Thursday, July 16, 2009
Chua Jui Meng ' Mangsa ' Terbaru Anwar.
Bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Ji Meng dipercayai akan melompat parti untuk menyertai PKR di satu majlis hujung minggu ini.Chua telah memanggil mesyuarat tergempar MCA Bakri malam ini di mana beliau dijangka melepaskan jawatan ketua bahagian berkenaan.(16/7/2009)
Berita terkini,
Desas desus mengatakan Bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng nak meletak jawatan sebagai Pengerusi MCA bahagian Bakri nyata betul.Khamis malam beliau buat pengumuman itu dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat MCA bahagian Bakri,Johor.
Namun yang lebih hangat menjadi spekulasi ialah apakah bekas Naib Presiden MCA ini nak sertai PKR. Ini yang membuatkan sidang akhbar berkenaan yang diadakan selepas pertemuan tertutup dengan penyokong-penyokongnya selama sejam di dewan bangunan pejabat MCA itu menarik perhatian ramai.
Dari nada cakapnya semasa menjawab soalan wartawan mengenai hal itu,Chua memberi indikasi beliau akan tetap kekal dalam MCA. Katanya desas desus kononya beliau menyertai pembangkang bukan kali pertama. "Dalam pilihan raya umum lalu saya ditawarkan bertanding sebagai calon parti pembangkang, tetapi saya menolaknya,"ujarnya.
Kata Chua beliau tetap berpegang kepada matlamat perjuangannya yang terkandung dalam manifesto semasa bertanding untuk jawatan Presiden MCA pada tahun 2005 dan 2008 lalu akan terus diperjuangkan sekalipun tidak lagi memegang jawatan dalam parti.
Beliau menyerahkan tugas memimpin bahagian itu yang disdandangnya sejak tahun 1988 kepada Timbalan Pengerusi bahagian, Sia Ka Tuan. "Sudah sampai masanya saya memberi laluan kepada orang yang lebih muda dari saya," katanya.
Berita terbaru :
Chua Jui Meng dijadual hadir di satu forum anjuran PKR di Hotel Sunway Resort petang Sabtu.Datuk Seri Anwar Ibrahim tulis dalam blognya bekas Naib Presiden MCA itu akan buat satu 'pengumuman khas' di situ.-17/7/2009
Amir Hamzah :
Bukan menjadi suatu yang rahsia lagi. Chua Jui Meng sah letak jawatan Pengerusi MCA Bakri dan tindakannya itu disusuli dengan spekulasi kemasukannya ke dalam PKR. Tidak menghairankan kerana PKR adalah tempat berhimpunnya orang-orang yang kecewa dengan politik parti masing-masing. Sebelum ini orang yang kecewa dalam UMNO Zaid Ibrahim sah menyertai PKR , sekarang bekas orang kuat MCA pula menyusul.
Kemasukan mereka digembar-gemburkan seolah-olah mereka akan masuk membawa beribu-ribu penyokong masing-masing. Selepas kemasukkannya beberapa bulan berita mengenainya akan hilang dibawa angin bayu. Tambahan lagi, Chua, 64, bekas menteri kesihatan dan seorang peguam, mengetuai bahagian Bakri sejak 23 tahun yang lalu, apa lagi cerita politik yang hendak diperjuangkan oleh Chua setelah lebih 23 tahun mendapat keistimewaan daripada kerajaan.
Kekecewaan beliau ada kaitan dengan kehampaan beliau dalam politik MCA. Beliau yang pernah bertanding jawatan timbalan presiden MCA tetapi tewas kepada Datuk Seri Ong Ka Ting pada 2005 dan Datuk Seri Ong Tee Keat pada 2008 antara ramuan kekecewaannya.
Sepatutnya, setelah mengecapi keistimewaan yang lama bersama MCA dan sumbangannya yang besar kepada parti tidak dicacatkan dengan kemasukkannya ke dalam parti lain , apatah lagi parti yang ingin disertainya seperti PKR yang tiada prinsip perjuangan. Mungkin parti ini pernah dicercanya ketika beliau di dalam kerajaan, tapi kali ini menjilatnya semula. Sewajarnya Chua bersara dengan aman seperti pemimpin-pemimpin MCA sebelum ini. Tidak ada apa yang boleh dibuatnya dalam umur se tua 64 tahun itu.
Kekalutan dalam kepimpinan MCA Bakri menyebabkan Parlimen Bakri jatuh kepada DAP sementara 2 DUN di dalam Parlimen tersebut turut tumpas. DUN Sungai Abong jatuh kepada PAS sementara DUN Bentayan kepada DAP. Pencapaian terburuk politik di Parlimen Bakri ketika Jui Meng menjadi pengerusi MCA di situ. Tidak hairan jika MCA 'dibungkuskan' dalam pilihanraya ke 12 lalu kerana mempunyai pemimpin-pemimpin seperti ini, telunjuk lurus, kelingking berkait.
Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dijangka menggunakan kemasukan Jui Meng ke dalam PKR untuk meningkatkan sokongan kepada gabungan pembangkang yang kini berdepan dengan krisis dalaman dan kebangkitan semula BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri baru. Saya berpendapat tidak ada apa yang boleh disumbangkan oleh Jui Meng sekadar menghimpun lebih ramai mulis-muflis politik di dalam parti itu.
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
DENGAN RELA HATI PG BENARKAN IA MENYEBERANG. SEPATUTNYA ONG TEE KEAT KELUAR SEKALI KE PKR. BUAT SEMAK AJE BN.
memang dasar dia orang,perjuangannya adalah untuk bangsanya. baik dalam mca atau pkr.memang dasar orang yang tak tahu mengenang jasa.
Salam tuan,
Cakap berdegar-degar macam ayam jantan tapi ekor penuh bergelumang tahi.
Setelah habis semua madu dihisap, sepah dibuang merata-rata.
Akar umbi juga yang diperbodoh-bodohkan akhirnya...
saya amat menyampah....weeekkkkkkk.
Salam semua,
Saya sebagai warga Sungai Abong dan anak MUAR sejati mengutuk sekeras-kerasnya sekirannya CJM betul-betul melompat parti ke PKR.
Kalau nak bersara,buat cara orang nak bersara.Kalau kecewa sekalipun,takkan nak jilat balik apa yg kena ludah....
Mmg dasar lalang dan tidak tetap pendirian.Camni ker orang yg betul-betul rakyat nak??...
Siap arrr...aku jumpe ko kat Muar,mmg tak selamat arrr!!
salam bro arifomar,
Kawan rasa, MCA dibubarkan lagi bagus......
salam buah kelapa turkey,
Dia perasan popular lagi kot. Kawan pun menyampah.......
salam cekodokmasin,
Mangkuk hayun tak sedor diri bro...Anwar la kepalanya.
Salam Geng Samudera,
Sabo...sabo... Kalau bersara cara baik tak de la org nak maki. Dia ingat masuk PKR org nak layan dia ke. Umur dah 64 bukan 46 hehehe..dah macam tayar buruk...
assalamualaikum tuan,
lama tak ke sini...CJM kalau ada pun tak berguna....tak ader pun teman tak heran!!!
semasa jadi menteri pun dah nampak keCINAan yang menebal.
salam amieieda,
Ya, betul lama tak mampir sini. Maklumlah politik Perak dah reda. hehehe
Ini jenis Cina bukit atau lebih dahsyat lagi Cina Komunis.....hehehe
Salam,
Masalahnya,dia tak sedar ke yg dia dulu dapat kutipan undi dari orang Muo tuh sendiri..!!!
Tau lar skrang Cina kat Muo dah kaya raya dan skrang nak berlagak pulak!!..
Nih yang hanginn satu badan nihh!!!..
Pastu laks..hari nih isytiharkan diri masuk PKR...
Mmg takkan jejak kaki kat Muo lar ore tue tuhh!!....
SLM BRO AMIR..BAGUS GAK LA KLU DIA NK KUAR. NANAH2 SEMUA DH HINGGAP KT PKR. BIAR DIA MEMBUSUK KT SANA. SNANG SKET KEJE BN NK TADBIR NEGARA HUHUHU
Salam Geng Samudera.
Dengor cerita Anwar nak guna CJM ni bagi mendapat sokongan Cina Kristian di Johor dan Malaysia. Johor akan digempur selepas ini kerana Johor adalah kubu BN dan UMNO. CJM akan digunakan.......
Salam Jeffry.
Saya pun tak kisah dia nak masuk parti mana pun. Cuma nak juga tahu apa strategi Anwar bawa masuk Cina ni setelah ditolak daripada MCA. Penyokong dia ni pun ramai lagi dalam MCA. Ni yang dikatakan duri dalam daging dalam BN.
Salam Bro Amir,
Jui Meng bukan mangsa Anwar, tetapi mangsa dalaman politiking MCA sendiri. Apa susah Justice Party ada dah boleh join kat sana le.
salam bro zedmagel,
Kalau begitu 2 kali bala la mangkuk ni. Satu mangsa Anwar dan satu lagi mangsa MCA.
Post a Comment