Tuesday, December 1, 2009

Ulamak dan Umarak : Jadilah contoh yang baik.



Bacalah dialog di bawah, semoga ianya memberi manafaat kepada kita dan orang-orang di sekeliling kita.

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1: Orang tua

Murid 2: Guru

Murid 3: Teman

Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita
ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati ( Surah Ali-Imran :185).



Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina

Murid 2: Bulan

Murid 3: Matahari

Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA
LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat
kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari
esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan
ajaran Agama.



Imam Ghazali: Apa yang paling besar di dunia ini ?

Murid 1: Gunung

Murid 2: Matahari

Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA
NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.



IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?

Murid 1: Baja

Murid 2: Besi

Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut
menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka
kerana gagal memegang amanah.



Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas

Murid 2: Angin

Murid 3: Debu

Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali
di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan
dunia, kita tinggalkan solat



Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah
LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati
dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Tujuan saya memaparkan dailog antara imam Al-Ghazali dengan murid-muridnya ini adalah untuk mengingatkan diri saya dan rakan-rakan semua tentang mati, masa lalu, hawa nafsu, memegang amanah, meninggalkan solat dan menjaga lidah iaitu kata-kata kita. Kesemua jawapan dan soalan mempunyai kaitan dengan diri kita sendiri, hubungan kita dengan Allah dan hubungan kita dengan manusia lain. Malah kita lihat Imam Al-Ghazali juga adalah seorang guru dan motivator yang baik. Setiap jawapan daripada murid-murid tidak pernah disanggah dengan perkataan salah sebaliknya betul belaka dan beliau akan memberi jawapan yang betul dan benar. Hebat sungguh akhlak Imam Al-Ghazali ini. Sesungguhnya akhlak manusia itu yang membezakan antara kita sesama manusia.


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

6 comments:

cekodokmasin said...

سلام توان،
مريك، سام اد :
1. لوڤا بهاوا ماتي اكن داتڠ بيلا-بيلا.
2. مڠومڤول هرتا سمنتارا بلوم ماتي اونتوق كسنڠن سنديري دان كلوارڬ.
3. منجاره هرتا دان ڤروجيك اونتوق كروني سبب ترهوتڠ بودي، بودي دان بيني ﴿؟﴾.
4. لوڤا ماتي سبب اشيق اد بيني مودا.
5. لوڤا ماتي سبب بلوم اد تندا=تندا نق ماتي ﴿ساكيت لي تو-تاڤي ده ساكيت ڤون بوات-بوات لوڤا.﴾
6. اولڠ باليق سبب 1-5 د اتس...

HALIM said...

Salam uztaz...
Dah lama kawan tak masuk blog segalanya mungkin...satu pengajaran yang baik untuk semua...

Anonymous said...

SLM BRO..IMAM GHAZALI..FALSAFAH YG X LEKANG DEK PANAS..TAK BASAH DEK HUJAN..

BERBANDING PAK AJIS..BYK FALSAMPAH!! HEHEHE

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

سلام چكودوقماسين،
سموڬ ايڠتن امامالغزالي ايت ممبري ڤريڠاتن دان ڤڠاجرن كڤد كيت سموا تنڤا مڠيرا مان-مان فهمن ڤوليتيك اصلكن مأنسي يڠ ممڤوڽاءي عقل اونتوق برفيكير.

Salam bro Halim,
Benar dan betul saranan bro tu....
Balik Langkawi tak ada ole-ole ke...dapat kapal terbang mainan pun jadi le. hehehe

Salam Jeffry,
Ulamak dahulu tak ada kepentingan diri dan dunia bro....

mukhtar said...

Amir,

Semua kita adalah pemimpin. Pemimpin adalah suatu amanah.Kita pemimpin kepada isteri dan anak. Blog kau juga satu amanah. Sampaikan kebenaran...akan ditanya nanti.

Pemimpin negara adalah satu amanah yang berat. Tapi hairan, ramai orang cuba mendapatkannya.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Mukhtar,
Semua manusia adalah Khalifah kerana ianya adalah sebaik-baik kejadian. Jangan risau, apa yang kawan tulis bukan satu fitnah.