Sunday, July 12, 2009

Manek Urai : Seronoknya Kalau Ada Pilihan Raya Kecil.


Apabila seseorang wakil rakyat meninggal dunia tentulah akan diadakan pilihanraya kecil seperti mana yang berlaku di Kuala Terengganu ,di Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai dan Manek Urai kecuali Permatang Pauh dan Penanti. Semua pilihanraya kecil ini dimenangi oleh Pakatan Rakyat kecuali di Batang Ai. Maksudnya pengundi Semenanjung tolak BN dalam setiap pilihanraya kecil. Pengundi Sarawak tetap menolak PKR kerana walaupun mereka bercawat seperti yang dikatakan oleh Hadi Awang tetapi fikiran mereka tidak berkarat. Mereka tidak mahu berketuakan seorang peliwat.

Sebab itu, 11 hadiah Najib sempena 100 hari beliau menjadi PM kebanyakkannya adalah untuk penduduk Sabah dan Sarawak. Rakyat Semenanjung jangan cemburu kerana BN hari ini memang bergantung nyawa dengan kerusi-kerusi Parlimen daripada Sabah dan Sarawak. Walaupun mereka masih lagi ketinggalan dalam banyak perkara terutama sekali kemudahan asas dan pendidikan mereka tetap setia dan yakin kepada BN. Jangan hina mereka seperti Hadi menghina mereka. PAS dan Pakatan Rakyat semakin jauh dihati mereka atas penghinaan itu. Kerajaan BN seharusnya membalas jasa-jasa kesetiaan mereka daripada menumpukan kepada negeri-negeri pembangkang yang liat dan degil.

Pilihanraya Manek Urai tidak memberi harapan yang tinggi kepada calon UMNO yang mewakili BN. Walaupun calon BN yang dikatakan begitu rapat dengan pengundi Manek Urai tetapi parti yang diwakilinya bukan pilihan pengundi Manek Urai dalam pilihanraya yang lepas. Sentimen Nik Aziz juga begitu tinggi di sana. Betapa tidaknya, dengan melihat gambar Nik Aziz pun sudah dapat pahala.

Bila tiba musim pilihanraya kecil maka berbondong-bondong pemimpin-pemimpin politik datang bertandang. Tanpa mengira parti datang menabur janji. Ada janji kebendaan dan ada janji-janji syurga. Duit datang tak terkira banyaknya. Pembangunan dijaja melata-lata. Tetapi semua itu hanya bila tiba musim pilihanraya. Sebelum ini hendak mintak ganti bumbung surau pun payah tetapi bila musim pilihanraya sebut saja hendak ganti surau yang hampir roboh, peruntukan masjid pula yang diberi. Mintak apa saja, inilah masanya.

Kalau kerajaan Persekutuan menggunakan kemudahan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri pun sama juga. Habis segala kenderaan diguna ke hulu ke hilir. Dulu mengata orang, tapi sekarang dia pula yang lebih. Sama saja rupanya kalau mereka ada kuasa.
Pengundi Manek Urai sedang memerhati gelagat mereka. Nik Aziz sudah mengajar pengundi di Manek Urai, kalau BN bagi kain ambik, bagi gula ambik, bagi beras ambik, bagi duit ambik, bagi pembangunan ucap terima kasih tetapi undi belum tentu.

Kalau melihat pembangunan dan janji yang datang mencurah-curah sesekali terfikir bilakah agaknya pilihanraya kecil hendak berlaku di kawasan kita. Bukan hendak mendoakan wakil rakyat kita cepat mati tetapi seronoknya menerima habuan pilihanraya. Sekarang ini bukan main susah hendak dapat peruntukan, masjid tempat saya sudah memohon masjid baru 10 tahun dulu kerana uzur masih tidak berganti lagi. Agaknya kalau lah ada pilihanraya kecil sudah tentu dapat masjid baru yang diumumkan oleh Perdana menteri sendiri.

Agaknya di Manek Urai, nasib BN sama kah dengan nasib di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau?. Berapa juta nilai pembangunan yang ditabur di tempat-tempat tersebut? Berapa pulak janji-janji yang akan tertunai walaupun BN kalah di situ? Adakah pembangunan meterial semata-mata yang rakyat mahukan? Tidakkah BN mahu belajar daripada kehendak majoriti pengundi di kawasan-kawasan pilihanraya sebelum ini?

Sebelum saya akhiri tulisan saya, mari kita fikir-fikirkan puisi di bawah ini :

Melayu Hari Ini ? by Someone

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemulihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu pun nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak Melayu masih nombor satu
Asal bergaye sanggup makan nasi dan tokyu

Boleh tak jumpa Melayu di kedai buku?
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada jugak tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa Melayu jadi begitu?
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan bengkok atau siapa dia penghulu
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
Boleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata Nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu!

Kepada pengundi Manek Urai diucapkan selamat mengundi. Tunaikan tanggungjawab sebagai warganegara. Bukankah esok rasuah cuti sudah diberi. Buatlah pilihan yang tepat atas kehendak diri sendiri. Berfikir sejenak mana yang baik dan molek untuk kita.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

10 comments:

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Rasanya, kalau ada pilihanraya kecil kat kawasan saya, saya buat derk aje. Bab junjung bendera, cari kita. Bab pasang sepanduk, cari kita. Bab nak minta pendapat ( saja nak pujuk ), panggil kita. Bab jadi musang waktu malam, cari kita. Bab suruh berdepan dengan ahli yang mengamuk pasal peruntukan tak cukup, cari kita. Bab suruh jadi bodyguard, cari kita. Dia pakai Pajero, kita pakai kancil. Bila masuk kampung, dia lepas, kita sangkut kat lubang jalan....
Bila dah menang, bayang pun jarang-jarang.

Anonymous said...

SEDAP PUISI TU. PINJAM. MANEK URAI RASA-RASA BN MENANG KOT. CIPUT JE LE. TAPI KAWAN-KAWAN DI K. KERAI KATA PAS AKAN MENANG. CUMA HATI PG JE KATA BN MENANG.

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Begitu teruk dan jelekkah sikap kaum Melayu itu dimata tuan. Malah sampai disebut pemimpin-pemimpin yang ada. Janganlah membuat tomahan kaum Melayu begitu.

Saya seorang Melayu juga akan terguris mendengar keburukan kaum saya. Walaupun ini satu motivasi dari saudra, sikap membuka pekong di dada saya sangat benci.

Sebab perkara sekelumit, marah saudara sampai selangit. Janag membuka pekokng sampai nampak kurap dan kayap kaum Melayu. Walhal lebih teruk lagi, baik tutupkan dengan selimut tebal. Kerana bukan semuanya begitu. Adat lah tak semua nak jadi wakil rakyat. Saya penyokong kekal dengan cara menyokong, dia YB tak mampu untuk memuaskan hati semua pengundi. Mungkin sangat mustahil, Turunkan calon dari dunia mana pun politik sikapnya begitu.

Tapi maik Urai BN dengar akan menang tapi jumlanya bawah 200 undi. Tak percaya kaki ayam kita ngeteh malam ni.

Orang tua said...

Salam sejahtera Bro Amir,

Betul tu tentang Masjid yang di ceritakan. Masjid Kg. Istana boleh dimasukkan dalam senarai Bangunan Warisan Negara. Kalau tak salah ianya di bina masa zaman tentera Fiji buat kem kat situ lagi.

Jadi elok lah dapat yang baru depan rumah Hj. Musiran tu pun tanah kosong. Bila lagi nak mulakan pembinaannya?????

p/s : Insyallah hjg minggu ada kat BP.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam cekodokmasin,
Kalau sdr nak buat derk aje pun boleh, tak siapa nak marah pun. Maksud saya klu ada PRK ni berbakul-bakul janji pembangunan yang ditabur. PM dan TPM dan segala menteri semuanya turun. Mat Maslan siap menoreh lagi di Manek Urai. Meriah bro.....itu aje yang kawan nak cerita.

salam bro arifomar,
Terbalik bro, PAS jugak yang menang ciput. Kawan dah kata, Kalau ada PRK sekarang ni kecuali kubu BN, BN akan kalah. Momentum masih untuk Pakatan Rakyat. Manik Urai hanya untuk gula-gula UMNO sikit je. Tengok le PRU nanti mereka pulun kat PAS semula. hehehe
Jangan bawak janji pembangunan, rakyat dah meluat. Tu rasuah bro macam Nik Aziz bagi cuti pun rasuah namanya. Dia nak bagi jambatan tak berani. Takut tak terbuat. Bagi cuti ok lah pasal tak ada modal........

Salam bro zedmagel,
Sajak Usman Awang tentang Melayu. Bro mesti suka.
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.


Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

p/s malam ni tak boleh bro. Nak main badminton.

Salam Orang tua.
Masjid Kg Istana dah diratakan tanah. Awak balik minggu ni awk nampak la nanti. calling 2 kita ngeteh......

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Pasal pembangunan ye... Bereskan dulu mana yang banyak sangkut. Jangan sapu peruntukan yang orang lain dah luluskan kemudian ngaku dia punya peruntukan.

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Tahniah kepada PAS yang memenangi DUN Manik Urai dengan majoriti 65 undi. Bagi tafsiran sebuah parti politik 1 undi pun tetap menang jua. Tapi dari segi moraliti BN telah menang dan menarik undi lebih dari 1000 dari PAS, nampak akan ada perubahan di Kelantan pada PRU ke 13 nanti.

Panjangnya jawapan tuan untuk komen saya kali ni. Terima kasih daun keladi. Tak sempat malam ni, boleh lain kali.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam cekodokmasin,
Bro perli sapa tu. Macam ada pengalaman je.......


Salam bro zedmagel.
Tahniah juga la kepada PAS yang telah menang walaupun majoriti merosot.
Yang orang cari adalah kemenangan bukannya majoriti. Jadi yang kalah teruskan kerja jangan tuding sana-tuding sini.

Anonymous said...

SLM BRO..KLU LAH TUHAN TU CELIKKAN MATE PAK AJIS TERANG2 MCM MENTOL LAMPU ALANGKAH TENANGNYA HATI DIA YG BERKELODAK DGN ASAP EKJOS KETA TU BILA DIA BACA ARTIKEL NI HUHUHU

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Jeffry.

Pok Nik kita tu dah berada di penghujung terowong. Kadang-kadang malas nak layan.... Tapi kalau tak dilayan menjadi-jadi pulak dia. Kaya dia tu bro......Macam MB UMNO gak...hehehe