Monday, January 4, 2010

PERLANCARAN PERKASA JOHOR



JEMPUTAN KE MAJLIS PERLANCARAN PERKASA NEGERI JOHOR

Dengan segala hormatnya saya menjemput dan mempersilakan tuan puan umat Melayu ke Majlis Perlancaran PERKASA Johor seperti ketentuan berikut :

Tarikh : 17 Januari 2010
Hari : Ahad
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Dewan Jubli Intan Batu Pahat, Johor

Perasmi: Presiden PERKASA Malaysia, Datuk Paduka Ibrahim Bin Ali Merangkap Ahli Parlimen Pasir Mas.

Datang lah beramai-ramai sebagai bukti sokongan kepada suara Melayu dan kekuatan Melayu dalam mempertahankan hak-hak orang Melayu di tanah airnya sendiri.

Suara kita suara keramat dan kita satukan dan gemakan di dalam PERKASA.


Sekian Terima Kasih,


Amir Hamzah bin Hj Mohamad
Setiausaha,
PERKASA Negeri Johor.

22 comments:

Rizan said...

Assalamualaikum
Saya akan pastikan diri saya hadir dan saya teringin untuk bertemu dengan tuan yang saya anggap idola saya...
Rizan 0122853630

Jeffry said...

YEZZEKK..PERKASA SEMAKIN PERKASA!..TELOW AL JUBURI SEMAKIN KECUT DAN KECUT DAN KECUT SEHINGGA HILANG DR PANDANGAN HUHUHU

Arif Omar said...

saya tidak dapat hadir. saya terus sokong selamanya perkasa ini. hidup melayu

airman_1 said...

saya tak hadir tapi saya menyokong penuh kpa perjuangan melayu/ISLAM

cekodokmasin said...

Salam tuan, Saya akan berusaha untuk hadir walaupun ada kelas. Ingin sangat berjumpa dengan tuan yang menjadi sumber rujukan politik semasa. Hehehe
Jom pekena cekodok..

Aku Pengail said...

Syabas...! aku agak mustahil untuk hadir...
Aku amat menyokong langkah ini...Syabas anak-anak Johor!

mukhtar said...

Amir,

Aku dapat berita PERKASA akan membuat bantahan terhadap penggunaan kalimah ALLAH oleh Mingguan Katholik.

Aku sokong sepenuhnya.

Askar "Selempang Merah" nak aktif kembali.

Media Cyber said...

PERKASA? ape tuw?

Remy G said...

Salam,
Alahai...saya sungguh minat nak join tapi apakan daya, kalau di JB insya Allah saya akan hadir ..
Apa pun, tahniah dan semoga Melayu bertambah perkasa dengan PERKASA!!

Selempang Merah said...

Salam bro Amir..

Alangkah bagusnya jika "Pelancaran PERKASA Johor" dilancarkan dalam cuti sekolah hari tu.., dapatlah saya join. Kini apakan daya, saya sudah di Sabah.

Walau bagaimanapun, jika ada borang kosong bagilah kat saya sebab bro Amir kan, s/u... So, saya sokong 100% pelancaran tersebut demi martabat dan kedaulatan agama, bangsa dan negara.

Hidup Melayu, Hidup Islam 3X
Takbir..!!! ALLAHU AKBAR !!! 3X

Zorro said...

BOLEH ke caya si-Ibrahim Ali ni..??
PERKASA JOHOR..????Kenapa..??? UMNO JOHOR dah tak ada taring,tak ada gigi lagi..???Bukan kah UMNO mula bertapak,diJohor pada tahun1946,di istana Johor??? Sepatutnya
UMNO JOHOR lah yang memulakan kembali kekuatan UMNO selepas PRU 12 (8/3/2008)...!!! Johor ada :

1)TS Muhyiddin Timbalan PM,Menteri Pelajaran,Timbalan Presiden UMNO,
2)Khaled Nordin,Menteri Kabinet
3)Hishamuddin,Menteri KDN,VP UMNO
4)Razali Ibrahim,Timb Men Belia & Sukan,Timb Ketua Pemuda UMNO,
5)Fuad Zarkasi,Timb Men Pelajaran,
6)Ahmad Maslan,Timb Men,JPM,Ketua Penerangan UMNO dan lain2 Menteri dan Timbalan Menteri dari parti2 komponen BN.Tak kurang juga jaguh2
UMNO yg lain saperti Tun Musa Hitam,YB Shahrir Samad,Yb Syed Hamid dan MB Ghani Othman...

Jadi,kenapa nak dijemput Ibrahim Ali aka POLITIKUS KATAK lompat,
masuk kedalam KUBU KUAT UMNO..????
Tidakkah ini akan menjatuhkan kemaluan UMNO nanti..???
seolah2 UMNO JOHOR tak mampu memperjuangkan ideal2 UMNO kpd rakyat jelata,seolah2 UMNO tak ada strategi untuk mengemilangkan balik
imej UMNO yang telah tercalar teruk selepas 2008....!!!!
Adakah ini satu usaha nak cari publisiti olih Ibrahim Ali..???
Tapi mungkin ada baiknya..., berikan sedikit kejutan kpd UMNO Johor dengan kehadiran PERKASA..

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Tuan Zorro,
UMNO Johor sekarang ni tengah tidur macam beruang di musim sejuk. Nak tunggu musim panas (PRU) lama lagi. So, kasi gegar sikit UMNO Johor dengan geletek Ibrahim Ali ler...

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Saya cuba untuk hadir untuk menyokong pelancaran satu-satunya pertubuhan Melayu yang boleh bersuara setakat hari ini. Bukan yang lain tak ada, tetapi PERKASA ni biarpun baru, tapi banyak yang didokonginya.

zedmagel said...

Salam Bro Cekodok masin,

Bro Zorro tu tak tau yang Ibrahim Ali tu Presiden PERKASA, bukan pemimpin UMNO Johor tak ada. Tetapi ini majlis NGO, orang politik tak payah campur le. Duduk tepi support jek.

Ini kerja pemimpin skrap UMNO bukan buku teks UMNO.

buah kelapa turkey said...

sdr zorro;
hang x tau ceta jangan nak ngata orang ler...
perkasa tu...ngo...bukan parti politik.

Melayu KaH Aku said...

Saya menyokong penuh PERKASA dan saya akan hadir bersama teman-teman dari Kuala Selangor, Selangor.

Zorro said...

Kan si-Ibrahim Ali ni dah di-terajang keluar dari UMNO??Lepas tu,lompat masuk SEmangat 46...PRU 12(8/3/2008) dilantik ke Parlimen ehsan PAS.Sekarang nak publisiti melalui PERKASA untuk political survival...Jangan fikir ZTM tak tau
si-Ibrahim Ali ni...!!
Dan kenapa perjuangan untuk orang Melayu kena NGO yg ketengahkan???
Apa UMNO sekarang dah begitu LEMAH,
hingga kan perlu NGO macam PERKASA,
atau PERKIDA,untuk memperjuangkan
isu2 orang MELAYU..????Apa,UMNO dah
jadi parti siasah pondan??? Come on man..UMNO dah memerintah selama
52 tahun..!!!Kenapa tidak ABIM,
PERKIM,PERKID,GPMS,Belia MBM dsb???

ZorroTeam Malaysia

kamal said...

asalammualaikum...
hebat brader zoro kita nie....
bukan main panjang komen dia sampai org lain xder can nak komen......
tapi kesiannnn,budak nie xtau hujung pangkal cerita,maruah diri cuma nak harap orang lain jer jaga,kalau orang yang diharapkan xboleh nak jaga maka tergadailah maruah anak melayu yg bernama zoro nie,
tanggung jawab pertahankan agama,bangsa bukan terletak kat bahu umno ker,pas ker pkr ker,tapi pada bahu orang yang beragama islam tu sendiri,perjuangan islam xperlukan fahaman politik sebab politik boleh memisahkan seseorang walaupun sama agama,kalau rasa islam tu cuma tanggung jawab umno jer silap la klu mcm tu,tak kiralah parti apa pun asalkan islam seseorang tu wajib pertahankan martabat dan risalah islam,ini lansung xder kena mengena dgn politik,jangan jadi tong kosong bunyi bising tapi dalam xder isi,....
bagi dak zoro nasihat saya pergi balik,mengaji dulu,dah faham betul2 maksud perjuangan baru cakap,jangan main hembussss jer,
w'salam.

Geng Samudera said...

http://www.youtube.com/watch?v=cV89G-wrgDQ&feature=player_embedded

Please listen to it carefully and clear-headedly and judge for yourself who speaks the most sense. The body-language tell a story too. LINK

One of the panel is 100% reading from a script and seems to be incapable of speaking knowledgeably about the issue, or perhaps is even totally ignorant of the facts.

One could be excused for labelling the ABIM [VP Khairul Faiz Morat) representative as acting an inherently stupid stooge, as he is clearly incapable of taking part in the interview properly.

It seems obvious that this issue is more a political and racial issue rather than a truly religious one.

Dal said...

Selamat Perkasa diperkasakan.

Tak jauh dari kampong, insyaallah hadhir, walaupun setakat sebagai penunjuk hala ka tempat letak kereta.

The Unspinners said...

Zorro

Wakeup la brader. Nanti tertinggal bas.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Rizan,
Terima kasih kerana akan hadir. Mungkin saudara orang Batu Pahat tapi merantau di Kuala Lumpur. Kalau ada ruang untuk membantu silakan menabur bakti.

Salam Jeffry,
PERKASA semakin dikenali walaupun baru setahun penubuhannya. Benar, ada orang yang bertambah kecut....

Salam bro Arif Omar ,airman 1, Anak Pengail dan cekodokmasin
Terima kasih atas sokongan. Tidak dapat hadir bukan bermakna tidak menyokong. hehehe

Salam Mukhtar,
PERKASA akan terus membantah dengan keras kerana ianya satu usaha licik untuk mengkristiankan Melayu

Salam Media Cyber,
Nama penuhnya Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia. Salah satu NGO Melayu yang diketuai oleh Berahim Ali, Ahli Parlimen BEBAS Pasir Mas. maklumat lain cari lah sendiri. hehehe. WEBsitenya: www.pribumiperkasa.com

Salam Remy G,
JB ke BP hanya beberapa jam sahaja. Insyallah saya akan maklumkan nama AJK Perkasa Johor untuk dihubungi. Ini email saya: amirhamzah_daddy@yahoo.com.my

Salam Selempang Merah,
Kalau tak ada jodohnya di musim cuti sekolah nak buat macam mana. Sila hubungi saya di email di atas untuk saya beritahu YDP PERKASA Sabah.

Salam Zorro,
Kalau UMNO tu gagah perkasa tak wujudlah PERKASA ni.

Salam cekodokmasin,
PERKASA bukan mau bersaing dengan UMNO. Kalau nak tarik telinga UMNO tu boleh lah kerana tido memanjang tak bangun-bangun.hehehe....Lebih tepat PERKASA berjaya mengambil alih peranan PEMUDA UMNO suatu waktu dahulu sebagai golongan 'pendesak'

Salam Hj Zedmagel,
Kalau AJK PERKASA Negeri tak hadir tandanya nak kena pecat le tu...hehehe. Ingat AP ke..suka-suka nak ponteng?

Salam Buah Kelapa Turkey
Terima kasih atas penjelasan mudah tapi ramai yang pura-pura tak faham

Salam Melayu KaH Aku
Terima kasih atas sokongan. PERKASA Selangor akan dilancarkan pada 30 Januari ini

Salam Kamal dan Unspinner
Layan aje le.....Kawan malas nak layan. Letih.....

Salam Dal
Kalau hadir, selamat datang. Terima kasih atas sokongan