Thursday, July 9, 2009
Alasan Kerajaan Mansuh PPSMI : Guru Sabotaj?
Utusan Malaysia
PUTRAJAYA 8 Julai – Mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam bahasa Melayu di sekolah kebangsaan manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil mulai 2012.
Keputusan Kabinet hari ini mengubah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan pada 2003.
Serentak itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan strategi untuk memartabatkan bahasa Melayu (MBM) serta memantapkan penguasaan bahasa Inggeris (MBI) di semua peringkat persekolahan.
Kerajaan juga menawarkan pendekatan baru dalam pengajaran Sains dan Matematik bagi meningkatkan keupayaan murid untuk menguasai kedua-dua cabang ilmu itu dan teknologi demi masa depan negara.
Kata beliau, keputusan memansuhkan PPSMI dibuat setelah kerajaan meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai dasar itu yang menunjukkan ia tidak dapat dilaksanakan seperti dihasratkan.
Justeru untuk memastikan pemansuhan itu tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti PPSMI, pengajaran dan peperiksaan untuk kedua-dua mata pelajaran itu akan dibuat dalam dwi bahasa sehingga kohort terakhir PPSMI tamat pada 2014.
“Pelaksanaan (sepenuhnya dalam bahasa Melayu) akan dibuat secara bertahap di tahun satu dan tahun empat di sekolah rendah dan tingkatan satu dan empat di sekolah menengah bermula pada 2012.
“Perubahan ini bagaimanapun tidak melibatkan tingkatan enam dan matrikulasi,” katanya pada sidang akhbar di sini.
Menurut Muhyiddin, pemantauan Kementerian Pelajaran tahun lalu mendapati hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik.
Begitu juga secara purata peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53 hingga 58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.
Pada masa sama, kata beliau, peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar.
“Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus.
“Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa PPSMI dilaksanakan,” katanya.
Muhyiddin berkata, selain pemantauan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran, Laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam mata pelajaran Sains merosot daripada tangga ke-20 pada 2003 ke tangga ke-21 pada 2007.
“Bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid merosot daripada tangga ke-10 pada 2003 ke tangga ke-20 pada 2007,” katanya.
Muhyiddin memberitahu, kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal, iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI.
“Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.
"Berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid iaitu bahasa Melayu di sekolah kebangsaan, bahasa Cina di SJKC dan bahasa Tamil (SJKT),” katanya.
Amir Hamzah :
Kalau begitu ulasannya tujuan, matlamat, prinsip dan konsep PPSMI tidak ada masalah. Statistik yang diberi menunjukkan bahawa perlaksanaannya yang bermasalah. JPN, PPD, Pengetua dan guru-guru PPSMI yang mempunyai masalah tersendiri.
1. Kursus e-tems kepada guru-guru PPSMI agaknya tidak mencukupi.
2.'Buddy surport system' di sekolah tidak mendapat kerjasama daripada guru-guru Bahasa Inggeris yang berkelayakan bagi membantu guru-guru PPSMI yang lemah dalam Bahasa Inggeris.
3. Elaun tambahan 5% dan 10% kepada guru-guru PPSMI di sekolah rendah dan sekolah menengah sepatutnya digunakan untuk mengambil kelas-kelas BI swasta bagi guru-guru yang tidak fasih telah digunakan untuk membayar ansuran kereta baru.......hehehe
Berdasarkan statistik di atas jelas menunjukkan kelemahan Kementerian dan Jabatan Pelajaran yang tidak bersungguh-sungguh memastikan kejayaan PPSMI yang menelan belanja yang bukan sedikit. Kalau itu statistiknya usaha apa pun yang dibuat oleh kerajaan akan dibuat sambil lewa oleh penjawat-penjawat awam. Sebelum kerajaan membuat sesuatu perkara pastikan pembuat dasar atau penjawat awam dibetulkan suisnya terlebih dahulu. Jika tidak, ianya akan membazirkan DUIT RAKYAT.
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
PPSMI : GURU SABOTAJ?
Kah..kah..kah.. guru-guru melayu memang bodoh..tak mau maju...
kalau mahu maju jaya gunaklan bahasa Inggeris..kenapa sabotaj..kena mabik tindaklan..kah..kah..kah..kah..
Cikgu Melayu dan sekalian orang
Melayu memang bebal dan bodoh.
Ada ke patut bahasa Inggeris tak mahu belajar..tak mau jadi bangsa maju ke?
kah...kah..kah..kah..
cuba tengok pilem tamil...tak kisah campur aduk bahasa tamil dan english...kah..kah..
adakah mereka nampak bodoh? tidak..mereka lebih bijak dari melayu...kah...kah..kah.. Lihatlah penutur Tamil di Malaysia ini...mereka lebih suka bercakap english dan mereka hebat! kah...kah..kah..kah..Melayu memang bodoh tolak bahasa inggeris dalam sains dan matematik.
Melayu nak jadi bodoh macam orang Perancis danJepun juga...Melayu tak mahu jadi orang Tamil yang bangga cakap english..Melayu bodoh..kah..kah..kah..
kahhh..kah..kah..Melayu bodoh
Kenapa pula cikgu-cikgu nak dipersalahkan? Ada pergi ke sekolah untuk buat pemerhatian? Ada ambil tahu apa permasaalahan yang dihadapi di sekolah-sekolah? "Gedung Akal" yang memaki hamun cikgu-cikgu melayu tak tentu pasal tu apa hal? Gedungnya dah kosong ke..dah tak ada akal?
- cikgu melayu yang mengajar BI -
Hiriyati,
Dia perasan yang dielah paling bijak antara Melayu-melayu dalam dunia nih.Tapi tak perasan yang dah tue-tue pun buduhh...!!!
Kah..kah..kah...nak berjaya pakai bahasa Inggeris?.Pakai apa bahasa pun tapi kalau otak sengal gak,tak maju gak.Dah tue-tue pun buduh!!
Kah..kah..kah...cikgu melayu dan sekalin org melayu bodoh dan bebal?.Bodoh-bodoh depa pun,lagi buduh cikgu keling & ko.Pasal apa?.Lu pk lar sendiri....
Kah..kah..kah..tengok pilem tamil?.Ko sorang jek kot tgk pilem tamil....
Kah..kah..kah..penutur tamil tampak hebat?.Hahahaaa...borak je lebih,tapi isi pun tarak.Cakap pun bukannye betul.Terpusing sana,terpusing sini.Org cam ko jerk yg rasa kagum,aku tak rase ape-ape punn.....
Kah..kah...kah..Org Melayu tak mahu jadi org Tamil?...Memang pun,pasal org Tamil cam lalang gak,kaki kipas cap LG.Diorg pun aku rasa tak bangga pun nak cakap english,tapi terpaksa cakap tuk merasakan yg diri mereka tampak hebat.Hahahahaa...ciannnn....
Purak-purak.....
Tula,dah tue-tue pun buduhh..!!
Bagi pendapat saya, cetusan idea Tun Dr M melaksanakan PPSMI tahun 2003 dulu bukan berobjektif utama untuk pelajar menguasai bahasa inggeris.
Tapi Tun Dr M melihat daripada aspek perkembangan ilmu dan teknologi sains. Nak memantapkan Bahasa Inggeris bagi saya sudah memadai dgn subjek English di ajar.
Pandangan Tun Dr M memang jauh dah tak terjangkau oleh kita. Beliau melihat perlaksanaan PPSMI ini akan menjadi cetusan menjadikan bangsanya sebagai pencipta teknologi bukan sebagai pengguna teknologi sahaja.
Ada org cakap bangsa Jepun maju dgn bahasa sendiri. Tapi kita kena lihat, penciptaan teknologi jepun hanya berjaya dipaten dan diterimapakai selepas prototaip/manual ditulis dlm Bahasa Inggeris.
Kenapa kereta misalnya Toyota diberi nama seperti Camry, Wish dan City..tidak dlm bahasa jepun?
Kalau mahu bersaing dlm era globalisasi ini, mahu tidak mahu kita kena terima hakikat bahawa bahasa inggeris menjadi lingua franca dan bahasa teknologi.
Saya nak tanya penentang2 PPSMI ini, berapa banyak hasil kajian/tesis yang mendapat pengiktirafan antaranbangsa yang ditulis dlm bahasa melayu?
PPSMI tidak salah..perlaksanaannya yang tidak cekap. Hishamuddin dan pegawai KPM patut malu..bazirkan duit rakyat. Kerja buat macam SAMPAH!!
Akhirnya kembali semula ke bahasa melayu.. ada yang gembira ada yang terkilan dengan keputusan kerajaan ini. pendapat saya, jika inginkan pelajar-pelajar menguasai Bahasa Inggeris, subjek itu sendiri seharusnya diperkasakan perlaksanaannya.
Pengalaman saya sendiri sejak sekolah rendah mempelajari Bahasa Inggeris saya merasakan tahap Bahasa Inggeris saya masih sederhana. Bukan menyalahkan guru 100% namun mereka orang yang mengajar seharusnya bersungguh-sungguh. Bagaimana agaknya statistik penguasaan pelajar Melayu dalam Bahasa Inggeris..?
Bagi saya menguasai Bahasa Inggeris itu penting sebab ia memudahkan pelajar memahami apa yang dipelajari, apa yang diajar, apa yang dibaca, apa yang ditulis dan apa yang dijawab dalam peperiksaan..
Di alam universiti cabaran lebih banyak sekiranya univ itu menggunakan medium BI dalam pengajaran dan pembelajaran. Masalah bahasa menjadi antara halangan pelajar-pelajar. Ini berikutan tahap penguasaan BI masih lemah. Ada yang menjadi pasif. Walaupun ini adalah attitude pelajar sendiri namun lihat juga faktor penyumbangnya, iaitu BI.Bukankah BI itu diajar di sekolah lagi?
Ops, terlebih sudah... kesimpulannya, saya setuju PPSMI idea yang bagus tapi ia perlu seiring dengan kemampuan pelajar untuk menerimanya dan kesungguhan dalam pelaksanaannya.
Pernah ada satu kata-kata, untuk menguasai ilmu sesuatu bangsa, kuasailah bahasanya.. Jadi untuk memajukan Sains dan teknologi yang dimajukan oleh bangsa lain, explore la ilmunya dengan menguasai bahasanya..
Salam,
Kita semua sedia maklum bahawa ayahanda Najib dulu memartabatkan bahasa Melayu ke tahap yang lebih baik.Dan ini mungkin diikuti langkahnya oleh anaknya sendiri.
Mungkin dgn suasana skrang dimana semua kaum di Malaysia beranggapan Bahasa Melayu tidak penting dan mereka take for granted dgn option yg kerajaan kasi.Maka,penyatuan sistem pendidikan ke bahasa Melayu sedikit sebyk dapat merapatkan lagi perpaduan sesama kita.Masa yg akan menentukannya.Ambil contoh di Indonesia di mana tak kira apa bangsa sekalipun tetap mereka pertahankan bahasa Indonesia sehingga bangsa lain terpaksa mempelajari Bahasa Indonesia.Walaupun bercampur aduk,mereka anggap itu sebagai suatu perkembangan bahasa ke arah yg lebih baik.Cuma mereka takda badan seperti Dewan Bahasa & Pustaka seperti kita jerk....
Jadi,DBP skrg patut dah kena kerja keras dahh tuh mengembangkan bahasa Melayu di setiap bidang...
Seperti Dr M ckp dalam blognya,ia memerlukan bertahun-tahun utk diterjemahkan namun jika nak seribu daya,tak mahu seribu dalih..
Mungkin belum sempat kita nak terjemah,ilmu sains dan matematik bergerak dgn pantas,maka kat sini perlu di ambilkira dan perlukan kerjacara yang konsisten dan laju...
P/s: Kalau kakitangan DBP x cukup staff,ambil org bekerja dan jadikan satu team yg menjurus ke arah itu.Buat pemantauan dan pendedahan ilmu bahasa ini tak kira di dunia nyata atau dunia maya...
Ini tak,budak SPM tulis bahasa chatting,dianggap tak mengikut tatabahasa.Camne budak tak ikut,mereka mengganggap bile telah diterimapakai semua org,mereka rasakan itu adalah bahasa yg diterima tetapi di tolak oleh DBP...so, dimana penyelesaiannya?...
NO KOMEN.
Salam tuan,
Guru-guru sebenarnya tak sabotaj PPSMI. Kekadang ada juga guru-guru warna hijau tapi tentang mengajar mereka terpaksa akur dengan dasar kerajaan.Cuma macam sesumpah ler. Kejap Melayu, kejap Inggeris, kejap jawa.
Kursus ETeMS memang mereka pergi sampai habis tapi rungutan mereka kena pergi kursus tu sampai sekarang kita boleh dengar. Jadi mereka ini macam tak ikhlas jer.
Kelemahan guru-guru ini juga ialah tak praktikkan BI itu di luar waktu P&P. "Practise Make Perfect" dan " Practise Make Permanent ". Dalam belajar bahasa, apa yang penting ialah latihan. Kalau tak guna dengan kerap, bagaimana nak fasih? Lagi pula, menjawab soalan Sains dan Math bukan nahu yang dititikberatkan. Kalau dalam Sains SR, jawapan dah distandardkan. Sama jer struktur ayatnya.
Buddy Support System itu baik dan bagus. Memang, segelintir guru opsyen BI kurang memberi bantuan. Tetapi dalam tinjauan tak rasmi yang telah saya sendiri lakukan, lebih kepada sikap guru itu sendiri yang enggan meluangkan masa untuk sama-sama duduk melakukan latihan dalam program BSS itu. Kekadang, sampai guru BI itu sendiri mencari guru-guru berkenaan untuk sama-sama membuat latihan tetapi masih enggan. Banyak sangat alasan remeh dan bodoh diberi jika guru-guru BI nak membantu dalam bentuk memberi latiahn. Anak nak balik ler, rumah tak ada orang ler, suami nak balik makan ler. Kalau yang bujang tu, jangan harap hari sabtu ada. Memang terus hilang. Bukan lama sangat pun latihan itu. Cuma 1 jam seminggu jer... Pening kepala GPK1 dan guru BI beb..
Saya telah post dalam blog tuan dahulu bahasa guru-guru yang dapat BISP ni sepatutnya menggunakan elaun itu untuk meningkatkan penguasaan BI mereka. Berapa ramai yang mendaftar dalam kelas malam untuk belajar BI? Berbanding dengan guru-guru di sebuah sekolah SRJKC di BPahat yang sanggup mendaftar dalam kelas BI beramai-ramai. Kalau tuan katakan mereka ini menggunakan wang tersebut bagi kegunaan selain dari meningkatkan prestasi BI mereka, saya memang setuju. 10% daripada RM3500, dah berapa? Bayar Saga lepas bro..
salam Gedung Akal,
Saya dah layari blog saudara.
salam Hariyati,
Tajuk saya ada tanya soal. Mungkin ya mungkin tidak. Apa hal sebenarnya pun layari blog Gedung Akal, mungkin saudari bersetuju dengan pendapatnya berkenaan tajuk yang berkaitan.
Salam Geng Samudera,
Gedung Akal hanya buat provokasi saja di sini. Sila layari blognya. hehehe
Salam Local Fighter dan Insan Kecil.
Ada kawan saya komen begini:
Kalau dikatakan guru sabotaj, kurang tepat kerana yang mengsabotaj PPSMI bermula dari guru, PPD, JPN dan Kemneterian Pelajaran. Satu pakej lengkap telah memainkan peranan ke arah itu.
Kursus e-tems dibuat secara ala-kadar sahaja, kerana JU sentiasa bertukar, baik JU sains atau metematik. JU sendiri belum bersedia. Kementerian tidak menyediakan kursus yang mantap untuk JU. Semasa kursus diadakan peringkat negeri, ada guru yang hadir untuk tandatangan kehadiran, selepas itu, hilang entah kemana. Perkara ini ada dalam pengetahuan JU, kedatangan diambil, diserah kepada penganjur, JPN, tetapi apa tindakan pun tidak dibuat.
Guru-guru ini setelah cukup tempoh kursus yang mereka ponteng, layak untuk mengajar PPSMI dan layak untuk mendapat 5%/10% elaun.
Guru 'buddy-support' pula tidak memainkan peranan, kerana mereka juga mempunyai beban tugas yang sama dengan guru PPSMI. Itu pun tanpa mengambil kira faktor-faktor negatif lain yang memang wujud di sekolah.
Sepatutnya sebelum Pool PPSMI dibuat, patutnya buat dulu pool kepada KP, JPN, PPD, Pengetua dan G.Besar.......merekalah punca segala masalah kepada kegagalan ini. Adakah mereka menjalankan tugas dengan telus dan bersungguh-sungguh ? dan guru sebagai pemangkin sahaja.
Walau apa pun, keputusan telah dibuat, dan bagi saya, keputusan ini adalah pre-mature, kerana segala faktor kegagalan tidak diteliti dan belum pun diambil tindakan pemulihan.
Adakah patut bila cuba sesuatu yang baru dan tidak menampakkan hasil yang kondusif, terus mansuhkan saja. Rasional apa yang dipakai ?
Adakah kerja/usaha pemulihan dibuat ?
Pemansuhan PPSMI hanya akur kepada penentang-penentangnya sahaja, tidak lebih dari itu. Kalau Umno akur dengan khendak kaum lain dengan mengorbankan hak Melayu, yang ini apa bezanya ?
Apa yang hendak diharap dari kualiti pemimpin sedemikian ? Melayu memerlukan saf pemimpin lain, bukan yang ada sekarang, jika tidak kuasa politik Melayu akan hilang dalam masa terdekat.
Teguran/cadangan/saranan/bantahan yang dibuat oleh kelompok yang kecil, dan dinilai tidak berpengaruh dan lemah, akan dipandang sepi. Justeru itu untuk menjadi kumpulan pendesak yang efektif, kita mesti kuat. Binalah kekuatan sebelum menyandang senjata di medan perang, jangan jadi macam orang Palastin di Gaza..........
Salam Geng Samudera,
Kita tunggu apa tindakan Pak Samad dan DBP setelah PPSMI dimansuhkan. Memajukan BM dan membantu kerajaan membangunkan industri terjemahan.
Salam bro arifomar,
sorry bro....menyusahkan!
salam cekodokmasin,
Komen bro sudah cukup untuk mengambarkan apa yang berlaku di lapangan sebenar di sekolah-sekolah. Tak perlu kawan tambahkan lagi...nanti ramai yang berkecil hati.
Salam Bro Amir,
Apalah guru-guru nak sabotaj?. Yang untung saya lihat kerajaan semua himpun elaun, gaji dan lain-lain kat guru-guru.
Ada kome pertama si mangkuk ayun tu kondem guru-guru Melayu. Guru bukan tak nak belajar BI tapi, sukatan subjek dalam BI.. satu bal juga punya komen tu.
salam bro zedmagel,
Tajuk saya ada tanda soal. Ianya bermaksud ya atau tidak. Ada guru yang bersungguh-sungguh dalam PPSMI dan ada juga yang sambil lewa dengan PPSMI. Mungkin kerana kekurangan yang ada pada dirinya. Pendek kata pelajar yang cerdik gunalah sistem apa pun dia tetap cerdik. Pelajar yang sederhana kalau ada usaha yang sedikit lagi mereka juga boleh menjadi cemerlang. Tapi kalau yang jenis bebal dan tidak mahu belajar guna la apapun sistem, bahasa atau sebagainya dia akan tetap benak. Tetapi mereka boleh juga berjaya jika mereka melakukan usaha yang luar biasa. Allah tidak mungkir janji pada orang yang berusaha. Soalnya belum berusaha sudah mengaku kalah. Sepatah kata penulis motivasi. 'Nak atau Tak Nak'....
Post a Comment