Monday, December 21, 2009

Beranikah Najib Mengambil Tindakan? Mungkin Tidak!

Senario ini sering menyaksikan kehadiran kadang kala tidak mencecah 50 orang di pihak BN di Dewan Rakyat.Sedangkan pembangkang mempunyai 82 ahli dan Bebas tiga orang. Berdasarkan pemantauan dan conggak tersebut, pihak pembangkang mungkin membuat andaian mengikut beberapa pengundian yang dibuat sebelum ini, jumlah Ahli Dewan Rakyat BN yang berada di Dewan kadang kala hampir sama jumlahnya dengan Ahli Dewan Rakyat pakatan pembangkang.

Mungkin atas perkiraan ini, Anwar melihat pengundian lewat malam di Dewan Rakyat merupakan peluang untuk ‘menggulingkan’ kerajaan secara lebih demokratik.Melihat kepada situasi ini, BN tidak boleh sentiasa merasa selesa kerana setiap peluang yang ada pasti akan diintai oleh pakatan pembangkang.

Apakah selepas ini BN akan lebih serius berhadapan dengan pembangkang di Dewan Rakyat kerana Perdana Menteri dan Timbalannya yang merupakan Ketua Whip BN dapat menyaksikan sendiri bagaimana kelebihan tiga undi yang meluluskan Bajet 2010 telah berjaya menyelamatkan hayat kerajaan BN.

Malah menukar mesyuarat kabinet pada hari Jumaat semasa sidang Dewan Rakyat daripada semangatnya ialah bagi membolehkan Menteri dan Timbalannya sentiasa berada di Parlimen.
Begitu juga halnya dengan wakil rakyat yang menjadi penyokong, kehadiran tidak boleh diambil mudah.Moga mereka belajar dan sedar kerana landskap politik dan Dewan Rakyat telah berubah. (Agendadaily.com)

Berikut adalah Ahli-ahli Parlimen BN yang tidak hadir. Selepas seminggu berlalu mungkin sudah ada jawapan untuk Perdana Menteri. Ada yang bertugas atau bercuti keluar negara, cuti sakit, atau apa sahaja alasan yang munasabah.

MENTERI


Tambun – Husni Hanadzlah
Tasik Gelugor – Nor M Yackop
Penampang – Bernard Dompok
Sembrong – Hishamuddin
Bagan Datok – Zahid Hamidi

Tg Karang – Noh Omar
Segamat – S Subramaniam
Raub - Ng Yen Yen
Kimanis - Anifah Aman

Jeli – Mustapa Mohamed
Lumut – Kong Cho Ha
Kemaman – Shabery Cheek
Tampin – Shaziman Mansor

Semporna – Shafie Apdal
Marudu – Maximus Ongkili
Betongi – Douglas Uggah
Pasir Gudang – Khaled Nordin
Jelebu - Dr Rais Yatim

TIMBALAN MENTERI


Muar - Razali Ibrahim
Papar – Rosnah Shirlin
Pontian – Ahmad Maslan
Sg Besar - Noriah Kasnon

Jerlun - Mukhriz Mahathir
Kampar – Lee Chee Leong
Kluang - Hou Kok Chung
Larut – Hamzah Zainuddin

Baram - Jacob Dungau
Bt Pahat – Puad Zarkashi
Beaufort – Lajim Ukim
Cam Highland – Devamany

AHLI-AHLI PARLIMEN BIASA-BIASA JE....


Libaran – Juslie Ajirol
Mamboing – James Dawos
Mas Gading – Tiki anak Lafe
Mukah – Leo Michael Toyad
Pasir Salak – Tajuddin Rahman

Kinabatangan – Bung Mokhtar
K Tinggi – Syed Hamid Albar
Kulai – Ong Ka Ting
Lanang - Tiong Thai King
Lawas – Henry Sum Agong

K Batas – Abdullah Badawi
K Kangsar – Rafidah Aziz
Kalabakan – Ghapur Salleh
Kangar – Radzi Sh Ahmad
Keningau – Joseph Pairin

Gelang Patah – Tan Ah Eng
Gua Musang – Razaleigh Hamzah
Hulu Rajang - Billy Abit
Igan – Abd Wahab
Jerantut – Tengku Azlan

Alor Gajah - Fong Chan Onn
Bintulu - Tiong King Sing
Bukit Katil - Md Sirat
Bt Sapai - Edmund Chong
Batang Sadong - Nancy Shukri

Tebrau – Teng Boon Soon
Tg Batu – Idris Haron
Tg Malim – Ong Ka Chuan
Tg Manis - Norah Rahman
Tuaran – Mujilip Bumburing

Rembau – Khairy Jamaludin
Rompin – Jamaluddin Jarjis
Seria – Richard Riot
Sibuti – Ahmad Lai Bujang
Setiawangsa – Zulhasnan

Padang Besar – Azmi Khalid
Pengerang – Azalina Othman
Pulai –Nur Jazlan
Putatan – Makcus Mojigoh
Putrajaya – Tengku Adnan

Salah seorang Timbalan Menteri sudah bagi jawapan dan alasan :

ini jawapan Ahmad Maslan dr blog parpukari

"Saya hadir 100% di Dewan Rakyat tahun 2009 ini...kehadiran penuh..tak pernah ponteng walau sehari..Alhamdulillah..sukar juga utk hadir 100%..tahun lepas pula saya tak hadir Dewan Rakyat cuma 1 hari iaitu pada hari pengkebumian arwah ayah saya..selepas tahlil mlmnya saya balik & hadir hari berikutnya..pada hari pengundian Isnin lepas, saya hadir Dewan Rakyat dari jam 10pagi hingga 330ptg..selepas itu pergi mtg di BTN Hq sbb hari berikutnya Selasa, PM berjumpa dgn pegawai2 BTN..pada mlm pengundian saya tak hadir sbb uruskan emak yg uzur kerana ptg itu utk kali pertama didapati/diagnose oleh Hospital Ampang Puteri terdapat batu karang dlm pundi hempedu & ketumbuhan dlm hati..ini memeranjatkan kami sekeluarga..masalahnya ialah tiada sms atau telefon nyatakan ada pengundian mlm itu yg saya terima..pada jam 11paginya saya terima sms biasa yg diterima banyak kali pada hari2 sblmnya ttg dewan bersidang hingga 10.30mlm..itu saja, tiada sms yg saya terima ttg pengundian atau mlm itu mlm akhir penggulungan Menteri..mungkin terlupa/silap teknikal/terlepas pandang utk disms kpd saya..itu cerita sebenar..selalu ada sms/call dibuat jika ada kejadian2 yg difikir penting akan berlaku..tapi tidak saya terima pada mlm itu..jgn kerana 1 mlm itu saya tak hadir, maka dianggap saya tak bertanggung jawab..pada bacaan Bajet kali pertama, ramai MP BN hadir utk standby khuatir ada pengundian..tetapi tiada pengundian mlm itu bila pembangkang dapati ramai MP BN yg hadir..tetapi ketika itu saya dimaklumkan ttg hal kemungkinan pengundian melalui sms..CADANGAN saya ialah agar komunikasi antara peg2 khas/peg2 bertugas kementerian & urusetia tertentu dimantapkan, strategi/masa penggulungan diperbaiki dan kejadian itu dijadikan iktibar yg penting..saya juga telah memaklumkan kpd PM&TPM beberapa cadangan lain utk ditimbangkan..terima kasih Ahmad Maslan"

Ahli Parlimen yang datang malam tu adakah terima sms atau panggilan telefon?
Kalau Menteri atau Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen perlu di sms atau di telefon jika ada 'kecemasan', kerja siapa pulak ni? Hehehe.....masing-masing dah mula menuding jari........

Bung Mukhtar ni kita maaf ajekan dia. Dia sedang berbulan madu. Selamat Pengantin Baru Bung......Ayat power Bung :" walaupun saya tidak cukup kacak untuk Zizie tetapi cukup kuat untuk Zizie" kahkahkah......

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

22 comments:

SuaraMuda said...

Saya yakin terdapat unsur sabotaj.

ikan emas said...

Walau apapun jawapannya,munasabah atau tidak yg jelas imej wakil rakyat yg dipilih telah sedikit (?) tercemar...

Dato Seri Najib kena cari ubat yg plg mujarab supaya penyakit ini cepat dpt diubati,jgn selepas PRU13 nanti kedudukan kerusi di parlimen berubah!..ini bukan tugas Dato Najib sorang

Jeffry said...

SLM BRO..ORG TUA2 KATA "BERINGAT SEBELUM KENA". APE KATE SETIAP YB2 DI SEDIAKAN TELE-CONFERENCE MCM YB ROMPIN KT U.S. HEHEH

Rhino Rin said...

Kali pertama saya berjaya memujuk anak-anak buah saya mengundi golongan mereka ini.

Sekarang mereka pulangkan paku buah keras kepada saya.

Buang undi. Terbuang juga akhirnya.

airman_1 said...

dalam prkara ini, ia bukan merupakan tugasan pekejaan semata mata tetapi ia juga merupakan tugasan politik, pemimpin bn masih lagi berfikiran seperti dahulu semasa bn majoriti 2/3 amat malang sekiranya mereka belum sedar, diharap dgn peristiwa ini bn dapat mengambil langkah langkah sewajarnya bagi mengelakan kejadian tsbt berulang sbgai contoh melantik seseorang menyelaraskan ketentuan kehadiran wakil bn-ini adalah merupakan rational.

Local Fighter said...

Salam Bro Hamzah,

Seminggu berlalu, igauan buruk itu. tetap menghantui kita..

Bayangkan ketika itu, MP pembangkang lebih majoriti daripada BN.

Ada usul tergempar dibentangkan iaitu undi tidak percaya kepada Najib sebagai PM.

Dan usul lantik Anwar jadi PM.

Argh...mimpi buruk kpd BN!!

Tetapi bro, ada hikmahnya. Kita kenal siapa kaca, siapa permata..

Ahli Parlimen saya pun tak hadir. Sibuk melobi jawatan Timbalan Menteri kot..hehe.. tahukan siapa! Ketua Pemudi parti cap keris!! hehe

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam SuaraMuda,
FAKTA ANGKA :
Secara keseluruhannya :
18 orang Menteri
dan
12 orang Timbalan Menteri (bertaraf ahli parlimen)
TIDAK HADIR pada sesi tersebut!
Pecahan yg TIDAK HADIR MENGIKUT PARTI :

Menteri
UMNO = 12
MCA = 2
MIC = 1
UPKO = 1
PBS = 1
SPDP = 1

Timbalan Menteri
UMNO = 8
MCA = 2
MIC = 1
PBB = 1

* tidak termasuk Menteri/Timb. Menteri bertaraf Senator yg tidak boleh mengundi (samada hadir/tidak hadir)

Salam ikan emas,
Ada lagi menarik: Fakta dan angka,
Inilah pemimpin pelapis masa depan....huhuhu

Ketiga-tiga Naib Presiden UMNO merangkap Ahli Parlimen/Menteri yg TIDAK HADIR

1. Hishammuddin Tun Hussein
2. Ahmad Zahid Hamidi
3. Mohd Shafie Hj. Apdal

Ketua/Naib Ketua sayap UMNO (ada yg bertaraf Naib Presiden, ada yg merangkap Timb. Menteri/Ahli Parlimen) yg TIDAK HADIR

1. Khairy Jamaluddin (Ahli Parlimen/Ketua Pemuda)
2. Razali Ibrahim (Ahli Parlimen/Naib Ketua Pemuda/Timb. Menteri) : Mungkin berada di Laos
3. Rosnah Haji Abdul Rashid Shirlin (Ahli Parlimen/Ketua Puteri/Timb. Menteri)

Salam bro Jeffry,
Ada lagi fakta menarik bro.
Orang Kuat UMNO yg TIDAK HADIR

1. Ahmad Maslan (Ahli Parlimen/Ketua Penerangan UMNO/Timb. Menteri)
2. Tengku Adnan Tengku Mansor (Ahli Parlimen/Setiausaha Agong UMNO/mantan menteri)

Ahli Majlis Tertinggi UMNO yg TIDAK HADIR

MT dipilih oleh ahli UMNO, MP diundi oleh rakyat, Menteri dilantik oleh PM
1. Shaziman Abu Mansor
2. Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
3. Ahmad Shabery Cheek
4. Mustapa Mohamed
5. Noh Haji Omar
6. Dr. Mohd Puad Zarkashi

MT dipilih oleh ahli UMNO, MP diundi oleh rakyat, Timb. Menteri dilantik oleh PM
1. Lajim Haji Ukin
2. Hamzah Zainudin

Salam Rhino Rin,
Kedua-dua Menteri yg bertanggungjawab secara langsung dlm penyediaan bajet 2010 juga TIDAK HADIR dlm sesi pembentangan & undian tersebut.

1. Nor Mohamed Yakcop (Menteri di JPM bertanggungjawab ke atas Unit Perancangan Ekonomi)
2. Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (Menteri Kewangan II)

sebaliknya, ia dihadiri oleh PM merangkap Menteri Kewangan I, Timb. Menteri Chor Chee Hong dan mungkin juga Senator Dr. Awang Adek Husin.

Salam airman_1,
Ada lagi?
Lain-lain kategori

1. Jamaludin Mohd Jarjis (Duta ke US/MP Rompin/MT UMNO dipilih/Ketua Bahagian UMNO/Mantan Menteri)
2. Zulhasnan Rafique (MP/MT UMNO dipilih/mantan Menteri)
3. Bung Moktar Radin (MP/MT UMNO dipilih)
4. Tajuddin Abdul Rahman (MP/MT UMNO dipilih)
5. Rafidah Abd. Aziz (MP/MT dilantik/mantan menteri)
6. Rais Yatim (MP/MT dilantik/Menteri)

hampir separuh atau lebih penyandang jawatan tertinggi dlm UMNO/kerajaan tak hadir!

1- tidak termasuk Menteri/Timb. Menteri bertaraf Senator yg tidak boleh mengundi (samada hadir/tidak hadir)
2- majoriti nama di atas adalah Ketua Bahagian UMNO

Salam Orang Nogori,Local Fighter,
Mereka yang pernah duduk di kerusi empuk jawatan tertinggi parti mahupun kerajaan, juga TIDAK HADIR dlm sesi pembentangan & undian tersebut.
1. Abdullah Ahmad Badawi
2. Syed Hamid Albar
3. Azalina Othman
4. Azmi Khalid
5. Mohd Radzi Sheikh Ahmad
6. Idris Haron
7. Tengku Razaleigh Hamzah
8. Abdul Ghapur Salleh
9. Ong Ka Chuan
10. Ong Ka Ting
11. Fong Chan Onn
12. Muhammad Leo Micheal Toyad Abdullah

Jadi rasanya kita pun faham. Agak sukar Najib nak buat tindakan. Tersenyum sumbing boleh la.....

Semua fakta dan angka di atas adalah hasil analisis sahabat saya widodo_kusumurdjoyo, kabupaten pekalongan, Jawa Tengah

Arif Omar said...

alasan bodoh ahmad mazlan. patutnya dia le lebih lagi kerjanya diparlimen sebab dia tu pegawai penerangan UMNO. Takkan pada dia pun nak kena terang. cakjap pandai sangat ahmad ini. otak bodoh macam mengkarung. ada pengundian atau tidak biasalah. wajib hadir. bab mak sakit bukan sakit tenat. sakit tu dah biasa. dia ada pun bukannya dia dr boleh ubatkan maknya.

bab Bung Mokhtar, ini bab walimatul urus. Amanah Allah. Kena jaga. dan di dahulukan. berdosa kalau tak maafkan bung muhtar. H ehe he he. Amanah Allah...he he he

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam bro Arif Omar,
Ahmad Maslan perasan dia lebih beso daripada menteri. Sendiri ahli parlimen, sendiri mau ingat la.

Bung tu.....bior le dia, dia dah penat 'bertekak' dengan Karpal.....bagi la dia berbulan madu di awan biru. huhuhu

Aku,Pasbuih Dan Siamang said...

Masa untuk Anwar membuat tawaran pada seluruh kaki ponteng tersebut??? tapi mau ka Anwar dengan peragai mereka??Mungkin PAS dapat terima seluruh dari mereka.

Setakat jadi "BARUA" dalam PKR mungkin Anwar sanggup membelinya.Untuk menjawat watan menteri jgn bermimpi lah!!!

Eloklah kekal dalam BN setakat penggal ini saja PRU13...harap2 jgn terpilih lah buat "SIAL" pada bangsa....macam Anwar kata.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Aku,Pasbuih Dan Siamang,
Inilah orangnya yang pernah Anwar tawarkan untuk lompat parti pada 16 September tahun 2008. Kemungkinan itu ada di kalangan ahli Parlimen. Bagi menteri dan Timbalan Menteri mungkin tidak. Di kalangan ahli Parlimen memang ada.........Nasib baik pembangkang tak datang semua....kalau tidak hari ini kita sudah berperdana menterikan Anwar...hehehe

mukhtar said...

Amir,

Menteri dan Timbalan Menteri yang tak hadir tu eloklah letak jawatan.

Mereka ni cakap tak serupa bikin

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Mukhtar,
Itu kata rakyat, kata Najib macam mana?
Memang patut pun yang dah lama beno dan orang pun naik menyampah eloklah menarik diri sebagai calon dalam PRU akan datang. Jangan nak tunggu Najib sebab Najib pun serba salah kerana semua tu 'kawan-kawan' belaka.

mukhtar said...

Amir,

Apa rahsia Bung Mukhtar kuat!
Ko risik-risik kat dia, lepas tu bagi tau kat aku.... he..he

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Mukhtar,
Rahsia kekuatan bung Mukhtar ialah 'kawasan balak' yang banyak di Sabah. huhuhuhu......kalau tak macam mana nak tanggung 'maintainence' bini baru berbelas ribu sebulan....kahkahkah. Ni bukan jawapan yang rasmi hanya 'firasat' aku je.....

Selempang Merah said...

Salam bro..

Ini merupakan peringatan besar buat DS Najib agar tegas dalam setiap tindakan. Kawan tetap kawan.., tapi dalam hal negara DS Najib mesti tegas dengan orang bawahannya. Ikutlah contoh PM kita sebelumnya seperti Dr M yang sentiasa tegas sehinggakan tiada yang berani ponteng secara beramai-ramai.

Bagi saya, jika DS Najib masih sayangkan jawatannya, bertegaslah dari sekarang dan jangan sampai kepala dipijak oleh orang bawahannya..

Mungkin juga, sebelum BN nak mencalonkan seseorang untuk bertanding dalam pilihanraya, perlu dikenal pasti latar belakangnya ketika menjadi pelajar atau setelah bekerja.. Adakah calon tersebut kaki ponteng sekolah ke.., kaki ambil mc, ke... Sebabnya tabiat ponteng sekolah, atau ambil mc atau suka bercuti akan terbawa-bawa hingga ketua.

Cadangan yang paling bagus ialah carilah pemimpin UMNO yang rajin dan jaga solat awal waktu. Insya'allah UMNO akan kekal sebagai ketua kerajaan BN hingga kiamat jika diizinkan Allah. Insya'Allah..

Wallahu a'lam..

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Selempang Merah,
Cadangan bro, 'Cadangan yang paling bagus ialah carilah pemimpin UMNO yang rajin dan jaga solat awal waktu. Insya'allah UMNO akan kekal sebagai ketua kerajaan BN hingga kiamat jika diizinkan Allah'. Cadangan ini sangat baik kerana orang yang menjaga hubungannya dengan Allah akan menjaga hubungannya dengan manusia. Menjaga solat adalah menjaga agamanya. Siapa yang hendak memilih jika yang nak memilih pun 2 x5. hehehe.....

Namun berbalik kepada tajuk entry ini, dalam keadaan serba salah Najib menunaikan juga janjinya sekurang-kurangnya memberi arahan dan larangan kepada mereka yang terbabit:

Larangan program luar

Oleh HERMAN HAMID
herman@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 27 Dis. - Kabinet mengeluarkan arahan tidak membenarkan anggota kerajaan dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menghadiri mesyuarat atau program tanpa kebenaran sewaktu persidangan Dewan Rakyat berlangsung.

Arahan itu termasuk tidak membenarkan lawatan ke luar negara oleh para menteri, timbalan menteri dan Ahli Parlimen kecuali melibatkan program yang benar-benar penting sahaja.

Selain itu menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut menegaskan soal kehadiran ke persidangan Dewan Rakyat akan menjadi antara perkiraan utama bagi menentukan pencalonan semula seseorang Ahli Parlimen pada pilihan raya umum.

''Pada mesyuarat Rabu lalu, Perdana Menteri telah meluahkan rasa marah terhadap Ahli-ahli Parlimen yang gagal hadir pada malam kejadian dan sebab itu, beliau selepas ini akan bertegas termasuk memantau sendiri kehadiran mereka di Dewan Rakyat.

Bagi kehadiran menteri, beliau (Najib) sendiri akan memantau manakala timbalan menteri oleh Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sementara Ahli Parlimen yang lain oleh sekretariat BN,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

BN mempunyai 138 anggota di Dewan Rakyat tetapi pada malam tersebut hanya 66 orang hadir pada sesi bacaan kali ketiga Bajet 2010 untuk kelulusan.

Selain membawa implikasi besar kepada negara jika bajet tidak diluluskan, 'Peristiwa 14 Disember' itu juga boleh menyebabkan Parlimen dibubarkan berdasarkan konvensyen atau amalan oleh beberapa negara Komanwel.

Sementara itu jelas Nazri, arahan terbaru Kabinet itu memberi mesej jelas kepada para penggubal undang-undang BN bahawa kehadiran mereka ke persidangan Dewan Rakyat tidak boleh diambil mudah pada masa depan.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Selempang Merah,
Cadangan bro, 'Cadangan yang paling bagus ialah carilah pemimpin UMNO yang rajin dan jaga solat awal waktu. Insya'allah UMNO akan kekal sebagai ketua kerajaan BN hingga kiamat jika diizinkan Allah'. Cadangan ini sangat baik kerana orang yang menjaga hubungannya dengan Allah akan menjaga hubungannya dengan manusia. Menjaga solat adalah menjaga agamanya. Siapa yang hendak memilih jika yang nak memilih pun 2 x5. hehehe.....

Namun berbalik kepada tajuk entry ini, dalam keadaan serba salah Najib menunaikan juga janjinya sekurang-kurangnya memberi arahan dan larangan kepada mereka yang terbabit:

Larangan program luar

Oleh HERMAN HAMID
herman@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 27 Dis. - Kabinet mengeluarkan arahan tidak membenarkan anggota kerajaan dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menghadiri mesyuarat atau program tanpa kebenaran sewaktu persidangan Dewan Rakyat berlangsung.

Arahan itu termasuk tidak membenarkan lawatan ke luar negara oleh para menteri, timbalan menteri dan Ahli Parlimen kecuali melibatkan program yang benar-benar penting sahaja.

Selain itu menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut menegaskan soal kehadiran ke persidangan Dewan Rakyat akan menjadi antara perkiraan utama bagi menentukan pencalonan semula seseorang Ahli Parlimen pada pilihan raya umum.

''Pada mesyuarat Rabu lalu, Perdana Menteri telah meluahkan rasa marah terhadap Ahli-ahli Parlimen yang gagal hadir pada malam kejadian dan sebab itu, beliau selepas ini akan bertegas termasuk memantau sendiri kehadiran mereka di Dewan Rakyat.

Bagi kehadiran menteri, beliau (Najib) sendiri akan memantau manakala timbalan menteri oleh Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sementara Ahli Parlimen yang lain oleh sekretariat BN,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

BN mempunyai 138 anggota di Dewan Rakyat tetapi pada malam tersebut hanya 66 orang hadir pada sesi bacaan kali ketiga Bajet 2010 untuk kelulusan.

Selain membawa implikasi besar kepada negara jika bajet tidak diluluskan, 'Peristiwa 14 Disember' itu juga boleh menyebabkan Parlimen dibubarkan berdasarkan konvensyen atau amalan oleh beberapa negara Komanwel.

Sementara itu jelas Nazri, arahan terbaru Kabinet itu memberi mesej jelas kepada para penggubal undang-undang BN bahawa kehadiran mereka ke persidangan Dewan Rakyat tidak boleh diambil mudah pada masa depan.

mukhtar said...

Amir,

Eh! Pak Menteri dari Johor pun ada tak hadir semasa undi budget 2009.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Mukhtar,
2 Timbalan Menteri kewangan tidak hadir yang terlibat secara langsung dengan budget, 3 Naib Presiden UMNO tak hadir, Setiausaha Agung UMNO tak hadir, Ketua Penerangan UMNO Malaysia tak hadir dan ramai ketua-ketua UMNO Bahagian tak hadir. hehehe

zedmagel said...

Salam Bro,

Lihat kepada muka kabinet yang ada semua tak berbakat. Jika ada pun hanya beberapa muka yang cedik dan boleh diharap. Bukan nak menghina ini kenyataan.

Macamana korum nak cukup MP BN acuh tak acuh je nak gi dewan. MP macam ni le patut kita tukar, sebelum kerajaan bertukar.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Tuan Haji Zedmagel,
Selamat pulang ke tanah air. Memang betul kata haji, Sewajarnya kehadiran ke Parlimen itu dijadikan KPI dan kayu pengukur untuk dipilih semula dalam pilihanraya akan datang.