Wednesday, December 9, 2009

Gelaran Tun : Lim Keng Yaik Tidak Layak


Bukan sekali tetapi sudah acap kali orang-orang bukan Melayu menyinggung perasaan orang Melayu terutama sekali selepas Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu. Ianya bukan sahaja bukan Melayu daripada parti DAP dan PKR tetapi rakan dalam Barisan Nasional sendiri. Kelihatan semangat setiakawan dan persahabatan dalam Barisan Nasional semakin menipis khususnya daripada rakan-rakan 'besar' seperti Gerakan, MCA dan MIC.

Semuanya ini adalah berpunca daripada Anwar Ibrahim yang berjaya memecah-belahkan perpaduan orang-orang Melayu yang sudah sedia berpecah antara UMNO dan PAS. Akibat kelemahan politik Melayu dewasa ini, telah memberi ruang kepada orang-orang bukan Melayu bersuara lantang yang selama ini tidak pernah diperkatakan.

Hari ini, Penasihat Parti Gerakan, Lim Keng Yaik berkata, tiada mana-mana kaum mempunyai hak untuk menjadi tuan kepada kaum lain di negara ini.Oleh itu, kata bekas presiden parti tersebut, tiada ruang bagi ketuanan Melayu, Cina atau India di Malaysia. Sehubungan itu, katanya, jika ada sesiapa yang mendukung Ketuanan Melayu, maka orang itu adalah seorang ektremis rasis.

Sehubungan itu, Lim menggesa semua ahli parti itu supaya bercakap terhadap mereka yang mendukung isu Ketuanan Melayu, walaupun ia boleh mengakibatkan mereka diheret ke penjara. Bekas menteri kabinet itu berkata, Ketuanan Melayu harus dibantah walaupun ianya didokong oleh Umno.

Sebelum ini pun, LKY pernah mempertikaikan kontrak sosial. Antara artikel yang dipetik daripada Utusan Melayu adalah seperti:
1. 'Lupakan formula kontrak sosial antara kaum: Keng Yaik'
2. 'Kontrak sosial: Kenyataan Keng Yaik bercanggah Perlembagaan Persekutuan'.
LKY pernah membuat kenyataan ' menggesa parti-parti politik melupakan formula kontrak sosial antara kaum yang dipersetujui semasa negara mencapai kemerdekaan. Formula kontrak sosial itu membuatkan masyarakat Cina dan India merasa kecil hati'

Selepas bersara daripada politik dan mendapat gelaran Tun, mulut pemimpin Cina ini begitu celupar dan biadap. Walaupun Gerakan masih dalam Barisan Nasional tetapi wajarkah seorang penasihat parti yang masih bergabung di dalam BN mengeluarkan kenyataan seperti seorang pembangkang? Memang benar ianya pernah dipertikaikan oleh Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang, malah Anwar mencadangkan Ketuanan Melayu di tukar kepada Ketuanan Rakyat. Jangan terpesona dengan kata-kata Anwar kerana Anwar bercakap atas tujuannya untuk menarik undi-undi bukan Melayu mengundi Pakatan Rakyat.

Adalah Lim Keng Yaik (LKY) bercakap hal-hal ketuanan Melayu dengan tujuan untuk mendapat undi daripada orang Cina semula setelah Gerakan 'bungkus' dalam PRU yang lepas? Jika itu tujuannya beliau bukan penasihat yang baik malah sama sahaja taktik yang digunakan oleh MCA dan MIC seolah-olah ingin menjadi jaguh bagi kaum masing-masing.

Saya tidak mahu menerangkan maksud Ketuanan Melayu itu kerana saya anggap LKY sudah faham benar setelah menjadi presiden Parti Gerakan dan berada di dalam kabinet begitu lama. Sebagai bekas Presiden Parti Gerakan, Penasihat Parti, Bekas Menteri dan memakai gelaran Tun pula wajarkah kenyataan sombong ini dikeluarkan ketika BN dalam keadaan lemah. Adakah kerana 1Malaysia, beliau boleh mengeluarkan kenyataan sesuka hati. Mengapa semasa menjadi menteri di bawah Tun Mahathir , isu ketuanan Melayu tidak dipertikaikan?. Takut kehilangan jawatan menteri kah?

Mengapa ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Bruas dulu beliau tidak mempertikaikan Ketuanan Melayu? Adakah takut kehilangan undi-undi daripada Melayu Bruas? Takut juga kalah di dalam pilihanraya? Setelah tidak memegang sebarang jawatan baru berani hendak menjadi 'ayam sabung' Cina. Jangan kerana Gerakan kalah di Pulau Pinang, maka Ketuanan Melayu menjadi mangsa. Jangan pula marahkan orang Melayu Pulau Pinang yang tidak memberi undi kepada DAP sedangkan orang Cina Pulau Pinang sendiri telah berpaling tadah. Apa yang telah Gerakan buat kepada Melayu Pulau Pinang walaupun konsep Ketuanan Melayu ini sudah wujud sejak merdeka? Adakah kerana Ketuanan melayu ini, Gerakan telah menolong orang-orang Melayu pulau Pinang? Tidak sama sekali. Gerakan dan DAP sama sahaja menindas orang Melayu. Sama seperti Cina Singapura menindas Melayu Singapura.

Bagaimana gelaran Tun ini diberi kepada Cina tua ini. Tidak berkelayakan langsung untuk memanggil nama Tun dipangkal namanya. Seorang Presiden parti yang tidak fasih berbahasa Melayu ini sengaja mencari pasal. Mempertikaikan Ketuanan Melayu samalah mempertikai DYMM Raja Raja Melayu dan mempertikaikan hak-hak istimewa orang Melayu yang telah termaktub dalam perlembagaan. Bagaimana boleh seorang bekas menteri yang lama memegang jawatan masih bodoh dan dungu dengan perlembagaan negara? Kalau begitu, serah balik gelaran Tun itu kepada kerajaan kerana orang bodoh seperti beliau ini tidak layak untuk memegang sebarang gelaran.

Jikalau beliau hendak terlalu perkauman pun, jangan pula mengusik kepentingan kaum Melayu. Selama ini, orang Cina yang tidak menyumbang apa pun ke arah kemerdekaan negara tetapi telah mendapat pelbagai keistimewaan selepas negara ini merdeka. Malah 100 tahun sebelum merdeka pun mereka telah mendapat layanan sempurna daripada British. Jangan kerana slogan 1Malaysia, LKY boleh bercakap sesuka hati kerana orang Melayu bukan tunggul atau batang pisang. 1Malaysia bukan untuk membuang hak-hak keistimewaan orang Melayu, membuang agama Islam sebagai agama rasmi, membuang raja-raja Melayu, membuang Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi adalah untuk perpaduan rakyat, tidak lebih daripada itu. Jadi apek tua tinggal gusi ini lebih baik diam!

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

17 comments:

Anonymous said...

anda tidak bolih menyalahkan
lk yaik sbb orang melayu sendiri yg mejadi dajal dalm prkara ini cntoh anwar ibrahim,zaid ibrahim,nik ajis dan prkara ini telah brmula pada masa tun abdullah badawi

rimajohor said...

Wahai melayu yang kian layu dek melayu yang durjana, bersedialah wahai melayu untuk dicantas dan di lunturkan hakmu di bumi ini.kelak kita org melayu yang dah layu dan kering dek mainan politik kotor oleh melayu-melayu durjana dgn memberi ruang untuk bukan melayu yg sering berani membidas dan memainkan agama Islam . Kita semua akan hidup dilautan luas dengan menaiki rakit-rakit batang pisang dan terumbang ambing mencari tepian pantai untuk berehat sebentar. tapi sering dihalau dan usir dengan hinaan dan cacian yang amat pedih dan hina. Iutlah melayu yang dah hilang hak dan warisan di bumi yang kemungkinan namanya sudah diubah kepada nama lain.

Anonymous said...

Kenapa baru sekarang dia nak cakap? Kenapa lepas bersara dari kabinet baru nak cakap? Kenapa masa dia dalam kabinet, dia tak tentang dasar ni secara terang-terangan? org melayu yg bagi anugerah TUN kat dia. Pastu dia "hantam" melayu balik!

Anonymous said...

BETUL KE AIRMAN?..JD ANDA JUGA MENYOKONG LKY DI SEBABKAN MEREKA BERANI MENENTANG KETUANAN MELAYU? ANDA MAHU ORG MELAYU DI PIJAK2? HAK ORG MELAYU DI RAMPAS? ANDA MAHU KESAMARATAAN DI BUMI MELAYU DAN MEMBIARKAN ORG MELAYU MEREMPAT?. PERLEMBAGAAN DH TERTULIS. MASING2 DH DI TENTUKAN HAK MASING2. JD KLU LKY TAK FHM ISI KANDUNGAN TU, SILA ANGKAT KAKI DAN BERAMBUS!

YANG GAMBI said...

Hantar je balik tongsan....... malaun-malaun ini dah mula tunjuk belang komunisnya...... ada Melayu dalam PAS & PKR pun masing-masing dah mabuk dengan jawatan, sampai ke ceramah pun suru puak-puak komunis ini baca ayat Quran.....

Anonymous said...

saudara jeffry orang melayu dah pun dipijak2 hak melayu dah pun dirampas kesamarataan telah pun brlaku dan banyak pun melayu merempat,perlembagaan?..adakah mereka menerima perlembagaan (orang sprt l k yeik). dulu ada mara ada deb ada asn yg bantu melayu sekarang dah tak de, sbb? orang spt yg saya maksudkan sendiri yg meminta kesamarataan,menolak deb dan keistimewaan melayu itu sndiri.orang tiada kekuatan ekonomi,kekuatan politik hancus dah trbahagi tiga. sapa nak prjuangkan hak melayu..umno? pas?..keadilan..ketika ini umno, tapi umno itu kerajaan..ia kena mengambil kira 1malaysia..so anda dan kita semualah kena mengambil tugas tsbt..bagaimana..ye..

Unknown said...

persetankan apa yg pemimpin cina atau india katakan. Mereka tidak akan berhenti selagi matlamat mereka tidak tercapai. Biarkan mereka terus bercakap, biarkan mereka terus menyalak...Asalkan kita orang Melayu jangan diam membisu, kita jangan berhenti untuk mempertahankan hak dan ketuanan kita di bumi kita.Bahkan kita juga harus bertindak offensive dgn menggunakan segala kuasa dan kesempatan yg kita ada.Exploitasi segalanya. Perlembagaan dan undang2. Kuasa raja dan kuasa executive. Media dan pendidikan. jabatan dan agensi kerajaan. sbg contoh, BTN, jgn dirombak atau dipinda tapi harus diperhebat utk membentuk minda Melayu tulin,jangan takut digelar racist kerana mereka juga racist. Jgn jadi spt Nazri Botak, yg cepat melatah dan mengalah dan apologetik. Apa salahnya jadi racist demi agama, bangsa dan masa depan anak cucu kita? apakah mereka tidak racist?

Ice.

mukhtar said...

Amir,

Hang Tuah pernah berkata,"Tak Melayu hilang di dunia".

Dalam makna kata-kata ni,hanya orang makrifat boleh menghuraikannya.

AntiHipokrit said...

What a joke!!! CINA dan INDIA kecik hati dengan kontrak sosial? MElayu macam mana? Selama ni Cina duduk bawah jambatan kot. Bloody FU**, Kalau tak kerana kontrak sosial itulah depa dah kena hantar balik. BODOH dan BANGANG.

Orang tua said...

Lim Keng Yik = LKY
Lim Kuan Yew = LKY
Tak perasaan ke????? Cuma bezanye Kuan Yew dah dapat S'pore. Keng Yek belum dapat P.Pinang. Betul tak???
Bukankah Gerakan & DAP menjadi pelopor terjadinya 13 Mei 69. Mungkinkah kali ni MEREKA cuba nak buat sekali lagi??????

LU FIKIR LAH SENDIRI.........

Orang tua said...

Opps! Lupa. Lee Kuan Yew bukan Lim Kuan Yew. Tapi Lim Kit Siang & Lim Keng Yik satu kampung dan satu kapal.
Bukan kah mereka ni kaum kerabat LIM.

Orang tua said...

Opps! Lupa. Lee Kuan Yew bukan Lim Kuan Yew. Tapi Lim Kit Siang & Lim Keng Yik satu kampung dan satu kapal.
Bukan kah mereka ni kaum kerabat LIM.

Anonymous said...

mukhtar kata tak kan melayu hilang di dunia, sedapnya bunyi.tapi mai kita kira bodoh na, melayu ada lebih kurang 60% bukan melayu 40%
melayu pulak bagi tiga umno,pas dan
keadilan..last..last apa yg tinggal
...mua..mua

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam airman 1
Lim Keng Yaik yang bercakap jadi kena la bertanggung jawab. Sejak tak jadi menteri mulutnya makin cabul. Anwar dan Nik Aziz hanya menambah keberaniannya sahaja di tambah lagi dengan Pak lah Lembik dicampur dengan Najib 1Malaysia. Bertambah celupar la Cina tua ni...

Salam buah kelapa turkey,
Hanya Melayu yang akan memusnahkan Melayu. Tetapi Melayu sangat sukar nak bersatu. PHD pun tinggi melangit...

Salam Media Cyber,
Masa jadi menteri mana berani bersuara, tambah lagi zaman Tun M. Takut hilang jawatan le.....

Salam Jeffry,
Sekarang pun rasanya tak adil. Pribumi miskin di negara sendiri sedangkan pendatang jauh lebih kaya. Sudah la tak menyumbang ketika merdeka malah mendapat keistimewaan lagi oleh penjajah 100 tahun sebelum merdeka. Adilkah itu kepada pribumi?

Salam YANG GAMBI,
Cina memang tak boleh menjadi ketua kepada orang Melayu. Kita akan ditindas oleh mereka seperti Melayu Singapura.

Salam eeza,
Saya sokong modul BTN tak perlu diubah. Jadikan ianya sebagai medan pembakar semangat bangsa kita. Selagi kita berkuasa jangan tunduk dengan kehendak mereka.

Salam Mukhtar,
Tak Melayu Hilang di Dunia....benar. Bangsa Jawi ini memang hebat kerana hanya ada 2 bangsa yang besar di Nusantara ini iaitu bangsa Jawa dan Bangsa Jawi (Melayu)

Salam AntiHipokrit,
Itu sebab Cina tak suka belajar Sejarah di sekolah sebab nak bagi tau dia tu pendatang dan banyak terhutang budi kepada Melayu.

Salam Orang Tua,
LGE selalu pergi Singapore jumpa LKY macamana nak pecahkan kawasan pengundi Melayu di Pulau Pinang. Selepas Singapura, target mereka adalah PP, Perak dan Selangor.Johor pun masuk senarai jika perpaduan Melayu Johor pun turut terbaraiiiiii

Anonymous said...

salam saudara2 semua jelas saudara mmpunyai pemikiran dan kesedaran yg sama so marilah kita berdoa agar melayu/islam terus subur dibumi ALLAH ini tanah melayu pusaka bangsa.

Arif Omar said...

TAK LAYAK. MEMANG TAK LAYAK MEREKA INI. aPA GELARAN PUN TAK LAYAK. APA SUMBANGAN GERAKAN DAN BELIAU SEHINGGA KINI? UNTUK ORANG MELAYU PP PUN TAK ADA JASANYA.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam airman 1 dan bro Arif Omar,
Saya bersetuju, agar konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Najib ini mendapat penjelasan yang secukupnya bukan sekadar menyebut slogan 1Malaysia sahaja. Kerana kurang penjelasan tentang, konsep, intipati, tujuan dan matlamatnya maka 1Malaysia dipolitikkan oleh kawan dan lawan. Tidak ramai menteri atau pembesar negara yang boleh menghuraikan maksud sebenar bersama dengan prinsipnya sekali. Slogan ini mempunyai 'double meaning' dan agak sukar untuk melihat pendiriannya yang jelas. Website 1Malaysia tidak memadai untuk memberi penjelasan kerana rakyat terbanyak masih tidak berkeupayaan untuk membaca di website berkenaan. Penjelasan bukan sahaja daripada Najib tetapi daripada seluruh pemimpin dan agensi kerajaan.

Sebenarnya slogan 1Malaysia adalah untuk menyaingi slogan 'Harapan Baru Rakyat Malaysia' yang diperkenalkan oleh Anwar Ibrahim. Slogan ini berjaya menarik minat pengundi bukan Melayu dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu. Nampaknya Najib terperangkap dengan umpan Anwar. Apa sudah jadi dengan slogan 'Harapan Baru rakyat Malaysia'. Anwar boleh mencipta berbagai-bagai slogan kerana slogannya tidak dapat dilaksanakan selagi beliau tidak mendapat kuasa. Berbeza dengan Najib yang sedang berkuasa, setiap slogannya mestilah direalisasikan jika tidak ia akan dikatakan sebagai slogan kosong dan propaganda BN semata-mata. Sepatutnya Najib tidak terlalu terikut-ikut dengan perangkap seperti ini kerana slogan 1Malaysia memakan diri Najib dan beliau sendiri tidak membetulkan kesilapan tafsiran tentang 1Malaysia yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin politik.

Akhirnya slogan 1Malaysia ini bukan sahaja tidak memberi kesan yang baik kepada BN tetapi batang tubuh Najib sendiri sudah dipandang serong oleh orang-orang Melayu kerana terlalu mengikut sangat permintaan daripada bukan Melayu malah cuba 'mencabul'perlembagaan berkaitan dengan hak-hak istimewa orang Melayu. Najib cuba membuang 'tongkat' yang selama ini membantu orang Melayu tetapi adakah orang Melayu sudah bersedia membuang 'tongkat' itu dan bersaingan di atas padang yang sama rata dengan kaum-kaum yang lain?

Berbalik kepada LKY, Cina ini sentiasa mengambil kesempatan atas kelemahan setiap pemimpin Melayu. Semasa pemerintahan Pak Lah , pada tahun 2005, beliau telah memperkatakan tentang kontrak so:) iaitu satu isu yang sensitif untuk diperkatakan. Beliau tahu Pak Lah tidak boleh berbuat apa pun kerana tidak ada masa untuk memikirkan perkara yang titek bengek spt itu tetapi amat besar kesannya kepada sejarah politik negara. Ketika beliau mempertikaikan kontrak so:) 1Malaysia belum wujud. Maka nyata Cina ini sudah lama mencari pasal dan suka mengambil kesempatan. Mengapa di zaman Tun M, LKY seperti 'bapok siam' tetapi menjadi 'ayam laga' di zaman Pak Lah dan Najib.

Apabila datang satu lagi slogan yang boleh memberi 'peluru' kepadanya maka sekali lagi LKY menawarkan diri menjadi jaguh atau ayam sabung kepada Cina-cina di Malaysia. 1Malaysia adalah peluang terbaik yang akan digunakan oleh LKY atas kelemahan pemimpin Melayu yang mewarisi kelemahan dan 'kepondanan' Pak lah. LKY tahu konsep 1Malaysia tetapi akan menggunakan peluang untuk 'membantu' Najib menjayakan slogan 1Malaysia mengikut persepsi mereka kerana seperti yang saya katakan bahawa 1 Malaysia mempunyai 'double meaning'.

Maka jika makna 1Malaysia yang pertama diambil kira untuk meletakkan Melayu sama rata dengan bangsa-bangsa lain makan LKY layak mendapat gelaran 'Tan Tin Tun' . Namun jika maksud 1Malaysia hanyalah sekadar untuk menyatupadukan rakyat Malaysia di bawah satu negara bernama Malaysia makan LKY hanya layak untuk diberi gelaran 'sundal politik'........