Friday, July 10, 2009

Hari Ulang Tahun Tun Dr M yang ke-84!


Hari ini saya berpeluang menghadiri Program Wacana: Kedudukan Institusi Beraja Dan Melayu Dalam Perlembagaan Persekutuan Dari Perspektif 1Malaysia di PWTC anjuran GEMPITA dengan kerjasama UMNO. Tetamu istimewa yang menyampaikan ucaputama adalah mantan Perdana Menteri Malaysia yang dikasihi, Tun Dr.Mahathir b Mohamad.

Saya pergi bersama rombongan 20 orang pemimpin-pemimpin masyarakat daripada Batu Pahat termasuk blogger Kuntong, OTAI Batu Pahat.

Tajuk Ucaptama Tun Dr M ialah "Dilema Orang Melayu Di Era Liberalisasi Dan Globalisasi".

Sebelum Tun menyampaikan ucaputamanya, satu majlis ringkas telah diadakan iaitu majlis memotong kek sempena ulangtahun Tun Mahathir yang ke 84.

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI JADI kepada Tun. Semoga Tun sentiasa berada dalam limpah rahmat Allah s.w.t. Selamat berbahagia untuk Tun berdua.

Selepas ucaputama Tun, satu sessi soal jawab telah dibuka kepada para hadirin. Saya antara beberapa orang yang beratur untuk bertanyakan soalan. Disebabkan saya tidak boleh berdiri lama kerana menunggu giliran menyoal dan menunggu jawapan Tun saya terpaksa duduk semula.

Saya bercadang untuk menyoal soalan ini tetapi tidak kesampaian....

'Dua orang Perdana Menteri selepas Tun telah menggagalkan 2 perkara yang diasaskan di zaman Tun. Tun Abdullah sebaik saja menjadi PM telah membatalkan projek Jambatan Bengkok menggantikan Tambak Johor. DS Najib pula dalam tempoh 100 hari menjadi PM telah memansuhkan PPSMI. Apakah perasaan dan komen Tun berkaitan perkara ini?'

Agak-agaknya apakah jawapan Tun ye?

Amir Hamzah
Kuala Lumpur
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

9 comments:

Anonymous said...

SLM BRO..JAMBATAN BENGKOK TU GANTI JEK DGN YG LURUS SUPAYA PEMBANGKANG DPT BEFIKIR DGN LURUS GAK HEHEHEE

Geng Samudera said...

Salam Pak Amir,

Saya tak tahu lar Dr M nak reply ape,tapi kalau saya,saya akan kata gini :

"Saya rasa Najid dan Pak Lah ada sebab yg munasabah untuk mereka berbuat demikian dan mungkin diluar jangkaan saya sebagai manusia biasa.Kita hanya merancang dan tak semestinya apa yang saya putuskan adalah yang terbaik.
Yang paling PENTING apa jua keputusan yang dibuat mesti ada kebaikan untuk negara dan BANGSA Melayu itu sendiri dalam jangka panjang selaku negara yang bebas dan merdekaaaaaaaa!!!...."

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro Jeffry,
Kawan setuju dengan bro. Harap Najib dapat berfikir dengan waras tentang keperluan jambatan bengkok untuk negara.

salam Geng Samudera,
Saya rasa Tun M akan terus kekal dengan cadangannya tentang meneruskan usaha membina jambatan bengkok dan PPSM kerana kedua-duanya Pak Lah dan Najib tidak memberikan jawapan yang meyakinkan kenapa dua keputusan kerajaan yang terdahulu itu dibatalkan dan dimansuhkan.

cekodokmasin said...

Salam tuan,
La.. kenapa tak boleh berdiri lama? Minyak lutut dah habis ker? Saya ada juga dipelawa untuk hadir oleh sahabat-sahabat tetapi mengenangkan bahawa saya bukan peserta rasmi, takut kena tidur tepi longkang.
1. Projek2 yang diilham dan dibina zaman TDM, memang kalau difikir dengan cetek, banyak membazir. Tetapi kalau direnung dan difikir secara ilmiah, memang sangat bermanfaat.
Adakah mereka yang membatalkan Jambatan Bengkok dah membuat penilaian serta kajian dari segi ekonomi, alam sekitar, pertahanan dan sebagainya?
Jambatan Bengkok atau apa nama sekalipun dapat membuka ruang aliran air di Selat Johor. Dapat jugalah kumbahan hospital Sultanah Aminah mengalir keluar ke laut lepas. Kawasan Pantai Lido boleh juga kembali menjadi kawasan pantai yang meriah buat mandi mandi serta aktiviti laut kerana airnya yang telah bersih kerana terdapatnya pergerakan air.
Ingat lagi kemarahan TDM semasa melawat Tambak Johor. Kotor dan membusukkan udara.
Kita punya Pelabuhan Tanjung Pelepas. Dengan membina jambatan dan membolehkan kapal lalu (walaupun bukan kapal super tanker) menjadikan PTP itu pelabuhan utama di Selatan Asia. Kalau semua kapal menggunakan PTP, memang Singapura akan mengalamai kemerosotan ekonomi. Sebab itu, mereka benar2 tidak mahu jambatan dibina menggantikan Tambak Johor. Mereka mahu melindungi ekonomi melalui pelabuhan mereka. Kalau tidak, masakan mereka setuju Jambatan Ketiga tetapi tak mahu Jambatan Bengkok.
Teringat saya dalam tahun2 1970an @ 1980an, apabila ura-ura sempadan Malaysia-Thailand mahu di buat terusan. Selain dari menghapuskan ancaman komunis, ia juga mahu memendekkan perjalanan dari Selat Melaka ke Laut China Selatan. Kalau ini terjadi, pasti Pelabuhan Pulau Pinang menjadi maju sesibuk Pelabuhan Singapura. Cuma masalah kewangan sahaja membantutkan perancangan itu. Kalau tak... orang Singapura pula berlumba-lumba kerja di Malaysia.
2. Tentang PPSMI pula, dah tak terkata apa-apa ler. Kita terlalu banyak dasar yang diubah-ubah mengikut selera dan desakan orang-orang yang mahukan kejayaan yang singkat. Pelbagai dasar, kurikulum dan penambahan subjek yang banyak mengganggu prestasi pendidikan. Kita hanya nampak kepayahan penggunaan Bahasa Inggeris itu sendiri dalam Sains dan Matematik dan bukan ilmu yang dipelajari. Berapa banyak buku-buku Sains dan teknologi yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu? Buku terjemahan Bahasa Cina lebih banyak dari buku Bahasa Melayu. Orang-orang Inggeris di awal kemunculan zaman kegemilangan ilmuan islam telah mempelajari Bahasa Arab untuk mengambil ilmu-ilmu yang ada. Setelah mahir dan fasih, mereka pula menterjemahkannya ke dalam bahasa Inggeris. Orang Yahudi juga mempelajari Bahasa Arab untuk mengetahui isi Al-Quran supaya senang mereka menterjemahkannya pula ke dalam Bahasa Hebrew. Juga untuk dicipta quran mazhab mereka bagi memesongkan orang-orang Islam.
Tetapi, kita, sudahlah tak mahu mempelajari bahasa asing jauh sekali menterjemahkannya ke dalam Bahasa Melayu.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam cekodokmasin,
KUALA LUMPUR 11 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 11 berita gembira untuk rakyat Malaysia sempena 100 hari pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri.
Jambatan Bengkok dan PPSMI bukan menjadi hadiah kepada kita. Ianya bukan sesuatu yang mengembirakan kepada PM.

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Selamat ulang tahun YB Tun, mudah-mudahan panjang umur dan dapat membantu warga Malaysia dalam menangani masalah semasa.

Bro memang minat habis dengan dia ni, tapi zaman dia menjadi PM teruk juga dihentamnya.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam bro zedmagel.
Manusia tak pernah sempurna. Tun pun tidak sempurna. Dalam 22 tahun pemerintahannya sedikit sebanyak ada juga melakukan kesilapan.

Tetapi yang menariknya, lagi banyak cabaran lagi hebat cara Tun mengatasinya. Pendek kata, jasa Tun tiada tolok bandingnya.

ntah laaa..... said...

hehehe...

jasa yg paling besar apabila berkata
hukum tuhan hukum kuno & primitif...
masih tergiang-giang d telinga orang2 bulan hahaha....

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam zulmin,

Saya tidak dengar dengan telinga saya. Mungkin sdr pun dengar dari mulut org lain. Kalau benar pun dia berkata, mungkin bab itu dia jahil. hehehe