Thursday, December 17, 2009
Bola Sepak dan Maal Hijrah.......
Malaysia menamatkan kemarau emas selama 20 tahun selepas menumpaskan Vietnam 1-0 pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA ke-25, pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional, di Vientiane petang semalam (Khamis).
Gol kemenangan Malaysia adalah hasil gol sendiri yang dijaringkan oleh pemain pertahanan Vietnam, Mai Xuan Hop pada minit ke-83. Kali terakhir Malaysia mendapat emas dari acara bola sepak ialah pada edisi di Kuala Lumpur (1989) di bawah bimbingan jurulatih dari Britain, Trevor Hartley.
Malaysia menempah tiket ke final selepas menewaskan tuan rumah, Laos 3-1 sementara Vietnam mengalahkan Singapura 4-1, pada perlawanan separuh akhir, pada Selasa.
Sejak emas tahun 1989 (Kuala Lumpur) itu, Malaysia hanya mampu meraih perak pada edisi 2001 (Kuala Lumpur) apabila format pertandingan temasya dwi-tahunan itu diubah kepada pasukan Bawah 23 tahun dan kemudian memperoleh gangsa pada edisi 2003 (Vietnam) dan 2005 (Filipina).
Sejak kes rasuah bolasepak pada tahun 1990an saya sudah lama tidak menjengah ke mana-mana stadium bolasepak. Sejak tertangkapnya Azizul Abu Hanifah dan dikenakan hukuman buang daerah ke Perlis saya seolah-olah 'merajuk' dengan bola kerana terasa tertipu dengan permainan yang telah diatur keputusannya. Team pujaan saya ketika itu ialah pasukan Perak kerana adanya Azizul Abu Hanifah, Roffandi Yussuf dan Zaidi Napiah dan ketika itu saya tinggal di Perak. Namun pasukan yang saya minati tentulah pasukan negeri kelahiran saya yang ketika itu mempunyai ramai pemain-pemain ternama seperti Dollah Salleh, Nasir Yussof, Khalid Shahdan, Ismail Ibrahim, Anuar Abu Bakar disamping 3 pemain import berbisa iaitu Ervin Boban, Alister Edwards dan Abbas Saad. Pada ketika itu, saya jarang ketinggalan untuk ke stadium sama ada di Stadium Perak di Ipoh, Stadium Datuk Haji Hassan Yunos, Johor Bahru atau Stadium Shah Alam di Selangor.
Selepas era tersebut saya lebih suka menonton televisyen jika ada perlawanan-perlawanan menarik seperti final Piala FA atau final Piala Malaysia. Semasa era itu juga saya agak bosan dengan pasukan kebangsaan yang prestasinya turun naik. Tidak seperti era Allahyarham Mokhtar Dahari, Isa Bakar, Ali Bakar, Shukur Salleh, Khalid Ali, Hassan Sani, James Wong, Soh Chin Aun, Santokh Singh , Arumugam dan nama-nama lain yang cukup terkenal pada masa itu. Saya tidak melihat kejayaan pasukan negara melayakkan diri bertanding di Munich pada tahun 1972 dalam sukan Olimpik kerana pada masa itu saya baru darjah dua dan kampung saya belum masuk elektrik lagi tetapi kejayaan melayakkan diri ke sukan olimpik Moskow 1980 adalah di depan mata. Saya masih ingat, Malaysia mengalahkan Korea Selatan 1-0 di Kuala Lumpur.
Namun semua itu hanya tinggal kenangan.......
Pada malam Maal Hijrah, skuad bawah 23 tahun telah mencuri perhatian kita dengan merangkul pingat emas. Namun skuad ini masih terlalu mentah dan banyak perkara perlu diperbaiki. Seperti kata pengulas-pengulas sukan yang banyak di kedai-kedai kopi (juruletih kampung) menyimpulkan antaranya:
'stamina dah ok...
taktikal masih kurang..
Kelemahan kawalan bola..
Kurang kawalan permainan...
Lemah dalam membuat hantaran dan cuai ...
Ada kalanya kurang kawalan emosi dan ketenangan'
Itulah antara komen-komen yang dapat dikumpulkan jika Malaysia mahu keluar daripada juara peringkat Asia Tenggara. Kalau tidak sampai bila-bila pun kita akan jadi 'juara kampung'.
Bagi saya, ianya satu permulaan yang baik. Cuma kita rakyat Malaysia mendoakan dan memberi sokongan padu sama ada ketika menang atau kalah kerana tidak ada sesiapa yang mahu kalah. Kita boleh memberi pandangan dan kritikan membina demi sukan no. 1 negara itu. Tahniah Malaysia....Malaysia Boleh.
Seperkara lagi, melalui bolasepak kita boleh menyatukan semua hati-hati manusia kerana sukan ini mempunyai peminat yang ramai. Tanpa mengira warna kulit, agama, bangsa dan budaya, manusia akan bersatu menyokong pasukan negara. Begitu hebatnya pengaruh bolasepak....
Malam tadi mungkin ramai yang alpa dan terlepas dengan doa akhir tahun dan doa awal tahun kerana asyik berada di hadapan televisyen menyaksikan siaran langsung. Namun dicelah-celah 'keasyikan' itu rasanya ada juga yang melakukannya bersendirian tidak seperti selalu di surau-surau dan masjid-masjid. hehehe....apa pun saya ucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1431H kepada para pembaca sekelian.
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
PEMAIN MELAYSIA INI JUGA PERLU BANYAK PAKAI OTAK BUKAN TENAGA SAHAJA DAN SKILL SAHAJA. OTAK DAN FIKRAN YANG PALING MUSTAHAK.
Salam tuan,
Tak ada pula dia orang puji2 cikgu sebab berjaya lahirkan pemain2 yang berbakat. Kalau merundum, teruk le kaum yang satu tu kena kutuk2 sebab misi sukan akar umbi tak berjaya. Tunggu aje le apa lagi program2 yang akan ditalakan kepada cikgu2 semua.
Apa-apapun... makan cekodok lagi kenyang.
Salam bro Arif Omar,
Betul la bro....Otak jangan letak kat kepala lutut.....
Salam cekodokmasin,
Sudah menjadi resam dunia.
Amir,
Sambut maal hijrah sepatutnya dimulakan dengan doa penutup tahun 1430H dan doa awal tahun 1431H.
Bola boleh tengok siaran ulangan...
Semakin bertambah umo kite....
Amir,
Aku bertuah kerana dapat tengok Mokhtar Dahari menjaringkan gol semasa Malaysia mengalahkan England B. Semasa tu kita masih sekolah rendah.
Mokhtar Dahari mendapat umpanan bola dari Soh Chin Aun di tengah padang,kemudian mengelicik 4 pemain England B terus merembat dengan kencang.
Pada aku itulah jaringan gol tercantik di dunia.
Salam Mukhtar,
Sepatutnya begitulah yang menjadi amalan kita walaupun ianya bukan wajib fardhu 'ain. Kadang-kadang terlalu ghairah, bukan saja tak berdoa akhir dan awal tahun tetapi 'melanggar' juga yang fardhu. Mungkin ada juga yang tak sempat nak sembahyang maghrib malam tu. Tapi aku rasa jenis ni memang selalu 'meringan-ringan'kan bab solat ni. hehehe
emmm....ko masih ingat lagi jaringan Allahyarham Mokhtar dengan England B tu ye. Sama macam aku, Masa tu TV hitam putih lagi kot. Tu pun tumpang tengok rumah orang. Aku pernah tengok Mokhtar Dahari bermain di Stadium Muor. Aku berbasikal daripada Semerah ke Muor dengan kawan-kawan. Masa tu Piala FAM antara PKNS dan Muor FC, tahun berapa aku lupa, tapi aku masih sekolah rendah lagi. Ko pun tahu pemain-pemain PKNS tu la kebanyakkannya pemain Selangor dan majoriti bermain untuk Malaysia. Tu sebab aku sanggup berbasikal 33km ke Muor. Masa tu aku melanggan majalah 'Dunia Sukan' dan memang mengikuti perkembangan sukan seluruh dunia.
hehehe....kenangan lama Tar...
Amir,
Perlawanan kat Muo itu aku masih ingat, masa tu sekolah rendah lagi.Orang kampung aku sewa bas,aku ikut abang jiran sebelah. Tapi aku tak dpt tengok sbb tempat duduk jauh di atas. Dah masa tu badan masih kecik. Mereka suka berdiri.
Apa yang aku ingat seluruh dearah Muo bergelap masa tu sbb letrik dikhaskan untuk stadium Muo.
Oh lupe...kau dulu pemain daerah Batu Pahat dalam MSSJ kan. Aku tak terpilih sbb ramai pemain lain yang handal. Aku hanya wakil sekolah High School Muar.
Salam Mukhtar,
Aku rasa, yang aku tengok tu game sebelah petang. Aku rasa stadium Muo masa tu lum ada lampu limpah lagi. hehehe....Game yang ko tengok tu mungkin terkemudian lagi.
Post a Comment