Monday, July 27, 2009

Antara Yasmin , Nik Aziz Dan Anwar......



Ketiga-tiga nama di atas adalah antara nama yang masyhur diperkatakan orang tentang kehebatan masing-masing. Cuma bidang mereka berbeza. Yasmin adalah pengarah tersohor tanah air yang baru saja meninggal dunia sementara dua orang lagi itu adalah pemimpin tersohor juga di pentas politik negara.

Marina Mahathir mengecam keras akhbar Kosmo! kerana mendedahkan latar belakang pengarah terkenal Yasmin Ahmad yang sejak lahir dikenali sebagai Zulkifli.
Menyifatkan akhbar dalam kumpulan Utusan Melayu Bhd itu sebagai "makhluk yang hina", aktivis wanita itu berang dengan media berkenaan yang melaporkan pengarah itu sebagai seorang naib juara bintang RTM pada 1975 dan penyerang bolasepak Melaka pada zaman persekolahannya sewaktu dikenali dengan nama asalnya.

"Malangnya terdapat makhluk hina yang dipanggil Kosmo! yang mengaibkan nama baiknya (Yasmin). "Remuk perasaan keluarganya," kata Marina. "Yasmin belum lama disemadikan dan Kosmo! telah mula menerbitkan bermacam-macam sampah mengenainya.

Kalau tidak ada pendedahan daripada Kosmo ini saya sendiri pun tidak tahu mungkin juga beribu-ribu pembaca Kosmo hari ini pun baru tahu. Saya pun tidak tahu tujuan sebenar pendedahan oleh Kosmo. Bagi mereka yang berotak berniaga, tentu tersenyum lebar kerana Kosmo hari itu laris macam goreng pisang panas. Dari segi hukum, saya menyerahkan kepada Allah s.w.t kerana Allahyarham pun sudah meninggal dunia. Biarlah Allahyarham berurusan dengan Allah s.w.t kerana dalam pengetahuan saya yang cetek, memang wujud golongan khunsa di kalangan manusia.

Saya ingin memperkatakan tentang sumbangan Allahyarham semasa hidupnya terhadap industri seni tanah air. Apabila kita memperkatakan Yasmin kita akan teringatkan iklan Petronas ketika menjelang Hari Raya yang disampaikan melalui pelbagai mesej. Selalunya mesej yang ingin disampaikan adalah mengenang budi dan jasa kedua ibu bapa, mesej pengorbanan dan kesetiaan dan tidak kurang juga mesej perpaduan.

Yasmin tak perlu jadi pemimpin politik untuk mengajar rakyat Malaysia bersatu padu, Yasmin tidak perlu berpidato mengajak rakyat Malaysia berfikir sebagai seorang Malaysia, cukup sekadar hasil kreatif beliau yang memupuk perasaan berkasih sayang antara kita rakyat Malaysia tanpa sempadan kaum. Semangat kenegarawan yang beliau cetuskan dalam iklan kemerdekaan beliau itu akan sentiasa segar mengajar kita apa itu erti perpaduan. - komen sdr Nordin seorang sahabat dalam forum Kelab chedet.

Pemergian Yasmin, seorang pengarah yang mengangkat perfileman negara mutakhir ini bersama kontroversinya tersendiri, ditangisi oleh tokoh politik, penggiat seni dan peminatnya. Filem-filemnya Sepet, Gubra dan Mukhsin cukup terkenal, termasuk di di luar negara dan menggondol beberapa anugerah di beberapa festivel filem antarabangsa seperti di Berlin, San Francisco, Singapura dan Cannes.

Dalam waktu yang sama, pentas politik negara tidak pernah sunyi daripada kontroversi. Walaupun ada reaksi positif yang melihat kenyataan Menteri Besar Kelantan Nik Aziz yang sedia melupakan sengketa antara kerajaan negeri itu dengan Persekutuan dan perselisihan UMNO dan PAS semasa bertanding pada pilihan raya kecil Manek Urai demi perpaduan Melayu dan Islam, tidak kurang juga yang sinikal atau sangsi.



Sebab itu semasa di Uganda, Dr Mahathir dilaporkan sebagai memberi ingatan kepada UMNO agar berhati-hati menerima kerjasama yang ditawarkan oleh Nik Aziz bimbang nanti parti itu akan terjerat dalam permainan politik PAS. "Saya tahu kerana saya sudah melalui pengalaman ini. Dalam skim FELDA kita masukkan orang UMNO, dan selepas pemimpin PAS (allahyarham Tan Sri Asri Muda) jadi menteri yang bertanggungjawab hal ehwal FELDA, semua orang FELDA cenderung menentang kita. Sebabnya mereka kempen untuk PAS dan bukan untuk kerajaan," katanya

Pandangan yang sama juga dilontarkan oleh Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia, Datuk Mohamad Aziz yang menasihati pemimpin UMNO agar jangan melayani kenyataan yang dibuat oleh Nik Aziz kerana tidak diketahui apa niat sebenar kenyataan tersebut dibuat. “Kalau ada yang bertanya komen, jawablah kita nak dengar lagi dari Nik Aziz sendiri apa yang dia maksudkan, jangan terus kita komen kerana berdasarkan pengalaman kita, banyak kenyataan yang dibuat semuanya penuh muslihat dan helah politik,” ujar beliau.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee pula dalam komennya yang disiarkan melalui blog UMNO Cheras mengingatkan UMNO supaya jangan terlalu beria-ia dengan Nik Aziz untuk berbaik dengan Kerajaan Pusat dengan melupakan sengketa lama. Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan itu juga sebelum ini dilihat tidak konsisten kearah penyatuan umat Islam sebaliknya lebih mementingkan agenda politik bersama pakatan pembangkang.

Tidak sampai sehari, Nik Aziz telah mengiakan pandangan-pandangan orang kebanyakan tentang kenyataannya itu. Nik Aziz main wayang lagi. Perkembangan terbaru ini mengundang kenyataan Muhyiddin bahawa agar pemimpin-pemimpin UMNO tidak lagi memberi respon kepada sebarang kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ini kerana katanya, dalam soal hubungan dengan UMNO, pendirian Menteri Besar Kelantan itu daripada segi rekodnya sering berubah-ubah. Mungkin itulah yang terbaik memandangkan Nik Aziz memang ‘tak berahi’ dengan UMNO’ malah dah suruh ‘UMNO pergi jahanam’. Muhyiddin dilaporkan berkata, penafian Nik Aziz mengenai kesediaan kerajaan PAS Kelantan mengadakan hubungan dengan UMNO bukanlah yang pertama dan ia ibarat satu putaran - agendadaily.com

Bagaimana pula dengan Anwar Ibrahim? Adakah Anwar mempunyai misi yang sama dengan Nik Aziz. Setakat ini Anwar dan Nik Aziz mempunyai agenda yang selari. Kedua-duanya mengejar dan mengekalkan kuasa. Anwar mengejar jawatan Perdana Menteri dan Nik Aziz berusaha mengekalkan jawatan Menteri Besar. Kenyataan-kenyataan mereka berdua tidak nampak langsung ke arah perpaduan kerana jikalau isu perpaduan ini diwar-warkan mereka akan kehilangan status sebagai penasihat dan ketua, suara mereka menjadi lemah dan lebih penting hasrat dan impian mereka menguasai negara ini hanya akan menjadi impian sahaja.



Mereka tidak suka kepada idea perpaduan ini walaupun akar umbi penyokong mereka mahukan kepada perpaduan bangsa dan lebih penting adalah perpaduan ummah. Saya rasa seluruh rakyat faham tentang situasi politik semasa. Ketika Pakatan Rakyat sedang berada dipuncak adalah rugi bagi mereka untuk bercakap soal perpaduan.

Yasmin sudah meninggal dunia. Jika ada kesilapan dan kebaikkan itu adalah urusannya dengan Allah. Tidak ada faedahnya untuk kita memperkatakan hal orang yang telah meninggal dunia kecuali perkara-perkara kebiakan yang telah ditaburkan semasa hayatnya. Yang boleh mempunyai peluang untuk kita mengubah ialah tingkahlaku orang-orang yang masih hidup yang sedang menyalahgunakan kuasa dan pengaruh.

Amir Hamzah
Kuala Lumpur
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

14 comments:

Anonymous said...

SLM BRO...PEMERGIAN YASMIN MMG DI TANGISI. BELIAU MENINGGALKAN BYK 'HARTA' YG BOLEH DI GUNAKAN OLEH GENERASI AKAN DTG IAITU "PERPADUAN". TP KALAU PAK AJIS & SI AL-JUBURI PADAM SEKALI PUN XDE APA YG BLH DI BANGGAKAN KECUALI JEJEHAN NAJIS YG BERTABURAN MERATA2 DI TGH JLN HANYA UTK DI KAUT OLEH PENCACAI2 DIORANG SAJE

keris panjang said...

Salam tuan.

Yasmin mati = meninggalkan nama

Pak Ajis & Anuar mati = tinggalkan tulang, belang dan temberang.

PK said...

aku dah kata dah...dalam komen sya yang lepas, saya kata rasa pening bila baca kenyataan si Nik aziz ni. sekrng apa dah jadi...dia memang terrer dlm hal-hal PA politik.

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Apa pun tentang Yasmine saya boleh menerimanya. Saya kenal Allahyarham dengan dua namanya sekali, sewaktu beliau Zulkifli Ahmad sebagai naib juara bintang RTM dan Yasmine sebagai penerbit iklan Petronas. Hasil karyanya sangat menyentuh jiwa saya, dan membuatkan saya terkenangkannya terutamanya di musim Hari Raya Aidilfitri.

Tentang yang dua tokoh tu saya mengenali mereka juga, dan akan sentiasa mengingatinya kerana berjaya memecahkan perpaduan Islam dan bangsanya sendiri iaitu Melayu.

Orang tua said...

Salam Sejahtera Bro,

Hadiahkanlah bacaan ayat suci AL-QURAN buat Almarhum Yasmin adalah yang terbaik buat mengenang jasa beliau. Tidak elok kita memperkatakan sesuatu hal berkaitan insan dengan Penciptanya. Jika hanya untuk melariskan akhbar dan mendapat keuntungan jualan sahaja, pihak KOSMO perlu ingat,hari ini hari dia menghadap ALLAH SWT. Hari kita dan juga krew di KOSMO tak tahu bila.

Untuk Nicky Ajis dan An WAR pula. Ingatlah, dunia hanya tempat tinggal untuk sementara, Akhirat jualah tempat untuk kita kekal selama-lamanya. harimau mati meninggalkan belang, manusia mati tinggalkan nama, jangan sampai generasi melayu akan datang mengingati dan menyumpah anda sebagai pemecah belah orang melayu .

Arif Omar said...

kepada yasmin, semuag rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman dan ditempat yang terbaik.sumbangannya amat besar. jauh lebih besar dari tok-tok guru berserban yang menyumpak seranah sesama islam setiap hari. Yasmin ini bukansahaja penyatu sesama melayu islam tetapi menyatu semua kaum di malaysia. sejuk hati kita bila melihat hasil tangan nya. amin

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro Jeffry,
Sekurang-kurangnya Yasmin mencuba sesuatu yang baik atas keupayaannya sebagai anak seni tetapi orang yang bercakap atas kepentingan rakyat dan negara rupa-rupanya bercakap atas kepentingan diri sendiri.

salam keris panjang
Batu yang baik dicampak ke laut menjadi pulau, Batu yang sumpik dicampak ke laut menjadi ikan yu. hehehe

salam gobress
Makin tua dan makin lama semakin merapu-rapu. Elok la pok nik bersara.

salam bro zedmagel,
Dulu pernah main bola dengan Yasmin ke bro? hehehe. Tapi apapun dia mempunyai jasa pada negara dalam bidang yang diceburinya dan berakhir dengan baik. Ada juga orang berjasa pada kelompoknya saja dan berakhir dengan cara yang tidak mengumbirakan. Bagaimana seorang tokoh politik menghabiskan hari tuanya dan mati dalam penjara? hehehe

Salam orang tua,
Sebagai orang Islam tidak baik kita memperkatakan kecuali yang baik-baik pada Simati. Nak kutuk2 KOSMO ni, UMNO yang punya..... leceh betul la..... Bagi Anwar dan Nik Aziz ni, mereka penyatu Melayu PAS dan Melayu PKR tetapi pemecah kepada seluruh Melayu di Malaysia. Kalau Melayu hilang kuasa, Anwar dan Nik Aziz punya angkara

Salam bro Arif Omar
Yasmin berusaha membawa idea perpaduan, Nik Aziz dan Anwar membawa idea politik rimba, hanya singa yang berkuasa menjadi raja di mata bersultan dihati.

Geng Samudera said...

Salam,

Mmg dari dulu lagi kawan dah tau die camne.Dan rata-rata orang Muar pun dah kenal dia bagaimana.Jadi ini bukan satu isu yg patut diceritakan lebih-lebih lagi dia dah meninggal.Kenapa masa dia belum meninggal,takde story tuh pasal die???


"pembedahan jantina yg dbolehkan dlm Islam adalah bg golongan khunsa shj manakala pmbedahan jantina bg glongan yg hanya mmiliki 1 alat kelamin dan ingin btukar ke jantina yg lain adalah HARAM,golongan khunsa diharuskan pmbedahan bg mengekalkan salah satu alat jantina yang benar-benar berfungsi dapat digunakan mengikut keadaan yang sesuai.jika mereka ingin berkahwin doktor perlu mnentukan kcenderungan alat kelamin mereka, selepas itu barulah dilakukan rawatan hormon atau pembedahan untuk memudahkan mereka berumahtangga.Apabila golongan khunsa ini mningkat dewasa,ibubapa perlulah menentukan kecenderungan mereka sama ada ke arah lelaki atau prempuan,pentingnya ini adalah utk memudahkan mereka beribadat dan bg mngenal soal hukum hakam.Persoalan yg kerap bagi golongan khunsa nih adakah mereka dsyariatkn utk bersolat jumaat?dlm kes khunsa yang memliki 2 jnis alat kelamin, jumhur ulama’ mnetapkan mreka bsolat jumaat pd saf ketiga iaitu slpas saf knk2 lelaki n di hdapan prempuan.Ini bukan diskriminasi tp praturan dlm Islam.Islam menetapkan saf prempuan paling belakang bukan bermakna Islam mendiskriminasikan prempuan.dlm solat Imam yg plg hdapan plg bt’jwb dlm sah batalnya solat itu.lelaki pula adlh glongan yg plg bt’jwb di hdapan Allah SWT nanti.Khunsa diletakkan di barisan ketiga melambangkan t’jwb mereka yg ringan berbanding lelaki bukan khunsa"

Itu pasal mereka yang gini diberikan otak kreatif.Mereka menggunakan kedua-dua belah otak mereka kanan dan kiri bagi menghasilkan output yang kreatif dan peka pada persekitaran.Malah,arus alpha mereka lebih baik dalam mengendalikan mood dan perasaan mereka.

Tapi bagaimana bro,org yg asyik guna otak belah kanan jerk??..hehehe..cam tak balance tuhh.....

Geng Samudera said...

- Declare myself boycott for 100 days of reading Kosmo! paper.-

Bukan menyokong arwah,tapi common sense skit lar...kita nih manusia bila-bila jer mengadap bumi.Kita x tau sumbangan beliau tah2 lebih banyak dari YB walaupun dia dulunya khunsa.!

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam geng samudera,

Terima kasih atas info khunsa....

Kalau Yasmin masih hidup mungkin kita dapat jawapan yang tepat. Kes Yasmin ni mungkin special kes agaknya. Ia tak sama dengan maknyah yang tukar jantina yang bukan khunsa.

Selepas menerima kecaman keras dan ancaman untuk dipulaukan, Kosmo! hari ini memohon maaf selepas mendedahkan sejarah peribadi pengarah terkenal Yasmin Ahmad yang dianggap mengaibkan.

Harian itu memohon kemaafan daripada keluarga pengarah filem itu, sahabat handainya dan juga pembacanya yang tersinggung akibat pendedahan dalam berita Isnin lalu.

Permohonan maaf itu disiarkan di muka hadapan akhbar terbitan Utusan Melayu (M) Berhad itu dengan judul 'Keluarga Yasmin, Kosmo! mohon maaf.'

"Laporan bertajuk 'Takdir Yasmin' itu telah menerima pelbagai reaksi. Kosmo! prihatian dengan reaksi-reaksi itu.

"Sebagai sebuah akhbar yang dekat dengan masyarakat, Kosmo! ingin memohon maaf kepada ahli keluarga allahyarham Yasmin, sahabat handai dan para pembaca yang tersinggung dengan penyiaran berita tersebut," laporan tersebut dipetik.

cekodokmasin said...

Salamt uan,
Bukan ke akhbar tu juga yang menyiarkan kisah Restoran Berahi yang rupanya hanya kandang ayam aje????

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam cekodokmasin.

hehehe no komen......

Geng Samudera said...

Salam,

Kena dgr komen gak tuh bro....

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam Geng Samudera,
Kadang-kadang berlaku juga kesilapan di luar jangka. 'Kosmo mungkin ada masalah dengan Yasmin'. Mungkin ada cerita 'tersirat' antara mereka berdua.........hehehehe