Saturday, July 4, 2009
PR :Tenang di Permukaan, Bergelora di Dalam.
Siapa yang menyatukan PAS dan DAP kalau bukan brother Anwar Ibrahim. Anwar adalah orang tengah menyatukan dua parti yang umpama air dengan minyak. Kehebatan Anwar menyatukan keduanya adalah atas prinsip kebencian terhadap UMNO dan Barisan Nasional dan kuasa. Perasaan kebencian dan inginkan kuasa ini membolehkan mereka memperolehi undi besar dalam PRU ke 12 lalu.
Apabila ia bermula dengan sesuatu yang tidak baik, perjalanannya berlangsung dalam suasana curiga mencurigai, tiada keikhlasan, perebutan kuasa dan ianya akan berakhir dengan kebencian juga. Di dalam PKR sendiri, Anwar sedang bergelut dengan kes liwatnya. Di Pulau Pinang dengan kes Kampung Palanya dan Di Kedah dengan kes babinya. Pendek kata ketiga-tiga parti PKR, DAP dan PAS sedang mengharung masalah dan meredah gelora.
Anwar sudah mula mengarahkan kuncu-kuncunya memberitahu rakyat jelata bahawa tuduhan liwat ke atasnya adalah satu konpirasi menjatuhkannya. Beliau juga mendakwa bahawa beliau hampir pasti akan didapati bersalah dan akan disumbatkan ke Sungai Buluh. Mahkamah akan dikuasai kerajaan dan hakim sudah dibeli dan akan menurut kata Tingkat 5 Putrajaya. Inilah antara provokasi Anwar yang sudah bermula selepas rayuannya di tolak dan akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi pada 8 Julai ini.
Adakah rakyat percaya dan simpati ke atasnya? Mungkin ya dan mungkin tidak. Persepsi begini adalah permainan biasa Anwar mempengaruhi sentimen rakyat. Sampai bila rakyat akan diperbodoh-bodohkan oleh Anwar? Jawapannya sampai rakyat memerdekakan otak dan minda mereka dan berfikir tahap luar biasa kerana perasaan kebencian kepada kerajaan sudah sampai ke syiling.
Bagaimana untuk memulihkan pemikiran rakyat ke tahap rasional? Jawapannya apabila Anwar sudah tidak aktif politik, Anwar didapati bersalah dan disumbat di dalam penjara dan Anwar meninggal dunia. Selagi Anwar hidup dan selagi dia aktif berpolitik selagi itu persepsi ini sukar diubah. Dahulu Pak Lah sekarang Najib, apakah perubahan yang boleh mengubah cara berfikir rakyat? Tidak ada!. Buatlah apa pun pembangunan dan dasar-dasar baru, ianya tidak begitu meyakinkan rakyat.
Sebab itu, Anwar begitu kecewa dengan kegagalan rayuan kesnya. Bagi beliau jika kes liwatnya dibuang ianya satu kemenangan besar kepada politik Pakatan Rakyat. Usia Pakatan Rakyat bergantung kepada usia Anwar Ibrahim. Anwar tidak upaya lagi menangani isu-isu baru seperti isu Kampung Buah Pala yang akan dirobohkan. Hindraf haram sudah buat bantahan kepada DAP. Nampaknya senjata makan tuan. Lim Guan Eng mula lepas tangan. Desakan untuk beliau meletakkan jawatan semakin lantang kedengaran.
Kekalahan DAP di Perak mula berjangkit ke Pulau Pinang. Pakatan Rakyat yang kononnya alternatif baru kepada rakyat hanya banyak mengundang celaka kepada rakyat. Pakatan Rakyat di Pulau Pinang hanya pakatan antara DAP dan PKR sementara PAS diketepikan. DAP yang meneraju seolah-olah mahu menafikan hak kaum Melayu dan India. Buktinya Kampung Buah Pala, dimanakah prinsip ketuanan rakyat yang dijunjung itu benar-benar ingin menolong golongan susah di Pulau Pinang. Bukankah hak rakyat telah dirampas? Siapakah yang menjadi tuan didalam slogan ketuanan rakyat itu?
Disebabkan Melayu adalah majoriti rakyat Kedah, pakatan yang terbentuk di Kedah adalah PAS dan PKR sementara DAP dipinggirkan. Ianya adalah seolah-olah membalas tindakan DAP di Pulau Pinang yang mengenepikan PAS sehingga exco agama pun tidak diserahkan kepada PAS. Pakatan apa hendak kita namakan jika hal begini terjadi? Apakah keyakinan kita untuk memberi kuasa kepada mereka ini bagi memerintah Malaysia yang sangat kompleks dengan 14 buah negeri.
Situasi di Kedah mungkin akan memberi kekuatan dan kemenangan moral kepada PAS kerana tidak tunduk kepada DAP. Kehebatan PAS ini akan dijaja di Manek Urai bahawa PAS betul-betul memperjuangkan orang Melayu dan Islam. Nampak simple kempen sebegini kerana memang benar pun MB Kedah sudah melakukan tindakan yang menyebabkan DAP Kedah keluar daripada Pakatan Rakyat. Kalau pengundi di Manek Urai boleh berfikir bahawa yang ditentang itu dalam pakatan sendiri apakah ia memberi untung kepada prestasi PAS diseluruh negara? Adakah PAS tidak memerlukan lagi undi-undi DAP/ undi-undi Cina ketika mereka bertembung dengan UMNO ketika pengundi Cina menjadi penentu?
Begitu juga di Pulau Pinang. Tindakan Lim Guan Eng akan menimbulkan rasa benci orang Melayu dan India yang semakin tersepit di Pulau Pinang. Melayu Pulau Pinang masih lagikah bergantung harap kepada Anwar Ibrahim sedangkan Lim Guan Eng yang mempunyai kuasa penuh sebagai ketua menteri sedang bermaharaja lela di Pulau Pinang.
Sebagai ketua Pakatan Rakyat,Anwar, enggan mengakui kelemahannya dan sering menunjuk pihak lain atas kelemahan dirinya. Selain tidak ikhlas untuk berpakat, Anwar tidak menyelesaikan perbalahan ketika mengurus krisis. Beliau lebih senang mengalih tumpuan dan mencari isu lain untuk diperbesarkan.
Masalah yang sekarang melanda Pakatan Rakyat adalah hasil "Pakatan Pilihanraya" yang terbentuk dalam masa yang singkat. Asas perjuangan mereka juga amat berbeda antara satu sama lain. Faktor 'Anwar' yang menyatukan mereka hanyalah sementara kerana mereka saling memperguna antara satu sama lain, tidak ikhlas menyokong dan mendokong sesama mereka.
Apabila hanya 5000 orang sahaja hadir yang kebanyakkanya adalah penyokong PAS dalam Himpunan 100,000 rakyat anjuran pakatan pembangkang di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya bagi membuktikan Pakatan Rakyat tidak berpecah bertukar kepada perhimpunan Tenang Di Permukaan tetapi Bergelora di Dalam.
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
salam pagi... teruskan perjuangan murni.
Salam tuan,
KAH-KAH-KAH-KAH-KAH. PTUIHHH...
Nik Ajis pun tak terkata-kata akibat penangan babi Kedah. Kita tengok le sapa yang kena... Babi ke PAS????
padan muka dia orang tu.
baru depa tahu, berapa susahnya memerintah sesebuah kerajaan/negara. kekadang hendak kontrol anak sendiri pun susah, inikan pula anak-anak orang yang berbilang warna dan perangai pulak tu.kalau saya jadi depa, saya serahkan pemerintahan ini pada barisan nasional.biar bn yang memerintah. nnti baru bn tahu berapa susahnya jaga anak bini orang.
salam Teja,
Selamat berhujung minggu. Kita semua sedang berjuang.
salam cekodokmasin,
Nik Aziz playsave. Jadi kita gelorkan Nik Aziz sebagai pasaraya save & save.
salam bro arifomar
kita senyum dari jauh je
salam buah kelapa Turkey,
Betul tu bro, membangkang, mencadang, mengkritik memang senang. Maklumlah bermodalkan air liur aje........
Salam Bro Amir,
Tahu tak apa. Saya dah lama merasakannya. Mereka yang di dalam banyak yang nak keluar PKR tetapi malu-malu asam. Bak kata pepatah Di Telan Busuk Di Dalam, Di Luar takut Muntah.
Begitulah hakikatnya.
salam bro zedmagel,
Tak pe la bro. Kita menyuruh pun tidak, menghalang pun tidak juga. Buat macam Rais Yatim, dah bakor jambatan masuk UMNO balik naik perahu. hehehe
Post a Comment