yang mungkin terpengaruh dengan serangan-serangan dari pihak penyokong kerajaan dan UMNO adalah daripada mereka yang atas pagar dan tidak berparti. Sentimen 'sayang dan kasih' kepada Nik Aziz mungkin tidak ada pada mereka.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

10 comments:

Unknown said...

Secara kasar..
orang awam memerhati dan menilai ..
Kesederhanaan MB Kelantan berbandingkan dgn bekas MB Kelantan zaman BN du..bahkan ketua2 UMNO zaman la ni pun..kemewahan mereka jelas berbeza dgn MB sendiri..
Di sini contoh mudah utk dinilai..
Kalau belum jadi MB dah bermewahan..telah lah bila dah naik..Sedangkan MB sekarang jelas keserderhanaan dan mudah didekati oleh rakyat segenap lapisan bangsa dan agama..
Dgn izin Allah swt jua..doa rakyat yg menyayangi TG mereka melanjutkan usianya di situ(MB)..
Bagaimana pula dgn pemimpin UMNO..BN? Ketua Bahagian..cawangan..kawasan..negeri..? MB..? kehidupan berwewahan ..bahkan kadang2 keterlaluan..melebihi had pndapatan pun.. Itulah masalahnya..? Sebagai contoh..rumah atau mahligai K/Toyo bernilai JUTAAN RM..?! Untuk APA semua NI>>?? Utk rakyat? Rakyat sekarang bukan spt dulu tahun 70an..la ni semua dah boleh berfikir secara lojik ...

Anonymous said...

SLM BRO..APA ADA PD NAMA. APA ADA PD HARTA. TAK KIRA PARTI ATAU IDEOLOGI. ZAMAN SKRG MANUSIA BLH BERSELINDUNG DI BALIK TITLE DATUK. BEGITU JUGA DGN HARTA. WLUPUN SEDERHANA TP JGN SANGKA X BERHARTA HEHEH

cekodokmasin said...

سلام توان،
سباڬاي ڤرتي يڠ ماهو دليهت برترسكن اڬام اسلام، برتيندق اتس لونس-لونس ايسيعام، ايميج كاسلامن ڤرلو اد ڤد ڤميمڤينڽ. ستاكت اين، سلڤس ايرا دوكتور اسري دان استاذ فاضل نور، تياد سأورڠ ڤون ڤميمڤين ڤواق همڤاس يڠ ممڤوڽاءي ڤرواتقن علماء. اڤ يڠ اد هاڽله ڤميمڤين يڠ ڤراڠاي دان نفسوڽ سام دڠن سستڠه ڤميمڤين ڤرتي ڤوليتيك لاين، باءيق امنو، كعاديلن اتاو دڤ. ن.اجيس دڬامبركن سباڬاي سأورڠ يڠ زهد دان سدرهان باڬي منونجوقكن بهاوا بوكن دنيا يڠ دكجر تتاڤي اخيرة جوا سمات-مات. ايت دڤرتاهنكن اوليه همڤاس اڬر تروس منداڤت كڤرچايأن ممبوتا تولي دري ڤڽوكوڠ-ڤڽوكوڠ توتوقڽ. چوباله ڬنتي دڠن اورڠ لاين، ڤستي ڤوڤوس سكليڤ مات دالم ڤرو اكن داتڠ. جك دكاتاكن تيدق مڠمبيل ڬاجي مالهن مندرم ڤولا كڤد تابوڠ-تابوڠ تاجان همڤاس باڬايمانا ڤولا دڠن ايلاون-ايلاون ترماسوق تونتوتن ڤرجالنن يڠ سلالوڽ برليڤس كالي ڬندا دري ڬاجي سباڬاي مب. سبب ايت انور إبراهيم سڠڬونڤ منجادي ڤنصيحة برڬاجي رم1 كران دي تاهو ايلاون-ايلاونڽ اكن برليڤت كالي ڬندا تيدق ترماسوق رومه، كريتا، ڤمندو دان سباڬايڽ. تق ترفيكيركه كيت باڬايمانا سستڠه ڤميمڤين ڤرتي ڤمبڠكڠ هيدوڤ دالم كميواهن سبايق سهاج دلانتيق سباڬاي ايايك سچو اتاو واكيل رعيت. سليديقله اڤ يڠ برلاكو د كلنتن تنتڠ باڬايمانا سستڠه مريك اين مڠڬوناكن كواس دان كدودوكن اونتوق مرايه كميواهن دان كسنڠن سهيڠڬ ممڤو برايستري لبيه دري 1 اتاو 2. سمنتارا يڠ لاين ڤولا، ترڤقسا برهادڤن دڠن تونتوتن دري بكس استري يڠ دچرايكن سهيڠڬ منچچه رم3 جوت؟ يب بياسا جر تو ڤولا. هاڽ اورڠ يڠ تله لاما برڬلومڠ دالم ڤوليتيك سهاج يڠ فهم سيڤق-تراجڠ مريك اين سموا دالم مڽمبوڽيكن كليچيكان مڠومڤول دان ممبياقكن هرتا. باءيق دالم كلوارڬ اتاو كروني سرتا ڤڽوكوڠ تڬر مريك. حياة همڤاس هاڽ ترلتق د تالين حياة تراخير ايايت ن.اجيس....

Arif Omar said...

biarkanlah. janji mulut kita tak sama dengan mulut mereka. buar tak berjubah dan berserban pun

Arif Omar said...

lihat ajelah rumah orang pas pun. sama juga mewah nya. bersepah.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam LanaBulu,
Rumah dan kehidupan Nik Aziz memang sederhana. Bagaimana pulak gaya hidup dan kemewahan pemimpin2 PAS yang lain?

Salam Jeffry,
Tak semestinya Nik Aziz tidak berharta....cuma memang gayanya bersederhana. Gaji dan elaun MB selama 19 tahun mungkin banyak dihabiskan kepada perjuangan partinya. Sebab itu gamaknya nak ke Mekah pun tunggu orang sponsor. hehehe

سلام چكودوقماسين،
دسيني سوك اتاو تيدق كيت كنا اكوا تنتڠ كسدرهانان هيدوڤ منتري بسر كلنتن ايت. كسدرهانان هيدوڤڽ تله دجاج سلوروه نڬارا مالهن تيدق وجود ڤولا د كالڠن ڤميمڤين-ڤميمڤين امنو. نامون نئ عزيز تيدق برجاي منتربية ڤميمڤين-ڤميمڤين ڤاس لاين يڠ برلومبا-لومبا مڠجر ككايأن دان مڠومڤول هرتا. ايتله كلمهن نئ عزيز. كسدرهانانڽ بوكن مڠمبركن كسلوروهن چارا هيدوڤ ڤميمڤين-ڤميمڤين ڤاس. هاڽ نئ عزيز سأورڠ سهاج.

Salam bro Arif Omar,
Seperti yang saya katakan, kesederhanaan hidup Nik Aziz bukan bermakna semua pemimpin PAS begitu. Nik Aziz antara seorang dalam beribu.....Pemimpin PAS yang lain tak ada bezanya dengan pemimpin2 politik yang lain. Berebut-rebut projek dan balak jugak......

Unknown said...

Dengan haq Ismul 'Adzam pohon tutupkanlah ya Allah segala jalan DAP keturunan Juj wa Ma'juj ini.

Demi keagungan Asma-u-lhusna pohon ya Robbana lumpuhkan DAP keturunan Juj wa Ma'juj ini.

Dengan Nama Tuhan bagi Muhammad dan sekelian Nabi Rasul a.s.w.s.; minggir engkau (noor-M-mu) hai DAP keturunan Juj wa Ma'juj.

Bis-mil-lah ... gelap seluruh sudut mu hai DAP keturunan Juj wa Ma'juj.

Bis-mil-lah ... tersumbat seluruh rongga mu hai DAP keturunan Juj wa Ma'juj.

Bis-mil-lah ... dipohonkan bantuan bagi kaum yang (mengaku) kelemahan.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam J. Jun,
Doa ini lebih baik daripada doa Nik Aziz. DAP adalah anak PAP. DAP musuh utama Melayu dan Islam.

Unknown said...

Mudah-mudahan doa ini menjadi kehendak seluruh Islam dan menjadi Kehendak Allah pula.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Insyallah....Semuga umat Islam bersatu kembali, mengukuhkan ikatan ukhwah, mengenepikan kepentingan diri dan politik kepartian yang melampau. Islam semakin terhimpit di bumi bertuah ini.