Tuesday, December 15, 2009

Anwar Hampir Jadi PM.....



Setelah 12 kali pilihanraya tidak ramai yang tahu tentang beberapa perkara tentang amalan berparlimen. Kali pertama penulis mengundi dalam Pilihanraya Umum ialah pada tahun 1986. Sehingga kini sudah 6 kali PRU telah dilalui tetapi ini lah kali pertama didengar oleh penulis, bahawa mengikut 'amalan berparlimen, jika sesuatu bajet yang dibentangkan oleh kerajaan tidak diluluskan, ia bererti kerajaan yang sedia ada perlu meletakkan jawatan' atau 'berdasarkan amalan, jika bajet tidak diluluskan, dalam bahasa mudahnya, kerajaan sedia ada dianggap telah tumbang dan diganti dengan kerajaan baru'. Ini satu pengajaran yang baik dan berguna untuk rakyat sama ada yang pro kerajaan atau pro pembangkang. Mana-mana pakatan parti politik perlu menang dengan selesa dan lebih baik memenangi sesuatu pilihanraya sama ada di Parlimen atau di Dewan Undangan Negeri dengan majoriti 2/3.

Dalam setiap kali pilihanraya Perikatan / Barisan Nasional akan cuba untuk memenangi 2/3 kerusi di Parlimen tetapi gagal dalam pilihanraya umum ke 3 pada tahun 1969 dan pilihanraya umum ke 12 pada tahun 2008. Apa yang dapat kita perhatikan selepas PRU ke 3 dan ke 12, kerajaan menjadi lemah, politik tidak stabil, negara huru-hara malah memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara. Setiap kali pilihanraya pengundi-pengundi selalu memandang enteng tentang kemenangan 2/3 kerusi di Parlimen kerana ramai yang tidak tahu 'rahsianya'. Umum mengetahui, jika sesuatu pakatan parti politik itu memenangi majoriti 2/3 ianya akan memudahkan 'meluluskan' sesuatu dasar pihak pemerintah.

Peristiwa yang berlaku dalam pengundian Bajet 2010 pada Isnin malam (14-DEC-2009)rupa-rupa adalah satu lagi cara demokratik dan sah untuk membentuk kerajaan yang baru dengan menumbangkan kerajaan yang sedia ada. Bajet 2010 diluluskan dengan majoriti tiga undi malam tadi (14 Dis), majoriti yang paling rendah dalam sejarah Parlimen Malaysia. Seramai 66 menyokong dan 63 tidak setuju. Barisan Nasional mempunyai 138 orang ahli Dewan Rakyat. Seramai 70 ahli Dewan Rakyat Barisan Nasional gagal hadir ketika itu.

Adakah ahli-ahli Parlimen BN tidak tahu, tidak sedar atau terlupa untuk hadir pada ketika itu?.Dikhabarkan Najib, Muhyiddin dan Ong Tee Kiat yang menjadi penyelamat. Mujur ketiga-tiganya berada di dalam negara dan berada di Kuala Lumpur. Kehadiran di Parlimen nampaknya sangat penting bagi sebuah kerajaan BN yang umpama seperti 'nyawa-nyawa ikan'. Sepatutnya seorang ahli parlimen akan memberi keutamaan untuk hadir dalam sidang Dewan Rakyat atau DUN lebih-lebih lagi ketika ada pengundian. Waktu balik ke kawasan masing-masing boleh dilakukan secara terancang dan berjadual. Lebih malang jika mereka mengutamakan jamuan makan malam atau pun sedang beriadah di Padang Golf atau menonton siaran langsung separuh akhir bolasepak sukan SEA di Laos.

Selepas peristiwa ini, Ahli Parlimen boleh memberitahu pengundi-pengundi kawasan mereka bahawa semasa Parlimen bersidang, beliau tidak dapat hadir atau menghantar wakil dalam program di kawasan masing-masing. 'Keselamatan' kerajaan lebih penting pada ketika ini dan tentunya rakyat memahami. Kita juga boleh mencadangkan kepada PM supaya menggugurkan mana-mana ahli Parlimen yang kerap 'ponteng' sebagai calon dalam pilihanraya akan datang. Peristiwa ini cukup memalukan apabila PM mengatakan beliau berpuas hati dengan pencapaian enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Kenyataan itu dibuat selepas melihat data yang dibentangkan oleh anggota kabinet yang bertanggungjawab bagi bidang-bidang tersebut. Adakah Najib juga berpuas hati dengan sikap serta tanggung jawab ahli-ahli Parlimen kerajaannya?

Kita harus ingat, ketua pembangkang sekarang ialah Anwar Ibrahim yang sedang berusaha sedaya upaya untuk mengelak daripada kes perbicaraannya tidak lama lagi. Usahanya pada 16 September untuk merampas negara ini melalui cara 'lompat parti' telah gagal namun cara demokratik yang hampir berjaya menobatkan Anwar sebagai PM semalam, tidak wajar dipandang sepi. Jika berlaku peralihan kuasa pada 14 Disember itu, kemungkinan perbicaraan Anwar pada 25 Januari 2010 akan dibatalkan. Sebagai PM baru Anwar akan 'menggunakan kuasanya' untuk menggugurkan kesnya dan kita sedia maklum apakah nasib Saiful Bahari.

Pada ketika ramai orang membicarakan tentang blogger pro KJ atau pro Mukriz serta serangan ke atas Nazri Aziz, rupa-rupanya ketiga-tiganya hampir-hampir menjadi Ahli Parlimen pembangkang. Penulis secara peribadi berasa amat bersyukur dengan pengajaran yang sangat bernilai yang berlaku di Parlimen semalam. Pengajaran bukan sahaja patut dikutip oleh ahli-ahli parlimen yang berkenaan tetapi juga kepada para pengundi bahawa pilihanraya bukan untuk 'cuba-cuba'.

Laporan penuh peristiwa 14 Disember 2009 klik di sini.

Terbaru :(16 Disember 2009) Antara MP Pembangkang yang tidak hadir. Kalau lah semua yang di bawah ni hadir ke Parlimen semalam.....Hari ni kita dah dapat PM baru.....hehehe Siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim. huhuhu

P008 Pokok Sena PAS Mahfuz Omar
P016 Baling PAS Taib Azamudden Md Taib
P043 Bagan DAP Lim Guan Eng
P046 Batu Kawan DAP P. Ramasamy
P049 Tanjong DAP Chow Kon Yeow
P050 Jelutong DAP Ooi Chuan Aun
P051 Bukit Gelugor DAP Karpal Singh
P052 Bayan Baru PKR Zahrain Mohamed Hashim
P057 Parit Buntar PAS Mujahid Yusof Rawa
P058 Bagan Serai PKR Mohsin Fadzli Samsuri
P094 Hulu Selangor PKR Zainal Abidin Ahmad
P098 Gombak PKR Mohamed Azmin Ali
P101 Hulu Langat PAS Che Rosli Che Mat
P103 Puchong DAP Gobind Singh Deo
P109 Kapar PKR Manikavasagam Sundaram
P121 Pantai Dalam PKR Nurul Izzah Anwar
P122 Seputeh DAP Teresa Kok Suh Sim
P124 Bandar Tun Razak PKR Abd Khalid Ibrahim
P171 Sepanggar SAPP Enchin Majimbun @ Eric
P190 Tawau SAPP Chua Soon Bui

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

16 comments:

Arif Omar said...

ALLAH MAHA BESAR : ALLAH TAKKAN IZINKAN PAS ATAU PKR BERKUASA. INILAH PETUNJUKNYA. ALLAH TAKKAN BENARKAN. BN PULA : AJAR SIKIT MP-MP BODOH ANDA TU. PG PERCAYA RAMAI YANG AMBIL CUTI SAKIT..... SAKIT HATI KAMI MELIHATNYA

rimajohor said...

ini satu pengajaran kpd ahli parlimen yang asyik nak dipilih jadi MP tapi bila dah jadi MP dia rasa merak dan anggap bahawa dia saja yg patut jadi MP.Orang pencen dan kaunsler yg mengajar di sek men pun boleh jadi MP jika di pilih.

Ahmed Fauzan said...

Salam...

Entri kali ini mengingatkan saya kata2 seorang pensyarah politik di USM...

"orang yang 'slack' ni ada dua...No.1 bila ada tanggungjawab, x buat betol2...Satu lagi, terlebih-lebih daripada tanggungjawab sebenar pun bleh dianggap 'slack'..."

Jika dilihat kembali peristiwa yang saudara ceritakan kali ini, jelas sesuatu perlu dilakukan...Tanggungjawab perlu dilaksanakan oleh wakil2 rakyat ini..Tidak kira dari Barisan atau Pakatan...

Bagi pihak Barisan,kuasa masih ditangan mereka...Tetapi jika tidak dilaksanakan,bimbang akan berlaku REVOLUSI...Sesuatu perlu dilakukan kepada yang 'LIAT' nk pergi bersidang...

Anonymous said...

SLM BRO..JIKA PERISTIWA TU BENAR2 BERLAKU PASTI RAMAI AHLI BN YG MENANGIS TERESAK2 SBB KEBODOHAN DIRI SENDIRI. 70 YG X HADIR TU MUNGKIN DI SEBABKAN RASA DIRI MEREKA DH GAH.

X PERLU DTG KE PARLIMEN SBB ADA AHLI PARLIMEN YG LAIN DPT MENAMPUNG KETIDAK HADIRAN MEREKA. INI LA YG SLALU BERMAIN DLM KEPALE OTAK AHLI2 UMNO/BN.

MMG DIORANG NI SUKE PERJUDI NASIB X KENA TEMPAT! ADOIYAIII

YANG GAMBI said...

Bro, inilah satu pengajaran kepada Wakil-Wakil Rakyat BN supaya jangan cuai........ yang terlalu terlena dengan jawatan yang diberi oleh rakyat......

amieiezam said...

rampasan kuasa yang tidak mendapat restu ALLAH...alhamdulillah.

insyaallah, ini akan jadi pengajaran paling bermakna dalam sejarah keberkuasaan BN di Parlimen.

mukhtar said...

Amir,

Memang kebanyakan MP hari ini cakap berdegar-degar bila masa mengundi. Kononnya hendak membela nasib rakyat. Bila dah menang, duduk rumah banglo kat KL. Jarang turun padang. Parlimen pun tak hadir!
Aku rasa elok kau jadi MP, baru terbela nasib rakyat.

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Kenapa agaknya YB2 semua tak boleh nak kosongkan diari mereka untuk menghadiri persidangan. Hari sabtu dan ahad boleh balik kawasan. Hadirlah seberapa banyak majlis dalam 2 hari tu dan waktu tak ada persidangan. Kalau tak larat, tunjuk saja muka dah kira orait. Yang penting sumbangannya sampai. Kalau setakat majlis makan2 ker, penyampaian anugerah ker wakilkan sahaja. Lain le kalau wakil tu takut sebab tak pandai nak berucap...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam bro Arif Omar,
Perancangan manusia tidak boleh mengatasi perancangan Allah. Belum sampai masanya kerajaan BN nak runtuh...hehehe

Salam buah kelapa turkey,
Betul ke MP tak tau, terlepas pandang atau sengaja. Masing-masing mengharapkan agar Mp-MP lain akan datang akhirnya kerajaan yang didokongnya hampir bertukar tangan.

Salam ks30069,
Seelok-eloknya jadilah contoh kepada pelajar sekolah. Nanti ada pelajar yang kata, ' Ahli Parlimen pun ponteng, apatah lagi kami?'.....Kalau pelajar sekolah ponteng, cikgu akan hukum sehingga boleh ke peringkat buang sekolah. Ponteng Ahli Parlimen bagaimana pulak? Nak tunggu rakyat menghukum? huhuhu

Salam Jeffry,
MP UMNO /BN ni masih ingat dia tu kuasai 2/3 kerusi parlimen. Terlupa masa dah berubah....Rasa nak sekel je kepala dia orang ni...Masa sekolah dulu kaki ponteng jugak. Kalau masa kerja dengan kerajaan sebelum jadi wakil rakyat pun agaknya sama. Orang malas sekarang ni selalu bernasib baik....hehehe

Salam YANG GAMBI,
Tu yang kawan pelik, dah bungkus 4 negeri dan hilang 2/3 di Parlimen pun bole lena ke lagi.....udah-udah le tu, zaman lena Pak Lah dah berlalu. Ni zaman Najib 1Malaysia.

Salam muzaimi zuhda afham,
saya setuju, jangan mulakan menukar kerajaan dengan cara 'rampasan kuasa'. Biarlah melalui pentas pilihanraya. Nanti 'rampasan kuasa' jadi kesedapan.

Salam Mukhtar,
betul Tar, Hilang 4 negeri masih tak serik. Takkan nak tunggu hilang 1 negara. Nasib baik tak ada parti yang LEBIH BAIK daripada UMNO sekarang ni kalau tak ,dah lama aku tinggalkan UMNO ni. hehehe

Salam cekodokmasin,
Nasib baik, MP kita hadir walaupun uzur. Kalau tak ada dia balik nanti kawan 'piat-piat'kan telinga dia. hehehe

Penjimatan said...

Biarlah Anuar jadi PM Malaysia...apa salahnya. Sesuai dengan slogan PM sekarang Najib 1MALAYSIA. Tolak campur sama saja. Semuanya berkepentingan peribadi.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Junai,
Kawan pun faham, kenapa awk sokong Anwar jadi PM. hehehe

Ada kepentingan peribadi jugak kot?
atau ada apa-apa ke ni?.....huhuhu

mukhtar said...

Amir,

Kau patut siarkan juga nama MP UMNO yang tak hadir parlimen tu.

Mereka inilah yang tak sepatutnya jadi calon pilihanraya UMNO.

Betul juga kata Tun Mahathir pemimpin UMNO sekarang kebanyakannya sebusuk-busuk manusia

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Mukhtar,
Tidak semua pemimpin-pemimpin UMNO yang bersikap seperti yang ko katakan itu. Di zaman Tun pun ada jugak yang berhati busuk termasuklah bekas TPM kita......hehehe

Di bawah ini adalah MP-MP yang hadir. Ko carilah sendiri MP mana yang tidak hadir. Ko leh semak MP ko hadir atau tidak. Aku dah semak, MP aku, Pt.Sulong hadir, MP jiran Sri Gading pun hadir, MP jiran yang satu lagi iaitu MP Batu Pahat yang juga Timbalan Menteri Pendidikan tidak hadir kerana sedang bercuti di Bandung. hehehe

Berdasarkan rekod Parlimen, daripada 66 Ahli Parlimen BN yang hadir, tujuh orang adalah Menteri, 20 Timbalan, dua Timbalan Speaker dan 37 ahli penyokong kerajaan (BNBBC).

Tujuh menteri tersebut ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Kiat, Menteri di JPM, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Manakala Timbalan Menteri yang hadir pula ialah Datuk Dr Abdul Latif Ahmad, Datuk Wira Johari Baharom, Datuk Wira Abu Seman Haji Yusop, Datuk Yong Khoon Seng, Datuk Rohani Karim, Datuk Wira Chor Chee Heung, Wee Jeck Seng, Datuk Robert Lau, Datuk Joseph Salang Gandum, Joseph Entulu Belaun, Datuk Dr Wee Ka Siong, Jelaing Mersat, Fadillah Yusof, Datuk Tan Lian Hoe, Saifuddin Abdullah, Datuk Hassan Malek, Datuk Abdul Rahim Bakri, Tan Sri Joseph Kurup, Datuk M. Saravanan dan Datuk Liew Vui Keong.

Menariknya bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abd Taib (Kota Samarahan) yang kini berstatus penyokong kerajaan turut hadir menyokong kelulusan bajet berkenaan.

Selain beliau, Ahli BNBBC yang berjumlah 80 orang semuanya, yang hadir cuma seramai 37 sahaja yang hadir manakala tidak hadir seramai 41 orang.

Mereka ialah Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman (Lipis), Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fakri Kuala Nerus), Datuk Abdul Manan Ismail (Paya Besar), Datuk Paduka Abu Bakar Taib (Langkawi), Salleh Kalbi (Silam), Datuk Abd Rahman Dahlan (Kota Belud), Alexander Nanta Linggi (Kapit), Aaron Ago Dagang (Kanowit), Yussof Mahal (Labuan), Datuk Abd Rahman Bakri (Sabak Bernam), Datuk Lillah Yasin (Jempol), Datuk Raime Unggi (Tenom), Ding Kuong Hiing (Sarikei), Hasbi Habibollah (Limbang), Sairingan Gubat (Ranau).

Mohd Nizar Zakaria (Parit), Masir Kujat (Sri Aman), Datuk Sapawi Ahmad (Sipitang), Liang Teck Meng (Simpang Renggam), Chua Tee Yong (Labis), Mohd Nor Othman (Hulu Terengganu), Datuk Wira Ahmad Hamzah (Jasin), Matulidi Jusoh (Dungun), Datuk Mohamed Aziz (Sri Gading), Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed (Sepang), Datuk Shahrir Abdul Samad (Johor Bahru).

Datuk Ismail Abd Mutalib (Maran), Ir Hamim Samuri (Ledang), Datuk Baharum Mohamed (Sekijang), Datuk Dr Abdullah Md Zin (Besut), Datuk Ismail Kasim (Arau), William@Nyallau Badak (Lubok Antu), Datuk Ismail Mohamed Said (Kuala Krau), Datuk Halimah Sadidque (Tenggara), Datuk Mohd Jidin Shafee (Setiu), Datuk Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong) dan Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong).

Dua lagi Timbalan Speaker iaitu Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Santubong) dan Datuk Ronald Kiandee (Beluran) turut mengundi atas kedudukan mereka sebagai Ahli Parlimen BN dan penyokong kerajaan.

mukhtar said...

Amir,

Kampung aku MP Ledang - hadir.

MP tempat aku tinggal sekarang adalah Timbalan Menteri - tak hadir.

Tak tahulah..mungkin pilihanraya akan datang akan bungkus.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Mukhtar,

Ini lah MP yang tidak hadir sama ada bersebab atau ponteng.

MENTERI
Tambun – Husni Hanadzlah
Tasik Gelugor – Nor M Yackop
Penampang – Bernard Dompok
Sembrong – Hishamuddin
Bagan Datok – Zahid Hamidi
Semporna – Shafie Apdal
Marudu – Maximus Ongkili
Betongi – Douglas Uggah
Pasir Gudang – Khaled Nordin
Jelebu - Dr Rais Yatim
Jeli – Mustapa Mohamed
Lumut – Kong Cho Ha
Kemaman – Shabery Cheek
Tampin – Shaziman Mansor
Tg Karang – Noh Omar
Segamat – S Subramaniam
Raub - Ng Yen Yen
Kimanis - Anifah Aman

TIMBALAN MENTERI
Baram - Jacob Dungau
Bt Pahat – Puad Zarkashi
Beaufort – Lajim Ukim
Cam Highland – Devamany
Jerlun - Mukhriz Mahathir
Kampar – Lee Chee Leong
Kluang - Hou Kok Chung
Larut – Hamzah Zainuddin
Muar - Razali Ibrahim
Papar – Rosnah Shirlin
Pontian – Ahmad Maslan
Sg Besar - Noriah Kasnon

[MP BUKAN DALAM KABINET]
Alor Gajah - Fong Chan Onn
Bintulu - Tiong King Sing
Bukit Katil - Md Sirat
Bt Sapai - Edmund Chong
Batang Sadong - Nancy Shukri
K Batas – Abdullah Badawi
K Kangsar – Rafidah Aziz
Kalabakan – Ghapur Salleh
Kangar – Radzi Sh Ahmad
Keningau – Joseph Pairin
Kinabatangan – Bung Mokhtar

K Tinggi – Syed Hamid Albar
Kulai – Ong Ka Ting
Lanang - Tiong Thai King
Lawas – Henry Sum Agong
Libaran – Juslie Ajirol
Mamboing – James Dawos
Mas Gading – Tiki anak Lafe
Mukah – Leo Michael Toyad
Pasir Salak – Tajuddin Ramli
Tebrau – Teng Boon Soon
Tg Batu – Idris Haron
Tg Malim – Ong Ka Chuan
Tg Manis - Norah Rahman
Tuaran – Mujilip Bumburing
Rembau – Khairy Jamaludin
Rompin – Jamaluddin Jarjis
Seria – Richard Riot
Sibuti – Ahmad Lai Bujang
Setiawangsa – Zulhasnan
Padang Besar – Azmi Khalid
Pengerang – Azalina Othman
Pulai –Nur Jazlan
Putatan – Makcus Mojigoh
Putrajaya – Tengku Adnan
Gelang Patah – Tan Ah Eng
Gua Musang – Razaleigh Hamzah
Hulu Rajang - Billy Abit
Igan – Abd Wahab
Jerantut – Tengku Azlan

Kuzi said...

aduyai...MP batu pahat x hadir ker? Bleh plak bercuti kt Bandung...Sia2 je aku undi die time PR 2008 dulu... Sengal tol...lebih pntingkn cuti dr urusan negara...klu rase2 nk slalu cuti tak yah la jd MP...Jadi org biasa...Buang smua pangkat n kuasa...Hancur negara klu org2 mcm ni ramai kt Malaysia...GERAM nye aku...Sedih aku tgk keadaan skang...Dulu time Tun x pn mcm ni huru-hara...aku tau Tun pn bnyk wat tak betul...tp die wat tak betul pn Malaysia tetap ditadbir oleh BN/UMNO hasil usaha beliau...tp tgk Najib jd pemimpin...hampir2 trgadai Malaysia kt tgn anwar..tak leh salahkn MP2 BN yg tak hadir gak...kene salahkn Najib yg tak alert ngan org2 bawahan diorg....