Friday, January 22, 2010

Sultan Iskandar Mangkat.



DYMM Sultan Johor Tuanku Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al Khalidi yang mangkat senja hari ini merupakan seorang Raja yang amat disayangi dan berjiwa rakyat. Baginda berumur 77 tahun pada 8 April lepas.

Akhbar The Star menyifatkan baginda sebagai ‘Raja Yang Menginspirasi’.

Baginda naik takhta sebagai Sultan Johor apabila ayahanda baginda Almarhum Tuanku Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim mangkat pada 10 Mei 1981. Baginda menjadi Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong VIII antara 26 April 1984 hingga 25 April 1989. Semasa menduduki tahkta Kerajaan Persekutuan, baginda menunjukan keperihatin terhadap rakyat, terutama anggota pasukan keselamatan. Baginda telah beberapa kali mencemar duli semasa perayaan Hari Raya Aidil Fitri melawat anggota pasukan keselamatan diperbatasan dan sempadan. Ini termasuk terbang ke atas kapal TLDM yang sedang membuat rondaan dilaut.

Baginda juga mendermakan keseluruhan elaun sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sepanjang menduduki takhta kepada sebuah NGO, Yayasan Iskandar. Dana ini digunakan sebagai membantu pembiayaan pelajar yang kurang berkemampuan.

Baginda juga merupakan Kolonel Kehormat Rejimen Grup Gerak Khas dan menunjukan minat dalam aktiviti sukan.

Sebagai seorang ketua keluarga, baginda adalah seorang ayahanda dan nenda yang amat penyayang. Baginda menentukan cucunda baginda, Tunku Ismail Ibrahim Ibni Tunku Ibrahim Ismail agar dilatih sebagai pegawai kadet di Dehradum, India dan menyoroti perkembangan cucunda tersebut dengan rapat. Baginda juga minat kepada irama keroncong.

Baginda membelakangkan protokol dan membuat kenyataan politik semasa upacara merasmikan Wilayah Pembangunan Iskandar di Danga Bay pada November 2006 apabila menitahkan agar Kerajaan tidak mempercayai orang asing terutama ‘orang putih’ dan mencadangkan wilayah itu dinamakan Wilayah Pembangunan Rahman Andak berbanding dengan nama baginda kerana menghargai pengorbanan Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor itu. Baginda juga menitahkan agar Tambak Johor dirobohkan, “Biar air lalu”, berbanding dengan keputusan bekas PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan agar projek 'Jambatan Bengkok ' dibatalkan pada bulan Mac 2006.

Semasa perasmian Dewan Undangan Negeri Johor ke XII pada tahun 2009, baginda menitahkan akan mengunakan saluran perundangan untuk mengambil kembali Pulau Batu Putih yang telah diputuskan oleh Mahkamah Antarabangsa menjadi milik Singapura. Baginda juga bertegas agar cadangan untuk ‘Jambatan Ke III’ tidak diadakan.

Petikan daripada Big Dog!

Saya mewakili YDP PERKASA Johor dan Jawatankuasanya menghulurkan salam takziah kepada Pemangku Raja Johor dan Kaum kerabat Diraja Johor di atas kemangkatan Almarhum Tunku Sultan.

Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat keatas roh Almarhum.....Al-Fatihah.

Sultan Iskandar: Raja yang tegas, adil

Najib Pendekkan Lawatan

Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pada sidang akhbar, sebentar tadi.

Jenazah Almarhum Sultan Iskandar akan dimakamkan di Makam Diraja Mahmoodiah jam 2 petang esok.

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar, yang dilantik Pemangku Raja petang tadi, akan dimasyurkan sebagai Sultan Johor pada jam 1 petang esok di Istana Besar Johor Bahru.

Esok juga diisytiharkan cuti umum untuk seluruh negeri dan Johor akan berkabung selama tujuh hari.

LAPORAN POLIS WAJAR DILAKUKAN OLEH MANA-MANA INDIVIDU YANG PRIHATIN KE ATAS PENULIS BLOG INI YANG BIADAP, ANGKUH DAN BOLEH MEWUJUDKAN KETIDAK TENTERAMAN DALAM MASYARAKT. KDN DAN KERAJAAN JOHOR JUGA WAJAR MENGAMBIL TINDAKAN KERANA AYAT-AYAT YANG TERTULIS MERUPAKAN SATU PENGHINAAN KEPADA INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU.

9 comments:

ieyza said...

salam takziah untuk semua kaum kerabat diRaja Johor...kami akan mula berkabung....

alfarook said...

Takziah..
Rakyat Johor DT berkabung atas kemangkatan Sultan yang kami sanjungi..

Orang tua said...

Salam Takziah untuk semua Kerabat Diraja Johor dan seluruh rakyat negeri Johor Darul Takzim....

Walaupun saya diperantauan, saya tetap anak Johor dan sekeluarga akan berkabung diatas kemangkatan Baginda Sultan yang dikasihi.

AL FATIHAH.

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Kita berdukacita di atas kemangkatan Sultan Iskandar. Moga2 rohnya dicucuri rahmat seluas2nya oleh Allah SWT. Moga2 juga Sultan Ibrahim Ismail menjadi contoh kepada rakyat Johor khususnya dan Malaysia amnya.
p/s: Bor, bila nka biuat lapuran polis tu. Inform kawan. Kawan nak ikut sekali..

airman_1 said...

Al Fatihah. Amin

Geng Samudera said...

Al fatihah....Amin.

Kerabat Diraja Johor yg brutal...hidup Johorr!!..hidup Johor!!!..


Bangga jadi anak jati Johor.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam sahabat-sahabat,
Al-Fatihah semoga roh almarhum dicucuri rahmat.
Cekodokmasin, laporan polis sudah dibuat pada 23 Januari 2010 jam 5.30 petang di Ibupejabat polis Batu Pahat.Jika tidak ada tangkapan dibuat, salinan page AdukaTaruna bersama laporan polis akan di poskan ke pejabat Sultan di Istana Johor.

PEJABAT RAJA-RAJA & ORANG-ORANG BESAR - Johor
Bukit Serene 07-223 0000
Pasir Pelangi
Istana DYAM Tunku Mahkota Johor 07-222 2200
Istana East Lodge (DL) 07-224 9400
Istana Baru 07-224 4245
Istana Pelangi I 07-222 1044
Rumah Pengawal 07-332 3027
Pondok Pengawal 07-332 3028
Istana Pelangi 2 07-224 4087
Kelab Polo 07-222 5522
Istana Bt Pelangi 07-222 5552
Bilik Pengawal 07-332 3043
Pondok Pengawal 07-332 3042
Stable Pasir Pelangi 07-222 1300
Pejabat Kuda Istana 07-222 1300
Kelab Polo 07-222 2611
Istana Bkt Gedong 07-222 2226
JABATAN DIRAJA
Istana Besar
Pejabat Am 07-222 0351
Fax 07-223 0763
Pengelola Bijaya DiRaja Johor Pejabat 07-222 8823
Dato Perdana Dalam Sulaiman Mohd Saleh Pejabat 07-223 3222
Setiausaha Sulit Kpd DYMM Sultan
Mohd Rofiki Dato Shamsudin Pejabat 07-222 8824
Setiausaha Sulit Kpd DYAM Tunku Mahkota
Ungku Mohd Zakaria Ungku Abd Rahman Hj Pejabat 07-222 1166
Muzium Diraja Abu Bakar
Pejabat Am 07-223 0222
Fax 07-224 8476
Hanger JMF (Lpg Tbg Sultan Ismail Senai) 07-599 6611
Fax 07-599 6655
Juruterbang Mejar Mazelan Abu Pejabat 07-599 6622
Hanger Diraja Istana Bkt Serene 07-221 6686
Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor 07-224 4567
Fax 07-224 0276

hehehe....

Selempang Merah said...

Salam bro Amir..

Al-fatihah khas buat Al-Marhum Sultan Iskandar.. Semoga Baginda dicucuri rahmat Allah dan tergolong bersama Para Anbiyak dan Solehin.. Amin..

Saya dapati di Sabah turut berkabung dengan kemangkatan Al-Marhum Sultan dan memasang bendera negeri separuh tiang. Saya juga berharap, selain negeri kita Johor... seluruh negara turut berkabung sebagai menyahut slogan 1Malaysia.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Selempang Merah,
Walau pun Sabah Negeri tidak beraja tetapi rakyatnya faham peranan institusi raja-raja Melayu. Namun rasa sedih atau perkabungan ini bukan boleh dipaksa-paksa tetapi datang daripada hati yang ikhlas.

Apa titah Sultan baru kita:

Istana: Tiada tindakan bagi yang tidak berkabung

Pemakaian pakaian perkabungan di kalangan rakyat Johor berikutan kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar pada Jumaat lalu, adalah secara sukarela dan tiada unsur paksaan, kata Setiausaha Jumaah
Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli.

Sehubungan dengan itu beliau menafikan sekeras-kerasnya khabar-khabar angin yang mengatakan mereka yang tidak memakai pakaian perkabungan akan dikenakan tindakan seperti denda atau ditangkap.

"Baginda (Sultan Johor Sultan Ibrahim) telah meminta saya untuk menyatakan bahawa pemakaian perkabungan itu adalah secara tulus ikhlas daripada rakyat dan tiada sebarang unsur-unsur paksaan."

"Pemakaian perkabungan itu adalah untuk menunjukkan taat setia dan kasih sayang rakyat kepada (Almarhum) baginda dan adalah dilakukan secara tulus ikhlas," katanya pada persidangan akhbar di Johor Baharu, hari ini.