Tuesday, July 21, 2009

Jawapan Tun M Yang Racist ?


Saya antara ribuan orang yang berpeluang menghadiri Program Wacana: Kedudukan Institusi Beraja Dan Melayu Dalam Perlembagaan Persekutuan Dari Perspektif 1Malaysia di PWTC anjuran GEMPITA dengan kerjasama UMNO beberapa minggu yang lalu. Tetamu istimewa yang menyampaikan ucaputama adalah mantan Perdana Menteri Malaysia yang dikasihi, Tun Dr.Mahathir b Mohamad. Tajuk Ucaptama Tun Dr M ialah "Dilema Orang Melayu Di Era Liberalisasi Dan Globalisasi".

Seperti biasa, pengerusi majlis membuka kepada hadirin untuk bertanyakan soalan . Seingat saya ada 10 orang dengan setiap orang mengemukakan sekurang-kurangnya 2soalan berpeluang untuk mengemukakan soalan. Dalam banyak-banyak soalan ada seorang pensyarah wanita Melayu yang bertugas di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah mengemuka soalan yang menarik malah amat berguna untuk kita berhujah dan menjawab serta mempertahankan hak-hak kita sebagai orang Melayu dan bumiputera. Soalan yang menarik ini dijawab dengan bernas oleh Tun. Malah Tun telah memilih soalan ini untuk diulas di dalam blognya www.chedet.com.

www.chedet.co.cc :

Di forum anjuran Gempita dan UMNO bertajuk Kedudukan Raja-Raja Melayu dan Orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia di Zaman Liberalisasi dan Globalisasi, saya ditanya oleh seorang pensyarah Melayu dari UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) apakah saya pernah fikir untuk meletak diri saya di tempat orang bukan Melayu (put yourself in the shoes of a non-Malay) bersabit dengan diskriminasi terhadap mereka di negara ini.

2. Saya percaya penyoal berpendapat orang bukan Melayu berasa amat tertekan dan kecewa dengan "ketidakadilan" terhadap mereka di Malaysia (oleh Kerajaan yang dikuasai oleh orang Melayu).

3. Saya tidak tahu samada penyoal ini pernah bertanya kepada tokoh bukan Melayu soalan yang sama iaitu perasaan orang Melayu akan keadaan di negara nenek moyang mereka yang mereka sudah jadi kaum yang secara relatif termiskin dan masih ketinggalan.

4. Jika beliau bertanya dan tokoh tersebut menjawab secara ikhlas, beliau akan dapati bahawa orang Melayu amat kecewa dengan kemiskinan relatif mereka sehingga terpaksa meminta-minta sepanjang masa dan juga ketinggalan dalam pelbagai bidang.

5. Mereka cuba yakin mereka adalah tuan di negara mereka tetapi mereka tahu sebenarnya mereka bukan tuan. Orang bukan Melayu yang menjadi tuan yang sebenar.

6. Kerana mereka rela berkongsi negara mereka dengan kaum lain, kaum yang berasal dari tamadun yang lebih tua (4,000 tahun) dan lebih berjaya, hari ini yang sedikit yang ada pada mereka pun hendak dipisah dari mereka.

7. Fikirkan hanya berkenaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Agihan kekayaan korporat dalam DEB ialah sebanyak 30% bagi bumiputra (walaupun mereka adalah 60% dari penduduk) dan 40% bagi kaum lain serta 30% bagi orang luar. Tetapi setelah diusahakan selama 39 tahun bahagian yang terdapat bagi mereka ialah 20%, sedangkan yang terdapat bagi kaum lain ialah hampir 50%, walaupun mereka hanya 26% dari jumlah penduduk.

8. Nilai harta milik bumiputra pula berjumlah 15% sedangkan yang baki dimiliki oleh bukan bumiputra disebabkan harta di bandar bernilai lebih tinggi dari di luar bandar.

9. Tokoh bukan Melayu yang cuba duduki tempat Melayu (in the shoes of the Malays) jika ikhlas, akan rasa kekecewaan Melayu melihat hampir semua perniagaan dan perusahaan serta kekayaan yang diperolehi darinya dimiliki oleh bukan Melayu. Segala estet rumah mewah juga diduduki oleh bukan Melayu. Sikit benar orang Melayu yang tinggal di estat mewah ini. Lebih ramai yang tinggal di kawasan setinggan.

10. Mungkin semua ini disebabkan kesalahan orang Melayu sendiri. Mereka tidak guna peluang yang disediakan bagi mereka. Ada yang salahguna peluang-peluang ini pun. Tetapi jika seorang pengayuh beca diberi sejuta Ringgit, apakah ia akan dapat berniaga dan berjaya dalam bidang ini.

11. Social engineering bukan hanya dilakukan oleh orang Melayu sahaja. Sosialisme dan Komunisme juga merupakan sejenis social engineering untuk mengurang atau menghapus jurang antara yang miskin dengan yang kaya. Mereka juga tidak berjaya sepenuhnya walaupun mereka mengguna kekerasan yang dahsyat. DEB dilaksanakan dengan berhati-hati tanpa kekerasan, tanpa rampasan dan sering dipinda apabila menghadapi tentangan dari bukan Melayu. Apakah persepsi orang Melayu terhadap DEB?

12. Lihat sahaja sejarah perjuangan Melayu. Pada Pilihanraya 1955, diwaktu mereka menguasai 82% dari kawasan-kawasan pilihanraya, mereka rela memberi sejumlah yang tidak kecil dari kawasan - kawasan mereka kepada kaum lain dan mengundi calon dari kaum-kaum ini sehingga menang melawan calon Melayu lain (PAS).

13. Kemudian mereka anugerahkan satu juta kerakyatan tanpa syarat biasa kepada kaum lain sehingga peratusan rakyat Melayu jatuh dari 82% kepada 60%. Siapakah yang lain yang pernah lakukan yang sedemikian?

14. Pada ketika itu nama rasmi negara ialah Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Semenanjung Tanah Melayu dicantum dengan Singapura, Sarawak dan Sabah, perkataan "Tanah Melayu" digugur dan cantuman negeri - negeri ini dinamakan Malaysia. Dengan itu hilanglah identiti Melayu dalam nama negara sendiri. Tidak pula mereka tuntut nama-nama lain digugur.

15. Tidak seperti di negara-negara yang membenar hanya bahasa kebangsaan mereka sahaja untuk semua sekolah nasional, orang Melayu bersetuju bahasa Cina dan Tamil dijadikan bahasa pengantar di sekolah bantuan Kerajaan. Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) tidak menjadi bahasa kebangsaan seperti di negara-negara jiran dan di Eropah, Australia dan Amerika.

16. Dan banyaklah lagi korban yang dibuat oleh orang Melayu supaya kaum lain mendapat apa sahaja yang dituntut oleh mereka, demi keamanan dan perpaduan rakyat dan negara.

17. Apakah gamaknya perasaan tokoh yang meletak diri di tempat orang Melayu, terhadap semua korban ini? Apakah dia masih fikir yang orang Melayu harus korban segala-gala yang dituntut daripada mereka?

18. Dengan rencana ini saya tetap akan di cap sebagai racist oleh racist bukan Melayu. Tetapi kalau mereka sanggup menerima yang benar, mereka boleh banding korban orang Melayu pemilik asal negara ini dengan korban mereka untuk kepentingan negara ini.

19. Saya berpendapat jika negara ini hendak aman dan maju, agihan kekayaan dan kualiti hidup semua kaum hendaklah adil (fair) walaupun tidak sama (unequal). Janganlah hendaknya mana-mana pihak atau kaum tanggung beban kemiskinan yang keterlaluan, sementara kaum lain hidup mewah. Mengumpan sokongan dengan mengambil hak satu kaum untuk diberi kepada kaum lain bukanlah caranya - lebih-lebih lagi mengambil dari yang kurang berada untuk diberi kepada yang sudah lebih berada.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot

11 comments:

PARPUKARI said...

Salam Bro, saya pun ada kat situ bro, macam Tun kata pada hari tu, kalau kita bangsa melayu cakap pasal hak kita itu racist, kalau bangsa lain dok tuntut macam2 itu hak mereka, hmmmmm, aku risau dengan cara al juburi wal liwati mempermainkan isu perkauman ini la bro!

rimaJOHOR said...

Saudara Amirhamzah:

您是捍卫国家。你继续斗争。这病不会丢失在自己的土地.

如果要打破,枯萎病肯定更糟。

KUNTONG said...

Amiramzah:

wilt अग्रिम करने के लिए नहीं तोड़ा जा जबकि. यह juburi अल है penyangak.

मैं भी, यह macammana तरह wilt मई hairan

Geng Samudera said...

Salam bro,

Pembetulan...

Alamat Dr M adalah :

www.chedet.co.cc
bukannya www.chedet.com

Harap diperbetulkan...

Geng Samudera said...

Salam,

Saya rasa inilah yang berlaku di Indonesia.Yang kaya akan terus kaya dan menindas yang miskin.Yang miskin tetap akan miskin selama-lamanya.

Pulak tuh,hampir 80% ekonomi Indonesia dipelopori oleh kaum Cina yang pendatang dan apabila berkahwin dgn rakyat tempatan,mereka declare mereka juga penduduk asal Indonesia...

Pastuh..masih tak puas hati jugakkk....

Cibaii ahhh!!

Geng Samudera said...

Salam,
您是捍卫国家。你继续斗争。这病不会丢失在自己的土地.

如果要打破,枯萎病肯定更糟

Translating :
You are defending the country. To continue to fight for you. This disease is not lost in their own land.

If you want to break Wilt certainly worse

Unknown said...

salam,
sy rasa pkck kuntong tengah 'kemaruk' guna 'online translator' nih...layan jer pkck...

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Kalau "dia" kata, " Itu wa punya apak punya sosial kontlak. Apa wa mau ikut. Sikalang wa mau semua sama lata." atau " Itu ama sama apak kita punya agrement. Kita tarak suka sekarang. Kita mau baru punya kontrak."
Maka kita pun jawablah, " Kita pun mahu kontrak baru. Siapa yang tak setia pada raja atau perlembagaan, boleh balik negara masing-masing. Kalau mahu taraf bumiputra, balik negara masing-masing."
Apa-apa pun, KAH-KAH-KAH-KAH-PTUIH...

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Jika kita bercakap fasal hak Melayu, orang asing kata racist. Orang Melyu yang pro pembangkang pun akan kata begitu.

Tetapi hakikatnya Melayu masih belum terbela sepenuhnya oleh Kerajaan.

Saya kasihan melihat bangsa saya yang selalu dalam kesusahan di tanah tumpah darahnya sendiri. Termasuklah genarasi akan datang.

Ke mana mereka hendak dituju jika tanpa kuasa, tanpa harta benda. Kasihan Sang Melayu.

Geng Samudera said...

Salam,

Saya rasa semua manusia adalah racist.Siapa yang tak sayang pada bangsa dan agama sendiri?.Cuma cara bagaimana kita mahu bersikap adil walaupun tak sama.

Itu pun x cukup-cukup ker????
Mmg dasar x reti bersyukur!!..
Kalau aku ade bela anjing,anjing yg aku lepaskan,korang aku kurung!!
Pastuh bela babi byk2,agak2 babi aku tak cukup makan,campak jerk korang2 nihh!!!

Tgk sekarang,puak HAN CIBAI kat China bergaduh ngan puak UIGHUR.Semua kerana pertahankan racist mereka.Bergaduh cam samseng lak tuh....

Bro Zedmagel,
Bukan setakat tanpa kuasa dan harta,silap2 tanpa ilmu nanti...waallahualam...

Jgn kesiankan Sang Melayu.Siapa yg malas hatta Melayu,Cina atau India akan tetap ketinggalan.Suruh Sang Melayu bergerak cergas dlm semua bidang.Ini WAJIB bagi menghampiri kepesatan bangsa lain yg berpusu-pusu meningkatkan diri.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam Parpu Kari,
Teman dapat jumpa mike tapi tak sempat nak berbual. Itu lah masalah Melayu sekarang. Nak mempertahan hak sendiri pun tak boleh. Tapi tak pe bro, kita yang bebas ni boleh tulis apa saja. Kita merdeka bro......

Salam rondo-ayu dan pakcik Kuntong,
Kawan tau apa makna tulisan Cina dan tulisan keling tu. hehehe

Salam Geng Samudera.
1. Saya dah betulkan alamat chedet.
2. Terima kasih atas terjemahan
3. Cina nak kaya, biorlah dia kaya tapi jangan tamak dan ambik hak orang lain.
4. Racist tak salah tapi jangan melampau.
5. Melayu perlu ubah sikap terlebih dahulu. merdekakan diri dari belenggu yang mengikat melayu daripada maju

salam ngku,
Tak pe....saya selalu ngeteh dengan pakcik Kuntong...leh tanya nanti bila jumpa. hehehe

salam cekodokmasin
hahaha betul bro. Taraf bumiputera mereka di China dan India.

salam bro zedmagel
jangan putus asa bro. Sekurang-kurangnya Melayu masih menguasai persada politik sama pembangkang dan kerajaan. Kalau dah sesak nanti PAS , PKR Melayu dan UMNO boleh bergabung. Takkan nak bior je DAP memerintah.