Saturday, June 13, 2009

Zaid - Ada Tak Menambah, Tiada Tak Mengurang


Zaid Ibrahim bukanlah nama besar dalam persada politik tanah air. Penglibatannya dalam politik tidak setinggi mana jika dibandingkan dengan kejayaannya dalam firma perundangan. Pada 1987 beliau menubuhkan Zaid Ibrahim & Co., yang sehingga 2008 adalah firma perundangan terbesar di Malaysia dengan 140 orang peguam. Zaid juga pengasas serta presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1988. Di dalam politik khususnya UMNO beliau boleh dianggap sebagai 'Ada tak menambah, tak ada pun tak mengurang'.

Pada 15 September 2008 ,Zaid meletak jawatan sebagai Menteri Kehakiman Malaysia kerana tidak dapat menerima penggunaan ISA terhadap pengamal media , orang awam dan ahli politik.Sejak itu beliau sering berdolak dalik sekalipun sering kelihatan hadir di majlis anjuran Parti Keadilan Rakyat, akhirnya hari ini 13 Jun 2009, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu secara rasmi menyertai parti PKR yang diumumkan oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di kongres khas parti itu di Bangi.

Walaupun umurnya sudah pun menjangkau 58 tahun, beliau hanya menyertai UMNO ketika berumur 49 tahun iaitu pada tahun 2000. Tahun berikutnya Zaid telah dipilih sebagai Ketua UMNO bahagian Kota Bharu. Beliau juga pernah diberi kepercayaan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Kelantan pada tahun 2003. Beliau pernah menjadi ahli parlimen (BN) Kota Bharu dari tahun 2004 - 2008. Dalam sejarah pendeknya di dalam UMNO, beliau bukanlah pemimpin UMNO tulen. Beliau hanya digunakan oleh Pak Lah untuk menyerang Tun Mahathir yang sering mengkritik pentadbirannya.

Apakah sumbangan besar Zaid dalam politik negara ini? Tidak ada, kecuali menimbulkan keputusan yang kontoversi khususnya sebagai alat oleh Pak Lah untuk memalukan Tun Mahathir. Pada 22 Mac 2008, Zaid Ibrahim, yang baru lima hari dilantik sebagai menteri kabinet bertanggungjawab bagi badan kehakiman, mencadangkan agar kerajaan Malaysia meminta maaf kepada mereka yang dikatakan menjadi mangsa dalam Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 yang membawa kepada pemecatan Tun Salleh Abas dan lima hakim Mahkamah Agung — Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri Eusoffe Abdoolcader, Tan Sri Wan Hamzah Mohamed Salleh, Tan Sri Wan Sulaiman Pawanteh dan Datuk George Seah.

Beliau mencadangkan supaya dilakukan reformasi dalam bidang kehakiman untuk mengembalikan kembali kebebasan kehakiman yang dilihat sudah tercalar akibat krisis 1988. Datuk Seri Mohd Nazri Aziz mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar saguhati sejumlah RM10.5 juta kepada Tun Salleh Abas, Tan Sri Azmi Kamaruddin, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdoolcadeer, Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh, Tan Sri George Seah dan Tan Sri Hamzah Mohamed Salleh. Bukankah RM10.5juta itu satu pembaziran setelah pemecatan di zaman Tun Mahathir itu mengikut proses undang-undang. Tun Mahathir sendiri bertanggung jawab atas keputusan yang dipersetujui dan diperkenan oleh DYMM Yang Dipertuan Agong.

Selaku pengasas serta presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1988 memang mempunyai hubungan yang dingin dengan kerajaan khususnya dalam era Tun Mahathir. Sama ada ianya satu komplot antara beliau dan Pak Lah berkaitan dengan bayaran ex-gratia itu tidak diketahui secara jelas. Yang jelas Pak Lah dan Zaid mempunyai perasaan marah kepada Tun Mahathir dan bayaran ex-gratia itu adalah kemungkinan satu usaha memalukan Tun Mahathir seolah-olah mengungkit perkara lama sedangkan perkara itu sudah selesai.

Kemasukan beliau di dalam kabinet setelah dilantik sebagai senator hanya untuk selesaikan satu perkara dan selepas itu tindak tanduk, kenyataan dan ucapannya sangat bertentangan dengan dasar kerajaan khususnya tentangan beliau terhadap isu ISA. Pada 15 September 2008 ,Zaid meletak jawatan sebagai Menteri Kehakiman Malaysia kerana tidak dapat menerima penggunaan ISA terhadap pengamal media , orang awam dan ahli politik.

Pada 3 Disember 2008, Zaid Ibrahim dipecat daripada UMNO ekoran beberapa tindakan beliau, termasuk menghadiri perhimpunan parti pembangkang dan menyalahi peraturan parti. Zaid dilaporkan menghadiri majlis perasmian Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Stadium Melawati, Shah Alam . Sebelum itu beliau juga dilaporkan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Pulau Pinang yang turut dihadiri anggota Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang. Pemecatan Zaid berdasarkan prinsip dan mematuhi garis panduan parti dan Majlis Tertinggi UMNO sebulat suara memecatnya.

Beliau juga sangat popular dengan kritikan dan mempertikai konsep ketuanan Melayu. Zaid dikritik oleh ramai pihak kerana beliau sendiri adalah lulusan ITM kini Uitm yang ditubuhkan atas dasar ketuanan Melayu. Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah berkata, dalam hal ini Zaid tidak ubah seperti cuba membakar jambatan, tidak tahu mengenang jasa dan budi yang pernah membantunya hingga mencapai kejayaan bergelar pemilik firma guaman terbesar di negara ini.

Lebih keras lagi, apabila Bekas Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyifatkan kenyataan Senator Datuk Zaid Ibrahim mengenai ketuanan Melayu sebagai keterlaluan. “Zaid perlu bertaubat, jika tidak, Zaid perlu keluar dari rumpun bangsa Melayu,”

Pendek kata, orang yang keluar UMNO selalu dikaitan dengan kekecewaan di dalam parti. Kemungkinan tidak cukup pencalonan sebagai ketua UMNO Bahagian Kota Bahru adalah satu bibit tercetusnya kekecewaannya di dalam UMNO. Kemasukannya ke PKR menunjukkan belangnya yang sebenar. UMNO harus bersyukur kerana musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan dan duri dalam daging kepada parti sudah memilih jalannya sendiri dan menjadi musuh yang nyata.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

15 comments:

rimajohor said...

itulah kalau perjuangan yang disertai dengan nafsu, dendam kesumat dan perjuangan tanpa keikhlasan yang berfaksikan keimanan akan memandu dirinya ke arah lembah yang sepatutnya.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam buah kelapa turkey,

Bagus sangatlah si mangkuk ni masuk PKR. Selamat berjaya di dalam parti yang baru. Mungkin janji Anwar kepadanya membuatkan dia tak boleh tidur malam. hehehe

Orang tua said...

Salam Sejahtera Tuan,

Bagus la tu bila Zaid Masuk PKR. Dah sah dah PKR adalah parti politik untuk ORANG KECEWA. Kalau kita lihat barisan kepimpinannya. Mereka ini org KECEWA yang terbuang dan tidak diterima oleh parti politik lain baik Kerajaan atau Pembangkang. Kalau tak caya cuba semak semula siapa mereka.......

Ha....ha....haa biaq pi la. kita jaga urusan rumahtangga kita sudah.............

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam Orang tua,

Musa Hitam saja yang nampak gentle. Letak jawatan - kalah - dan bersara.

Nabau said...

Orang PRK adalah himpunan daripada kekecewaan orang2 UMNO. Orang PAS tak macam tu. Mereka berjuang utk Islam tapi UMNO berjuang utk diri sendiri. Pasal tu pemimpin rasuah pun depa simpan. Tak gitu!...

MHK said...

Politik memang biasa mcm ni sekejap sana sekejap sini. Susah nak cari pemimpin sejati tak kiralah UMNO ke PKR....mcm sama sj

Geng Samudera said...

Salam semua,

Untuk kes beliau ini,mesti ada sebab yang munasabah bagi beliau keluar dari UMNO dan pergi ke PKR.
Persoalannya,apa yang dia nak perjuangkan?.Firma guaman dah banyak dan terbesar,duit rasenye tak perlu nak cari lelebih...so,apa yang dia cari?
Soal mengenang budi pun satu hal.

Takkan masuk UMNO kejap nak dijadikan modal yg beliau dah balas budi UMNO padanya?.

Rasanya tak lain tak bukan,nak kuasa je tuh.Competition dalam UMNO tak bley gigit,that why lari ke PKR since PKR pun belum byk lagi pemimpin yg ada ilmu dalam bidangnya.Dia pk camtuh kottt.....

My sister yg belajar Law pernah cakap kat saya:

Orang lawyer nih umpama sebelah kaki masuk neraka,sebelah lagi masuk syurga kalau handle kes-kes mahkamah....
Kasi die pk larr sendiri...!!!

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Parpu Kari.

1. Lain macam aje bro. hehehe
2. UMNO parti lama berkuasa, bila dah tua ada la sakit lutut, gaout, lenguh-lenguh dan macam2 sakit lagi.
3. Disebabkan dah lama, makan pun dah banyak sintom kencing manis dan darah tinggi dah ada.
4. Tak pe la bro...UMNO tau ubatnya walaupun ubat tu kadang-kadang tak mujarab sangat. hehehe

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam MohdHafizKamal.

Politik memang sama iaitu satu seni merebut kuasa.

Masih ramai pemimpin politik yang kekal dengan prinsip dan perjuangan parti masing-masing baik dalam UMNO, PAS, MCA, MIC atau DAP.

Jangan kecewa bro, yang penting bro sendiri ada prinsip dan tahu apa yang bro nak sokong. Itu sudah memadai.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Geng Samudera.

1. Mungkin ada benarnya pendapat GS tu...kerana kuasa. Dia mungkin rasa dia pandai di kalangan org bodoh. Anwar perlukan ramai pemimpin Melayu bg seimbangkan pemimpin India dlm PKR.

2. Dia bukan keluar UMNO tapi dipecat. Kalau bukan PKR nak kutip dia, siapa lagi? sedangkan nafsunya masih besar.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam G SendUK.

Saya bukan penafsir mimpi. Takut nanti tersalah tafsir. Hanya penulis Kitab Tajul Muluk yang boleh memberi tafsiran. hehehe

Malam jadi mimpian, siang jadi igauan. Yang ni lagi bahaya!

Anonymous said...

zaid ni , paria dalam ;olitik

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro,

Ingat keling aje yang ada paria, Zaid pun kategori yg sama ke.....hehehe
Paria ni standard buat jalan tar la ye

zedmagel said...

BRo Amir,

Dia ni tak berape betul sangat lah. Tak payah layan, saya kenal dia dan pernah jumpa sekali kat airpotr subang dulu...

Loghat semacam dia ni, masa tu dia pakai seluar pendek, macam belum mandi lagi. Jumpa adik dia nak hantar ke oversea. Kebetulan adik dia ni saya sangat rapat dan kenal betul. Adik dia ok tapi dia tak tau saya nak kata apa.

Orang pandai tapi tak leh nak fikir panjang. Macam nuruezah juga le ni.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro zedmagel,

Kawan memang tak kenal mamat ni. Tgok gambor kenal la. Bukan macam bro tau benor hal mamat ni.

Tak pe la bro.....tak de ruginya.