Sunday, January 31, 2010

SIAPA KATA MELAYU TAK HEBAT

Sudah lama saya tidak mendengar cerita tentang Daim Zainuddin. Bekas Menteri Kewangan dan Bendahari UMNO Zaman Tun Mahathir. Kawan dan sahabat menjual kuih bersama Tun Mahathir di zaman kanak-kanak di Kedah. Kedua-duanya berjaya. Tun Mahathir sudah diketahui umum berjaya mentadbir dan mengurus negara selama 22 tahun. Berjaya mengubah lanskap politik dan ekonomi Malaysia sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri. Selepas tidak lagi berada di dalam kabinet kerajaan, Daim terus menyepi. Bagi generasi baru mungkin tidak mengenali Daim Zainuddin apatah lagi cerita-cerita mengenainya.

Saya baru menerima email daripada seorang sahabat yang menulis serba sedikit tentang Daim yang pendiam itu. Diam-diam ubi berisi.....bukannya diam-diam besi berkarat. Sebagai anak Melayu saya menumpang bangga. Kejayaan Daim membuktikan sesiapa sahaja boleh berjaya jika kita ingin dan berusaha untuk berjaya. Bacalah tulisan sahabat saya ini:

SIAPA tidak kenal bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Bertubuh kecil dan tidak sukakan publisiti, hingga beliau pernah dikenali sebagai 'Daim Yang Diam'

Aku terpanggil untuk menulis entry mengenai Daim bila aku terbaca senarai orang terkaya di Forbes dan juga di majalah Malaysian Business. Aku tak tahu apa 'formula' yang digunakan oleh kedua-dua majalah ini dalam meletakkan 'ranking' seseorang individu itu dari segi pengumpulan harta. Namun seperkara yang menarik adalah nama Daim tidak pernah tersenarai walaupun dalam tangga ke-100 individu terkaya di Malaysia . Apatah lagi di kalangan mereka yang terkaya di dunia.

Hinggalah suatu hari aku dihantar melakuka n tugasan Tanzania . Ketika itu aku hendak menukar 'travellers cheque' di sebuah bank berhampiran Dar-Es-Salam, ibu negara republik berkenaan.

Aku ingat lagi nama bank itu, International Bank of Commerce (ICB). Untuk pengetahuan korang, aku tiba-tiba tergamam sebentar sebaik saja melangkah masuk ke perkarangan bank tersebut.

Mahu taknya, potret Daim 'sebesar-besar alam' tergantung di dalamnya. Dalam hati aku berkata, apa kejadahnya gambar Daim kat dalam ni? Ke ada manusia lain kat Tanzania ni muka macam Daim?

Tapi bila fikir balik, mustahil pulak, kecualilah ada rakyat Afrika yang 'albino' jadi taukeh bank (sebab Daim ni agak cerah orangnya)

Sebaik saja selesai urusan, aku terus pergi berjumpa salah seorang pegawai bank di situ. Aku berpura-pura tanya siapakah lelaki dalam bingkai gambar yang besar itu.

"For your information Sir, he is the owner of this bank, Mr. Daim Zainuddin. We've got 59 branches in Indonesia, 23 branches in Africa itself plus nine branches in Eastern Europe," katanya dalam 'accent' Afrikanya yang pekat itu.

Ambik ko! Sejak hari itu aku tak percaya lagi 'ranking' orang-orang terkaya di dunia yang dikeluarkan oleh Forbes.

Sejak itu juga, aku percaya masih banyak manusia di luar sana yang sememangnya berlipat kali ganda kaya tetapi terus 'low profile'...seperti mana 'Daim Yang Diam'.

Siapa kata Melayu tak hebat?

(Dua tahun lepas ICB menerima anugerah 'Bank Terbaik 2006' daripada The Banker di London.)

11 comments:

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Cerita panglima Awang pun boleh diketengahkan...

Jeffry said...

SLM BRO..TUN DAIM MMG BIJAK PSL EKONOMI. LEBIH HEBAT DR ANAL'WAR YG HANYA TAU MCM MANA NAK GADAI NEGARA HEHEH

Syah_Putra said...

ish3 x sagka yerk, hmmmm bleh bkak bank jgak la cm ni. hebat orang melayu

KUNTONG said...

melayu memang hebat....! menjahanamkan bangsa sendiri Melayu pun hebat !!!!!! anda tau.....siapa dia.. ? TAU X apa !

Arif Omar said...

DSAI LAGI CERDIK . DIA BOLEH BUKA BANK APA SAHAJA. BANK DNA, BANK AIR MANI LELAKI DAN PEREMPUAN. BANK DEMO HARAM, BANK LIBERRAL, BANK PEMBELIT DAN BERBAGAI BANK LAGI. DI SELANGOR PUN DIA AKAN BUKA BANK TAK LAMA LAGI. BANG KRAP

zedmagel said...

Salam Sahabatku Bro Amir,

Saya mengenali Tun Daim yang Diam di zaman saya. Yang bernama seorang manusia memang ada putih dan hitamnya. Begitu Tun Daim dia seorang yang bijak, namun ada kelemahannya juga.

Bro ada tag untuk tuan di laman saya, lama tak nampak saudara mampir di blog saya, sejak kehadiran Ain yang sangat comel tu...

Selempang Merah said...

Salam bro Amir..

Inilah Tun Daim yang "diam-diam ubi berisi". Walaupun banyak jasanya kpd negara, namun ramai juga yg cemburu dengannya. Inilah golongan yang "Cemerlang, Gemilang dan Terbilang" yang telah dan boleh mengharumkan bangsa Melayu dan negara kita.

Bukannya macam sesetengah pihak yang macam "tin kosong". Bising je lebih sebelum berkuasa. Bila dah pegang jawatan tinggi, mcm hampeh.. zero..

Mungkin pada pandangan saya adalah lebih baik jika Arkib Negara atau PERKASA menyenaraikan tokoh-tokoh Melayu yang telah berjaya dalam satu buku dan dijilidkan. Kalau perlu dari zaman Tun Perak pun, tiada salahnya. Tak gitu bro..?

eeza said...

Bro, ada satu lagi melayu hebat...TAK LAIN TAK BUKAN....nuar . hebat dalam segala bab-bab tak baik dan pelik.hehehe.

ice.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam cekodokmasin,
Emm....terlalu panjang untuk menulis tentang Melayu pertama mengelilingi dunia ini. Lebih baik baca buku yang telah ditulis bertajuk 'Panglima Awang' oleh Harun Aminurashid. Saya dah baca buku Panglima Awang atau nama Eropahnya sebagai Enrique sejak darjah 5 lagi.

Salam Jeffry,
Daim yang diam ini dijemput oleh Tun M ke dalam kabinet bagi membantu Tun M mengurus ekonomi negara. Tidak bercita-cita besar dalam politik dan dia bukannya jenis spesis yang terhegeh-hegeh nak kan kuasa.

Salam Syah Putra,
ish..ish....ish...walaupun tubuhnya kecil tetapi otak dan jiwanya besar tetapi tak mahu nak heboh dan kepoh. Tak payah pun nak jadi Melayu terkaya di alam Melayu.....hehehe

Salam Pakcik Kuntong,
Kita cari yang baik-baik supaya boleh dijadikan tauladan. Yang buruk macam perangai abang Nuar tu kita jadikan sempadan......

Salam bro Arif Omar,
Apa bezanya Anwar dan Daim? Paling ketara Anwar suka menonjolkan diri, suka glamour, suka publisiti, suka gempaq dan macam-macam yang sewaktu dengannya. Tapi Daim.....control macho. Sebab itu dikatakan orang ' Daim yang Diam'

Salam Hj Zedmagel,
Walaupun duitnya yang bertempayan-tempayan tu tak mengalir ke kocek saya tetapi saya bangga dengan keupayaan orang Melayu yang dikatakan bodoh dan tongong oleh British dahulu.

Salam Selempang Merah,
Memang tepat perlantikan beliau sebagai Menteri Kewangan dan Bendahari UMNO di zaman Tun M, kerana latar belakang beliau dalam perniagaan. Bukannya orang yang kelulusan sastera menjadi menteri kewangan. Cadangan saudara itu amat baik tetapi buku-buku berbentuk biblografi telah banyak berada di pasaran. Saya juga minat tentang buku jenis ini.....

Salam eeza,
Anwar hebat dalam bidang yang diminatinya tetapi berbeza dengan manusia normal.hehehe.....Hebat Nuar....

mukhtar said...

Amir,

beliau jadi menteri Kewangan ketika ekonomi negera meleset. Bila ekonomi negara pulih, beliau minta letak jawatan.

Jelas beliau jadi menteri bukan untuk bolot kekayaan.pemimpin berjiwa rakyat

Tahun 1984 aku pergi pejabat bertemu beliau untuk Majlis Kolej3 UM.Beliau tak sombong dan pakai selipar aje.