Saturday, July 18, 2009
Bila Dah Bersara, Baru Tak Nak ISA.
SINTOK 17 Julai - Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) wajar dimansuh dan diganti dengan perundangan baru yang membenarkan penahanan pencegahan terhadap tertuduh.
Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, undang-undang baru itu mampu menjamin hak asasi rakyat apatah lagi ISA sering dikaitkan dengan persepsi negatif.
Beliau berkata, ISA memberi skop kuasa yang terlalu besar kepada pihak berkuasa untuk menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan."Oleh itu, akta baru boleh dihadkan khusus untuk mencegah kegiatan keganasan sahaja dan mengurangkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa demi matlamat politik," katanya.
Menurut Abdullah, untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru. "Saya percaya kerajaan perlu berani melakukan perubahan seumpama itu sebagai satu petanda komitmen kepada agenda pembaharuan demokrasi negara," ujarnya. Jelas beliau, ia merupakan transformasi yang rakyat harapkan kerana tindakan pencegahan itu seharusnya tidak mengorbankan kebebasan hak asasi manusia atau disalahgunakan untuk tujuan politik.
Amir Hamzah :
Soalan saya yang pertama, mengapakah semasa menjadi PM dari 2003 - 2008, Pak Lah masih menggunakan ISA dan tiada cadangan untuk memansuhkannya keluar dari mulut PM sendiri?
Seandainya Pak Lah masih menjadi PM sehingga sekarang adakah Pak Lah akan mengeluarkan cadangan penghapusan ISA?
Cadangan asal penghapusan ISA datangnya daripada Zaid Ibrahim. Beliau juga mengusulkan Akta Suruhajaya Perlantikan Kehakiman. Permintaan Zaid dan Gerakan agar ISA dihapuskan telah dipandang sepi oleh Pak Lah waktu itu sehinggalah beliau menyatakan demikian dalam ucapan selepas menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Demokrasi di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini.
Ada beberapa perkara penting yang disebut dalam ucapannya.
1. Mencadangkan perundangan baru yang membenarkan penahanan pencegahan terhadap tertuduh. undang-undang baru itu mampu menjamin hak asasi rakyat apatah lagi ISA sering dikaitkan dengan persepsi negatif.
2. ISA memberi skop kuasa yang terlalu besar kepada pihak berkuasa untuk menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan.
3. Melakukan perubahan seumpama itu sebagai satu petanda komitmen kepada agenda pembaharuan demokrasi negara.Ia merupakan transformasi yang rakyat harapkan kerana tindakan pencegahan itu seharusnya tidak mengorbankan kebebasan hak asasi manusia atau disalahgunakan untuk tujuan politik.
Jikalau Pak Lah seorang yang perihatin mengapa tidak laksanakan perundangan baru itu ketika beliau mempunyai kuasa tetapi apabila kuasa sudah tidak ada baru hendak cadangkan idea baru menggantikan ISA. Ini tidak adil untuk Najib dan Muhyiddin kerana pemimpin yang sedang berkuasa sekarang sangat memerlukan ISA demi keselamatan rakyat teramai dan negara sepertimana beliau berkuasa dahulu.
Persepsi negatif itu datangnya daripada pemimpin pembangkang bukan daripada rakyat. Pemimpin pembangkang mahu ISA ini dihapuskan supaya mereka lebih bebas membuat huru hara dan kacau bilau dalam negara. Majoriti rakyat mahukan keamanan dan kestabilan sebab itu rakyat berpendapat ISA adalah satu cara untuk menjaga keselamatan negara. Rakyat yang menyokong ISA dihapuskan adalah rakyat yang telah dihasut oleh pemimpin-pemimpin yang mahu ISA dihapuskan.
Kenyataan Pak Lah itu seolah-olah menyokong desakan pembangkang bahawa skop akta itu terlalu besar sehingga kerajaan telah menyalahgunakan kuasa menahan musuh-musuh politik mereka. Adakah penahanan ISA terhadap orang-orang politik ini dilakukan secara sewenang-wenangnya. Mengapa Pak Lah menggunakan ISA untuk menahan 5 orang pemimpin Hindraf semasa pemerintahannya. Adakah penahanan mereka itu kerana politik atau kerana keselamatan negara?
Bagi rakyat biasa, Secara umumnya, ISA menghalang apa-apa pengapian kepada keganasan, mencegah pengingkaran kepada undang-undang atau kepada apa-apa perintah yang sah, menyekat penyebab kepada pecah keamanan, atau mengembangkan perasaan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan, menghalang intrumen yang boleh mendatangkan mudarat kepada kepentingan negara, ketenteraman awam atau keselamatan Malaysia.
Melihat kepada perkembangan yang berlaku di Thailand, Pakistan , India dan terbaru pengeboman 2 hotel terkemuka di Indonesia ,rusuhan dan demontrasi boleh mengancam keselamatanan negara . Undang-undang apakah yang boleh digunakan oleh negara berkenaan untuk mententeramkan negara dalam masa yang singkat. Disebabkan ISA sudah ada, walaupun tujuan asalnya membendung kegiatan subversif dan komunis tetapi perangai dan tingkahlaku komunis masih diamalkan di kalangan rakyat Malaysia. Wajar benarlah ISA ini dikekalkan.
Bagi pejuang-pejuang hak asasi manusia yang melihat bahawa undang-undang ini zalim dan tidak berperikemanusiaan saya ingin bertanya adakah mereka memperjuangkan hak bagi kelompok yang kecil atau kelompok yang ramai. Adakah kerana hendak menyelamatkan beberapa kerat yang membuat onar kepentingan yang ramai dipinggirkan. Apakah hak golongan rakyat yang lebih ramai untuk menikmati hak keamanan dan keselamatan dinafikan.
Kepada mana-mana pemimpin politik baik pihak kerajaan atau pembangkang. ISA adalah senjata ampuh yang berkesan untuk membendung sesuatu kegiatan yang merbahaya yang boleh mengancam keselamatan negara. Oleh itu sesiapa sahaja yang akan memerintah Malaysia, BN atau Pakatan Rakyat, ISA ini wajar dikekalkan.
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Salam tuan,
Kebanyakan pemimpin politik pun sama juga. Ada kuasa di tangan, tak nak buat. Bila tak ada kuasa, sebuk pula menyalak sana-sini. Baru nampak orang kampung duduk rumah dah nak roboh, miskin tegar bersepah-sepah, banyak projek rakyat terbengkalai. Padahal itu semua bawah kuasa dan naungannya dulu. Tak tahulah kalau balaci-balaci mereka dulu cuma report yang baik-baik saja. Yang buruk, semua sapu bawah karpet. Itu yang bila sampai waktu tukar karpet, semua sampah sarap keluar menimbun.
Puak sebelah sana pun sama juga. Bila tak ada kuasa, menyalak mahu buat undang-undang hudud, semua kilang arak, rumah maksiat, tempat judi mahu dihapuskan. Bila dah ada kuasa, makin bertambah pula semua itu. Baru kata tak ada dalam Perlembagaan Parti nak tubuh negara Islam, Hudud cuma 0.001% di sebut dalam Quran, boleh berkerjasama dengan kapir. Selagi mereka tu semua manusia yang perlu makan, minum, selagi tu ler ada nafsu...
ASKUM. PAK MENGINGAU DAN TERSEDAR TIDOR TERUS DIA BERCAKAP. ITU YANG MERAPU BERCAKAP TU.
Salam, betoi,betoi,betoi..
terpana kojap bila dgr pak lah ckp gitew..pehal? ehh heran,heran.
/perlu diingat ISA bukan utk nak tahan org letak kat kemunting aje.
Ada yg perlu dinilai dan ada juga yg msh relevan.
Salam,
Benonya kita nih terlebih banyak sangat tukar sana sini.Terlalu nak sangat "perfectionist".Nak perfect tapi tak tegas nak buat anythings.
Jadi,apa jua masalah dan penyelesaian perlu tegas dan konsisten tak kire lar orang nak cakap apa.Cuba ikut pengubahsuaian ikut keadaan semasa.
Ambil contoh simple jer:
Sekolah Cina bertahun-tahun guna sistem pembelajaran yang bagi mereka dah ok,dan takde pun perubahan yg mendadak pasal dah tau berjaya.Yang kita nih,baru guna sistem 5-6 tahun,dah tukar...pastu tukar lagi bile pemimpin baru..pastu tukar lagi...tukar lagiii...ishhh...
Samo lar cam kes ISA nih....
salam cekodokmasin,
Susahnya kita nak buat pilihan dan sukarnya kita nak memilih pemimpin sejati. Pemimpin sekarang sama ada di sebelah parti mana pun meletakkan kepentingan diri dan parti mengatasi kepentingan rakyat. Mereka berebut-rebut mengejar kuasa bagi mengumpul harta benda. Rakyat menjadi mangsa kerakusan pemimpin di akhir zaman. Pilihan kita adalah memilih pemimpin yang tamak dikalangan pemimpin yang rakus. Sudah tidak ada pilihan lain.
Salam bro Arif Omar,
Secara tiba-tiba dan mengejut Pak Lah mengeluarkan kenyataan yang boombastik, sebab itu kenyataan beliau dianggap seperti mengigau di siang hari........hehehe
Salam ikan emas,
Pak lah mungkir janji tidak mahu campur tangan dalam urusan pentadbiran negara setelah beliau bersara.
Salam Geng Samudera,
Pimimpin berganti tidak semestinya dasar bertukar. Tradisi ini digunapakai di zaman Tun Razak, Tun Husin dan Tun Mahathir. Tetapi ia bermula di zaman Tun Dollah yang tidak berlaku penerusan dasar kerajaan terdahulu walaupun ianya telah dipersetujui bersama. Perubahan sesuatu dasar akan membazirkan banyak duit rakyat tetapi memberi keuntungan kepada segelintir pihak yang berkepentingan terhadap dasar baru. Contohnya pemansuhan PPSMI rugi RM40 juta tetapi memerlukan RM5 billion untuk peningkatan Bahasa Inggeris.
salam cekodokmasin,
Susahnya kita nak buat pilihan dan sukarnya kita nak memilih pemimpin sejati. Pemimpin sekarang sama ada di sebelah parti mana pun meletakkan kepentingan diri dan parti mengatasi kepentingan rakyat. Mereka berebut-rebut mengejar kuasa bagi mengumpul harta benda. Rakyat menjadi mangsa kerakusan pemimpin di akhir zaman. Pilihan kita adalah memilih pemimpin yang tamak dikalangan pemimpin yang rakus. Sudah tidak ada pilihan lain.
Salam bro Arif Omar,
Secara tiba-tiba dan mengejut Pak Lah mengeluarkan kenyataan yang boombastik, sebab itu kenyataan beliau dianggap seperti mengigau di siang hari........hehehe
Salam ikan emas,
Pak lah mungkir janji tidak mahu campur tangan dalam urusan pentadbiran negara setelah beliau bersara.
Salam Geng Samudera,
Pimimpin berganti tidak semestinya dasar bertukar. Tradisi ini digunapakai di zaman Tun Razak, Tun Husin dan Tun Mahathir. Tetapi ia bermula di zaman Tun Dollah yang tidak berlaku penerusan dasar kerajaan terdahulu walaupun ianya telah dipersetujui bersama. Perubahan sesuatu dasar akan membazirkan banyak duit rakyat tetapi memberi keuntungan kepada segelintir pihak yang berkepentingan terhadap dasar baru. Contohnya pemansuhan PPSMI rugi RM40 juta tetapi memerlukan RM5 billion untuk peningkatan Bahasa Inggeris.
Salam Bro Amir,
Biasanya macam tu le. Dah banyak benda kita tahu dah dengar macam-macam cerita. Tu le jadinya. Dulu pun tuan ibaratkan dia terbuka sangat le. Ini le padahnya.
Tak caya, kalau guru-gura dah bersara dia mesti condem sekolah. Masa bekerja tak banyak menymbang kepada sekolah. Ha...ha...
salam bro zedmagel,
Dulu kawan sokong dia sebab bagi peluang kerana baru jadi PM. Rumahnya lembek dan lemau sampai ke sudah.
Yang ambik contoh guru ni apa kejadahnya. Guru penjawat awam berbeza dengan orang politik bro. hehehe. Mulut tak ada insuran la tu.
Salam kepad semua Pengulas dan Pembaca budiman.
Zaman dah berubah dan saya rasa ada baiknya ianya dikaji semula untuk penambahbaikan.Ini bermakna kita harus melakukan semakan semula apa yang mesti dan apa yang tidak relevan supaya persepsi rakyat tidak akan terkeliru dengan akta ini.Mungkin kita bolih pastikan bahawea penahanan tanpa bicara ini maksimumnya selama 3 tahun sahaja dan sesiapa yang ditahan dibawah akta ini perlu diberi kelonggaran untuk melihat keluarga mereka sebulan sekali serta mereka-mereka ini diberi pengajaran tentang hidup tanpa melakukan perkara yang tidak mengganggu perjalanan hidup mereka.
salam hami,
Saya sangat bersetuju dengan saudara. ISA perlu dikaji semula,dan dibuat pindaan untuk penambahbaikkan tetapi tidak untuk pemansuhan.
Post a Comment