Sunday, December 27, 2009

Bagaimana UMNO Nak Pulih ?


Semua orang tahu hubungan Zahid - Anwar ketika Anwar menjadi TPM. Malah ketika menjadi Ketua Pemuda UMNO , Zahid lah yang mengetengahkan isu kronisme dan nepotisme di dalam UMNO. Kita pun tahu siapa di belakangnya. Kalau tiada 'Tokan' mana mungkin Zahid menjadi sebegitu berani lebih-lebih lagi di zaman Tun M menjadi PM. Tapi itu dulu.....Selepas itu Zahid telah 'kembali ke pangkal jalan' sehingga Zahid masih kekal di dalam kabinet Pak Lah dan Najib. Nasib politik Zahid semakin cerah sehingga berjaya menduduki kerusi Naib Presiden di dalam UMNO.

Namun, masih ada yang memandang sinis terhadap kesetiaan Zahid.

Siapa sebenarnya Zahid?

Baca petikan daripada tulisan Sulaiman Abdullah bertajuk 'Apakah Zahid Hamidi Gunting Dalam Lipatan Pentadbiran Najib?' dalam www.malaysia-instinct.com. Saya tidak minta untuk percaya tetapi saudara mungkin ada pandangan sendiri. Kalau benar seperti yang didakwa oleh penulis ini, semakin sukarlah untuk memulihkan UMNO dan BN tetapi semakin mudahlah Anwar akan ke Putrajaya.

Oleh Sulaiman Abdullah

Sikap dan tindak -tanduk Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di dalam pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mula menjadi buah mulut di kalangan anggota masyarakat terutama mereka yang celik politik.

Beberapa sikap yang dipertontonkan Zahid menimbulkan persoalan dan tanda tanya apakah Zahid sebenarnya gunting dalam lipatan kepada pentadbiran Najib.

Untuk memahami mengapa sikap Zahid boleh dipersoalkan maka kita perlu melihat kepada apakah sikap atau perbuatan yang dipertontonkan beliau.

Pertama adalah pemilihan calon pilihanraya kecil Permatang Pasir Ogos lalu.

Zahid selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang telah mencalonkan seorang calon bermasalah iaitu Rohaizat Othman.

Sebelum proses pengundian bermula pun orang ramai sudah tahu UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan melingkup di kawasan itu.

Puncanya mudah sahaja kerana calon itu penuh bermasalah orangnya seperti memiliki rekod menipu wang pelanggan semasa menjadi peguam, berkahwin dua dan sebagainya.

Disebabkan reputasi dan kedudukan Zahid, apabila beliau mencalonkan satu nama, maka UMNO pusat pun bertindak meluluskan atau endorse nama berkenaan untuk menjadi calon.

Pilihan raya Permatang Pasir ketika itu amat penting buat BN kerana BN ketika itu sedang baru mula melalui momentum kenaikkan apabila hanya tewas dengan undi kecil sebanyak 65 undi sahaja di kubu kuat Pas di Manek Urai pada pilihan raya kecil sebelum itu.

Calon yang dicadangkan Zahid bukan sahaja melemahkan UMNO tetapi mencacatkan momentum sokongan ke atas Najib dari satu segi.

Kemudian, yang terbaru ini, secara tidak semena-mena timbul pula kes kehilangan pesawat pemintas F5E yang berlaku pada tahun 2007 yang tiba-tiba bocor ke pengetahuan media.

Kehilangan itu berlaku ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan.

Ada banyak pihak yang mendakwa bahawa Zahid yang bertanggungjawab membocorkan perihal kejadian itu kepada pihak media.

Tidak ada bukti yang kukuh untuk mengesyaki Zahid tetapi jika niat beliau adalah untuk memburuk dan melemahkan pentadbiran Najib, maka sudah hampir pasti kejadian itu sampai ke telinga media melalui perbuatan Zahid.

Mungkin bukan Zahid yang bercakap terus kepada pihak akhbar, tetapi mungkin dilakukan oleh orang-orang suruhannya.

Terdahulu pada itu, Zahid juga dengan tidak semena-mena mencadangkan agar kerusi Pengerusi BN Pulau Pinang diberikan kepada UMNO.

Walaupun beliau memilki sebab dan alasan untuk berbuat demikian, tetapi sebagai ahli politik yang senior, beliau pastinya lebih arif perkara seperti itu tidak boleh dilakukan terutama di kala sokongan masyarakat Cina kepada BN berada di tahap paling rendah.

Menuduh secara terbuka Gerakan tidak membuat kerja hanya mewujudkan situasi tidak senang Gerakan dengan UMNO dan kepada Najib secara tidak langsung.

Cadangan seperti itu juga dilihat masyarakat Cina sebagai menghakis kuasa politik masyarakat Cina dan UMNO bersikap pembuli.

Walaupun Zahid Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, beliau tidak rugi banyak dengan kenyataan beliau itu, tetapi impaknya ke atas BN dan Najib terutama dari perspektif sokongan masyarakat Cina adalah amat buruk sekali.

Di Janda Baik bebebrapa minggu lalu, Zahid dilaporkan berkata, kalau beliau menjadi Perdana Menteri 12.50, Khairy Jamaluddin (KJ) akan dilantik menjadi menteri 12.51.

Lagi sekali....apa motif Zahid berkata begitu?

Patutnya beliau fahamlah tentu Najib ada sebab untuk tidak melantik KJ.

Kenyataan Zahid itu nyata sekali merendahkan Najib dan tindakan Perdana Menteri. Apakah Zahid cuba menzahirkan beliau lebih bijak daripada Najib?

Atau sebenar mahu memecah-belahkan dengan lebih teruk lagi Pergerakan Pemuda UMNO yang sudah sedia kala agak haru biru di bawah KJ.

Kenyataan itu hanya menambah benci yang mendalam di kalangan penyokong KJ terhadap Najib dan tidak membawa sebarang kebaikkan.

Itu adalah antara beberapa contoh sikap dan tindak tanduk Zahid yang menimbulkan pelbagai persoalan.

Untuk menzahirkan mengapa penulis mencurigai Zahid, harus rasanya dikongsi sedikit pengalaman seorang rakan wartawan menemu bual Zahid secara eksklusif di pejabatnya tahun lalu.

Rakan itu menceritakan kepada penulis, dalam pertemuan hampir satu jam setengah itu, 60 peratus perbualan yang terbit daripada mulut Zahid adalah berkisar kepada Anwar Ibrahim.

Bukannya mengutuk tetapi puji-pujian dan kisah-kisah yang kononnya boleh menimbulkan rasa sedih dan simpati terhadap Anwar.

Zahid adalah Ketua Pemuda UMNO di zaman Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Zahid adalah antara anak didik Anwar yang paling berjaya. Malah, semasa reformasi, Zahid juga antara yang paling banyak memberikan ucapan pembakar semangat di rumah Anwar setiap malam.

Malah, dilaporkan sebab terlalu mengidolakan Anwar, Zahid pada satu peringkat mahu meninggal UMNO untuk menyertai perjuangan Anwar tetapi hasratnya berjaya dipatahkan oleh isterinya sendiri yang tidak bersetuju jika Zahid keluar UMNO.

Zahid adalah bekas Setiausaha Politik Najib dan perlantikan Zahid itu adalah atas arahan Anwar Ibrahim sendiri yang menentukan siapakah pegawai-pegawainya yang harus bersama dengan pemimpin-pemimpin Pasukan Wawasan.

Justeru, peranan Zahid memang sejak awal lagi untuk memantau pergerakan Najib.

Berbalik kepada pengalaman rakan penulis, rakan itu berkata, simpati dan kesetiaan Zahid kepada Anwar masih terlalu menebal.

" Zahir bercerita bagaimana Wan Azizah meninggal nota di peti sejuk mengatakan Papa dah takda jadi semua orang kena berjimat-cermat dan sebagainya bagi memperlihatkan bagaimana keluarga Anwar kononnya bersedih dan susah ketika Anwar dimasukkan ke penjara," kata rakan penulis.

Dengan apa yang diberitahu rakan penulis dan melihat tindak tanduk Zahid, mahu tidak mahu wujud semacam perasaan skeptikal dan curiga terhadap Zahid.

Apakah beliau gunting dalam lipatan?

Mengapa Naib-naib Presiden yang lain seperti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein atau Datuk Seri Shafie Apdal tidak pula mengeluarkan sebarang kenyataan atau berkelakuan seperti Zahid?

Apakah Zahid mahu melemahkan pentadbiran Najib untuk membuka laluan yang lebih kukuh kepada Anwar? Mengenangkan kedududkan Zahid dan keintiman beliau dengan ketua pembangikang berkenaan, perkara ini tidak boleh ditolak begitu sahaja.

Atau Zahid mahu melemahkan pentadbiran Najib dengan niat untuk menaikkan dirinya dengan pantas ke jawatan yang lebih tinggi.

Cita-cita politik Zahid pun bukannya kecil, jangan kita lupa Zahid asalnya mencalonkan dirinya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO yang sudah diketahui akan ditandingi oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pemilihan UMNO yang lalu. Hanya selepas beberapa ketika baru beliau menarik diri dan mengumumkan bertanding Naib Presiden pula.

Mungkin Zahid mengintai jawatan-jawatan tertinggi negara dan parti untuk dirinya.

Apa pun, sikap dan tingkah laku Zahid dalam UMNO dan kerajaan harus dipantau dari dekat. Jika ada lagi perbuatan-perbuatan yang 'pelik' atau menimbulkan persoalan, maka tidak ada pilihan melainkan Zahid perlu dikawal.

Mencegah itu lebih baik daripada merawat. Sebelum Zahid Hamidi menjadi kanser kepada parti, beliau perlu diubati. Tanda-tanda awal kanser sudah mula kelihatan dan tidak boleh dipandang enteng.

12 comments:

Arif Omar said...

SAYA PUN DAH LAMA SYAK PERKARA INI. REKODNYA DULU PUN BEGITU . PERNAH TIKAN TUN MAHATHIR. TETAPI KEMUDIAN MAHATHIR MAAFKAN. ENJIN HILANG, KONDEMKAN MIG29 DAN BERBAGAI LAGI. INI CARANYA NAK JATUHKAN DS NAJIB. YG INI PASTI. PASTI ZAHID INI ADA AGENDA. SINGKIRKANNYA.

Selempang Merah said...

Salam bro Amir..

Kuncu-kuncu DSAI masih ramai lagi dlm UMNO.. Selain Zahid, Nazri dan beberapa orang lagi yg lain yang jelas anti Tun Mahathir merupakan antara kuncu-kuncu DSAI.

Sebab tu ramai Ahli Parlimen UMNO/BN tidak dimaklumkan agar segera ke PARLIMEN sedangkan mereka berada di sana dan boleh memantau jumlah perbandingan undi untuk meluluskan Budjet 2010.

Oleh itu, DS Najib & TS Muhyiddin kena buat sesuatu atau pemantauan sebelum peristiwa DSAI berulang kembali. DS Najib & TS Muhyiddin mesti menuntut ilmu politik dengan Tun Mahathir sebanyak mungkin sehingga khatam sementara Tun Mahathir masih ada. B

Mengikut pengalaman saya, dalam UMNO, ramai yang "talam dua muka", "gunting dalam lipatan", suka "baling batu , sembunyi tangan" dan suka "tikam dari belakang". Berhati-hatilah, wahai PM & TPM. Musuhnya ada dari luar dan dalam. Contohilah ketegasan Tun Mahathir jika mahu kekal lama.

Wallahu a'lam..

Generasi Pejuang Bangsa said...

sy tidak mahu ulas isu dalaman dalam UMNO .. kita sendiri pun tak pasti benda ini betul ke tak .sy lebih suka attack pembangkang daripada parti sendiri ..

bukan hanya zahid saja, berlambak lagi konco2 Anwar dlm UMNO. bukankah di dulu TPM .. segala projek2 semua dpt dgn kroni anwar masa itu .

Tp harus diingat tuduh Zahid bermakna tempias juga kena kpd UMNO kerana dia Naib Presiden UMNO..

Kalau org kata dia dulu org Anwar, Zahid sebenarnya lebih awal lagi bekerja dgn Najib ketika Najib menjadi KP UMNO dulu .

cekodokmasin said...

Salam tuanm
Zahid mana ni? Oh.. Zahid Hamidi... Hmmm... Sensdiri mau ingatlah...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Arif Omar,
UMNO tak akan kuat jika orang-orang Anwar masih ramai bersembunyi dibawah selimut UMNO. Musuh dalam selimut ini lebih berbahaya dari musuh didepan mata. Mereka perlu dikenal pasti dengan segera agar dapat digugurkan sebelum menerima padah. Siapa pun ditempat Najib tentu sukar mengenal pasti mereka ini kerana kadang-kadang musang terlalu pandai menyerupai ayam. ayam hanya sedar kewujudan musang setelah menjadi mangsa kepada musang.

Salam Selempang Merah,
Selain daripada Zahid, seorang lagi yang sangat mencurigakan.Perhatikan jugak perbuatan Nazri kebelakangan ini:

Pertama: jarang sekali dia mengkritik Anwar, kalau ada pun ianya terlalu lembut, tu pun ala kadar aje berbanding sikap beliau terhadap Tun Dr Mahathir yang menjadi mantan presiden UMNO sendiri, dia takut orang syak dia siapa kalau dia tak kritik Anwar langsung.

Kedua: Dia sanggup terbang ke Kota Baru mengadap Nik Aziz semata-mata kerana nak istihar Nik Aziz berniat jujur bila sebut tentang tajaan pergi haji tu. Dia patut tahu tajaan juga termasuk dalam kategori rasuah, kenapa dia begitu sesak nak bersihkan nama Nik Aziz tu??

Ketiga: Dia offer pembangkang suruh bawa kes royalti minyak ke mahkamah semata-mata untuk memudahkan usaha pembangkang yang sememangnya berhajat untuk bawa kes ini dari awal-awal lagi ke mahkamah sekali pun sanggup bawa hingga keperingkat antarabangsa. Dia pura-pura nak berbahas isu ini dengan pembangkang tetapi point yang dia bagi tu sengaja nak tunjuk Najib dipihak yang salah.

Keempat: Dia tuduh Tun Dr Mahathir "Bapa Racist" semata-mata Tun kata tak ada salahnya kandungan kursus BTN tu. Dia kata tak perlu menafikan tuduhan pembangkang yang mendakwa BTN mengajar rakyat bersikap racist semata-mata untuk buat UMNO kekal kuasa. Dia pura-pura sokong "1Malaysia" Najib tetapi yang sebenarnya dia mahu "1Malaysia" Najib diajar supaya terpesong untuk menyokong Anwar yang juga mempromosikan konsep yang sama.

Kelima: Dia sengaja menyerang Tun Dr Mahathir kerana tahu faktor Tun dulu dapat menjatuhkan Dolah. Dengan menyerang Tun Dr Mahathir secara tidak langsung dia mengundang kebencian rakyat terhadap Najib seperti mereka benci Dolah dulu. Dia jadikan diri sebagai umpan untuk rakyat benci Najib.

Keenam: Dalam kes kehadiran Parlimen ini, dia pura-pura menunjukkan yang dia sudah berusaha, "takkan nak letak pistol ke kepala mereka pulak". Sepatutnya dia sendiri kena tahu hari pengundian rang undang-undang seperti mana pihak pembangkang sendiri pun tahu. Dia sengaja biarkan wakil rakyat BN leka supaya dia dapat bantu rancangan Anwar hendak menumbangkan Najib. Dia sengaja buat-buat sibuk nak cari wakil BN disaat-saat akhir supaya dapat menutup rahsia rancangan permufakatan dia dengan Anwar untuk menumbangkan Najib. Malangnya rancangan dia tidak berjaya bila pembangkang sendiri tidak dapat angka cukup untuk tumbangkan BN.

hehehe.......agaknya le...

Salam Pejuang Bangsa,
Ini kata Najib :

“Jangan persoalkan hak saya sebagai Perdana Menteri, saya berhak memilih siapa saja yang saya fikir dapat membantu saya”

Saudara kata: 'Kalau org kata dia dulu org Anwar, Zahid sebenarnya lebih awal lagi bekerja dgn Najib ketika Najib menjadi KP UMNO dulu'

-Zahid berada di bawah Najib pun ketika itu atas KEHENDAK dan ARAHAN Anwar.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam cekodokmasin.

Kalau penulis www.malaysia-instinct.com. ini boleh menelah tentang tindak tanduk Zahid adakah Najib dan Muhyiddin tidak tahu langsung?
Jika tahu pun apalah yang boleh dilakukan oleh mereka berdua?
Beranikah mereka berdua berbuat sesuatu sedangkan mereka tahu Zahid mempunyai penyokong yang bukan sedikit di kalangan ahli UMNO apatah lagi sebagai Naib Presiden.

Namun ini hanya andaian penulis berdasarkan pengamatannya terhadap Zahid. Mungkin betul dan mungkin tidak........

Jika benar, agak sukar untuk UMNO pulih dalam masa yang singkat, tetapi satu 'nikmat' politik untuk Anwar.

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Tak berani nak komen. Tapi jangan bersekongkok, nanti jadi ikan tongkol. Ni pun dah macam-macam andaian orang ramai. Yang keruh jangan di bukatkan lagi.

Adus pening, Dah ada ramai penyiasat persendirian dan peramal yang telah masuk dalam kes ni.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam bro Hj Zedmagel,
Lebih baik tak payah komen, kerana ianya hanya andaian dan persepsi semata-mata.

Geng Samudera said...

Biasanya,kalau niat dah salah,akhirnya akan terserlahlah pekungnya...
Sama-sam kita lihat....

Wallahualam...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Geng Samudera,
Setakat mana sendiwara dan lakonan boleh bertahan lama......Walaupun sekadar andaian tapi bukan mustahil boleh berlaku dalam politik.

mukhtar said...

BIOR BEBENOR NI YOB.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Mukhtar,
Kalu tak beno kawan mintak maaf le yoep......