Tuesday, September 29, 2009

Tahniah Isa ! Sokongan Padu Di belakang Tan Sri


Walaupun saya ada menulis artikel bertajuk 'Isa Samad Bukan Pilihan Terbaik' tetapi apabila diumumkan bahawa Isa Samad adalah calon Barisan Nasional N31 Bagan Pinang oleh Muhyiddin Yassin di Port Dickson petang tadi serta merta saya menyokong pemilihan itu. Sorakan dan teriakan nama Isa semasa pengumuman tersebut membuktikan sokongan padu rakyat Bagan Pinang.

Walaupun keputusan sudah ada, Muhyiddin masih sempat membuat gimik dengan bertanyakan kepada hadirin sebanyak 3 kali tentang siapakah calon yang dikehendaki. Teriakan dan laungan nama Isa tetap 3 kali yang memberi kesimpulan oleh Muhyiddin bahawa Isa adalah kehendak akar umbi, kehendak rakyat dan kehendak pemimpin-pemimpin UMNO juga.

Pemilihan Isa sewajarnya disambut dengan tangan terbuka oleh ahli-ahli UMNO di seluruh negara. Semangat yang berkobar-kobar ini bukan sahaja dirasai di Bagan Pinang tetapi oleh ahli-ahli UMNO dan rakyat keseluruhannya. Keyakinan untuk menang sedang membakar semangat penyokong dan pendokong kerajaan untuk mempastikan kemenangan Isa dan tidak sabar-sabar untuk berkampung di Bagan Pinang . Mereka yang akan datang dari seluruh negara akan memberi sumbangan terbaik bagi mempastikan kemenangan dengan majoriti lebih besar.

Paling menarik, kebolehan, ketrampilan dan pengalaman Isa sebagai pemimpin popular di Bagan Pinang. Isa mungkin mudah berkempen dan menepis serangan pembangkang berdasarkan pengalamannya sebagai Menteri Besar NS selama 22 tahun. Hujah pembangkang nampak mudah dibidas khususnya daripada serangan Anwar ibrahim dan PAS sendiri. Sewaktu Anwar dipecat Isa adalah penyokong Tun Mahathir yang paling setia mempertahankan keputusan yang dibuat oleh Tun. Isa memang tidak mempercayai Anwar dan Isa bukan regu Anwar semasa Anwar masih di dalam UMNO.

Bekas guru ini bukan sahaja mendapat sokongan daripada orang Melayu tetapi sokongan daripada orang Cina dan India tidak boleh dinafikan. Keramahan dan kesederhanaan Isa disenangi oleh semua orang. Bekas guru dan bekas MB ini mempunyai ramai kawan-kawan persekolahan, rakan-rakan sepermainan dan saudara mara yang ramai di kawasan ini. Ramai penduduk Melayu, India dan Cina bukan sahaja mengenali Isa tetapi bapanya dan saudara maranya yang lain. Ini membuktikan betapa akrapnya Isa dengan rakyat di kawasan ini.

Berdasarkan beberapa temuramah dengan penduduk, Isa bukan sahaja mengenali malah boleh memanggil nama mereka yang menunjukkan keakrapan Isa di sana. Memanggil setiap orang dengan nama adalah satu bonus untuk Isa. Ada diantara mereka tidak boleh melupakan jasa-jasa Isa kepada semua rakyat tanpa mengira kaum ketika menjadi Menteri Besar.

Pendek kata, pemilihan Isa adalah kehendak rakyat dan kehendak ahli UMNO dan pemimpin-pemimpinnya.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

6 comments:

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Tahniah buat Tan Sri Isa, semoga memenangi kerusi Bagan Pinang dalam PRK ini. Saya sangat menyokong kewibawaan beliau sebagai pemimpin.
Pertama beliau bekas MB Negeri Sembilan dan Naib Presiden Pusat.

Perkara lama jangan diungikt kerana beliau telah pun menerima hukuman yang sewajarnya.

Local Fighter said...

Bro,

Semalam masa pengumuman calon di PD, semasa nama Isa diteriak oleh orang ramai meremang bulu roma saya. Rasa begitu kuat Aura Tan Sri Isa Samad ni.

Yang saya pelik bukan sahaja orang Melayu yang teriak nama dia, orang Cina dengan India pun teriak sama..!

Kat tempat lain aku tak pernah tengok lagi sokongan yang begitu kuat macam ni.

Masa Isa jumpa2 orang lepas pengumuman, dia panggil seorang apek tu dengan nama. Sapa tak bangga pemimpin kenal kita bro. Kembang kempis hidung apek tu aku tengok. hehe..

Character Assassination yang akan digunapakai oleh DAP & PKR dan balacinya PAS tidak akan berjaya di PD ni.

Semakin kuat Isa dikutuk, semakin tinggi sokongannya. Ini adalah pasti! Lebih - lebih lagi lawannya adalah orang yang mengaku berasal dari Lenggeng tapi tinggal dan bekerja di KL. Hehehe

KUNTONG said...

Amir: Bila kita nak buat oh ,zed dah buka mulut. Intnet saya pun blum 100% ok.

Anonymous said...

SLM BRO...YEZZEKK!!..ISA IS THE MAN!!..ZUL PLAK IS THE VICTIM OF PAS ANARCHY!!..LEPAS NI DH BOLEH TALKIN 7 HARI 7 MLM. PAK AJIS DH BLH MASUKKAN NAMA ZUL DLM SENARAI AHLI SYURGA!! KEHKEHKEH

ڤنا مينڠ / PENA MINANG said...

SEMOGA TAN SRI ISA DAPAT MENGEMBALIKAN MARUAH UMNO

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro zedmagel,
Barang yang lepas jangan dikenang kalau dikenang meranalah badan.....hehehe

salam Local Flighter,
Ada orang kata, 40 Bas yang angkut orang pada majlis tersebut dibawa daripada beberapa tempat di N9. Tak kira la bro, ceramah PAS dan PKR pun yang meramaikan orang luar jugak. huhuhu

Salam Pakcik KUNTONG,
Kawan on aje........bila-bila kita meeting.

Salam Jeffry,
Betul la bro......Walaupun bersalah pasal politik wang tapi rakyat mau dia jugak. Macam Anwar , walaupun kaki main bontot rakyat nak dia jugak huhuhu - apa ada hal

Salam pena minang,
Isa dapat mengembalikan semangat UMNO yang dah melepek ni......8-1 bro macam korea lawan brunei. hehehe