Friday, January 22, 2010

DYMM Sultan Iskandar Gering.




Berikutan kenyataan rasmi Setiausaha Jemaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli:

Jemaah Majlis Diraja Johor memaklumkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar, Sultan Yang di-Pertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Takzim telah dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri Johor Bahru pada 22 Januari 2010 kerana kegeringan.
Dengan itu, Jemaah Majlis Diraja Johor membuat keputusan di bawah pasal 9 (1)(B) dan 9 (2) Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1995.

Setelah menerima laporan kesihatan daripada pakar-pakar perubatan, bersetuju melantik Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar, Tengku Mahkota Johor sebagai Pemangku Raja pada hari ini, 22 Januari 2010 bagi menjalankan tugas raja semasa kegeringan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar.

3 comments:

Jeffry said...

SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KESIHATAN KE BWH DULI TUANKU..KAMI RAKYAT JELATA SENTIASA MENDOAKAN KESEJAHTERAAN DAN KESIHATAN BELIAU..AMINN

anuarhashim said...

Al-Fatihah.Semuga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya dan ditempatkan bersama roh orang yang beriman . Amin. Saya telah mengetahui tentang kemangkatan baginda Sultan Johor melalui berita jam 11.30 pm.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Jeffry dan anuarhashim,
Daripada Dia kita datang, KepadaNya juga kita kembali.
Al-Fatihah.....