Monday, December 7, 2009

Musim Mengawan Datang Lagi


Sekarang ini dah hampir dua minggu cuti sekolah berlalu. Cepatnya masa berputar. Dalam seminggu dua ni jemputan kahwin tak putus-putus. Elok lah musim hujan dan cuaca pun sejuk memang sesuai untuk 'musim mengawan'. Bila sudah dijemput, kenalah hadir. Bila dah datang 'salam pecek' kena lah bagi. Kalau masa poket berisi sumbanglah RM20.00, kalau poket tengah kempes....faham-faham aje la. Pergi rumah orang 'kerja kahwin' tak rugi apa pun. Bukan sahaja dapat makan nasi minyak atau nasi briani dapat bawak balik lagi nasi dan lauk pauk. Orang sini panggil 'bontrot' atau 'berkat'. Dapat la anak-anak yang tidak pergi dapat merasa sama.





Masa terima jemputan 'kerja kahwin' kadang-kadang dihidangkan dengan berbagai-bagai persembahan kebudayaan. Selain pukulan 'kompang jidur' atau 'barongan' atau 'kemplingan', bagi tuan rumah yang ada lebih sedikit 'ongkosnya' dapatlah mendengar halwa telinga dengan nyanyian kumpulan Ghazal atau mencuci mata dengan tarian zapin. Ada juga yang menyewa DJ dengan memutarkan pelbagai jenis lagu dari pelbagai zaman. Rasanya-rasa terhibur juga dapat hiburan percuma sekali sekala.





Kalau orang kampung kita yang buat 'kerja kahwin', kita bukan lagi sebagai jemputan tetapi sudah menjadi ahli 'rewang'. Bermula dari hari mengangkat balai dan penanggah, hari langsung sehinggalah ke hari memulangkan semula barang-barang dan peralatan 'pakatan' ke tempat simpanannya semula mengambil masa sekurang-kurangnya 3 hari. Letih juga dibuatnya. Tetapi kerana nak bagi orang 'mengawan' rasa letih bertukar pula jadi seronok.




Selamat pengantin baru kepada yang menjadi 'Raja Sehari' dengan ucapan selamat menempuh alam berumah tangga.


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

3 comments:

KUNTONG said...

Dah menjadi adat musim mengawan di musim cuti sekolah.

Unknown said...

ber + kawan = berkawan
meng + kawan = mengawan (i.e menemankan)
meng + awan = mengawan (i.e tinggi mengawan...hehe)

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam PakCik KUNTONG:
Nak tunggu musim mengawan hari tak cuti sekolah....ada ke?

Salam ngku:
Mengawan ni sebenarnya istilah untuk haiwan. Misalnya kucing sedang nak mengawan. Kalau manusia berkahwin. Bukan la maksud kawan nak samakan dengan haiwan.....huhuhu