Thursday, July 2, 2009

Azizan Lebih Gedebe Daripada Nik Aziz?




Tindakan Azizan Abdul Razak yang bertegas dengan pendiriannya tidak berkompromi dengan DAP Kedah/Perlis sehingga memaksa DAP keluar dari Pakatan di Kedah, wajar dipuji kerana pusat penyembelihan babi itu perlu dirobohkan atau ditempatkan di kawasan yang kurang kepadatan penduduknya.

Hakikatnya, kawasan penternakan babi tersebut terletak sangat berhampiran dengan kawasan perkampungan Melayu. Penduduk kampung tersebut telah banyak mengusulkan aduan tentang bau busuk sisa kumbahan kandang babi tersebut kepada pihak berkuasa, dan pihak berkuasa tempatan telah berjanji untuk menyelesaikan masalah tersebut. Setelah diajukan dengan desakan tersebut, pihak berkuasa tempatan telah bersetuju untuk menutup kandang tersebut.

Difahamkan sejak daripada kerajaan BN , sudah 14 tahun pengusaha diberi peluang untuk mencari tempat alternatif bagi pusat penyembelihan berkenaan. Dalam hal ini, perkara pertama yang perlu dirujuk adalah undang-undang. Kalau ianya mempunyai lesen ,bagaimana lesen itu boleh diluluskan di tengah-tengah perkampungan Melayu?Selain itu ianya perlu juga diambil perhatian tentang sensitiviti penduduk setempat yang tidak memakan babi tetapi bebas menghidu bau busuk babi sedangkan babi adalah najis berat bagi orang Islam.

Bukan sahaja DAP Kedah tetapi ianya perlu diambil iktibar oleh semua orang-orang Cina pengemar babi supaya faham tentang situasi ini. Mereka harus faham tentang sensitiviti orang Islam.

Kerajaan Negeri Melaka juga harus mencontohi keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Kedah. Berapa lama penduduk di Pengkalan Balak dan sekitarnya yang difahamkan sudah lebih 20 tahun menghadapi masalah dengan babi ini. Jangan mementingkan sangat tentang undi tetapi masalah penduduk Melayu dan Islam yang setia kepada kerajaan sering dinafikan hak mereka. Pemilik dan pengusaha babi ini tinggal di bandar dan tidak memahami masalah penduduk setempat.

Begitu juga DAP Perak, Pulau Pinang dan Selangor, mereka adalah juara kepada apa saja berkaitan dengan binatang yang namanya babi, cuba kita ingat semula kenyataan yang di buat oleh exco kanan Selangor semasa awal pemerintahan, mereka ingin menjadikan negeri Selangor sebagai penternak dan pengeluar babi terbesar di Asia Tenggara dengan menggunakan teknologi moden. Hasrat ini telah mendapat bantahan dari banyak pihak, tetapi ketika itu PAS dan PKR Selangor telah menyambut baik cadangan itu, sehingga Menteri Besar dan Hassan Ali membuat kenyataan turut menyokong, begitu juga dalam kes di Negeri Sembilan pada tahun 2000 apabila wabak JE melanda negara, semuanya berpunca dari babi.

Disebabkan masalah yang di bawa oleh babi ini setiap 10 tahun iaitu Virus JE tahun 1998 dan terbaru H1N1 ,pihak kerajaan perlu bertindak sesuatu bagi kesejahteraan rakyat. Ternyata babi membawa banyak masalah kepada manusia. Baik kerajaan yang memerintah daripada BN atau Pakatan Rakyat satu langkah drastik perlu dilakukan. Azizan sudah memulakan ,hanya menanti tindakan pemimpin-pemimpin dari negeri -negeri lain yang banyak babi.



Ramai yang melihat tindakan Azizan ini seperti sandiwara antara PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat kerana 2 perkara yang akan berlaku iaitu Pilihanraya kecil di Manek Urai dan Kes Liwat Anwar di Putra Jaya. Nik Aziz pun tidak mahu komen tentang tindakan Azizan ini. Logiknya, Nik Aziz akan melenting kerana ianya melibatkan sahabat baiknya DAP tetapi kerana Manek Urai, Nik Aziz terpaksa membisu. Kalau Nik Aziz menyokong DAP apa kata pengundi di Manek Urai. Mungkin lepas pilihanraya Nik Aziz akan pujuk DAP Kedah dan menganggap Azizan sebagai sampah. Saya harap Azizan akan istiqomah walaupun selepas pilihanraya Manek Urai.

Bercerita hal undang-undang, kita harap kerajaan menyiasat semua pusat-pusat penyembelihan dan kandang-kandang babi yang didirikan berhampiran dengan kawasan pertempatan supaya dipindahkan jauh daripada manusia. Tindakan ini hendaklah dilakukan diseluruh negara.

Saya juga menyeru kerajaan menyiasat dan mengambil tindakan kepada mana-mana tokong atau kuil yang didirikan tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan. Pembinaan tokong dan kuil haram ini sedang rancak tumbuh seperti cendawan selepas hujan di seluruh negara. Seolah-olah tidak ada peraturan untuk membinanya. Dalam waktu yang sama setiap surau dan masjid yang dibina rata-rata mendapat kelulusan dan mengikut peraturan walaupun negara ini sebuah negara Islam.

Pihak penguatkuasaan di agensi kerajaan terbabit diharap dapat menjalankan tugas dengan berani, hindari rasuah dan laksanakan undang-undang untuk kesejahteraan rakyat.

Berbalik kepada tindakan Azizan ini, jika beliau istiqomah dan jujur tentu tindakannya mendapat sokongan seluruh rakyat Kedah. Atas tindakannya ini bersama dengan kuota 50% untuk pembelian rumah Bumiputera serta bakal bertindak merobohkan tokong-tokong dan kuil haram di Kedah maka beliau sewajarnya menggantikan tempat Nik Aziz sebagai Mursyidul Am Pas. Akhirnya Azizan dilihat lebih gedebe daripada Nik Aziz yang merapu sepanjang masa.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

11 comments:

Taminsari said...

Salam Sdr.Amir..Sebenarnya ini adalah kesilapan MB Azizan sendiri yang pernah berjanji kepada kaum bukan Melayu untuk " Pasar Terbuka " bagi penjualan daging babi. Maka sekarang MB Azizan terpaksa menelan apa yang telah beliau janjikan? Saya pernah menulis artikel ini pada tahun lepas selepas PR menguasai Kedah.
Sila ke : www.belantan.blogspot.com

p/s Teman geli geleman nengokkan gambo babi kacukan tu...

Salam perjuangan

Jumayatara said...

Dmubfcuk Amir

Comel babi-babi ko ..Ini macam baru seimbang sebelah kiri babi gambor PM Malaysia dan sebelah kanan babi gambor MB Azizan...cuba buh gambar ko pulak sebelah babi buh kat blog ko.....tara akai punya melayu.Otak babi.


MB Azizan ni lebih kurang macam perangai UMNO macam babi. Akai cetek..MB ni ingat di Kedah cuma ada babi warna pink..babi bukan warna pink bukan babi.

Bodoh Punya Melayu

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro Taminsari,

Teman hanya melihat tindakan 'semasa' Azizan tanpa merujuk tindakan sebelumnya. Buat masa ini tindakannya adalah baik untuk kepentingan rakyat dan perkembangan terbaru H1N1. Bagi teman, apa yang Azizan buat 'kelihatan' baik teman sokong walaupun kemungkinan akhirnya nanti hanya wayang.......Kita tunggu dan lihat adegan seterusnya......

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

penyokong tegar Nik Aziz rupanya....
Tak pe nanti aku letak gambar ko dengan Nik Aziz tunggang babi tu...hehehe

wayar putus la ko ni

Lambo said...

Salam sdr Amir;

Diharapkan ianya satu usaha yang bersungguh-sungguh, bukan hanya sekadar gimmick politik.

Setuju gak dikatakan kurang manis gambar bersebelahan gitu, tapi tidak manis langsung bila mengaku lebih islam sedangkan...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam G SendUk.

Saya harapkan begitu juga. Bukan seperti Anwar yang sangat sukar kita percaya tingkah lakunya. Saya juga berharap agar Azizan 'merdeka' daripada Nik Aziz dan Anwar Ibrahim kerana kedua-dua pemimpin ini sangat kemaruk dengan DAP.

Berkenaan dengan gambar itu insyaalah saya akan ubah jika menyinggung banyak pihak. Terima kasih.

Anonymous said...

SLM BRO..SEPATUTNYA AZIZAN YG PATUT JD SPRITUAL LEADER DAN BKN PAK AJIS TU LG! KEHKEHKEH..DIA DH BOLEH BERSARA TANAM JAGUNG JEK ABIS CITER!

Anonymous said...

WEIII TOK MUDIM..DH JUMPE ANU KO SENDRI YG KO "TERRR" KERAT HABIS ARI TU?..KLU X JUMPE G PASANG B*B* PUNYE JE LERRR KEHKEHKEH YEHAAAAAA!!!!

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Jeffry .

Sepatutnya begitulah. Tapi Nik Aziz ni dah macam wali, kentut dia pun wangi. hehehe. Nik Aziz ni kalau bersara tak boleh tanam jagung bro, dia tak tau. Dia boleh tembak tupai belakang rumah dia je.

Berkenaan mangkuk yang nama Tok Mudim tu, kawan layan je....maklumlah wayar putus. hehehe. cadangan bro tu cantik gak. Tapi kawan nak ganti dengan anu b*b* yang plastik. hehehe

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Baru Tok Mudim cuit kote aje dah gelabah, biaorkan je budak tu. Comel muka dia, saya sayang dia.

Aizan dan Aziz nama pun dah dekat-dekat. Mereka ni orang-orang alim dan berfikiran terbuka. Azizan saya lihat lebih berwibawa dan Tok Guru. Dia cool dan banyak ketegasan dalam membela Islam dan Bangsa Melayu.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro zedmagel,

Muka dia memang comel, sebab tu dia penyokong tegar Anwar Ibrahim. hehehe.

Politik segalanya mungkin. Nik Aziz memang 'berbulu' dengan Azizan kerana bergaduh dengan sahabat baiknya , DAP